Wednesday, December 31, 2014

langit dua-ribu-empat-belas.




langit dua-ribu-empat-belas telah banyak berbicara langsung dengan kita para warga malaysia. bicaranya tidak lembut. keras dan tegas pada nadanya.

sebermula burung besi pertama yang dilenyapkannya. kita hilang arah. kita tertanya kepada para ahli logika ke mana perginya mereka. tanpa kita sedar bahwa langit dua-ribu-empat-belas sedang menanti kita untuk bertanya langsung padanya. tapi, kita tidak endah.

kemudian, burung besi kedua yang sedang gembira berterbangan di ruangan langit dua-ribu-empat-belas itu pula meletup dan terkulai jatuh menyembah tanah . kita mula saling menyalah, ini kerja dia, ini kerja mereka, mereka harus bertanggungjawab segera. dan langit dua-ribu-empat-belas masih lagi menanti kita untuk meminta panduan daripadanya. tapi, kita tidak endah.

seterusnya, langit dua-ribu-empat-belas semakin menaikkan nada suaranya. kali ini langit menjatuhkan pula hujan hujan basah. di sini dan di sana mula melimpah. kita terpana. ini apa pula? dalam kekalutan itu kita masih saja bisa berbalah sesama soal nama dan kepentingan kroni semata mata. langit dua-ribu-empat-belas cuma tertawa. entah ketawa sinis atau ketawa gembira dengan kita yang masih tidak endah dengan saudara yang tersiksa dengan bala bencana.

sebelum pergi buat selamanya, langit dua-ribu-empat-belas sekali lagi memilih burung besi untuk menjadi penyampai teguran agar kita tidak lupa. burung besi pun akur dengan amanah yang diberi dan semuanya berlaku sekelip mata. dan kita tidak punya pilihan untuk tidak lagi endah dengan segala peristiwa.

dengan begitu, langit dua-ribu-empat-belas pun pergi meninggalkan kita dengan segala pesan yang harganya tidak murah untuk dibayar semula. tapi, adalah lebih malang jika kita tetap dengan jiwa alpa, menafikan langit di atas yang punya kuasa.

semoga langit dua-ribu-lima-belas hadir dengan cahaya yang lebih tenang dan lebih akrab kepada kita. ya, pastinya kita perlu datang kepadanya dengan bicara taubat nasuha..



Monday, December 15, 2014

chocolate.




Takk..

Bunyi bucu bar coklat hitam- coklat berwarna gelap dengan kandungan koko dan sedikit susu, yang dipatah dua Fain jelas didengar Taqi. 

Fain gigit bucu pada bar coklat. Kemudian, Fain bawa coklat ke lidahnya. Kunyah sedikit dan berhenti sebentar. Tutup mulup. Biarkan coklat mencair menjadi lelehan dan mengeluarkan segala perasanya. Pahit pahit manis. Fain tutup mata. Phenylethylamine- chemical yang terembes semasa manusia jatuh cinta, naik ke otak melaksanakan tugasnya. Theobromine dan caffeine juga berkerjasama untuk sebuah efek stimulan yang unggul; nikmat!

"Hoi, suka betul kau.." Taqi kalih pandangan, menjeling ke arah Fain dengan mukanya yang rasa-nak-tampar-je. Fain buka mata. Lempar senyum pada Taqi. 

"Kau nak?" Fain hulur belahan bar coklat yang masih ada bungkusannya. "Sihat ke makan coklat? Aku tak makan sangat." Taqi ragu-ragu nak terima. "Sekali-sekala takpe. Coklat hitam ni paling sihat dalam semua jenis coklat." Fain gigit lagi coklat.

"Apasal pulak paling sihat? Coklat tu selalu pegi workout kat gym ke? A'ah la.. tengok body coklat tu pun dah tahu kan. Banyaknya pack.." 

Taqi buat muka serius. Fain buat facepalm.

"Haha. Dude, thats funny! Haha again. Amende la kau ni.. Sihat untuk dimakan la.." 

"Ouh.. cakap la awal-awal. Ha, sebab apa sihat untuk dimakan?"

Fain ambil Galaksi Esfo. Buka chrome. Tap.. Tap.. Tap.. Taip ayat. Tap.. Tap.. Fain tunjuk skrin Galaksi Esfo pada Taqi. Taqi buat dekk je. Kemudian Fain baca kuat-kuat apa yang tertera pada skrin.

"Dark chocolate might pack a double positive punch for our health- thanks to the microbes that live in our gut. New research suggests that beneficial bacteria that reside toward the end of our digestive tract ferment both the antioxidants and the fiber in cocoa. In their deep-gut alchemy these microbes create anti-inflammatory compounds that have been linked to the cardiovascular and other benefits from dark chocolate consumption. The findings were presented March 18 at the American Chemical Society meeting in Dallas. Other new research helps explain how some of cocoa's widespread health benefits-from improving vascular function to increasing insulin sensitivity-may be linked-and good for even the young and the healthy.. petikan dari scientificamerican dot com."

Kali ini Taqi pulak facepalm. "Yela.. Yela.. Sihat la. Meh sini sikit. Aku nak rasa." Senyum lebar Fain dengar sambil hulur coklat. Taqi gigit sedikit bar coklat. Dan dia teruja. Eh, silap. Dia amat teruja.

"Weh, betullah. Sedap seyh.. manis! Aku macam pernah rasa manis ni. Jap aku lupa.. Manis macam.. Manis macam.. macam.."

"Aku tahu.. macam ukhuwah!"


Thursday, December 11, 2014

ortakoy's rain.




Ini adalah pagi Ahad yang biasa bagi Raykal sejak tiga bulan yang lepas. Jika minggu lepas dia di Istiklal Street, hari ini dia memilih Ortakoy Square yang terletak di tepian Besiktas di tengah tengah Istanbul. Berhadapan Selat Bhosporus, yang memisahkan dua tanah besar; eropah dan asia. Seperti juga diri Raykal yang terpisah dua. Jasadnya ada di tengah benua eropah tetapi jiwanya terpisah jauh di tenggara asia. Terbentang di atas selat Bhosporus adalah dua jambatan; Jambatan Bhosporus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet. 

Imbas kembali peristiwa tiga bulan lepas. Ketika itu, Turki bukanlah destinasi pilihan Raykal. Dia sedang dalam perjalanan ke kota New York untuk menghadiri konferens pembentangan kertas kerja untuk kajian yang dibuatnya dalam projek sarjana di univesiti tempatan. Namun, dia terlepas penerbangan ketika transitnya berhenti di Istanbul. Semua kerana beg galas yang hilang, entah dicuri atau orang lain tersalah ambil ketika dia sedang sibuk membasuh tangan di sebuah restoran. Lebih parah lagi, beg galas itu mengandungi semua barang-barang penting; laptop, charger handphone, beg duit dan passport! Dalam sibuk dia mencari semula beg galasnya, kapal terbang sudah pun berlepas.

Yang tinggal ada padanya cuma handphone yang hampir kehabisan bateri, beberapa dolar dalam koceknya (tak mungkin cukup untuk tiket kapal terbang baru) dan gitarnya (nasib baik tidak turut sama hilang). Raykal adalah lelaki dengan gitarnya. Kemanapun dia pergi mesti gitar ada bersamanya. Gitar adalah teman yang selalu menyelamatkan dia dari segala kemurungan dan kebosanan. Dan kali ini, gitar menjadi penyelamat hidupnya.

Tersadai di negara Turki bukanlah sesuatu yang baik bagi Raykal yang cuma tahu berbahasa melayu dan inggeris. Bahasa Turki tidak pernah meniti di bibirnya hatta satu perkataan sekalipun. Tapi, Raykal harus mengusahakan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Berbekal duit yang berbaki, Raykal membeli beberapa barang penting. Pengecas talipon, kamus bahasa Turki dan peta bandar sekitar Turki. Dia mahu mencari dimana pejabat kedutaan Malaysia. Tapi, ia tak semudah itu. Tanah Turki tidak kecil. Pelat bahasa Turki yang sukar untuk disebut menjadi halangan besar. Perut yang menagih makanan untuk tenaga juga merumitkan. 

Awalnya, Raykal bercadang untuk menjual gitarnya di mana-mana kedai. Tetapi, gitar itu adalah aset terakhirnya. Mungkin ada cara lain untuk mendapatkan duit tanpa perlu melepaskan segala-galanya. Nah, di situlah mulanya karier pemuzik jalanan solo Raykal. Entah di jalan mana saja, Raykal duduk memetik gitarnya dengan lagu-lagu bahasa inggeris yang diingatnya. Menuju malam, Raykal menginap di mana-mana masjid yang dijumpanya. Esoknya dia kembali mengumpul duit dengan gitarnya sambil mencari jalan ke kedutaan Malaysia.

Begitulah hidupnya dalam tempoh tiga bulan sejak menjejakkan kaki di Turki. Perlahan-lahan dia mula pelajari bahasa Turki. Dia juga sempat berkenalan dengan pelbagai orang yang ditemuinya ketika menumpang di masjid-masjid sekitar kota Istanbul. Ada juga segelintir yang tahu berbahasa inggeris. Melalui orang-orang tersebut, Raykal bertemu dengan pejabat kedutaan. Tetapi, belum masanya lagi untuk Raykal kembali ke tanah air. Urusan kad pengenalan dan passport yang hilang memerlukan Raykal menunggu sebulan atau lebih lagi untuk terbang balik semula.

Kawasan sekitar Ortakoy Square yang dipenuhi kafe, restoran, galeri seni dan kedai artisan, menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati bayu segar selat Bhosporus sambil memberi makan kepada burung merpati yang terbang rendah. Tambahan pula, pagi ahad adalah masa untuk pasar seni terbuka di Ortakoy. Lambakan manusia yang datang dari sekitar Istanbul yang berjual beli barang kemas, cenderahati, buku, barang antik dan perhiasan lain adalah port yang baik untuk Raykal mencari rezeki. Langit sedikit mendung pagi itu, tapi Raykal tetap meneruskan aktivitinya.

Kerusi lipat disiapkan. Mafla yang diikat di bahagian lehernya di bentang di hadapan. Keluarkan gitar dari beg, Raykal petik tali untuk nota-nota bunyi yang disusun seindahnya. Kali ini Raykal nyanyikan lagu yang ditulisnya sendiri.


                 like the rain that fell
                 unites the sky and the earth
                 even they're far apart

                 with the flowing Bhosporus
                 the two ground separated
                 but yet connected with bridges

                 and I'm with my prayer
                 uniting hope and destiny


Dan akhirnya, dari corong bunyi Buyuk Mecidiye Camii (masjid Ortakoy), azan berkumandang menyambut waktu zohor dan hujan yang turun untuk jiwa Raykal..



Thursday, November 27, 2014

paper heart.


google's image.


Penghujung tahun di negara beriklim tropika adalah musim hujan. Pagi hujung minggu. Hari cuti. Waktu-waktu begini, Dean tak banyak keluar. Lebih suka duduk tepi jendela yang basah dengan titis hujan dari luar. Cukup dengan kepul asap Latte Macchiato dan bau lembar buku Reclaim Your Heart.

Walaupun sudah khatam, Dean ulangbaca lagi kumpulan tulisan tulisan Yasmin Mogahed itu. Masih banyak benda yang masih tertanam dalam tu, Dean nak gali semuanya.
"Once let down, I never fully recovered. I could never forget, and the break never mended. Like a glass vase that you place on the edge of a table, once broken, the pieces never quite fit again. However, the problem wasn’t with the vase, or even that the vases kept breaking. The problem was that I kept putting them on the edge of tables."

Selepas lebih kurang setengah jam, Dean pause bacaan sekejap. Memandang ke luar. Jelas dari bingkai jendelanya, adalah pemandangan biasa sibuk kota bandaraya. Menara pengejar langit ada di mana mana. Kenderaan kelihatan seperti semut semut yang berkeliaran mencari manisan.

Seberang jalan, berhadapan pangsapuri kediaman Dean adalah pondok menunggu bas. Dean perasan, sedari awal dia duduk di hadapan jendelanya, ada seorang gadis yang sedang duduk menunggu. Lebih kurang seperti Dean, gadis itu juga sedang membaca buku. Ada payung basah di tepinya.

Dean juga perasan sudah lebih daripada tiga buah bas yang singgah dan berlalu pergi, tapi gadis itu masih tetap di situ. Mungkin bukan bas yang dia tunggu. Atau gadis itu terlalu larut dengan bacaannya. Entah..
"Through my attachments, I was dependent on my relationships to fulfill my needs. I allowed those relationships to define my happiness or my sadness, my fulfillment or my emptiness, my security, and even my self-worth. And so, like the vase placed where it will inevitably fall, through those dependencies I set myself up for disappointment."

Dean bangun sebentar. Menuju ke arah katil. Ambil handphone. Ambil headphone. Dean buka music player. Lagu pertama untuk pagi itu, Ed Sheeran- Photograph.

Pandang semula ke luar jendela. Gadis itu masih di situ. Hujan makin lebat.

Dean teruskan bacaan..
"I set myself up to be broken. And that’s exactly what I found: one disappointment, one break after another."


Wednesday, November 19, 2014

choices.



"Chaq, membuat pilihan tidak pernah mudah kan.." 
    "Maksud kau?" 
"Dari memilih nak pakai baju apa pagi pagi, nak makan kat  mana dengan member member, nak kerja kat company mana, sampailah nak kahwin dengan siapa.. Memilih tidak pernah mudah. Bikin pikiran pusing. Pusing sepusingnya." 
    "Haha. Ya, aku setuju! Hmm.. Kau tahu tak Ayie?" 
"Tak tahu.." 
    "Oi, aku tak habis cakap lagi.." 
"Haha, oke oke. Go on." 
    "Tuhan sentiasa ada cara untuk buat kita kembali rindu dan jatuh cinta pada Dia." 
"Maksud kau?" 
    "Kadang, Tuhan bagi kita susah. Duit takde. Result study teruk. Kita pun kembali kepada Dia dengan doa doa minta pertolongan untuk itu. Kadang, Tuhan buat kita takut dengan dosa dosa maksiat yang kita buat tiap hari. Kita pun kembali kepada Tuhan dengan taubat dan doa mohon diampunkan.." 
"Kau betul.. Aku selalu rasa macam tu." 
    "Ada masanya juga, Tuhan bentangkan kita dengan pilihan pilihan yang sukar. Kau tahu, ini juga cara Tuhan untuk membuat kita rindu kepadaNya." 
"Ya, dan kita pun datang kepadaNya dengan istikharah dan doa mohon petunjuk kan.."
    "A'ah.."




*sigh..

Monday, November 17, 2014

tetap sama.





rooftop.

dua cawan espresso. 
masih berasap. lingkaran bulat di permukaannya penuh buih.
"langit adalah langit. tak kira masa bila engkau tatap ke atas, langit tetap langit yang sama. cuma, kadang yang sentiasa berubah pada langit adalah warna awan waktu siang dan susunan bintang pada malamnya. itu yang buat langit jadi lain." 
"dalam. maksud kau apa?"

angkat cawan untuk hirupan pertama. 
bukak bungkusan oreo. putar, jilat, celup dan makan.
"aku dan kau. kita manusia. sama-sama hamba Tuhan. dan manusia akan tetap sama. aku yang semalam, sebulan lepas atau lima tahun ke belakang adalah aku yang sama hari ini."
"langit jadi lain dengan awan dan bintang. so, manusia?" 
"kita dengan iman, dengan nafsu. itu yang buat kita sentiasa boleh berubah. mungkin kau lihat dia masih sama dengan diri dia dua tiga tahun yang lepas. ya, kalau dulu dia suka dengar lagu-lagu acoustic guna earphone. dan hari ini dia masih lagi dengan earphone di telinga. tapi, mungkin sekarang dia dengar sheikh mishary al-afasy baca ar-rahman. jiwa manusia akan tetap sama, tiada perubahan. tapi, iman dan nafsu boleh diatur semula."
"oh, oke. faham." 

sambung skygazing.


Sunday, October 19, 2014

jatuh; gugur dan turun.




dalam perjalanan pergi yang panjang, bas tidak penuh. si pemuda duduk di sudut hujung bersebelahan tingkap mempamer warna warni alam di bawah langit yang mendung. pandangannya kosong, jiwanya tidak lagi ada tarikan graviti, begitu ringan terbang melayang.

tepat di dalam kotak kuning hadapan pondok menunggu, supir memberhentikan bas. seorang pak cik dalam umur lima-puluhan naik dengan tongkatnya. dibawa bersama adalah beg pakaian sederhana besar. barangkali dia sedang menuju perjalanan sederhana jauh.

pak cik mencari tempat sesuai untuk melabuhkan duduknya. sememangnya kerusi banyak yang kosong, boleh saja duduk di mana mana pun. tapi, itulah kehidupan. semua tentang pilihan, tentang apa kata hati. lalu pak cik memilih untuk duduk bersebelahan si pemuda. begitu dalam banyak banyak kerusi dua yang kosong, pak cik memilih kerusi satu di sebelah si pemuda. lalu pemuda mengalihkan beg galasnya yang diletak pada kerusi itu.

   "minta maaf anak muda. bisa aku duduk sebelahmu?"

pemuda mengangguk saja. kemudian, jiwanya hilang lagi. seperti ada perkara besar yang bermain di pikirannya. senyap seketika. bunyi geser tayar pada jalan dan geser angin pada cermin tingkap bersatu. tidak lama, pak cik bersuara.

   "anak muda, jauh kau mengelamun. apa yang kau pikir? kau kelihatan murung sekali.."

   "aku baru saja terjatuh. sakit.."

pak cik senyum. senyap lagi.

   "anak muda, jatuh itu sama seperti gugur. itu kau pandang di luar. ada yang sedang gugur kan.."

   "daun?"

   "ya. kau benar. kau tahu anak muda? daun yang gugur tidak pernah membenci angin yang meniupnya jatuh, ranting yang tidak kemas memegangnya sehingga dia jatuh, bahkan tanah yang mengotorinya saat ia jatuh."

bas melalui terowong. gelap sebentar. hanya cahaya lampu kuning yang menyimbah. keluar dari terowong, hujan mulai turun sedikit sedikit. tepat pada masanya, pak cik meneruskan bicara.

   "anak muda, jatuh itu juga persis turun. ya, yang kau pandang di luar jendela, itulah yang sedang turun."

   "hujan turun."

   "sekali lagi, hujan yang turun tidak dendam pada awan yang enggan menampung, melepaskannya jatuh ke bawah. jauh sekali berkecil hati pada manusia bumi yang marah marah kerana mereka sakit ditimpa hujan yang jatuh."

   "jadi, kenapa daun dan hujan bisa begitu?"

suara pak cik timbul tenggelam dengan bunyi guruh dan hujan. tetapi, pak cik tetap meneruskan bicaranya menjawab tanya anak muda.

   "kerana mereka tahu dan yakin, jatuh itu adalah sebahagian daripada takdir Tuhan kepada mereka."

riak muka pemuda sedikit berubah, lebih bercahaya. lebih serius.

   "pak cik, bagaimana kalau aku katakan aku sebenarnya jatuh cinta pada gadis?"

   "haha. itukan perkara manis buat darah muda sepertimu?"

   "aku bingung pak cik. aku tidak pasti apa yang menolakku sampai jatuh, apakah pesona agama yang ada padanya atau pandangan nafsuku pada cantiknya dia. aku takut pak cik, kalau kalau aku terjatuh pada lubang yang salah. aku takut.."

   "Tuhan tidak pernah meninggalkanmu sendirian setelah diberiNya persoalan. Dia sedang menunggu engkau untuk bertanya padaNya. istikharahlah anak muda.."

usai curhat dengan pak cik, pemuda terlena untuk tempoh yang agak panjang. sehingga dia tersedar, pak cik tidak ada lagi di sebelahnya..

Friday, October 10, 2014

laki-laki, langit dan hujan.




anak kecil laki-laki itu duduk bersila di anak tangga paling bawah hadapan rumahnya. anak kecil laki-laki itu masih lengkap dengan uniform sekolahnya yang berwarna hitam dan putih. dua tangannya menopang dagu kepalanya yang mendongak ke langit. kata-kata ibu guru tudung labuh di sekolah masih terngiang-ngiang. 

   "hujan itu rahmat anak-anakku. ia hadiah dari Tuhan yang Maha Penyayang untuk kita."

satu jam anak kecil laki-laki menunggu. langit masih terang, awan kelabu belum lagi datang dengan bulir-bulir air. akhirnya, bunda menyuruh anak kecil laki-laki masuk ke dalam rumah. anak kecil laki-laki turuti. sebelum itu, anak kecil laki-laki sempat menadah tangan ke langit, semoga hujan nanti.

keesokannya, Tuhan perkenankan doa anak kecil laki-laki. hujan turun saat anak kecil laki-laki berjalan pulang dari sekolah. dengan baju sekolah hitam putih anak kecil lari-lari bersama teman-teman kecilnya. girang. gembira. baju putih tidak lagi putih, bahkan cokelat dengan warna-warna lumpur. akhirnya, anak kecil laki-laki dimarahi bunda. dan anak kecil laki-laki demam pula jadinya. bunda lah juga yang menjaga, menghangatkan tubuh dinginnya yang kecil. lucu sekali anak kecil laki-laki.

beberapa bulan kemudian, langit tidak lagi menurunkan hujan dalam tempoh yang agak lama. anak kecil laki-laki sedih. tiada lagi hadiah dari langit untuk anak kecil laki-laki. apakah Tuhan tidak lagi menyayanginya?

tujuh tahun kemudian anak kecil laki-laki bukan lagi anak kecil. dia adalah sang remaja laki-laki. ketika tahun-tahun panas itu bunda pergi meninggalkan sang remaja laki-laki. lalu langit pun menurunkan hujan meski sang remaja laki-laki tidak memintanya. lalu sang remaja laki-laki duduk sendirian dalam renyai hujan. sang remaja laki-laki menangis, meski tiada yang tahu. air matanya bersatu dengan tetes-tetes air hujan. barangkali langit juga menangis kasihan.

sepuluh tahun ke depan, sang remaja laki-laki kini adalah laki-laki dewasa dengan kejayaan-kejayaannya. tapi kini, laki-laki dewasa bukan lagi penyuka hujan, bahkan laki-laki dewasa adalah pembenci hujan sekarang.

   "ah! hujan bikin kerja tergendala. hujan bikin penyakit. hujan bikin kereta kotor."

laki-laki yang dahulu selalu menghindari payung, kini membawanya kemana-mana. laki-laki yang dahulu selalu menadah tangan meminta hadiah dari Tuhannya kini sudah tidak lagi mahu mendongak memandang langit yang menurunkan hujan. justru, dia lebih suka menunduk ke bawah, memandang skrin taliponnya yang sombong berkilauan.

itulah laki-laki; yang lupa pada langit, pada hujan, pada Tuhannya.

_________________________
*olahan kepada tulisan kayla agusta.



Sunday, September 14, 2014

of bunga and daun.











"Cantik. Harum. Ya, memang mudah untuk jatuh cinta pada bunga."

  "Kau suka bunga apa?"

"Aku? Tak tau la. Aku lain barangkali. Aku lebih suka untuk menyendiri, mempunyai pilihan sendiri. Pilihan pilihan yang di luar kebiasaan selalunya."

  "Maksud kau?"

"Antara banyak bunga bunga... ah, aku lebih suka pada daun."

  "Err, and that was because..?"

"Sebab daun lebih 'sendiri'.. Haha. Nak aku terangkan dalam dalam ke? "

  "Ok. Tak payah. Kau memang lain.."





#throwback. 
|Seoul, spring 2014.



Saturday, July 19, 2014

acoustic.




Sekarang pukul 11.35 pagi. 

Ada setengah jam lagi sebelum kaunter daftar masuk dibuka dan ada sejam setengah jam lagi sebelum perlepasan. Kai sendirian.

Kai bosan. 

Kosong. Sunyi. Walaupun lapangan terbang sewaktu itu riuh. Ruangannya penuh dengan ragam orang-orang yang dari mana mahu ke mana, Kai tidak tahu. Biarlah, Kai pun tidak mahu tahu.

Cuba menambah bilangan dalam ke-kosong-an itu, Kai selak Thousand of Splendid Suns yang dijinjitnya sedari tadi. Tapi, baru dua muka surat, Kai kembali kosong. Not really in the mood to read. Kemudian, Kai cuba pula isikan bunyi dalam sunyinya. Hujung earphone Kai cucuk masuk kedalam lubang pembesar suara Soni Eksperia. Kai skrol lama dalam folder music. Akhirnya, Kai jumpa. Daughtry-Home, akustik.

     well, i'm going home, back to the place where i belong
     and where your love has always been enough for me
     i'm not running from, no, i think you got me all wrong
     i don't regret this life i chose for me
     but these places and these faces are getting old

     so i'm going home, well i'm going home

Habis empat minit tujuh belas saat, lagu pun habis putar. Dan semuanya kembali lagi kepada kosong dan sunyi. Ah, Kai buntu. Barangkali Kai belum benar-benar belajar lagi. Hiburan dunia ini sifatnya sementara. Apabila habis dimainkan, habislah juga nikmatnya. Mungkin boleh dibicarakan seperti makanan segera, nikmat hanya terasa tatkala ia dijamah. Habis makan, habislah nikmatnya. Yang tinggal hanya penyakit yang dibawanya kepada empunya badan ataupun gelap yang dicalit pada hati dalam perihal hiburan segera dunia.

Malas-malas, Kai skrol wassap. Macam-macam cerita dalam group yang pelbagai. Tiba-tiba Kai teringat. Kai cepat-cepat buka group ODOJ. Yeah, Akh admin gorup sudah update list terbaru. Scrol cari nama. Skrol ke atas ke bawah.

     Juzuk 21
     .
     .
     Kai; muka surat 407-408.
     .
     .

Kai keluarkan tafsir kaler cokelat dari beg galas.

Bismillahirrahmanirrahim..

Thursday, July 17, 2014

two third.




How's ramadhan?

Rasminya, dengan suapan seulas kurma di awal mukaddimah iftar maghrib tadi, maka sudah pun berlalu 20 hari semenjak anak bulan ramadhan satu-empat-tiga-lima menampakkan dirinya. Dalam kiraan pecahan, satu pertiga lagilah ramadhan yang berbaki.

Barangkali ada yang masih tidak menyadari. Betapa hingga ke saat ini, adalah satu keuntungan besar bagi kita yang dapat melalui ramadhan. Lagi-lagi yang punya catatan-catatan besar dalam mutaba'ah amalan mereka sepanjang berlalu 20 hari ke belakang. Katakan apa; tilawah, kuliah ilmu, sedekah. Bersyukurlah kalau mampu begitu.

Betapa pun, kita harus melihat ramadhan pada yang kurang punya kesempatan dalam pusingan jarum waktu sehari-hari mereka. Mahunya, kita lebih bersyukur atas ruang yang dikurniakan Allah kepada kita sepanjang tempoh ini.

Perhatikan sekeliling.

Bagaimana jadual mereka yang bertugas menjaga lalu lintas, para doktor yang punya kes kecemasan saban waktu diluar masa normal mereka harus bertugas, para operator yang menjaga kelancaran sistem komunikasi, para pekerja 'makan gaji' yang harus menurut arahan majikan berkerja siang malam demi mencari nafkah, para pengusaha perniagaan dan lain-lain lagi.

Sungguh mereka-mereka ini terkadang sukar membagi masa untuk tarawih, tilawah bahkan mahu iftar juga selalu saja tersasar jauh dari awal waktu berbuka.

Betapa, tatkala kita mudah untuk bangun sahur, ada yang membangunkan selepas rehat tidur malam. Makanan pula sudah siap hidang. Iftar mewah dengan segala macam juadah. Tarawih dalam masjid luas, karpet lembut, berhawa dingin lagi. Namun masih juga 'malas-malas' dengan waktu, dengan ibadah.

Nah, harusnya kita muhasabah lagi ramadhan kita sejauh ini. Bagaimana ramadhan, bulan tarbiyah ini mendidik hati kita. Apakah sudah mendapatkan hati yang benar-benar 'hamba'. Hamba kepada iman. Hamba kepada taqwa. Tapi tuan kepada nafsu.

Bagaimana dengan al-Quran? Tilawah, apakah kita cuma pecut laju mengejar juzuk-juzuknya? Kalau cuma itu, maka tarbiyah ramadhan masih belum sampai ke hati. Tidak lebih sekadar menambah ruangan tilawah dalam jadual harian. Baik. Tapi belum cukup terbaik. Tambahlah juga tadabbur. Itu kan bahagian untuk hati.

Hakikatnya sepanjang ramadhan, kita sedang membina permulaan graf kehidupan untuk 11 bulan yang mendatang. Tentu, kita perlukan paksi horizontal yakni tarbiyah jasadi (ritual) dan di paksi vertikal adalah tarbiyah qalb/hati (spiritual). Nah, kedua-duanya perlu dinilaikan tinggi sepanjang ramadhan untuk mendapat lonjakan graf kehidupan yang baik.

Semoga kita berjaya mendapatkan kedua-dua tarbiyah ini.
Allahumma ballighna laylatul qadr. Allahumma amin.

:)


Saturday, July 12, 2014

selipar hilang.




Ia adalah malam ke-empat-belas ramadhan, satu-empat-tiga-lima hijrah. Saorang laki-laki berpakaian baju melayu cekak musang warna puteh dan dengan kain sarong petak-petak cap Gajah Duduk. Di kaki lima musolla dia mundar mandir. Matanya melilau ke sana ke mari.

Bata; bukan. Crocs; bukan. Adidas; bukan. Osaki; bukan. Fipper; ya, tapi bukan warna biru.

Yang dicarinya adalah sepasang selipar Fipper warna hitam dengan tali hijau. Dengan selipar itu dia datang ke musolla untuk fardhu isya', sunat tarawih dan witir. Ah, baru sebulan rasanya selipar itu menjadi kenderaan kakinya. Masih belum haus lagi tapaknya.

"Kenapa Lue? Selipar hilang?"

"Iya."

"Selipar apa?"

"Fipper. Hitam. Ah, takpalah. Ada yang ter-tukar mungkin."

"Nah. Redhokan saja. Barangkali ada hikmahnya. Setidaknya, seliparmu boleh jadi saham pahala. Kau doa-doa  saja orang yang ter-pakai seliparmu itu orang soleh, atau menjadi orang soleh. Biar dia suka datang ke masjid. Nah, nanti di situ lubuk pahalamu; kalau tiap kali yang dipakainya ke masjid itu seliparmu."

"Selipar yang akan membawa ke syurga. Boleh begitu?"

"Bolehlah..."


[dalam pada itu]


Ia adalah malam ke-empat-belas ramadhan, satu-empat-tiga-lima hijrah. Riuh rendah perkarangan musolla. Barangkali bukan musolla. Tapi, separuh-musolla.Ya, baru saja tadi ia dibedil roket buas. Musolla hancur separa. Nasib saja jemaah sudah selesai tarawih setengah jam lebih awal sebelum itu. Jadinya, tidak ramai berada di dalam untuk menyambut bedilan itu.

Namun, dalam 'tidak ramai' itu ada juga yang tetinggal. Saorang gadis kecil setengah dekad antaranya. Dia antara yang sempat 'disapa' sang algojo. Padahal dia baru saja mengenakan sepatunya. Padahal dia baru saja mahu berlari-lari mendapatkan ibunya. Padahal ayahnya juga baru saja mendepakan lengan mahu menyambut pelukannya.

Namun, dalam beberapa saat itu, dia segera hilang. Hilang dari dunia yang gila. Yang tinggal sempat ditemukan, hanya sepatunya yang indah diwarnai merah mewangi darah. Ya, persis cinderella. Yang meninggalkan sepatunya agar insan yang disayangi boleh mencarinya lagi. Tapi, ini adalah cinderella dengan kesudahan yang jauh lebih indah; syurga.

Seperti kata ibunya.

"Alhamdulillah, dia sudah sampai ke syurga dulu untuk membukakan pintu rumah kita di sana."

Juga kata ayahnya.


"Kita juga. Syahid, cepat-cepatlah datang kepada kami!"


#pray4Palestine


Monday, June 02, 2014

hu-jan.



a faint clap of thunder
clouded skies
perhaps rain comes
will you stay here with me?
    a faint clap of thunder
    even if the rain comes not
    i will stay here
    together with you.
-The Garden of Words.
....

Hujan. Saya sebenarnya tidak pasti sejak bila saya mula menjadi begitu obses pada hujan. Belakangan ini, saya gilakan segalanya tentang hujan. Tulisan, lagu, cerita, apa saja tentang hujan, di sana saya menemukan sesuatu yang luar biasa, walaupun sudah duapuluh tahun lamanya saya mengenal hujan. Ah, apalagi kalau hujan benar benar turun. Berteman secawan kopi atau cokelat panas, senaskhah buku dan alunan instrumental. Tenang. 

Secara exact, saya tidak pasti  bila semua ini bermula. Entah, mungkin memang begitu azalinya. Orang orang itu tak akan tahu hatinya sedang jatuh cinta pada sesuatu. Hanya sedar apabila mula merasakan segala yang mereka lakukan terarah kepada apa yang dicintainya. 

Bila diimbas imbas kembali, mungkin ia bermula selepas beberapa kali bermandi hujan dengan Dek Ji sejak tahun satu lagi. Entah sudah berapa kali meredah dengan kuda NBG Dek Ji. Tiap kali keluar berdua berboncengan, mesti hujan akan turun. Tak jugak 'mesti'. Tapi, dalam kiraan sepuluh kali kami keluar bersama, hujan turun mengiringi kami untuk tujuh kali. Rasanya la..

Seterusnya, entah ini adalah kebetulan atau saya sendiri yang memilihnya sejak dari awal lagi. Topik projek sarjana muda ataupun final year project saya dan Dek Ji adalah kajian tentang hujan. Lebih spesifik, bidang hidrologi yang merupakan pecahan daripada disiplin kejuruteraan sivil. Menganalisis kiraan data hujan yang turun ke bumi dalam bentuk aliran permukaan atau bawah tanah, untuk digunakan dalam merancang pembinaan struktur dan infrastruktur hidraulik, keperluan dalam urusan bekalan air dan kawalan bencana seperti banjir dan kemarau. Oh ya, kerana hujan adalah rahmat yang turun dari langit, jadi secara teknikalnya kami sedang menganalisis kiraan rahmat. Begitu kan? Hoho.

Ok, sebenarnya post ni saya nak bagitau yang pagi ini, saya dan Dekji akan ber-viva dalam lebih kurang lapan jam dari sekarang. Akan dibentang segala galanya berkenaan hasil kajian sepanjang satu tahun yang agak tough bersama Dr Askari, supervisor kelahiran indonesia dengan gaya pembelajaran jepun, yang tidak lekang dengan tazkirah tazkirah menyentuh jiwa. Memang sungguh exciting dan mencabar. Kan Dek Ji? (Eden tahu ekau akan senyum-mendalam-yang-teramat kalau ekau baca ini dan eden tahu jugak ekau tak akan baca ini. Haha.)

Akhir sekali, buat Dek Ji, Pa'an dan teman teman yang akan ber-viva;
Semoga lancar semuanya ya. Rabbi yassir wala tu'assir!

....

air hujan adalah titis titis dakwat yang mengalir jatuh dari langit.
dengannya, para manusia menulis seribu satu kisah tentang hidup mereka.
-renja hijo, 020614.

Wednesday, May 28, 2014

pesawat kertas.




Tombol pintu bilik diputar dari luar. Kemudian, daun pintu ditolak ke dalam. Ted baru balik dari sarapan di kafe. Tadinya, dia ajak Ken sekali. Tapi, Ken menolak. Katanya, tiada selera. Tiba di bilik, Ted tengok Ken ada di meja belajarnya. Menekup muka ke buku Reinforced Concrete Design. Ted tahu, temannya itu ada masalah. Sudah 3 tahun lebih dia kenal Ken.
"Ken, kau oke?"
"Entah, serabutlah Ted. Banyak benda, aku malas nak fikir.. Tapi, tak boleh.."
"Hmm, kau tunggu jap."
Ted tarik keluar laci meja belajarnya. Keluarkan beberapa helai kertas A4 puteh polos. Kemudian pergi ke arah meja Ken.
"Nah."
"Untuk apa?"
"Kau tulis semua benda yang kau fikir sekarang ni. Semua masalah kau barangkali."
"Apasal, kau nak baca ke?"
"Ish, tak lah. Buat apa. Kau tulis je la. Lepas tu, kau jangan buang tau. Simpan dulu. Satu lagi, petang ni kau free tak? Lepas asar. Pukul 5.30 macam tu.."
"Free. Kenapa?"
"Jom ikut aku. Panjat tangki air atas bukit. Bawa sekali kertas kertas yang kau tulis tu."
"Gila. Nak buat apa? Tapi, ok jugak. Haha. Jom."
Kadang-kadang, dua orang roommate ni tak siuman jugak. Petang itu, seperti direncanakan. Honda EX5 ditunggang mendaki bukit tinggi yang terletak tidak jauh di luar pagar kolej asrama mereka. Sepanjang jalan ke puncaknya, bukit dipenuhi pokok pokok hijau. Bukit dalam hutan. Macammana nak gabungkan tu? Butan. Boleh?

Tak lama, mereka pun tiba di puncak menara besi yang menampung beban daripada sejumlah isipadu air dalam tangki tua itu. Dari atas, dunia bertukar bingkai bertambah luas dan segala isinya menjadi kecil. Atap atap bangunan, pucuk pucuk penghujung pokok, burung burung terbang melewati matahari jingga dan awan awan puteh berlegar di kanvas langit yang menuju senja dalam beberapa ketika.
"Ken, kau tahu buat kapal terbang kertas tak?"
"Haha. Mestilah. Aku suka buat. Kau tahu? Cita cita aku masa kecil dulu nak jadi pilot kot. Pilot pesawat tempur burung pheonix, megazord power rangers merah tu. Tapi, tiba tiba sangkut kat sini belajar macammana nak design konkrit bagai. Kah kah kah."
"Aduh, tinggi sangat cita cita kau tu. Baidewai, kau ada bawa kan kertas-kertas pagi tadi tu?"
"Hmm, ada. Nak buat apa? Nak lipat lipat jadi kapal terbang?"
"Ye la, apalagi. Buat kapal terbang kertas paling canggih yang kau tahu. Aku pun ada bawa kertas aku." 
"Bereh boh."
Maka, dari kertas kertas penuh yang ditulis Ken pagi tadi, terhasil lipatan lipatan membentuk kapal terbang aneka rupa. Memang canggih. Ted juga tidak mahu kalah. Nyata, dia juga jurutera pesawat kertas yang unggul.
"Ok Ken, jom lawan. Tengok kapal terbang siapa paling jauh terbang.."
"Haha. Ok. Kau akan takjub dengan kapal terbang aku."
Maka, belepaslah pesawat pesawat kertas mereka dari puncak tinggi itu. Terbang laju bersama segala resah dan gelisah yang tertulis sama. Ditiup angin bebas membelah angkasa hinggalah medarat di antara daun dan ranting pokok sementara ada yang jatuh ke tanah. Nantinya kertas kertas itu akan lusuh dan luput hilang juga disiram cahaya matahari dan air hujan. Dengan masa, pastinya.

Tawa riang. Puas.
Jelas pada riak wajah kedua mereka. Terutama Ken.
"Terima kasih Ted."
"Apasal?"
"Untuk ini. Aku suka semua ini Ted."
"Ceh. Sentimental la kau ni."
"Haha. Jom buat lagi lain kali."
"No problem. Liqa' malam ni, kau join tak?"
"Ofkos la." 
Sebelum maghrib dan gelap malam mendahului mereka, dua orang manusia itu bergerak turun dari menara tangki dan puncak bukit. Pulang dengan fikiran yang lebih lapang. Alhamdulillah.

[Tamat]

___________________________
Oh, I really miss being a kid.. Thats all.


Wednesday, May 21, 2014

kerongsang untuk Ana.




staring at the ceiling in the dark
same old empty feeling in your heart

staring at the bottom of your glass
hoping one day you'll make a dream last
but dreams come slow and they go so fast

maybe one day you'll understand why
everything you touch surely dies..

Kopitiam Kotaraya. Hujan. Dinding kaca tepi meja Ray basah dari luar. Passenger 'Let Her Go' dipasang perlahan pada corong bunyi, cukup masuk dengan bunyi hujan. Secawan Mexican Cappucino, kamera hitam dan buku Kahlil Gibran, Sayap-sayap Patah. Tipikal jiwa Ray. 

Sementara menungggu, pada sehelai kertas memo sederhana Ray menulis sesuatu. Tidak lama, Ana datang dengan sekaki payung lutsinar. Semacam biasa, dengan blausnya. Kali ini warna krim. Rambut ikal mayang panjangnya diikat pada paras bahu. Ana melangkah masuk ke dalam kopitiam. Ray lipat kemas kertas yang ditulisnya tadi. Selit dalam buku.
"Kenapa nak jumpa aku tiba-tiba dengan hujan begini."
"Duduklah dulu. Nak minum? Macam biasa?"
"Hmm, okay."
Ray angkat tangan ke arah waiter. Meminta untuk datang ke meja mereka.
"Peanut Buttercup Hot Chocolate for her please."
Sunyi sebentar. Ana menatap Ray. Ray cuba membuang pandang daripada itu. Tidak seperti biasa. Akhirnya, Ray tekad. Biar segalanya segera selesai, dia tidak mahu berlama di situ.
"Ana. Mungkin ini terlalu mengejut. Tapi, aku dah fikir masak pasal ini. Its a tough decision for me. For both of us perhaps."
"Ray? What do you mean by that?" 
Kotak kecil warna puteh berbalut reben merah Ray keluarkan dari beg sandangnya. Kertas yang diselitnya dalam buku juga dikeluarkan. Kedua-duanya didorong sekali ke arah Ana.
"This is for you."
"Apa ni?" 
"I can't explain everything here, Ana. Its too complicated. You know I'm not good with words. So, aku cuba tulis sesuatu dalam ini. Aku pun tak pasti kau akan faham atau tidak. Ah.. tapi aku harap kau faham."
"But, Ray.."
"Ana, lets break up.." 
Sejurus itu, kamera hitam dan buku Ray masukkan ke dalam beg. Ray bangun dan meninggalkan tip bayaran untuk 2 cawan yang ditempah mereka. Ray melangkah meninggalkan Ana yang senyap sendirian dengan kedinginan. Kaku terpana. Ray terlalu laju dalam beberapa saat.

Ana membuka balutan reben merah pada kotak puteh. Kemudian mengangkat perlahan penutupnya. Ada cahaya bersinar-sinar dari dalam kotak. Segugus kerongsang bunga ros merah. Cantik.

Ana terpaku lagi. Lipatan kertas pula dibukanya. Dakwat hitam memenuhi halaman yang terlipat ke dalam. Ana membacanya diam-diam sendirian. Dalam pada itu, sepertinya hujan telah beralih masuk ke dalam kopitiam itu dan jatuh mengalir di pipi Ana.

Kerongsang tu untuk kau dan penjelasan aku ada dalam 17:32 dan 24:31. Kalau kau tak tahu, itu ayat al-Quran. Kau carilah.
Ini yang aku belajar dalam usrah. Aku minta maaf Ana.

Diluar, Ray melangkah pergi meninggalkan kopitiam. Langkahnya kurang yakin. Cuba untuk tidak memandang bayang yang ditinggalnya. Masih tidak berani, Ray memandang juga sekilas ke belakang. Dengan perlahan berbisik, entah kepada siapa. Kepada hujan barangkali.
"Kerongsang itu harapan aku untuk kau. Aku doakan kau. Aku akan tunggu apa kata takdir untuk kita.."

well you only need the light when it's burning low
only miss the sun when it starts to snow

only know you've been high when you're feeling low
only hate the road when you're missin' home

only know you love her when you let her go
and you let her go..



[the end]



______________________________________________
cerita orang orang yang mengantuk dan tak mahu tidur.
ok, dah boleh sambung tulis thesis.. keh keh keh. 


Sunday, May 18, 2014

tembak tepat.






apabila tazkirah yang kita dengar 
kena tepat dengan perkara buruk yang kita lakukan







image









dan kita pun kata dalam hati;
astaghfirullah..








Thursday, May 01, 2014

konfesi ailovyu.






(i)
Dari Mu’az r.a berkata,
“Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah Azza Wajalla berfirman, “Orang-orang yang saling menyintai kerana keagunganKu, maka mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para syuhada.”
(HR Tirmizi)


(ii)
Dari Abu Karimah Al-Miqdad bin Ma’dikariba r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:

“Jika seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahukan kepada saudaranya itu bahawa dia mencintainya”
(HR Abu Daud dan Tirmizi)


(iii)
Dari Anas r.a bahawa ada seorang lelaki duduk di hadapan Rasulullah kemudian ada seseorang yang lalu di situ, lantas orang yang duduk di hadapan Rasulullah berkata, “Wahai Rasulullah, sungguh saya mencintai orang itu”
Nabi s.a.w bertanya kepadanya, “Apakah kamu sudah memberitahu kepadaanya?” Lelaki itu menjawab, “Belum” Baginda berkata, “ Beritahukanlah kepadanya” Kemudian lelaki itu menemui orang itu dan berkata, “Sesungguhnya saya mencintai kamu kerana Allah” Orang itu menjawab, “ Semoga kamu dicintai oleh Zat yang menjadikan kamu mencintaiKu keranaNya”
(HR Abu Daud)


(iv)
Dari Abu Idris Al-Khaulanin rahimahullah berkata, 
“Saya masuk masjid Damaskus dan di sana ada seorang pemuda yang mengkilat giginya. mereka selalu mengerumuninya dan jika mereka berselisih pendapat maka mereka minta pertimbangannya, maka saya bertanyakan tentang pemuda itu, lantas dijawab bahawa pemuda itu adalah Mu'az bin Jabal r.a.
Esok harinya saya pagi pagi benar datang ke masjid tetapi pemuda itu lebih pagi daripada saya dan saya dapatkan dia sedang solat. Saya menunggu sehingga dia selesai solat kemudian saya datang kepadanya dari arah depannya serta menyampaikan salam dan berkata,
"Demi Allah, saya mencintaimu kerana Allah"
Dia bertanya, "Benar kerana Allah ? "
Saya menjawab, "Ya kerana Allah"
Dia bertanya, "Benar kerana Allah?"
Saya menjawab "Ya kerana Allah"
Kemudian dia menarik hujung selendangku untuk mendekat kepadannya dan dia berkata, 
"Sambutlah berita gembira, sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Tabaraka wa ta'ala berfirman, "CintaKu tercurah untuk mereka yang saling menyintai kerana Aku, mereka berkawan kerana Aku, mereka saling mengunjungi kerana Aku dan mereka saling membantu kerana Aku"
(HR Malik)

*Dipetik daripada Kitab Riyadus Solihin susunan Iman Nawawi. Terima kaseh Inspektor Saahab.


_______________________________________

Kehadapan kalian kalian yang indah semuanya,

Sungguh, aku tak punya berani untuk berkata seperti ini secara depan depan kepada kalian. Kalian tahu kan aku ini termasuk dalam golongan introvert itu. Izinkan aku untuk tersipu sipu sambil tunduk malu sebentar. Oleh itu, ditinggalkan catatan kumal ini dengan harapan kisah mahabbah aku dan kalian akan sentiasa hidup dan terus mekar pada tiap kali ada yang membaca.

Dan iya, aku mengaku;
"Kalian amat aku cintai, kerana Allah."

Oke, sampai ketemu lagi ya!

(^_^ )Y



Sunday, April 20, 2014

manifestasi kembara.



selepas pulang dari bumi sonata, saya mendapat obsesi baru; kembara. meskipun ini bukanlah pertama kali saya keluar dari malaysia, kerana pada umur 14 tahun yakni penghujung 2005 saya sudah keluar ke sulawesi, indonesia bersama arwah ibu dalam rangka kerja lawatan silaturahim keluarga kami di sana selama 14 hari. ada gaya yb tak? haha. 

ofkos, kenangan musafir bersama arwah ibu itu adalah yang paling indah dalam sejarah hidup saya. menaiki kapal laut selama 3 hari 3 malam adalah pengalaman luar biasa dengan angin laju laju, aroma laut dan air kebiruan yang menjadi panorama sejauh mata memandang. sangatlah eksaited bila berjumpa kapal laut lain atau pulau kecil berdekatan sepanjang perjalanan. seperti eksaitednya bertemu orang yang bertutur bahasa melayu di tengah tengah kota Seoul yang dibanjiri manusia puteh bermata sepet. 

tapi, mungkin kerana ketika itu masih 'kecil' lagi, saya kurang mengoptimasikan apa yang saya bisa belajar dari sebuah kembara. tidak lebih sekadar berjalan jalan dan bertemu orang orang asing. dan sebenarnya, kenangan kembara itu lebih saya hargai dan merasakan indahannya setelah arwah ibu pergi 4 tahun lepas. barangkali memang begitu lumrahnya, kita lebih menghargai setelah kehilangan. sob sob sob. T_T


lalu, untuk kembara kali ini saya mencari beberapa target peribadi yang saya ingin capai atau bawa pulang dari sana, disamping target rasmi kumpulan kami untuk program ini. ada beberapa buku dan pelbagai perkongsian tulisan online yang saya temukan bercerita pelbagai perkara menarik perihal kembara. dari situlah saya dapatkan inspirasi inspirasi.

ok, aneka perkara yang saya ingin lalukan atau capai dalam kembara ini antaranya adalah mencari serpihan jiwa yang mungkin ada di merata tempat. whoa, ayat nak 'serpihan jiwa' je. haha. 
"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan berkuasa atas segala sesuatu." (29:19-20)
ya. berjalan mentadabbur alam itulah caranya mengenal diri. kerana tadabbur akan membawa kita mengenal cinta Sang Pencipta. yakinlah bahawa pada setiap penciptaan akan nampak keindahan dan kebesaran Allah swt. tapi dengan syarat, kita melihat dengan hati; yang magnifikasinya jauh lebih besar berbanding sekadar melihat dengan mata polos. kita akan bertemu pelbagai perkara penting yang sangat seni untuk dilihat mata kasar.

lanjutannya, kata para ulama; "barangsiapa yang mengenal Tuhannya, maka dia akan mengenal siapa dirinya". nah, itulah yang tersangat saya harapkan. dalam perjalanan ini saya akan lebih mendekatkan diri kepada Allah, pemilik segala kerinduan dalam hati ini. tidak banyak, sedikit pun sudah sangat baik. adakah yang lebih bahagia daripada berada dekat dengan cinta dan rahmat Allah?

kemudian antara lainnya, saya juga berharapan besar agar dapat menangkap ratusan momen momen indah dan menarik lewat lensa kamera. hehe. alhamdulillah, sepanjang kembara ada DSLR bergantungan di bahu di samping si kecil video cam. hasilnya, 20++ gigabait gambar juga video terkumpul. haha. banyak tak banyak. tujuannya apa? sebenarnya saya mahu menyampaikan pengalaman atau kisah kisah yang saya dapat sepanjang kembara melalui gambar gambar. sebab kata Federick R. Barnard, "a picture speaks a thousands words".

objektifnya adalah saya mahu apa yang sampai kepada audiens tidak terhad sekadar membaca tulisan, yang kisaran kisahnya hanya bergantung kepada apa yang difikirkan oleh si penulis. berbeza apabila 'membaca' gambar yang punya ribuan cerita, audiens bisa melahirkan tafsiran masing masing dan belajar pelbagai perkara mengikut cerita apa yang mereka 'baca' pada gambar gambar tersebut. mengerti kan kalian? namun sebenarnya, usaha itu saya belum selesaikan lagi. ia ada dalam blog saya yang kedua, yang nanti saya siarkan, kalau jadi-lah.. hehe.




dan akhir sekali untuk entri ini, saya nak kongsi prinsip bahawa "the world is a book, and those who not travel, read a page only". yup, dunia ini adalah buku. setiap halaman adalah pengembaraan. dan setiap kali kita selesai membaca satu halaman buku yang menarik susun atur plot ceritanya, akan lahir rasa teruja ingin tahu apakah lanjutan kepada kisah tersebut di halaman kemudiannnya. dan rasa itu sentiasa hadir dan menjadi gian yang mendalam setiap kali bacaan diteruskan. begitu kan? nah itulah yang terjadi kepada saya. so, turn to next page?

this coming oktober: jakarta - bandung - jogjakarta. insyaAllah. :)


**but, unfortunately our ticket to indonesia sudah dikenselkan oleh pihak AirAsia due to some changes in their system. sob sob sob.. T_T . rancangan ke indonesia tunda la terpaksa.. (updated on 22 may 2014).


Sunday, April 13, 2014

kiibuso'14.




bab seterusnya akan muncul sebentar lagi. 
masih mencari waktu dan susunan kata yang paling indah untuk dicatatkan.

insyaAllah, tunggulah..

baca ini; catat kak piqa dan catat areen serta catat sakinah.

:)


Tuesday, March 18, 2014

jangan tinggal.



"Ustaz, dulu ana merasa bersemangat dalam dakwah. Tapi kebelakangan ini rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh." Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam.
Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. "Lalu, apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu?" sahut sang murabbi setelah sesaat termenung.
Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islamik. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti ini, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, ana mendingin sendiri saja.." jawab mad'u itu.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak nampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.
"Akhi, bila suatu masa antum naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat buruk. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang lapuk bahkan kabinnya berbau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna cukup dalam.
Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.
"Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" sang murabbi cuba memberi pilihan.
"Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan jerung datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?" serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad'u.
Sang mad'u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
Akhi, apakah antum masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?" pertanyaan berat ini menghujam jiwa sang mad'u. Ia hanya mengangguk.
"Bagaimana bila kereta yang antum pandu dalam menempuh jalan itu rosak? Antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu di tepi jalan, atau cuba memperbaikinya?" tanya sang murabbi lagi.
Sang mad'u tetap terdiam dalam sendu tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, "Cukup ustaz, cukup. Ana sedar. Maafkan ana. Ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan..."
"Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Ana akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana.." sang mad'u berazam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya.
Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang diproses untuk menjadi manusia terbaik pilihan Allah."
"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerana di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."
"Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang terbaik. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu ditangani dengan cara itu, maka sampai bilakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar.
"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya perlu memberi komen. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahkan amanat oleh Allah untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya pandai mendedah kelamahan, yang dgn nya boleh menjadikan kerja dakwah semakin rumit."
"Jangan sampai, kita seperti menyiram minyak ke bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, boleh menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!"
Sang mad'u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bermain dihatinya.
"Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?" sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
"Siapa kata antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kemampuan yang berbeda. Namun tidak ada yang boleh menilai, bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" sahut sang murabbi.
"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Kerana peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sesuatu isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal seorang yang budak hina menemui kemuliaannya."
Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad'unya yang lain dari keasyikan tidurnya.
Malam itu, sang mad'u menyedari kesilapannya. Ia bertekad untuk tetap bergerak bersama jama'ah dalam mengharungi dakwah. Pencerahan diperolehnya.
- Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Friday, March 07, 2014

buku: 99CdLE.

petang semalam bersama teman-teman daripada lpm pmiutm memasuki ruang bedah yang diketuai oleh kakak Mar Nilam. lokasinya di teratak cokelat tepi tasik; air tenang, itik itik putih, angin sepoi dan redup bawah pohon. kalau ditambah dengan alunan yiruma, 'river flow in you' mesti lagi mantap nuansanya.

subjek bedah adalah 99 cahaya dilangit eropa oleh hanum salsabiela rais & rangga almahendra.

ini,



sungguh, terlalu banyak yang diperolehi daripada kisah tentang perjalanan sebuah 'pencarian' ini. pencarian 99 cahaya kesempurnaan yang pernah dipancarkan islam di benua eropa. akhirnya, lewat kisah indah ini, benar sungguhlah bahawa islam itu rahmatan lil alamin.

“Tentang kopi kesukaanmu, cappucino, kopi itu bukan dari italia. Aslinya berasal dari biji-biji kopi Turki yang tertinggal di medan perang di Kahlenberg. Hanya sebuah info pengetahuan kecil-kecilan. Assalamu’alaikum” -Fatma, 99 Cahaya di Langit Eropa, halaman 50.

sebetulnya, saya belum pernah sentuh buku ini, apalagi untuk membacanya. hanya tahu lewat trailer filemnya saja. dan dengan bermurah hati, kakak Mar Nilam meminjamkan buku ini kepada saya. hoorey!

Monday, March 03, 2014

kering tangis.




diriwayatkan daripada Anas bin Malik,
Rasulullah SAW bersabda;

"Siapa saja yang berzikir kepada Allah kemudian mengalir air matanya hingga menetes ke tanah disebabkan rasa takutnya kepada Allah, niscaya Allah tidak akan menyiksanya pada hari kiamat." 

-riwayat Al-Hakim.

__


sertamerta
menangis keras tanpa air mata
atas ketidakmampuan untuk menangis

segelap manakah sudah hati ini?

:'(


Friday, February 28, 2014

laki-laki & perempuan febuari.



google's image.



29 Febuari 2014.
7.58 malam.
Kepulauan Nami.

Usai ba'diyah maghrib, Umar capai Al-Quran cokelat dari meja belajar. Buka zip. Kemudian selak ke muka surat yang ditanda dengan tali hijau untuk meyambung bacaan kelmarin.

Halaman 353 - 354.
Umar cuba membaca dengan penuh hemat, memastikan bacaannya mengikut peraturan tajwid. 

Selesai dua halaman, Umar berhenti. Diulang semula dari ayat pertama yang dibacanya tadi. Kali ini, terjemahannya dalam bahasa melayu. Sekadar membaca terjemahan, tidak menafsir. Surah An Nur. Pada halaman 353, tercatat ayat 29 - 31. Penuh memuatkan perintah untuk menjaga batas aurat, pergaulan dan ikhtilat sesama laki-laki dan perempuan. Ah, terlalu banyak yang Umar langgar. Umar malu sendiri.

Terus mentadabbur. Kemudian, ayat 32 dalam halaman 354.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Umar terhenti sebentar. Umar ulang baca semula ayat 32 itu. Teringat beberapa hari lepas. Di bawah redup samar cahaya bulan ketika bayu laut malam berdendang gembira bertemu pasir pantai indah nian. Bersama para ikhwah senior berbulatan di tepian pantai. Mendengar pelbagai kisah dan perkongsian berkenaan pengalaman berBaitul Muslim masing masing.

Umar flashback satu persatu kisah itu. 

Akhirnya, Umar tak sempat menghabiskan bacaan terjemahan. Fikirannnya sudah jauh melayang. Seperti layang layang keputusan benang.

.....

29 Febuari 2014.
8.10 malam.
Kepulauan Jeju.

Di garisan longitud khatulistiwa yang sama tapi dengan sedikit perbezaan latitud, Natasha sedang tekun mendengar dan mencatat setiap bait yang dituturkan oleh kakak murabbiyah dalam halaqah mingguan mereka.

Natasha angguk angguk. Pen Stabila dakwat hitam menari-nari di atas buku catatan cokelatnya. Tekun.

"Kita refresh semula. Adapun tingkatan kedua dalam maratib amal dakwah yang digagaskan oleh Imam Hasan al Banna ialah tingkatan Baitul Muslim. Yakni, para daie yang benar itu tidak akan selamanya berdiri di anak tangga Fardhu Muslim. Mereka perlu ada kemahuan untuk meneruskan wawasan dakwah pada tingkatan yang lebih tinggi. Membina keluarga muslim adalah anak tangga yang menjadi penghubung kepada tingkatan dakwah membina masyarakat muslim. Tidak boleh tidak, anak tangga ini mestilah ditapaki terlebih dahulu sebelum naik ke tingkatatan seterusnya itu. Jika tidak, antunna boleh jatuh tergolek berguling guling kalau suka suka hati melangkau naik. Mengerti kalian?"

Natasha berhenti menulis sebentar. Dia mengangkat muka daripada menghadap buku catatan. Menatap beberapa saat wajah murabbiyahnya yang berkacamata jernih. Pandangan kosong. Matanya tak berkedip dalam tempoh itu.

"Ya Natasha, ada soalan?"

Natasha kedipkan mata. Sapaan murabbiyahnya itu sedikit mengejutkan.

"Err, takde takde."

Akhirnya, Natasha hilang fokus dalam halaqah itu. Dia antara dengar dan tidak dengar sahaja apa yang dikongsikan. Mengelamun, terbang melayang. Seperti layang layang keputusan benang.

.....

30 Febuari 2014.
3.01 pagi.
Kepulauan Nami.

Umar tersedar dari tidurnya yang baru sejam. Lewat ke katil malam itu kerana menyambung sedikit kerja menulis laporan projek sarjana muda. Lusa harus bertemu penyelianya lagi untuk membentangkan perkembangan projek.

Pagi itu ada perlawanan bola liga juara juara eropah. Tapi, Umar tidak bangun untuk itu. Awal awal lagi dia sudah menolak pelawaan janjitemu teman seManchester Unitednya di Kafe Bistro. Alasannya, esok ada hal di awal pagi. Takut terlambat bangun.

Tapi, sebenarnya Umar ada agenda lain. Ada sesuatu yang perlu 'dibincangkan' dengan Tuhan. Dan dia perlu masa masa sunyi sebegini untuk itu.

Umar bingkas bangun persiapkan diri untuk 'perbincangan' itu.

.....

30 Febuari 2014.
3.13 pagi.
Kepulauan Jeju.

Natasha dikejutkan oleh murabbiyah, mengajak untuk qiam bersama. Rutin dalam rumah yang didiami oleh 6 orang akhawat yang masih menuntut di universiti. Seronok tinggal serumah begitu. Hidup dalam biah solehah. Berdampingan dengan teman teman yang sentiasa menjaga dan memperingat.

Natasha terkadang malas malas juga untuk ikut qiam sekali. Biasalah, belum lagi menjadi mujahidah sejati. Tapi malam itu Natasha bersemangat. 

Ada sesuatu yang perlu 'dibincangkan' dengan Tuhan.

Natasha bingkas bangun persiapkan diri untuk 'perbincangan' itu.

.....

30 Febuari 2014.
4.01 pagi.
Kepulauan Nami dan Kepulauan Jeju.

Di atas dua sejadah petak, dua sosok manusia menadah tangan. Seorang berbaju melayu cekak musang, kain sarung cap gajah duduk dan kopiah putih. Manakala seorang lagi bertutup lengkap dengan telekung puteh susu, made in pakistan.

Keduanya berbicara dalam nada yang hampir serupa. Penuh khusyuk dan tawadhu'. Ada harapan besar terselit sama.

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. 

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. 

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. 

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. 

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. 

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. 

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. 

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Maka pada malam itu, sepasang doa terbang naik ke langit dengan sayap masing masing. Meski antara pemilik kedua sayap itu tiada pernah bertemu dalam dimensi lingkungan dunia manusia, apatah lagi untuk kenal sesama sendiri, tapi mereka bersatu dalam doa yang sama.

.....

30 Febuari 2019.
9.55 malam.
Kepulauan Apa-apalah.

5 tahun kemudian..










Malaslah nak taip lagi. Tak reti.
Anda bayangkanlah sendiri macammana sambungannya ya.

(o_o)