Tombol pintu bilik diputar dari luar. Kemudian, daun pintu ditolak ke dalam. Ted baru balik dari sarapan di kafe. Tadinya, dia ajak Ken sekali. Tapi, Ken menolak. Katanya, tiada selera. Tiba di bilik, Ted tengok Ken ada di meja belajarnya. Menekup muka ke buku Reinforced Concrete Design. Ted tahu, temannya itu ada masalah. Sudah 3 tahun lebih dia kenal Ken.
"Ken, kau oke?"
"Entah, serabutlah Ted. Banyak benda, aku malas nak fikir.. Tapi, tak boleh.."
"Hmm, kau tunggu jap."
Ted tarik keluar laci meja belajarnya. Keluarkan beberapa helai kertas A4 puteh polos. Kemudian pergi ke arah meja Ken.
"Nah."
"Untuk apa?"
"Kau tulis semua benda yang kau fikir sekarang ni. Semua masalah kau barangkali."
"Apasal, kau nak baca ke?"
"Ish, tak lah. Buat apa. Kau tulis je la. Lepas tu, kau jangan buang tau. Simpan dulu. Satu lagi, petang ni kau free tak? Lepas asar. Pukul 5.30 macam tu.."
"Free. Kenapa?"
"Jom ikut aku. Panjat tangki air atas bukit. Bawa sekali kertas kertas yang kau tulis tu."
"Gila. Nak buat apa? Tapi, ok jugak. Haha. Jom."Kadang-kadang, dua orang roommate ni tak siuman jugak. Petang itu, seperti direncanakan. Honda EX5 ditunggang mendaki bukit tinggi yang terletak tidak jauh di luar pagar kolej asrama mereka. Sepanjang jalan ke puncaknya, bukit dipenuhi pokok pokok hijau. Bukit dalam hutan. Macammana nak gabungkan tu? Butan. Boleh?
Tak lama, mereka pun tiba di puncak menara besi yang menampung beban daripada sejumlah isipadu air dalam tangki tua itu. Dari atas, dunia bertukar bingkai bertambah luas dan segala isinya menjadi kecil. Atap atap bangunan, pucuk pucuk penghujung pokok, burung burung terbang melewati matahari jingga dan awan awan puteh berlegar di kanvas langit yang menuju senja dalam beberapa ketika.
"Ken, kau tahu buat kapal terbang kertas tak?"
"Haha. Mestilah. Aku suka buat. Kau tahu? Cita cita aku masa kecil dulu nak jadi pilot kot. Pilot pesawat tempur burung pheonix, megazord power rangers merah tu. Tapi, tiba tiba sangkut kat sini belajar macammana nak design konkrit bagai. Kah kah kah."
"Aduh, tinggi sangat cita cita kau tu. Baidewai, kau ada bawa kan kertas-kertas pagi tadi tu?"
"Hmm, ada. Nak buat apa? Nak lipat lipat jadi kapal terbang?"
"Ye la, apalagi. Buat kapal terbang kertas paling canggih yang kau tahu. Aku pun ada bawa kertas aku."
"Bereh boh."Maka, dari kertas kertas penuh yang ditulis Ken pagi tadi, terhasil lipatan lipatan membentuk kapal terbang aneka rupa. Memang canggih. Ted juga tidak mahu kalah. Nyata, dia juga jurutera pesawat kertas yang unggul.
"Ok Ken, jom lawan. Tengok kapal terbang siapa paling jauh terbang.."
"Haha. Ok. Kau akan takjub dengan kapal terbang aku."Maka, belepaslah pesawat pesawat kertas mereka dari puncak tinggi itu. Terbang laju bersama segala resah dan gelisah yang tertulis sama. Ditiup angin bebas membelah angkasa hinggalah medarat di antara daun dan ranting pokok sementara ada yang jatuh ke tanah. Nantinya kertas kertas itu akan lusuh dan luput hilang juga disiram cahaya matahari dan air hujan. Dengan masa, pastinya.
Tawa riang. Puas.
Jelas pada riak wajah kedua mereka. Terutama Ken.
"Terima kasih Ted."
"Apasal?"
"Untuk ini. Aku suka semua ini Ted."
"Ceh. Sentimental la kau ni."
"Haha. Jom buat lagi lain kali."
"No problem. Liqa' malam ni, kau join tak?"
"Ofkos la."Sebelum maghrib dan gelap malam mendahului mereka, dua orang manusia itu bergerak turun dari menara tangki dan puncak bukit. Pulang dengan fikiran yang lebih lapang. Alhamdulillah.
[Tamat]
___________________________
Oh, I really miss being a kid.. Thats all.
No comments:
Post a Comment