Wednesday, November 21, 2012

minta maaf Gaza..


oh Gaza.
kau menangis haru.
bukan airmata hangat baru.
sudah lama ia mengalir laju.
tapi kali ini,hebat lebat esakkanmu.

kesekian kali.
gila si israel laknatullah datang lagi.
kau disalahkan mengganggu emosi.
sedangkan dia yang manja basi.
disuntik sedikit pelali.
melatah tak henti2.
huh!

......

ah kau!
jangan mengikut2 orang.
usahla susah2 perah otak keringmu.
sekadar mahu susun bait2 puisi picisan kau itu.

apa kau kira..

dengan setiap perkataan yang diungkap,
satu nyawa yang hilang disana,hidup semula?

pada setiap mereka yang membaca sajak sampahmu,
akan berkobar jiwanya mahu mencari syahid di Gaza?

dengan lantunan intonasi longlaimu itu,
satu demi satu jet pengebom itu meletup hancur?

pada alunan irama melodi kata2mu,
sekutu israel jahannam itu akan lembut hatinya?

realistiklah hai kawan..
kau fikir ada orang yang mahu baca tulisanmu itu?!

HAHA!
HAHAHA!

......

lewat pancaran skrin sebuah peti segiempat.
pada paparan secebis kertas warta harian.
aku menyaksikan..

eh,itu ayah terbaring.
tanpa daya,tiada upaya,gering.
aduh..

dalam runtuhan penuh berdebu kelabu.
ibu disana menangis meratap sayu.
semua disekelilingnya kaku.
syahdu.

ditengah jalan raya,
abang pula berlari mencari celah2 dinding bercahaya.
ada sebutir peluru besi mengejarnya.
cepatlah!!

dan di balik bangunan.
dikerumuni bayang2 gelap menusia jahannam. 
kakak ditarik rakus.
hey,jangan!!

sedang di medan lapang asap berkepul hitam.
adik berdiri teguh dengan batu digenggam.
berdepan muncung bedilan meriam.
luar biasa..

......

hoi,kau masih belum sedar ya!
ini semua,
apa guna? apa faedah?
aku nyanyikan,
kosong.kosong..kosong...

cukuplah.
kau tidak ada upaya.
kau bukan ahli sihir.
kau nukilkanlah apapun jampi serapah.
tidak akan selamat saudara2mu itu.

kau lucu kawan.
LUCU.
kau tahu apa itu lucu?

......

dan aku masih disini.
dengan kudrat yang tiada mampu.
hanya menekan butang2.
harapnya ada yang membaca.

berdoa,

Wahai Tuhan kami.
sesungguhnya kami menjadikanMu.
sebagai pendinding(kepada musuh-musuh) kami.
dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami.
binasakanlah kesempurnaan mereka.
dan pecah-belahkanlah kesatuan mereka.
dan gagapkanlah perkataan mereka.
dan goyahkanlah pendirian mereka.

Wahai Tuhan yang Maha Perkasa.
Wahai Tuhan yang Maha Berani.
Wahai Tuhan Yang Maha Berdendam.
Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah.

Wahai Tuhan kami.
Wahai Tuhan yang menurunkan al Kitab.
dan wahai yang menjalankan awan.
dan wahai yang menhancurkan tentera al Ahzab.
hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka.

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

......

wah,berdoa pula..
kau serius?

hey perhatikan bebaik!
berapa banyak maksiatmu..

solatmu? 
tunggang langgang terbalik kebelakang.

matamu?
semua kau lihat.semua kau pandang.ada kau kesah betul atau salah?

lidahmu?
setiap kata tutur bicara,kau selalu mencapah.

auratmu? 
koyak rabak sini sana.kau dedah penuh jaya.

makanmu? 
halal haram kau redah.jangan kau temberang.

lalu,
kau berharap doamu akan bersama mereka?
jangan kau cerita.

......

ah.
rupanya.
minta maaf semuanya.

aku tiada guna kepada Gaza.
T_T



Thursday, November 15, 2012

ayah,Muharram dah datang..

"ah,Muharram x kira..Muharram tak akan pindah ke sekolah tu!sekolah tu kolot la..eishh.."

"Muharram..kan ayah dah terangkan macam2.knapa keras kepala ni? mak dengan ayah suruh Muharram pindah masuk sekolah tu untuk kebaikan Muharram jugak.Muharram belajarlah sastera kat tahfiz tu."

"dah la tu emaknya..pedulilah apa nak jadi dengan budak ni.pening dah saya nak fikir.dia nak stay kat sekolah lama dia,lantak dialah.dia dah besar dah pun.."

"abang.macam tu je abang mengalah kat budak ni? kalau dia buat lagi benda2 x baek dengan kawan2 dia kat sekolah tu mcammana? saya dah tah tahan.."

di tengah malam penghujung tahun 1433 hijrah,suasana tegang menyelubungi ruang tamu rumah teres dua tingkat yang dihuni 5 beranak itu.runsing pak cik Safar dan mak cik Rabiah bertekak dengan anak sulung mereka,Muharram.

Muharram,16 tahun.dahulunya dia seorang anak yang baik,pelajar yang sangat baik pintar pula,genius lebih sesuai barangkali.tetapi,sesuatu telah mengubahnya sejak dia naik ke tingkatan 4.jiwa pramatangnya memberontak.acap kali pak cik Safar dipanggil datang ke sekolah berhadapan dengan guru penolong kanan berhubung masalah disiplin anak beliau.

macam2 masalah disiplin dibuat Muharram.anda sebut sahaja karenah budak2 asrama yang nakal zaman anda sekolah dulu,ponteng kelas prep? vandalism conteng pintu tandas? buli junior? curi buah tembikai bulat di dewan makan malam2? ponteng solat jemaah di surau? semuanya dilakukan Muharram dengan jayanya bersama kawan2nya Geng Necktie Singkat di sekolahnya.merah juga muka pak cik Safar menjawab kepada pihak sekolah.kalau bukan kerana potensi baik yang ditunjukkan Muharram dalam setiap ujian akedemik,sudah guru penolong kanan itu tawar hati dengannya.

tapi,kali ini pak cik Safar tekad.dia mahu anaknya itu berubah.mungkin dia tersilap terlalu menekan anaknya untuk mengikut telunjuknya untuk menceburi bidang sains,sedangkan Muharram lebih berminat dalam lapangan sastera.oleh itu,dia mahu anaknya itu berkawan dengan orang2 yang baik,yang mampu merepair semula akhlak anaknya itu.lantas,selepas dicadangkan oleh seorang kenalan,dia bersetuju untuk menghantar anaknya itu ke sekolah tahfiz berdekatan taman perumahan mereka.dengan harapan,Muharram akan berubah sikap dan terus mengembangkan bakat sasteranya dalam aliran agama.

"ha,bagusla kalau ayah dah faham.Muharram dah x boleh tinggalkan kawan2 Muharram kat sekolah tu.kitorang dah lama bersama.nak masuk sekolah tahfiz buat apa? Muharram ne bukan budak baik dah pun.Ayah dengan mak jugak dulu yang beria-ia nak hantar Muharram masuk maktab sains tu.suruh jadi doktor la,jurutera la,saintis la,juru ukur la,padahal Muharram nak belajar sastera..

ayah dengan mak pun tahu kan,sekolah tu tak ajar subjek sains.macammana Muharram nak jadi macam cita2 ayah dengan mak tu.ah,pokoknya MUHARRAM tak AKAN PINDAH. LANTAKLAH!!"

muharram tiba-tiba menaikkan volume suaranya lebih kuat daripada biasa.terkejut habis emaknya.belum pernah Muharram berkelakuan begitu.

"MUHARRAM!! kenapa kurang ajar sangat ni! ha tu la,suka sangat baca buku novel2 merepek tu.cerita gaduh sana sini,cintan cintun,bahasa merepek entah pa pe.nak jadi mcam ramli awang mursid konon! lpas tu pegi kawan dengan budak2 xde moral kat sekolah.ahhh..aduhh..aduhhh.."

kembang kempis dada pak cik Safar memuntahkan lahar kemarahannya.penyakit asthma beliau datang lagi.merah mukanya menahan sakit.adik2 Muharram yang masih kecil Syawal,8 tahun  dan  Zulkeda,3 tahun terjaga dari tidur dan muncul di ruang tamu dengan muka terkebil-kebil.Zulkeda merengek2 mendapatkan mak cik Rabiah yang panik mencari-cari pil ubat asthma suaminya.

Muharram pula tanpa sebarang perasaan,bergerak keluar meninggalkan rumah.dicapainya talipon Xperia Miro diatas meja,hadiah harijadi ke-16nya yang baru saja diperolehinya malam  itu dari ayahnya,konon2 mahu memujuknya..kunci motor EX5 abahnya diambil dari kocek seluar ayahnya yang digantung di belakang pintu bilik tidur.

"abang,abang nak pergi mana? abah macam sakit je tu.."

dengan muka 15sen,Syawal cuba menahan abangnya daripada pergi meninggalkan mereka.

"kau diam la! besok aku balik la.. pegi tidur."

tidak lama kemudian,kedengaran deruan bunyi enjin motosikal meninggalkan perkarangan hadapan rumah mereka.Muharram ternyata nekad mahu meleraikan keserabutan kepalanya di luar.ini pertama kali di berkelakuan demikian.

...

pagi itu,setelah semalaman bersiar bermotosikal berseorangan mengelilingi sekitar bandar yang kosong hampir dengan manusia itu berseorangan memikirkan masalahnya,Muharram pulang kembali ke rumahnya.dia sudah berfikir masak-masak,mungkin hangus.

sesampai di pagar rumah,Muharram kaget.rumahnya kosong.pintu dan pagar terkunci.selalunya,emaknya ada di rumah.dia tidak berkerja,sekadar menjadi suri rumah.ayahnya yang bertugas mencari nafkah memandu teksi.

Muharram mengeluarkan talipon dari koceknya.segera dihubungi emaknya.sekali.dua kali.kali ketiga barulah panggilannya berjawab.

"Assalamualaikum.hello Muharram.kamu di mana nak? Mak dengan adik2 ada kat hospital.ayah masuk ICU.datanglah sini nak..datanglah tengok ayah kamu.Ayah tengah kritikal.tak apala,Mak dah tak kesah kalau Muharram tak mahu pindah sekolah.datanglah sini nak..tadi ayah sebut2 nama Muharram,datanglah nak.."

lemah mak cik Rabiah menjawab.dia sudah malas mahu bertekak dengan anaknya itu.dia pasrah dengan kehendak anaknya itu.cuma satu harapannya,Muharram datang menjenguk mereka di hopital.

"Mak kat hospital ABC ke?"

"Ya nak..ayah cari kamu..cepatlah datang nak.."

jiwa keras Muharram terpukul mendengar berita ayahnya yang sedang kritikal itu.ayahnya tempat mereka sekeluarga bergantung.kalau apa2 terjadi kepada ayahnya,mereka sekeluarga pasti susah.talipon di tutup tanpa jawapan balasan kepada emaknya.Muharram segera bergegas ke hospital.ada sekelumit kesal di hatinya bertindak bangang semalam.

...

"Mak,Ayah macamana?"

"Muharrammm..ayahh kamu..ayahh kamu dah..ayahhh..dah xde nak..ayah dah pergi nak.."

penuh sebak,sebutir demi sebutir ayat dituturkannya.tidak mampu diluahkan dengan sekali lafaz.terlau berat.mak cik Rabiah terduduk lemah di kerusi menunggu luar wad ICU.matanya merah.air mata hangat(walaupun dalam suasana dingin beraircond) masih lagi mengalir membasahi pipinya yang mula terlukis kedut2 penuaan.Syawal dan Zulkeda terlena di atas kerusi.penat menunggu semalaman.mereka tidak mengerti.

"ahh!! mak tipu.ayah kat wad mana? Muharram nak jumpa.Muharram nak bagitau ayah,Muharram akan pindah ke sekolah tahfiz tu.mana ayah mak?"

Muharram enggan.enggan mengiyakan kata2 emaknya itu.segera dia meluru ke pintu wad dihadapan tempat duduk emaknya.dilihatnya jururawat sedang menutup muka ayahnya dengan sehelai kain putih.muka ayahnya pucat lesi.begitu juga airmuka Muharram.air mata mula bergenang.jatuh setitik demi setitik.gerimis mengundang.

"Ayahhh!! Muharram dah datang ayah,Muharram dah datang..maafkan Muharram ayah.Muharram minta maaf..Muharram akan berubah ayah.Muharram janji..mak,bagitau ayah mak,Muharram dah datang.Muharram akan ubah sikap Muharram.Muharram janji.Muharram nak ubah nasib keluarga kita.bagitau ayah mak.."

Muharram merintih syahdu dengan melodi yang kucar kacir.dia melutut.lemah kakinya.tidak lama kemudian dia terduduk bersandar longlai di dinding putih hospital yang menjadi penonton bisu drama perit mereka sekeluarga..

[selesai]

sekali lagi.cerita rekaan semata.