Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saturday, February 04, 2017

bookmarked page.




kali pertama aku terjumpa denganmu adalah ketika hari hujan, di cafe perpustakaan kota. aku dengan tidak sengaja terpandang kau yang menolak pintu kaca cafe, selepas menyapu pergi butir-butir hujan yang melekat pada jacket cardigan berwarna biru gelap, di hadapan pintu kaca itu. di tangan kirimu ada sebuah buku, yang ditulis oleh penulis sama buku yang sedang aku baca ketika itu. ya, kita membaca buku yang berbeza tapi ditulis oleh penulis yang sama. kau menempah secawan honey lemon tea. kemudian kau duduk dan mula membaca. seperti aku, kau juga baru mula membaca buku itu, masih tidak sampai suku buku habis dibaca. 
dua hari kemudian, ternyata kau juga bertandang lagi ke cafe itu seperti aku. mungkin kau juga suka idea reka bentuk dalaman cafe itu. kita sama-sama masih tetap membaca buku yang sama seperti hari pertama itu. ah, maafkan aku jika aku terlalu sering memerhatikanmu. aku hanya tertarik pada buku di tanganmu itu. aku penasaran ingin tahu, seperti apa cerita yang ditulis oleh sang penulis di buku itu? apakah lebih kurang saja kisahnya dengan buku yang aku baca ini atau sebenarnya jauh berbeza? cerita di buku yang manakah lebih menarik, buku yang itu atau buku yang ini? kau kelihatannya begitu khusyuk membaca buku itu.
jarum jam waktu- matahari(siang) dan bulan(malam)- terus berpusing di bulatannya- bumi(langit). sudah seminggu berlalu. cafe itu masih tetap kita singgahi jika berkunjung ke perpustakaan. dan buku daripada penulis yang sama itu, masing-masing masih kita bawa bersama untuk dibaca. tapi, aku perasan, ada tanda yang kau tinggalkan di salah satu mukasurat buku yang ada padamu. pelekat berwarna jingga yang separuhnya nampak jelas tertonjol keluar di antara helaian-helaian kertas. dan bacaanmu tidak pernah melepasi mukasurat bertanda itu. setelah habis di mukasurat itu, kau selak kembali mukasurat sebelum-sebelumnya, bukan mukasurat selepasnya. dan hal itu kau ulang. aku tidak pasti, apa yang menyebabkanmu berbuat seperti itu. mungkin kisah dari permulaan mukasurat pertama sehingga ke mukasurat itu terlalu indah dan seronok untuk dibaca berulang kali. atau mungkin ada konflik atau persoalan  pada plot cerita tulisan penulis yang masih belum kau fahami, dan kau cuba menghuraikan kekeliruanmu dengan membacanya semula dari mukasurat pertama. 
dan hari itu, aku yang sudahpun hampir ke mukasurat pertengahan, menutup buku dan menghentikan sebentar pembacaanku. mungkin kisah yang aku baca tidak serumit kisah yang kau baca itu. aku kemudian masuk ke dalam perpustakaan dan pergi ke kaunter pustakawan. aku bertanya kepada mereka jika waktu peminjaman buku boleh dianjak dari tempoh asal selama dua minggu, dan mereka berkata, "maaf, tidak boleh."

Wednesday, August 10, 2016

tentang kita.









diri dan jiwa kita adalah sebuah puzzle yang belum selesai. masih banyak kepingan-kepingan kecil yang hilang di sana sini, berserakan entah ke mana dan kita harus mencarinya. 
kerana itu, kita melakukan perjalanan-perjalanan. kerana itu, kita bertemu dengan orang-orang tertentu. kerana itu, kita membaca buku-buku yang bermacam ceritanya.
lalu, pada setiap perjalanan yang kita lakukan, pada interaksi antara kita dengan orang tertentu, pada halaman buku yang kita baca, kita akan bertemu kepingan-kepingan kecil yang hilang daripada puzzle kita, yakni seorang manusia yang masih belum cukup mengenali, atau mungkin, kehilangan diri dan jiwanya sendiri.
sebenarnya, tidak ada yang namanya 'kebetulan'. hanya manusia yang tidak mengetahui rencana Tuhan yang sentiasa cantik dan sempurna. seandainya kita yakin pada takdir Tuhan, hidup akan menjadi lebih indah untuk dijalani.







Monday, December 14, 2015

of books and cappucino.









kedai buku.


"kenapa abang suka baca buku?" 
"hmm, pernah tak ada benda yang bermain dalam fikiran kita, mahu kita keluarkan, mahu kita sampaikan, mungkin dalam tulisan atau mungkin dengan percakapan, tapi tak jumpa jalan macammana mahu terangkan, pernah?" 
"emm, pernah. selalu." 
"ha, itu sebab kita tak jumpa ayat yang sesuai untuk kita terangkan. kita tak jumpa perkataan yang tepat untuk menggambarkan apa yang kita fikirkan. sebab vocab kita masih kurang. kita kurang perkataan. kemudian, dalam buku kan ada banyak perkataan, ada banyak ayat. nah, sebab tu abang suka membaca,  mahu menambah vocab sendiri. jadinya, bila ada hal yang berputar dalam fikiran, mudah untuk dikeluarkan dan disampaikan, sebab kita sudah ada perkataan-perkataannya, tinggal disusun menjadi ayat."
"ouh, ok. bila-bila nak pinjam buku boleh?"
"bolehh.." 



kedai kopi.


"err, kenapa abang suka minum kopi?" 
"tak semua perkara akan selesai diterangkan cuma dengan perkataan." 
"emm, maksudnya?" 
"ada benda yang kita hanya sampaikan atau terangkan cuma dengan kata-kata, baik dalam tulisan atau percakapan. dan kita fikir cukup dengan sekadar itu, orang yang membacanya atau mendengarnya akan faham. tapi sebenarnya ia masih belum selesai di situ. mereka cuma tahu apa yang kita katakan. untuk mereka faham, mereka perlu merasakannya sendiri, melaluinya sendiri, barulah mereka mengerti apa yang kita maksudkan. dalam hal-hal begini, ada beza antara tahu dan faham. macam kopi, kalau abang cuma cerita pasal bagaimana nikmatnya rasa kopi pahit-pahit manis berkrim, cukup tak untuk faham dengan sekadar di situ?" 
"a'ah, tak cukup. kena rasa sendiri." 
"jadi, cappucino dua cawan?" 
"ha, boleh!"




dan hari pun hujan.
seperti semalam-semalamnya juga.








__________________________
*hari ni cuti. replacement untuk kerja semalam selesaikan inspection swimming pool, semoga hari ni dah boleh concrete. tubuh dan pikiran butuh rehat. mohon doa kalian. 


Friday, October 23, 2015

rainy days.




daerah istimewa, Jogjakarta.

jalan Jendral Sudirman. di sudut barisan panjang rumah kedai, berdekatan simpang empat berlampu trafik merah hijau kuning adalah toko buku Gramedia. aktiviti berkala bila ada masa senggang bagi Mayra, berkunjung ke toko buku tiga tingkat itu. 

kadang Mayra bukanlah datang untuk mencari buku untuk dibeli, tapi untuk menyambung bacaannya. iya, menyambung bacaannya. ada sebuah buku lama yang sedang dibacanya setiap kali dia bertandang ke toko buku itu. sebuah buku tebal tulisan penulis asia tengah yang diterjemah ke dalam bahasa inggeris, berkulit keras dengan tujuh belas bab kandungannya. setiap kali datang ke situ dia membaca satu bab. buku itu cuma ada satu naskah yang tinggal untuk dijual.

Mayra akan mencapai buku tebal itu dan duduk di sudut, penghujung rak tempat letaknya. sehingga habis membaca satu bab, dia akan bersila di situ tanpa menghiraukan sesiapa pun. jadi, kenapa dia tidak beli sahaja buku tebal itu dan bawa balik baca dalam bilik? entah, saya pun tak tahu. mungkin dia perlu alasan untuk sentiasa datang ke toko buku itu. mungkin ada yang menantinya atau mungkin ada yang dinantinya. entahlah. 

hari itu sepatutnya Mayra membaca bab ke-sepuluh buku itu. tapi, bila sampai ke rak buku tempat letaknya, buku tebal itu sudah tiada lagi. dia cuba bertanya kepada petugas toko. kata mereka, naskhah terakhir buku itu sudah habis. baru sebentar tadi ada orang yang membelinya. ah, sudahlah buku itu buku keluaran terhad, publishernya dari luar negara pulak. ada tujuh bab lagi berbaki untuk dibacanya. dia kecewa. 

turun dari tingkat atas toko buku itu, baru Mayra sedar kota Jogja sedang dituruni hujan. payung pula tak bawa. jadinya, dia memilih untuk menunggu sehingga hujan habis reda. mujur, bersebelahan tingkat bawah toko buku Gramedia ada premis Dunkin Donut. menikmati hujan dengan sebiji donut dan segelas kopi cappucino juga adalah idea yang baik kan.

selepas membuat pesanan di kaunter, Mayra menuju meja kecil di tepi dinding kaca. memerhatikan mobil-mobil yang mengambil giliran untuk melalui simpang empat yang dikawal oleh lampu trafik. sambil-sambil itu, dia ligat berfikir mana mahu cari buku tebal itu. dia mesti habiskan bacaannya. ah, kalaulah orang lain tahu apa rasa membaca buku rare yang best tapi tidak dapat menghabiskannya.. dia menyumpah-nyumpah dirinya sendiri yang degil enggan membelinya saja awal-awal dulu.

ketika itu, segelas kopi sampai di mejanya. tapi bukan cappucino seperti yang dipesannya. yang datang adalah latte. dengan perlahan, Mayra menolak kopi itu.
"maap mas, ini bukan orderan saya."
pelayan yang membawa kopi itu tepinga-pinga sambil melihat semula catatan pada bil. sehinggalah ada suara dari meja sebelah Mayra. 
"mas, itu punya saya mas. latte kan?"
ternyata kopi itu adalah milik seorang lelaki bersweater cotton yang duduk di meja bersebelahan meja Mayra. dari tadi dia situ cuma menunduk. pada kiraan Mayra, mungkin dia sedang tertidur kerana dia duduk membelakangi meja Mayra. tapi, rupanya dia sedang membaca buku. haha, mau hampir tergelak kuat Mayra.

dalam pada itu, Mayra hampir menjerit girang bila terlihat buku yang dipegang lelaki itu adalah buku yang dibacanya di toko buku. mahu ditegurnya lelaki itu, malu pula. dan tidak lama..
"eh, kamu yang selalu duduk di ujung rak sambil membaca buku kan?"
ah, ternyata lelaki itu memerhatikan Mayra.
"err, iya. mungkin itu saya. kamu juga membaca buku sama? itu, buku ditanganmu. buku itulah yang selalu saya baca juga." 
"oh, iya. maap, saya terlanjur membelinya. mahu dibuat rujukan. saya selalu datang ke gramedia untuk membeli buku ini, tapi setiap kali itu juga buku ini ada ditanganmu, yang  ya, duduk sendirian di ujung rak buku."
"iya, gapapa. buku itu bukan punya saya. terserah mereka mahu jual kepada siapapun."
"kamu sudah di bab sepuluh ya? masih ada lipatan tandanya di sini. masih ada tujuh bab ke depan. sayang sekali.."
lelaki itu kembali meneruskan bacaannya. Mayra tersenyum tawar. pesanannya baru sampai. dia segera menikmati donut dan kopinya. setelah meminta password wifi daripada pelayan di situ, dia pun hanyut dalam dunia siber dalam ponselnya.

setelah hujan reda, Mayra bersiap untuk pulang. lelaki meja sebelahnya sudah pun meninggalkan dunkin donut itu lebih awal. Mayra menuju ke kaunter untuk membayar donut dan cappucino yang dipesannya.
"semuanya dua belas ribu mbak. oh ya, ada yang titip buku ini buat mbak."
juruwang itu menghulurkan sebuah buku tebal. buku yang dibaca lelaki tadi. buku yang setiap kali ke Gramedia, Mayra baca satu bab. bersebelahan cover depan buku itu, ada catatan yang ditulis lelaki bersweater cotton tadi.
--nah, buku ini kamu ambil ya. saya sudah habis. saya juga membacanya di toko buku itu, lama sebelum kamu. ternyata kamu datang mencarinya lagi hari ini. ternyata juga, bila hari hujan kamu suka singgah di kedai kopi. itu, naskhah terakhir di toko buku, kalau bukan saya, orang lain pasti akan membelinya sebelum sempat kamu menghabiskan. jadi, err, anggap saja ini hadiah daripada teman yang punya jiwa sama kayak kamu.  sampai ketemu lagi..

.


Tuesday, September 29, 2015

kota kertas.




seperti satu hari di kota yang dituruni hujan, kau duduk di tepi jendela kaca berbingkai besi yang sudah sedikit luntur hitam warna catnya menampakkan karat karat lusuh, kopi panas dibancuh dalam cawan porcelain dengan corak bunga ceri dan tanganmu menggenggam sebuah buku klasik yang kertasnya kekuningan berbau lapuk. lalu, kerana terlalu hanyut dalam bacaan, kau terlupa kopi panas di atas meja yang diperbuat daripada susunan papan kayu lama dalam tona warna coklat yang serupa.
setelah hampir habis di halaman halaman terakhir buku itu, kau baru teringat akan kopi panas. dan ketika itu, menghirupnya tidak lagi nikmat kerana kopi panas tidak lagi panas tapi sudah pun sejuk dingin, seperti dinginnya hari hujan. di luar jendela pula, aroma petrichor mula naik daripada jalanan jalanan yang basah, menandakan hujan yang sudah berhenti dan cahaya mentari mula memanaskan semula kota. 

begitu maksud aku, tidak semua perkara kau nikmati dalam satu masa itu. kau tenggelam basah dalam salah satunya dan terapung kering pada yang lain. antara buku dan kopi, pikiranmu tenggelam dalam buku sedangkan tekakmu kering tanpa menghirup kopi panas ketika dingin hujan sudah mulai hilang.


kerana apa? 
kerana kau tidak cukup membagi bagikan perhatianmu. ada banyak perkara disekelilingmu yang harus kau nikmati sebelum waktu mereka bersamamu habis. mereka cuma butuh sedikit daripada perhatianmu.





Wednesday, July 29, 2015

sebelas hentian.






"hari ni dia baca buku apa?"

"langit vanilla."

"buku tu pun kau ada jugak?"

"ada. hampir khatam."



setiap pagi dari rumah ke tempat kerja, Ajam naik lrt pukul 7.30 pagi.  sampai ofis pukul 7.55 pagi. sebelum sampai ofis, ada sebelas hentian lrt. Ajam perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang gadis naik. Ajam bukanlah pengusha liar manusia lawan jantinanya. tapi sebab gadis tu sentiasa naik lrt dengan buku. sepanjang perjalanan gadis itu akan tekun membaca bukunya. dan hampir setiap buku yang dibaca gadis itu ada juga di rak buku Ajam. Ajam suka melihat buku apa yang akan dibawa gadis itu setiap pagi dan dia akan cuba recall balik isi kandungan buku tu, kalau-kalau dia pernah membacanya. setiap kali gadis itu larut dalam bacaannya, semacam dia ada di dunia lain. tidak peduli apa yang berlaku di sekelilingnya. sebab tu dia tidak pernah perasan ada orang(Ajam) yang mengamati buku yang dibacanya. 

di hentian ke-sebelas, Ajam akan turun dan gadis itu meneruskan perjalanan dengan bukunya.



....




"hari ni dia minum apa?"

"caramel latte."

"banyak tak orang pesan hari ni?"

"boleh la."



setiap petang dari tempat kerja pulang ke rumah, Lynn naik lrt pukul 5.10 petang. sampai rumah pukul 5.35 petang. sebelum sampai rumah, ada sebelas hentian lrt. Lynn perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang lelaki naik. Lynn bukanlah suka sangat tengok lelaki sembarangan dengan saja-saja. tapi sebab lelaki tu sentiasa naik lrt dengan setin air kopi. Lynn berkerja sambilan di sebuah kedai kopi, jadi dia sudah belajar hampir semua jenis bancuhan kopi yang popular. Lynn suka melihat kopi apa yang dibawa lelaki tersebut kemudian membayangkan bagaimana untuk membancuhnya dan berapa cawan bancuhan kopi itu dibuatnya untuk sepanjang hari itu. tetapi lelaki itu tidak segera minum tin kopi yang dibawanya. sebaik naik ke lrt, dia mesti akan terlelap. sama ada berdiri atau duduk. dia hanya akan tersedar bila tin kopi itu hampir terlepas dari tangannya setiap kali lrt berhenti.

di hentian ke-sebelas, Lynn akan turun dan lelaki itu akan tersedar lagi dari lenanya. kemudian dia akan membuka penutup tin kopi dan mula meneguknya. dan lrt pun meneruskan perjalanan.



_________________________________________
thanks for keep on reading my random stuff. i'll write more. :)

Thursday, March 26, 2015

bookshelf.


dua petak kecil daripada almari yang ada enam belas petak.

adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu membaca buku sebanyak banyaknya. tidak kira tentang apa saja genrenya; buku buku intelektual, buku buku puisi, buku buku cerita, buku buku apa saja. tidak kira siapa saja penulisnya. tidak kira berapa tebal halamannya. tidak kira bagaimana warna dan lukisan pada mukadepannya. 
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu memiliki perpustakaannya sendiri. perpustakaan yang juga adalah rumahnya sendiri.  perpustakaan yang menyimpan semua jenis buku buku miliknya. perpustakaan yang lelaki sendiri menjadi pustakawannya. biar rak rak buku itu tinggi mencapai bumbung, akan disediakan tangga untuk lelaki memanjatnya. 
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu menjelajah ke serata dunia. menjelajah semua perpustakaan di dunia. menjelajah semua kedai buku di serata dunia. dengan itu dia akan bertemu dengan para ulat ulat buku daripada serata dunia. melihat dan belajar cara mereka bercerita dengan buku. mungkin buku yang dibaca mereka tidak difahami lelaki kerana terbatasnya bahasa yang diketahui lelaki, tapi melihat mereka tenggelam dalam bacaan sendiri sudah cukup membuat lelaki tersenyum sendiri.
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu membuka sebuah cafe yang menawarkan buku dan kopi. cafe yang letaknya di tepi jalan. cafe yang dindingnya cuma kaca lutsinar yang bahagian luarnya akan dibasahi titis titis air ketika hujan. cafe yang dindingnya adalah rak yang dipenuhi buku buku. cafe yang diwarnai dengan aroma kopi gaya cappucino, latte, espresso  dan lain lainya. orang yang datang ke cafe itu pastinya adalah pencinta buku, kopi dan sekaligus hujan, sama seperti lelaki.
adalah lelaki yang punya cita cita. ah, mungkin cuma angan angan. lelaki mahu memiliki buku yang ditulisnya sendiri. tentang cerita cerita alam yang ditemukan dalam pengembaraannya. tentang cerita cerita manusia yang ditemukan dalam pengembaraannya. tentang cerita cerita perubahan jiwa sepanjang pengembaraannya. tentang khayalan khayalan yang pernah terlintas di pikiran lelaki pada setiap perjalanan panjang menaiki kenderaan dalam pengembaraannya. 
terlalu tinggi cita cita. ah, silap lagi. terlalu tinggi angan angan lelaki. nah, begitulah dia..


Monday, March 23, 2015

caramel latte.





jarum waktu sedang menunjukkan pukul satu pagi ketika itu. hari sudah berganti yang baru. ah, lelaki tak bisa tidur. migrain yang bermula petang tadinya sudahpun hilang dengan dua biji panadol aktifas. lampu bilik yang sudah ditutup awal tadi, dibukanya kembali. semua menjadi terang benderang semula. menuju ke rak buku. pengejar bintang bintang, nami cob mungkin. biasanya malam malam begini, novel dengan cerita panjang selalu membawa dia kepada lelap. ah, ternyata bukan itu pilihan lelaki malam ini. yang dicapainya adalah sebuah naskhah kecil nipis, dikatakan atau tidak dikatakan itu tetap cinta, tere liye. buku ringkas yang sempat menjadi kenang kenangan saat dia berkunjung ke negeri seberang. entah apa yang buat lelaki menarik naskhah itu dari rak panjang di toko buku di tengah kota. mungkin kerana ilustrasi pada covernya yang menurutnya luar biasa. mungkin kerana nipisnya, mudah dibawa ke mana mana menjadi bacaan segera. mungkin pada harganya yang yaaa lumayan murah. mungkin kerana gahnya nama sang penulis yang punya tulisan tulisan best seller bahkan diangkat menjadi filem indah. atau mungkin hanya kerana kata 'cinta' yang tersisip pada tajuk panjangnya.


“cinta itu bukan soal kebersamaan apalagi memiliki. melainkan pada ingatan yang diletakkan di hati kita masing-masing, pun dalam doa-doa yang dipanjatkan dalam senyap. itulah kenapa, kalaupun kita tidak memiliki seseorang/sesuatu, tidak bersama dengannya, atau malah dibenci karena salah paham, perbedaan, atau memang simpel karena tidak suka (apapun alasan tidak suka tersebut), kita tetap selalu bisa menyebutnya dengan kata cinta.”  - tere liye.


lelaki sebetulnya cuma mahu meletihkan fikirannya dengan membaca agar dia mampu terlena. tapi fikirannya bahkan menjadi lebih lincah mahu mendalami makna di sebalik ayat ayat yang dibacanya. ah, dia harus segera berhenti. tapi, akal tetap adalah raja dalam diri lelaki, yang punya kuasa memberi arahan kepada seluruh anggota tubuhnya. maka, segala kompenen tubuhnya memberi stimulus kepada apa saja yang dibutuhkan oleh fikirannya saat itu. dan akhirnya yang menjadi budak suruhan akal pada malam itu adalah jari jari lelaki. 


buktinya adalah tulisan lewat malam ini..


Thursday, November 27, 2014

paper heart.


google's image.


Penghujung tahun di negara beriklim tropika adalah musim hujan. Pagi hujung minggu. Hari cuti. Waktu-waktu begini, Dean tak banyak keluar. Lebih suka duduk tepi jendela yang basah dengan titis hujan dari luar. Cukup dengan kepul asap Latte Macchiato dan bau lembar buku Reclaim Your Heart.

Walaupun sudah khatam, Dean ulangbaca lagi kumpulan tulisan tulisan Yasmin Mogahed itu. Masih banyak benda yang masih tertanam dalam tu, Dean nak gali semuanya.
"Once let down, I never fully recovered. I could never forget, and the break never mended. Like a glass vase that you place on the edge of a table, once broken, the pieces never quite fit again. However, the problem wasn’t with the vase, or even that the vases kept breaking. The problem was that I kept putting them on the edge of tables."

Selepas lebih kurang setengah jam, Dean pause bacaan sekejap. Memandang ke luar. Jelas dari bingkai jendelanya, adalah pemandangan biasa sibuk kota bandaraya. Menara pengejar langit ada di mana mana. Kenderaan kelihatan seperti semut semut yang berkeliaran mencari manisan.

Seberang jalan, berhadapan pangsapuri kediaman Dean adalah pondok menunggu bas. Dean perasan, sedari awal dia duduk di hadapan jendelanya, ada seorang gadis yang sedang duduk menunggu. Lebih kurang seperti Dean, gadis itu juga sedang membaca buku. Ada payung basah di tepinya.

Dean juga perasan sudah lebih daripada tiga buah bas yang singgah dan berlalu pergi, tapi gadis itu masih tetap di situ. Mungkin bukan bas yang dia tunggu. Atau gadis itu terlalu larut dengan bacaannya. Entah..
"Through my attachments, I was dependent on my relationships to fulfill my needs. I allowed those relationships to define my happiness or my sadness, my fulfillment or my emptiness, my security, and even my self-worth. And so, like the vase placed where it will inevitably fall, through those dependencies I set myself up for disappointment."

Dean bangun sebentar. Menuju ke arah katil. Ambil handphone. Ambil headphone. Dean buka music player. Lagu pertama untuk pagi itu, Ed Sheeran- Photograph.

Pandang semula ke luar jendela. Gadis itu masih di situ. Hujan makin lebat.

Dean teruskan bacaan..
"I set myself up to be broken. And that’s exactly what I found: one disappointment, one break after another."


Friday, March 07, 2014

buku: 99CdLE.

petang semalam bersama teman-teman daripada lpm pmiutm memasuki ruang bedah yang diketuai oleh kakak Mar Nilam. lokasinya di teratak cokelat tepi tasik; air tenang, itik itik putih, angin sepoi dan redup bawah pohon. kalau ditambah dengan alunan yiruma, 'river flow in you' mesti lagi mantap nuansanya.

subjek bedah adalah 99 cahaya dilangit eropa oleh hanum salsabiela rais & rangga almahendra.

ini,



sungguh, terlalu banyak yang diperolehi daripada kisah tentang perjalanan sebuah 'pencarian' ini. pencarian 99 cahaya kesempurnaan yang pernah dipancarkan islam di benua eropa. akhirnya, lewat kisah indah ini, benar sungguhlah bahawa islam itu rahmatan lil alamin.

“Tentang kopi kesukaanmu, cappucino, kopi itu bukan dari italia. Aslinya berasal dari biji-biji kopi Turki yang tertinggal di medan perang di Kahlenberg. Hanya sebuah info pengetahuan kecil-kecilan. Assalamu’alaikum” -Fatma, 99 Cahaya di Langit Eropa, halaman 50.

sebetulnya, saya belum pernah sentuh buku ini, apalagi untuk membacanya. hanya tahu lewat trailer filemnya saja. dan dengan bermurah hati, kakak Mar Nilam meminjamkan buku ini kepada saya. hoorey!

Sunday, December 01, 2013

tentang 'SBASM'



 




   inilah beberapa gugus bintang yang dapat dikutip daripada jutaan jumlahnya mereka di langit indah "Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim" yang dilukis oleh Salim A Fillah.

   semoga kalian turut sama menikmati kerlipannya juga..

_________________________________________________________________


"Saudaraku, ini giliran kita. Kita muslim sejati, yang selalu mengajak semua manusia kembali pada kebenaran fitrah, tapi kalau mereka berpaling, cukup katakan dengan bangga dan penuh kemuliaan bahwa kita adalah muslim.

Seribu, seratus, sepuluh, ataupun sesatu, muslim sejati takkan pernah ragu untuk berkata, "Saksikan bahwa Aku Seorang Muslim!" ... " - Muslim, hlmn. 77

----

   "Dalam keseharian, seorang muslim harus memiliki karakter dan identitas. Bahkan juga penampilan yang berbeda dengan kaum-kaum yang terhukumi jahiliah. Bukan kerana Islam bersifat eksklusif dan elitis. Tetapi Islam adalah sistem menyeluruh yang ingin menjadikan revolusi diri para pemeluknya kaffah. Ada jaminan perlindungan, kebanggan identitas dan keterakuan bagi yang baru memasuki. Ada ketertarikan atas keunikannya bagi orang yang terpesona.

Setiap orang kafir, kata Ibnu Taimiyah, akan gembira jika tatacara dan seleranya diikuti. Mereka akan bangga. Dan kebanggaan itu akan terbawa dalam pola pikir, konsep hidup, dan cara pandangnya terhadap segala sesuatu. Kalau itu terjadi alangkah kasihan mereka. Karena mereka akan bangga selalu berada dalam kesesatan.... " - Perpisahan, hlm. 86-88

  ----

   "Keimanan benar-benar telah mengikat hati para hamba Allah dalam kasih sayang yang menggetarkan.

Ada sebuah kalimat Rasulullah yang membuat hati Anas ibn Malik begitu tenteram berbunga-bunga. Yakni kalimat bahwa seseorang akan bisa berharap untuk membersamai Rasulullah, Abu Bakar, dan 'Umar di surga nanti. Karena, meski amalanku tak sebaik amalan mereka, tetapi aku sangat mencintai mereka..." Ah indahnya. Siapa yang kau cintai saudaraku?

Siapkah hati, jiwa, raga, dan harta kita untuk bersaudara?
Siapkah mata, telinga, lisan dan tangan kita untuk bersaudara?

Kebersamaan dalam ikatan aqidah akan mengikrarkan sebuah perjuangan untuk menegakkan aqidah itu. Tiada kemuliaan tanpa perjuangan. Wahai pejuang, perjuangan pertama yang harus kau tegakkan adalah melawan nafsu diri agar mampu bersabar dalam kebersamaan!

Dalam perjuangan itu, musnah segala khawatir dan takut. Hilang gelisah, resah dan kalut. Karena kebersamaan yang kita ukir begitu meneguhkan. Kebersamaan yang menyandarkan kekuatannya kepada Allah.... " - Kebersamaan, hlmn. 89-93

  ----

   "Semoga ada wajah-wajah yang tak pernah mengajak kita menggunjing, memfitnah, dan sibuk dengan aib orang. Betapa ingin kita disambut di majelis mereka, dengan ucapan, "Akhi...ta'ala nu'minu sa'ah..saudaraku, mari sejenak kita beriman!" dan kita diterbangkan ke tempat yang dinaungi sayap malaikat

Kita rindu bersua dengan wajah-wajah ini dalam perjalanan. Bukankah kita belum saling kenal dan baru kali ini bertatap muka? Tapi rasanya sudah akrab, dan lisan tak tahan untuk segera melempar senyum dan beruluk salam.

Inilah dia, wajah-wajah keimanan. Yang digambarkan Rasulullah yang satu menjadi cermin yang lain. Ada inspirasi shalih saat memandangnya dan energi isi ulang melihat keteduhannya.. SubhanaAllah. 

Betapa kita merindu wajah-wajah keimanan. Wajah-wajah itu, adalah wajah-wajah saudara kita di jalan Allah." - Afiliasi, hlmn. 140

  ----

   "Betapa rindu kita pada pemimpin yang bisa menangis. Minimal menangis. Karena cinta. Pemimpin yang sadar bahwa ia akan ditanya dan diminta bertanggungjawab atas jutaan pengangguran, mliyaran kasus kriminalitas, jatuhnya moral remaja, dan perempatan jalan yang penuh peminta. Minimal sadar. Karena cinta. Ia seperti kata Nabi, "Mencintai kalian, dan kalian pun mencintainya." Dan cinta itu, akan mengangkatnya dari kungkungan batas-batas kemanusiaannya untuk berbuat lebih. Karena cinta itu membuatnya tak sendiri, tetapi rakyat membersamainya. Jika ruhnya saling mengenal dengan ruh rakyatnya, saat itulah nyala bertemu sumbu, dan kerja-kerja menjadi api yang mengkinesi potensi. Dan Allah menghujankan air barakah, dan menumbuhkan pohon thayyibah.

Saudaraku, adakah rindu kita ada di lembah hijau yang sama? " - Afiliasi, hlmn. 144-145

  ----

   "Maka niat adalah pijak pertama yang menggores tanya, "Akankah ada barakah dalam pernikahan kita?"

Niat ketika menyaksikan kondisi keluarganya. Niat ketika menentukan mahar dan persyaratan. Niat ketika menyatakan persetujuan dan penerimaan. Niat ketika merencanakan hari akad dan perayaan walimah. Niat selama dalam masa penantian. Niat dan niat, ketika dan ketika..

Niat ketika mengucapkan ijab dan qabul. Niat di saat menerima ucapan selamat dan doa. Niat di waktu menjamu tamu. Niat di waktu menjamu tamu. Niat di saat para tamu meninggalkan tempat. Niat ketika mengucap salam dan mengetuk pintu kamar. Niat ketika berjemaah dua rakaat pertama kalinya.

Pada engkau yang belum menikah, katakan padaku saat kau rasa nikmatnya pandangan pertama, apa yang terbit di ufuk hatimu? Sudahkah engkau bersegera menunjuk dada dan bertanya, "Akankah ada barakah dalam pernikahan kita?" - Nomor Dua, hlmn. 218-219

  ---- 

   "Kita begitu rindu masyarakat imani, masyarakat yang membuat kita selalu ingin berada di tengah mereka. Hanya ini masyarakat yang membuat kita merasa aman dari lisan dan tangan mereka. Alangkah tenteram berada di tengah mereka. Serasa, masyarakat ini adalah masyarakat surgawi, dan tetangga-tetangga ini kita doakan menjadi tetangga di surga nanti.

Memang sulit mencari, tetapi alangkah indahnya memulai dari diri sendiri. Jika keluarga kita dibangun di atas peribadahan kepada Allah, maka juluran-juluran rantingnya adalah da'wah ilallah. Di manapun bumi tempatmu berpijak, kata Umar ibn Al Khattab kepada sahabatnya yang berangkat menunaikan tugas, keislamannya adalah kewajibanmu. Maka adakah tercantum di dalam visi dan mis pernikahan kita sebuah kata yang berat timbangannya di sisi Allah; da'wah? ..... " - Tetangga, hlmn. 284-285



:)


Monday, March 11, 2013

buku : Salim A Fillah



Sebelum ini, mereka cuma saya tatap dan ratap lewat gambar poto-poto. Sebelum ini, cerita khabar pasal mereka saya cuma dengar lewat orang-orang yang bilang macam-macam tentang mereka. Ya, saya jatuh hati pada pertama kali kami berpandangan. Saya terpesona saatnya mendengar kisah-kisah romantis orang-orang yang lain itu bersama mereka.

Habis pelusuk kota saya cari. Kasitau, rumah buku mana saya tak ziarahi lagi semata hanya ingin bertanya samaada mereka pernah singgah di sana. Mandi tak kenyang. Tidur tak basah. Makan pun tak pernah lena. Hampir-hampir saya putus asa kecewa terjun bangunan, eh, kerana cinta buta yang tidak berpenghujung ini. Tapi, saya kuatkan juga. Eheh.

Akhirnya, bulan jatuh ke riba. Ternyata, harapan dan wawasan ini tidak sia-sia. Terima kaseh Tuhan. Cahaya dari seberang itu tiba juga. Cukup 4 kuota. Sungguh, saya masih terharu-biru dapat menyentuh setiap lembaran yang mengalir kepadanya dakwat tulisan seorang yang begitu hidup tulisan beliau. Membaca karyanya, seakan-akan saya dan beliau sedang saling berbicara berduaan dalam sebuah ruangan khusus hanya untuk kami berdua.

Seuntai kicauan berserakan,
dari hamba Allah yang tertawan dosanya;
santri yang tertahan kejahilannya,
yang berharap dapat berbagai manfaat
dalam faqir dan dha'ifnya.
Renungan yang lebih tepat ditelunjukkan pada diri;
ditebarkan agar bisa bersama dihayati.

-Salim A Fillah. 

...

* Terima kasih kawan untuk buku-buku ini. Saya ini cuma sebutir pasir tepian pantai, sedangkan budimu itu selautan luas. Biarlah Allah membalas jasamu, saya tidak mampu. Semoga anda terus hebat bergaya menghasilkan kopi-kopi tarbiyah berlemak penuh krim dalam setiap cangkir tulisan anda ya. Arigato!

Tuesday, March 05, 2013

falsafah hidup.

    Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita angsur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita, hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakkhirkan walau satu saat dan tidak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.
   Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuhi hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. 
   Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan.
   Itulah Falsafah Hidup.
                                              -Prof Dr Hamka 

carilah buku Falsafah Hidup. :)






















#Pray4Sabah  

Monday, February 25, 2013

buku : Quiet.

the cover. memang stail!

For far too long, those who are naturally quiet, serious or sensitive have been overlooked.
The loudest have taken over - even they have nothing to say.

It's time for everyone to listen. It's time to harness the power of introverts.

It's time for Quiet.

...

Maklumat pembelian,
* Lokasi : MPH Jusco Taman U Skudai.
* Harga : RM 49.50 (diskaun Kad Siswa, 10 % = RM 44.55. Selebihnya beli penanda buku dan pen Stabilo warna biru). Beli guna bocer buku. 
* Masa : tadi.

Belum mula baca lagi. Ada benda lain belum habis baca. 
(-_-)


Saturday, October 20, 2012

buku : CHC & CKA



cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa.cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.jangan tunggu esok.hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class.jangan lupa,bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
cintaku kerana agamamu.dalam agama Islam,ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK.adat yang selari syariat elok diraikan.masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti.inilah namanya konsep fiqh awlawiyat.

penulis : Dr Farhan Hadi (CHC) & Fatimah Syarha (CKA)
terbitan : galeri ilmu.(novelet tabiah 2 dalam 1)

*baru beli.baru mahu baca.baru hendak ditadabbur.
weh,cubit sikit.. (ˇ▽ˇ)-c<ˇ_ˇ)  

Tuesday, September 18, 2012

book : a world without islam

what if Islam never existed?
to some,it's a comforting thought: no clash of civilizations, no holy wars, no terrorists.
but what if that weren't the case at all?



A World Without Islam takes us on an illuminating journey through history,geopolitics,and religion to investigate whether there is something unique in Islam and its followers that breeds violence and conflict.spanning the rise of Muhammad SAW to the collapse of the Ottoman Empire to the present day, the book examines and analyzes the roots of terrorism, the conflicts in Israel and Chechnya, and the role of Islam in supporting and energizing the anti-imperial struggle.A World Without Islam is certain to inspire debate and reshape the way we think about Islam's relationship with the West.

author : Graham E.Fuller.former vice chairman of the National Intelligence Council at the CIA.
genre : political science.


"Brilliant and erudite....One of the most stimulating books written on the Middle East in recent years."
Times of India


*terbeli di LCCT(13/8/12) untuk bacaan di udara.
out of 364 pages,baru terbaca 15%.haha.
(i'm really a slow reader..-_-)

Thursday, May 26, 2011

baru update..

assalamualaikum..("mari menyebarkan salam,kerana ia adalah bahasa syurga"memetik kata-kata seorang cekgu memandu saya semasa berkursus dengan JPJ baru-baru ini)


sudah lama blog ini tidak dikemaskini...haha.
tiada idea+tiada masa+malas=kosong..kali ini baru kembali selepas sekian lama menyepi.mahu cerita apa,saya pun tidak tahu.
buku baru saya

RNR di Lebuhraya Kehidupan ,buku baru saya.baru beli di Pustaka Mu'min,Jalan Tun Abdul Rahman KL.Suka saya berkongsi cerita tentang buku ini.Buku yang merupakan tulisan kedua Ustaz Zul Ramli berkisar tentang panduan untuk mengatur kembali perjalanan hidup.Menceritakan tentang perhubungan manusia dengan semua yang ada dalam kehidupan ini,bemula daripada hubungan dengan tuhan,rasul,diri,ibu bapa sehinggalah kepada masyarakatBerkonsepkan bacaan yang ringan dan santai,setiap tajuk yang dibincangkan diselitkan kisah-kisah menarik daripada sirah,kisah dongeng,cerita kaum tua,pengalaman penulis sendiri juga cerita ala telenovela.Ia menjadikan buku ini sangat seronok untuk di baca.

buku pertama penulis.best jugak.


Saya mula tertarik dengan tulisan Ustaz Zul Ramli setelah membaca buku best seller beliau.U-Turn ke Jalan Lurus.Diperkenalkan oleh seorang sahabat semasa menuntut d kolej matrikulasi Labuan,saya membaca buku ini berulang-ulang kali.Sehingga semasa menuntut d utm baru-baru ini,saya membeli buku ini untuk membacanya semula.Kemudian pada penghujung sem baru-baru ini saya mendapat tahu melalui temubual khas dengan Ustaz Zul Ramli di Radio IKIM bahawa buku kedua beliau sedang 'meletup' di Pesta Buku yang diadakan di KL.Saya mencari buku tersebut di kedai-kedai buku di sekitar Johor Bahru,namun semua tiada.Hanya ketika berada di KL baru berjumpa dengan buku ini..

Begitulah kisah cinta saya(??)..mungkin kalau ada kesempatan ,saya ingin berkongsi isi-isi buku ini dalam saya punya blog..sekian.Arruhul Jadid Fi Jasadil Ummah..

Wednesday, February 02, 2011

alim vs zalim

"kadangkala,saya amat mudah bangun malam,berzikir penuh khusyuk,bahkan menangis sayu memohon keampunan atas dosa-dosa dan munajat atas harapan.Hati saya mudah tersentuh melihat orang miskin dan fakir dan saya akan terus berikan duit tanpa ragu.Tetapi kadang-kadang say begitu malas,jangankan tahajjud,solat wajib pun saya pun saya tinggalkan,berubah menjadi jahat.Malah arak pun saya teguk.Kadang-kadang saya rasa amat dekat dengan Allah.Tetapi kadang-kadang sangat jauh dari-Nya.Apa sebenarnya terjadi dengan keperibadian saya,ustaz...?"

Petikan diatas merupakan overview kepada kandungan buku yang sedang saya baca sekarang,'Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?'..Hobi baru saya sejak melangkah masuk ke universiti,membaca buku-buku teladan,nasihat,menyucikan jiwa..huhu..=) Suka saya untuk berkongsi mengenai kandungan  buku-buku yang saya baca.Pertama-tamanya biarlah buku tulisan Muhammad Muhyidin ini dahulu saya bicarakan.

Buku ini pada umumnya membicarakan bagaimanakah caranya bagi menghadapi pertarungan iman dan nafsu di dalam jiwa agar sifat kita ada dua wajah itu.Bagaimanakah tip-tipnya agar diri inin sentiasa berada di  bawah naungan cahaya iman yang gemilang?Juga diselitkan beberapa kupasan mengenai beberapa kisah yang boleh dijadikan pedoman dan peringatan..

"Membaca Buku-buku al-Hidayah anda Selangkah Mendekati Allah"