Sunday, April 30, 2017

je ne sais quoi.




rooftop.

beg galas di belakang, dilepaskan sebelah bahu.
dibawa ke hadapan.

keluarkan kamera.
keluakan lens.

"ini wide angle lens. focal length pendek atau kecil. kau tau guna untuk apa?" 
"untuk photo yang frame dia lebih wider kan?" 
"ha, betul.." 
"nama pun 'wide angle'.. obvious laa.."

cantumkan lens dan kamera.
buka lens cover.

set shutter speed.
set iso.
set aperture.

"you know what? bila kita pandang dunia atau kehidupan dari frame yang lebih luas, wider and farther, lebih jauh, barulah kita faham kenapa setiap sesuatu ada di tempatnya masing-masing. pokok, sungai, laut dan bukit. macammana setiap mereka saling berhubungan, menjalankan peranannya masing-masing untuk melengkapkan sebuah sebuah pemandangan bernuansa damai dan indah. ini tidak kelihatan jika kita cuma berdiri melihat dunia di hadapan sebatang pohon." 
"nah, begitu dalam kehidupan, kita perlu melihat setiap apa yang datang ke dalam hidup kita sebagai satu identiti khusus yang memiliki peranannya yang tersendiri. mungkin itu ujian tertentu, atau manusia-manusia yang kita temui, juga kejayaan atau kegagalan dan sebagainya. semua sebenarnya saling berhubung untuk membentuk sebuah lukisan atau perjalanan takdir yang tersusun cantik setiap letaknya perkara-perkara tersebut."


angkat kamera paras muka.
dua tiga kali bunyi snap.

turunkan kamera.
buka lens.

ambil beg galas.
masukkan lens.

keluarkan lens lain.


"ok. yang ini apa?" 
"just another lens?" 
"haha. begini.. setiap sesuatu memiliki keindahan dan keunikan dengan caranya sendiri. indah dengan keindahannya yang sendiri. hal-hal biasa, kecil dan sepele akan kita lebih hargai jika kita tahu nilainya, keindahannya. cuma, tidak semua kelihatan dengan magnifikasi pandangan atau penglihatan berskala sifar. ia perlu kepada perkalian magnifikasi. perlu kepada perhatian dan penelitian. semacam uniknya struktur pola corak bunga atau rekahan pada sayap pepatung yang kita tangkap dalam mode close-up guna lens ni, macro lens." 
"ouh.." 
"your turn." 
"manusia memiliki fitrah, bila  terpandang atau merasakan sesuatu itu indah, mereka ingin menyampaikan pujian. dan mahu berterima kasih. kan? tapi, kepada siapa? seperti kita berterima kasih bila diberikan hadiah daripada orang lain. terima kasih kita adalah atas hadiah itu. nah, kepada siapa pula kita mahu berterima kasih atas orang yang memberikan hadiah itu? so, fitrah dibekalkan kepada manusia sebagai jalan untuk manusia sentiasa pulang kepada Tuhan."


angkat kamera paras muka.
dua tiga kali bunyi snap.

turunkan kamera.
buka lens.

ambil beg galas.
masukkan lens.

tangan masuk ke kocek seluar.
keluarkan phone.

turn on skrin.
buka lock pattern.

sebelah app camera ada app quran.

"you know what, dua konsep tadi tu asalnya aku dapat daripada quran study." 
"quran?" 
"yup. i mean, from literary point of view, ada dua cara we can look into the quran. first, macam guna wide angle lens. looking from afar, in a bigger picture, look how every ayah within a surah interconnected with each other. secondly, by the 'close up' or 'zoom in' concept, to look deeper into a single kalimah or word, dig into its root meaning, and how precise it was chosen for that particular place in an ayah. and thats how you will be awed in silence by the divine speech." 
"that's cool."
"ya, sejuk jugak atas ni."


sambung tengok pemandangan.




Saturday, April 29, 2017

transmission.
















iman fluctuates.



















its a continuous sine wave,
y = a sin(bx)


















Friday, April 28, 2017

recalculating.






tepi jalan.
bersebelahan pondok telefon.
gerai burger dan roti john.

"bang, taman kosakata kat mana? jauh lagi tak dari sini?" 
"taman kosakata? jauh lagi. emm, ikut jalan ni straight, nanti ada jumpa empat traffic light. lepas yang keempat tu nanti akan jumpa round about. oh ya, sebelum round about tu ada supermarket sebelah kiri. ambil exit pukul tiga. lepas tu straight lagi, lepas dua traffic light jumpa masjid sebelah kanan. tu masjid bayyinah taman kosakata, dah dekat la tu kawasan perumahan taman kosakata. cari je signboard jalan kosakata." 
"ok bang. terima kasih."

...


kuning.
merah.

hijau.

jalan.


"tadi traffic light keempat kan?" 
"aah." 
"so, lepas ni akan jumpa supermarket." 
"yup."

800m ke depan.

"tu ha.. nampak dah." 
"uish besar gak..." 
"singgah nak?" 
"emm, awal lagi... boleh gak.."

signal ke kiri.

berhenti depan palang gate merah putih yang melintang.
turunkan tingkap, hulur tangan keluar. tekan butang, ambil tiket parking.
palang gate merah putih terangkat naik menegak, jalan.

pusing tempat parking bahagian dalam.
basement 1; penuh.
basement 2; penuh.
keluar, tempat parking bahagian luar, penuh.

"weh, penuhlah. takde parking." 
"aduh, takpe la. jom la gerak. tiket parking takde bayar kan?" 
"tak kot. baru berapa minit kita masuk. baidewei, jalan mana nak keluar ea?" 
"tu, kau follow kereta depan. nak keluar jugak tu."

berhenti depan palang gate merah putih yang melintang. 
turunkan tingkap, hulur tangan keluar. masukkan tiket parking.
palang gate merah putih terangkat naik menegak, jalan.

"eh, tadi kita masuk sebelah mana ea? bukan sini kan? ini keluar jalan mana? mana round about tu?" 
"bukan. sebelah mana ntah tadi." 
"alamak.. habistu nak lalu mana ni?" 
"jap, kau singgah tepi dulu."

signal ke kiri.


...


"enset kau ada waze?" 
"ada." 
"laa, tak cakap awal-awal. bukak la." 
"nak jimat bateri. haha. power bank aku tertinggal." 
"guna kejap je. dah nak sampai ni." 
"ok."


buka waze.
taip taman kosakata.

perlahankan suara radio.
kuatkan suara mr waze.


we're all set. lets go.

in three hundred meter, turn left.

slow traffic reported ahead.

"weh, belok kiri la." 
"aduh, salah."

recalculating.

in two hundred meter, make a u-turn.


in one kilometer, at the round about, take the second exit.


continue straight for two kilometer and then stay to the left.


you'll reach your destination in four hundred meter.


you've reached your destination.



masjid.
isya'.



bacaan imam melepasi pertengahan surah al-fatihah..

"ihdina siraatal mustaqeem.."