Wednesday, July 29, 2015

sebelas hentian.






"hari ni dia baca buku apa?"

"langit vanilla."

"buku tu pun kau ada jugak?"

"ada. hampir khatam."



setiap pagi dari rumah ke tempat kerja, Ajam naik lrt pukul 7.30 pagi.  sampai ofis pukul 7.55 pagi. sebelum sampai ofis, ada sebelas hentian lrt. Ajam perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang gadis naik. Ajam bukanlah pengusha liar manusia lawan jantinanya. tapi sebab gadis tu sentiasa naik lrt dengan buku. sepanjang perjalanan gadis itu akan tekun membaca bukunya. dan hampir setiap buku yang dibaca gadis itu ada juga di rak buku Ajam. Ajam suka melihat buku apa yang akan dibawa gadis itu setiap pagi dan dia akan cuba recall balik isi kandungan buku tu, kalau-kalau dia pernah membacanya. setiap kali gadis itu larut dalam bacaannya, semacam dia ada di dunia lain. tidak peduli apa yang berlaku di sekelilingnya. sebab tu dia tidak pernah perasan ada orang(Ajam) yang mengamati buku yang dibacanya. 

di hentian ke-sebelas, Ajam akan turun dan gadis itu meneruskan perjalanan dengan bukunya.



....




"hari ni dia minum apa?"

"caramel latte."

"banyak tak orang pesan hari ni?"

"boleh la."



setiap petang dari tempat kerja pulang ke rumah, Lynn naik lrt pukul 5.10 petang. sampai rumah pukul 5.35 petang. sebelum sampai rumah, ada sebelas hentian lrt. Lynn perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang lelaki naik. Lynn bukanlah suka sangat tengok lelaki sembarangan dengan saja-saja. tapi sebab lelaki tu sentiasa naik lrt dengan setin air kopi. Lynn berkerja sambilan di sebuah kedai kopi, jadi dia sudah belajar hampir semua jenis bancuhan kopi yang popular. Lynn suka melihat kopi apa yang dibawa lelaki tersebut kemudian membayangkan bagaimana untuk membancuhnya dan berapa cawan bancuhan kopi itu dibuatnya untuk sepanjang hari itu. tetapi lelaki itu tidak segera minum tin kopi yang dibawanya. sebaik naik ke lrt, dia mesti akan terlelap. sama ada berdiri atau duduk. dia hanya akan tersedar bila tin kopi itu hampir terlepas dari tangannya setiap kali lrt berhenti.

di hentian ke-sebelas, Lynn akan turun dan lelaki itu akan tersedar lagi dari lenanya. kemudian dia akan membuka penutup tin kopi dan mula meneguknya. dan lrt pun meneruskan perjalanan.



_________________________________________
thanks for keep on reading my random stuff. i'll write more. :)

Tuesday, July 28, 2015

laytaka dauman qoreeb.


laki laki di balik kamera, bapak, abang dua, abang empat, dan anak buahnya.

ini adalah catatan pasca pulang kampung oleh seorang laki laki yang sentiasa merantau, yang sejak enam atau tujuh ke belakang, cuma setahun sekali dia kembali ke rumahnya. 

bapak masih kacak. masih tetap sentiasa bersolat di masjid hampir setiap waktu. ruang suara azan untuk kampung tanah merah masih lagi ada suara bapak. setiap pagi subuh, bapak akan bangun segera mandi dan kemudian mengejutkan anak-anaknya. setelah itu akan terus ke masjid dengan motor hondanya yang sudah hampir berusia lima belas tahun. anak anak dan cucu cucu bapak ada yang mengikutnya ke masjid, sementara yang lain berjemaah di rumah. hari yang panjang akan bermula dengan mendengar suara bapak melaungkan azan dari corong pembesar suara masjid. waktu waktu solat lain juga bapak akan sentiasa ke masjid. jika tidak ada  kawan kawan se-masjid yang dahulu daripadanya, maka bapaklah yang akan membuka pagar masjid dan menghidupkan suis mikrofon. 
bapak masih kuat. masih tetap rajin ke kebun. dapur rumah tetap sentiasa berisi dengan hasil dari kebun bapak. kadang kacang panjang, kadang labu, kadang ubi kayu, kadang ubi keledek, kadang tomato, kadang cili. bukan saja sayur, bahkan buah juga selalu dibawa pulang dalam raga motor honda bapak. kadang nenas, kadang mangga, kadang anggur, eh anggur belum ada lagi, kadang betik, kadang tebu, kadang buah kelapa muda. favorit laki laki? mestilah buah kelapa. dulu laki laki selalu dimarahi bapak kerana terlalu kerap menjolok jatuh buah kelapa sehingga buah yang terlalu muda tiada isi pun dijolok laki laki. membazir saja kata bapak. tambahnya, buah kelapa muda jangan dihabiskan semua, simpan sedikit biarkan jadi kelapa tua untuk parut menjadi santan. fikirkan masa depan, jangan masa muda mahu enjoy saja. 
bapak masih ceria. masih tetap dengan cerita ceritanya yang indah indah. cerita tentang bagaimana nakalnya dia semasa kecilnya. cerita cerita tentang masa mudanya. cerita cerita tentang orang orang yang ditemuinya. cerita cerita tentang bagaimana dia mendapatkan nama untuk anak anaknya. cerita tentang dia si anak bongsu dalam keluarganya, sama seperti anaknya yang sedang menuliskan ini. meski kadang kadang bapak mengulang cerita sama, cerita bapak tetap menarik untuk didengar kerana bapak menyampaikannya dengan penuh semangat dan senyuman. bapak juga tahu bagaimana untuk membuat orang tertawa. suka bercerita, mungkin laki laki mewarisi itu daripada bapak. tapi, dalam cara yang sedikit berbeza; dengan menulis.
oh ya, sebelum pulang ke kampung, laki laki ada membeli sehelai baju puteh untuk bapak. laki laki mengukur saiz baju puteh untuk bapak itu pada dirinya sendiri. kerana seingat laki laki, saiz dia dan bapak tidak banyak beza. tapi ternyata ada ia tidak lagi begitu. baju puteh yang dibelikan laki laki untuk bapak tidak muat pada bapak. haha. mungkin bapak semakin berisi. atau mungkin laki laki yang semakin kurus. atau mungkin kedua duanya. tapi, saiz kopiah laki laki dan bapak tetap sama. kopiah puteh yang sudah setahun laki laki pakai sejak dibelinya di awal dia mendapat kerja, kini ada di kepala bapak. dipakainya ke mana mana. sebenarnya bapak ada meminta laki laki membelikannya kopiah puteh baru ketika laki laki mahu keluar ke pekan bersama cucu cucu bapak. tapi, kopiah puteh baru itu bapak simpan saja di almarinya. kopiah puteh lama laki laki juga yang dicapainya. terima kasih bapak untuk itu.

apa apa pun bapak akan menjalani ujian imbasan mri (magnetic resonance imaging) dalam masa terdekat kerana bapak disyaki menghidap kanser. bapak sudah menjalani beberapa ujian saringan sebelum itu. sepanjang ramadhan lepas, bapak dan abang berulang alik ke kota kinabalu untuk temu janji doktor di sana kerana institusi perubatan di sana punya fasiliti yang lebih lengkap. ya, meski bapak sedang sakit tapi bapak tetap tampak kacak, kuat dan ceria. begitulah bapak.
sebelum laki laki pulang ke perantauan, dalam dekapannya, bapak berpesan dalam nada yang perlahan dan sayu, "jaga diri baik baik nak. doakanlah bapak.." laki laki juga menjawab dalam nada yang sama, "insyaAllah pak. doakan laki laki jugak pak.."

hari ini laki laki bertanya pada dirinya sendiri, sampai bila dia akan merantau, berada jauh dari orang orang yang dia sayangi dan mereka juga menyayanginya? atau apakah merantau itu cara membibitkan rindu dan sayang yang akan disambut dengan tadahan doa doa? perpisahan akan tetap berlaku, ia tidak lebih dari soal bila waktunya dan siapa yang akan pergi dulu..

:)