Sunday, September 30, 2012

kesemutan

sunyi.

kipas 3 bilah yang berpusing dengan kelajuan 3 putaran per 1 saat menghasilkan getaran udara,dizahirkan dengan bunyi angin yang berdesir.ikan emas mengepak-ngepakkan sirip sambil ekornya beralun-alun laksana menari-nari mengikut rentak irama lagu nostalgia Getaran Jiwa,seperti menzahirkan kekosongan jiwanya yang hidup bersendirian.dan sebentar lagi rekod dicipta,ikan emas sahlan berjaya berenang mengelilingi lautan akuarium buat berkali-kalinya.bravo!

di satu sudut,bala tentera kerajaan semut hitam giat melaksanakan projek meneroka khazanah tersembunyi dalam longgokan sampah masyarakat yang menghuni bilik L27-211.penuh tekun kroni2 semut hitam menggeledah di setiap ceruk dan pelusuk kawasan longgokan sampah-sampah seperti kotak air Iced Lemon Tea yang masih tercucuk straw boleh lentur,bungkusan biskut Tiger yang disalut krim coklat dan juga plastik gula-gula Dynamite(banyaknya makan junk food).

kelihatan pasukan-pasukan pengangkut barang perolehan keluar masuk dari pintu utama.tanpa ada operator pengeluaran yang bertugas dan lampu hijau,merah,kuning untuk mengawal pergerakan,mereka berjaya mengelak daripada berlakunya kesesakan lalu lintas.meski terkadang  bertembung antara satu sama lain,tidak pernah terjadi nahas jalan raya serius yang mengakibatkan kehilangan nyawa.cukup hebat teknologi kejuruteraan jalan raya mereka.

sindiket curi gula itu berterusan tanpa didedahkan siapa yang mengepalai gerombolan.mereka juga merahsiakan pusat kawalan operasi dan gudang penyimpanan barang.yang pasti ia tidak berada dekat dengan lokasi kejadian.penuh berstrategi dan penuh mantap semuanya dilaksanakan demi keberlangsungan hidup populasi mereka.terjaga sirr dan hazar.

hatta sebelum-sebelum ini seringkali pihak penguasa melakukan serbuan mengejut ke tempat kejadian tanpa diduga.berdas-das tembakan gas bukan pemedih mata semata-mata,tapi gas membunuh serangga(Ridsect) dilepaskan ke arah lautan pekerja-pekerja yang sedang tekun melaksanakan tugas masing-masing.tidak cukup sekadar itu,mereka dilanyak-lanyak sesukanya tanpa belas kasihan atas nama 'keadilan' sejagat.malahan ada yang di humban melalui jendela dengan ketinggian 123 ribu kaki semut dari aras tanah.sungguh x berperikesemutan.

maka berpuluh-puluh ekor semut kehilangan ahli keluarga masing-masing.yang betina menjadi janda,yang jantan menjadi duda,si kecil meratap sayu tatkala bergelar yatim piatu.ada juga yang menjadi pelarian di tempat asing akibat dipindahkan secara paksa.terpisah dengan kaum kerabat dan sahabat handai yang berkurun lama hidup bersama.sangat menyeksakan buat mereka.ah,menitis airmata pilu tatkala membayangkan diri berada di tempat mereka-mereka ini.sadis!

namun itu bukanlah alasan untuk perwira-perwira tegar ini berputus asa.berpegang kepada lima prinsip rukun negara dan kerjasama asas kemajuan bangsa,mereka akan sentiasa kembali meneruskan perjuangan demi sesuap gula.nyawa dan kesempatan hidup yang masih diberikan oleh tuhan adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

"bunuhlah 10 ekor daripada kami hari ini,100 ekor akan hadir menentangmu esok!"


=_='


Friday, September 28, 2012

(monolog dalaman) jangan tidur lepas subuh.

dari jendela.
seperti biasa matahari menjelma menumpah cahaya ke dunia serata.hari berulang semula,entahlah kali ke berapa.membuka mata melihat ke jendela.sinaran sirna segera menerpa,menusuk resah ke dalam jiwa.ah,sudah dimana jarum masa? apakah? adakah? dan aduh,benarlah naluri berkata,terlajak sudah..

hua,hua,hua..

pasti di sana,mereka sudah lama bermula.bersama pena mencatat nota-nota.sudahku kira,andai terlena setelah ma'thurat dibaca,
pasti menderita terlepas kuliah..

termenung seketika..

ku semak semula,jadual tertera di atas meja di bawah para-para.
laa,hari jumaat rupanya..mana ada kelas pagi untuk beta di hari barakah..muahahaha~

...

peringatan hanya.

manusia mulia,Rasul Allah berpesan pernah kepada anak terchenta, Fatimah az-Zahra.bersabda baginda,
"wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."(riwayat al-Baihaqi)
maka,mari bersama-sama kita berubah,InsyaAllah..

...

tamatlah sudah ceritera hamba musafir hina.menutup madah dengan akhir kalimah,Alhamdulillah..

eh,habis dah?

kenapa?
x percaya?

*mencoba kemampuan cuma,kesusateraan melayu melaka saya,yang pernah diasah Chekgu Rosinah,guru bahasa di SK Abaka,dikala zaman purbakala.whoa!

Wednesday, September 26, 2012

sasaran kita sama..anak panah jak yang berbeza.

ok,semua duduk kat depan laptop/komputer masing2 ok.

*buka buku cerita.duduk bersila..

kawan2,pernah tak dengar cerita pasal 5 orang buta?

yang mana tu?macam pernah dengar jak..

yang ini,dengar baik2 ok..

pada suatu hari,5 orang buta mengadakan lawatan sambil belajar di Zoo Negara.mereka telah berpeluang bertemu dengan pelbagai spesies fauna.dan di antaranya ialah Sang Gajah.berikut adalah perbualan di antara 5 orang buta tersebut.

buta 1 : wah,gajah ne macam piring ASTRO rupanya.tipis,lebar dan kebulat-bulatan.(seronok usap2 telinga gajah)

buta 2 : salah la.gajah ne macam ekzos motor.bentuk silinder,panjang dan ada lubang di hujungnya.cuma gajah ne,boleh lentur dan lubang di hujungnya ada dua.(tengah sentuh belalai)

buta 3 : nope.gajah adalah seperti batang pokok durian.teguh berdiri menjulang kelangit dan agak keras.(ketuk2 kaki gajah)

buta 4 : korang ne xde mata ke?gajah ne macam tilam getah.lebar dan kenyal.(picit2 perut gajah)

buta 5 : korang ne salah pegang haiwan kot.aku rasa gajah ne adalah termasuk dalam spesies Elapidae Naja,ia seperti tali yang panjang dan boleh lilit2.(tarik ekor gajah)

akhirnya,mereka di injak2 oleh Sang Gajah.kah3.(ini tokok tambah)

...

ha,cerita tu pernah dengar?

hmm,x pernah pun..

laa ya kerr,ce yang ne pulak..

di zaman dahulu,Sang Kancil bersahabat baik dengan Sang Kenari dan Sang Myvi..

eh,salah cerita..sori2.

*tukar buku.

...

meh dengar cerita zaman modern ne.

pada tahun 2345 Masehi,di sebuah negara bertajuk Milleniuman,rakyatnya hidup sengsara akibat ancaman daripada makhluk bernama Alurpoda Melanoleuca,raksasa mata gelap yang suka mengganggu kehidupan seharian penduduk  Milleniuman dengan melempar-lemparkan batang bamboo yang di gigit-gigitnya.ganas dan brutal kan.

tidak membenarkan raksasa tersebut terus-terusan mengganas,beberapa individu dan kumpulan Superhero telah bangkit untuk membela nasib rakyat yang tertindas.mereka bergerak secara persendirian mahupun berkumpulan dengan style masing2.berikut adalah senarai Superhero2 yang terlibat.

1.Kaum Ultraman.
-memilih utk menentang dan berlawan dengan raksasa dengan membesarkan tubuh badan mereka 47 kali ganda manusia biasa kerana beranggapan raksasa itu terlalu besar untuk dilawan dalam saiz manusia biasa.mereka juga menggunakan lampu suluh untuk menghasilkan cahaya yang mampu menakut-nakutkan raksasa tersebut di waktu malam.

2.Abang Spiderman.
-modus operandinya adalah dengan menghasilkan perangkap sarang labah2.menggunkan mesin pemprosesan sarang labah2 berskala besar daripada sawang2 yang dikutip daripada rumah2 sekitar Milleniuman.perangkap2 sarang labah2 itu kemudian akan dilancarkan dari kawasan yang tersorok untuk menangkap raksasa tersebut.beliau berpendapat cara ini lebih efektif kerana raksasa  tidak akan tahu di mana dan bila akan muncul bedilan2 sarang labah2 tersebut.saiznya yang besar juga menjadikan raksasa sebagai target yang susah miss.

3.Trio Wonderpet.
-mereka mengamalkan konsep diplomasi dengan raksasa.berpendapat bahawa cara ini lebih efektif kerana mereka merasakan pertumpahan darah yang akan mengotorkan bandar perlu dielakkan.sesuai dengan motto mereka "apa yang penting?diplomasi!".setakat ini beberapa cubaan untuk mengadakan sesi rundingan telah dilaksanakan.namun sampai kemarin,masih lagi gagal menemui kata setuju pihak musuh.

4.Pasangan Doraemon dan Dorayaki,D&D.
-pasangan adik beradik ini berijtihad untuk mendapatkan alatan2 canggih dari masa hadapan untuk mereka guna dalam usaha menghapuskan raksasa.dan ketika ini mereka masih lagi tekun membina mesin masa untuk tujuan murni itu.mereka juga telah berjaya membina beberapa peralatan keselamatan seperti 'pintu pindah tempat','topi helikopter' dan sebagainya untuk kegunaan di waktu2 kecemasan.

5.Kumpulan Power Puff Girl,PPG.
-kumpulan ini adalah yang paling pasif pergerakannya,iaitu dengan menulis dan menyebarkan risalah,bertujuan menaikkan semangat2 penduduk Milleniuman untuk meneruskan bantahan dan protes atas penindasan yang dilakukan oleh raksasa terebut melalui media2 seperti Facebook,Twitter,Blogger dan sebagainya.

malangnya,kelima-lima adiwira asyik menyalahkan antara satu sama lain.x puas hati dengan cara masing2.(sama ada diorang ne nak dapat nama atau nak raih undi PRM,pilihan raya milleniuman atau sebab lain,buku ne x bagitau pulak bah..)

Ultraman tidak setuju dengan cara Spiderman kerana caranya itu  menyebabkan suri rumah atau pembantu menjadi malas dan mesin membuat sarang labah-labah itu mengakibatkan pencemaran bunyi dan bahaya andai tersalah guna.

sementara itu Wonderpet tekad menyalahkan Ultraman andai berlaku kehilangan nyawa dan harta benda akibat dipijak oleh gergasi Ultraman ketika bertarung dengan raksasa.

PPG pula bertelagah dengan D&D yang kononnya membuang masa dan tenaga membina mesin masa yang pada perkiraan mereka sangat mustahil untuk dicipta walaupun teknologi semakin maju dan kemungkinan membenarkan ianya tercipta,sedangkan D&D menafikan usaha PPG yang langsung tidak mesra alam,membazir kertas dan pokok.

senario ini berterusan.dan seringkali berlaku perbalahan serius antara 5 adiwira harapan bangsa dan negara ini sehingga terlupa siapa penjahat dan siapa pembaik.raksasa Alurpoda Melanoleuca terus mengganas.tiada tanda2 ia akan berhenti.korban nyawa tidak bersalah terus meningkat.

dan begitulah kisahnya..

...

amacam,best x?

boooo!!!

k,fine.nak tido la..

eh,kejap2.apa kaitan cerita orang buta n kisah merepek kau ne ha?

ha,nak tell the moral of the story la ni.duduk diam2 balek..

pengajaran pertama,
pergi ke zoo sangat menyeronokkan.sumpah!

kedua,
jangan baca komik @ tengok citer katun banyak2.anda akan di cop "tidak matang".serius!

tiga,
sedarlah wahai kawan2,sahabat2,akhi,ukhti,para duat,jihadis2 sekalian.kita semua sedang menghalakan busur anak panah masing2 ke arah sasaran buruan yang sama.x kiralah anak panah siapa yang akan mengena tepat ke sasaran dan membunuh buruan tersebut,hakikatnya buruan itu milik kita bersama.

sedar tak sedar,kita sedang berbincang topik yang sama seperti 5 orang buta tersebut.dan mungkin kita melihat dari sudut yang berbeza,kita tidak melihat apa yang orang lain lihat.so mari celikkan pandangan dan pandanglah lebih luas.pasti akan menemui titik persamaan.

so,apa gunanya kita bertelagah menafikan cara masing2 walaupun ianya sama-sama betul dan sama-sama benar(tapi,kena rujuk ulama muktabar dulu la ya kalau nak pastikan cara anda betul/salah ok.)

yes,walaupun mungkin strategi kita mungkin lebih efektif dan relevan berbanding yang lain,apa salahnya mengadakan perkongsian,perbincangan dan kerjasama? muafakat kan membawa berkat..x gittew?

huh.(*lappeluh?)

so,marilah kita bersatu atas nama ISLAM dan saling tolong menolong menegakkan kalimah Lailaha illa Allah, Muhamad Rasulullah!

ndak maw kondem-mengondem,bantah-membantah,tolak-menolak ya.tara mau maa..

...

semoga,tatkala ditayangkan kisah kebangkitan semula Islam,dipengakhiran zaman dunia ini,ketika di padang Masyhar nanti,kita sama-sama boleh berkata, "kami ada di situ!"

allahumma amin!

...

lom habis lagi,

jadi,semoga bertemu lagi di hari dan waktu yang sama minggu hadapan.
ingat,dalam rancangannn Adik-adikku dannn...

(jerit kuat2 sama2)
Power Rangers!


ralat : semuanya kepada(jarak).dah malas mau edit.

Tuesday, September 25, 2012

transformer.

pernah baca al-Fatihah?

apapunyasoalan la.

kah3.orait2.memainpunxbole ka?.kemonla kemon.

ok,ingat x ayat ke 5 tu?

ehem2..
a'uzu billahi minashaitanir rajim..
bismillahirrahmanirrahim..



 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
"Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in"

 (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan).
whoa! penuh tartil..bagus! boleh jadi imam baca yasin malam jumaat!

so,what?

...

"bos,bole x bulan ne bos bayar gaji saya dulu awal bulan?pleaseeee..t saya kerja la kuat2 bulan ne"

"kenapa pulak?"

"nak beli i phone 4 la.dengar2 lebih panjang sikit dari i phone 3.bole ambil gambar KLCC cantek skit.sblum ne ,x dapat nak gambar penuh sampai atas.."

"ok.sila buat karangan 555 patah perkataan.tajuknya 'Aiman Sayang Bos,Bos pecat pun,Aiman x kesah.'.sekian,harap maklum."

"baiklah bos!" #facepalm

...

"saya merasakan bahawa Prof haruslah memberi saya gred A bintang utk subjek ne tanpa saya perlu ambil peperiksaan."

"hey,what all the spark do you mean by that huh?!"

"sebagai balasan,saya akan datang kuliah Prof setiap hari sepanjang sem tanpa gagal."

"have you watch citer transformer 4?"

"emm,lom g."

"awak patut tengok.part yang last skali tu.masa Optimus Prime hancurkan kepala Bumblebee tu.kalau awak nak,saya boleh demokan kat awak sekarang.

"hehe.xpela prof.balik nnti saya donload citer tu.."

"haha,awak kena TROLL! tranformers 4 belom released lagi la! kah3"

#facepalm

...

"Akak,anda adalah pengunjung ke 1234 ke kedai 2Malaysia kami.Apakah yang akak rasa sekarang ne?"

"Ooo ye ke?err,saya rasa air kotak Marigold Iced Lemon Tea ne macam rasa teh la.ada lemon2 sikit.nak try?"

"wah,that's the sort of reaction we mean!sebagai pengunjung bertuah,akak beroleh hadiah Mercedeston (Merc+Proton) Kura-Kura,percutian sorang2 bermalam-malam di Pulau Pandan Jauh ke Tengah dan trofi kemenangan!"

"really? saya x bermimpi ke? ce cubit sikit?"

"err,cubit kat mana? kat hidung ke? nah.."

"aduh,sakitlah!"

"ops,sori2.hehe,kiut la akak ne.ok,sebagai tanda komitmen akak kepada kemenangan bertuah-muah akak ne,akak dikehendaki membeli produk terbaru kami,Basikal 4 tayar yang berkawalan jauh.x mahal pun, 4321 Pound Sterling je."

"laa,ye ke? x bertuah pun..kbai!"

"akak,air kotak ne saya hbiskan ea.terima kaseh."

#facepalm

...

dapat x? dapat x?

dapat apa?

mana ada pa pa.haha~

cis.kalau ku tahu ada enau dalam belukar,akan ku lepaskan pucuk paku masing2.(ini merepek.)


apa ni?

ok2.
begini ceritanya,apa perasaan andai jika anda memakai kasut Boss kilang Biskut Marie atau Prof Botak atau Akak shopping complex tu? maksud saya,anda berada dalam posisi mereka?

orang lain meminta-minta kepada anda sesuka hati mereka dan memberi kepada mereka tiada mendatangkan banyak kebaikan kepada anda? mungkin tiada langsung. anda mahu memberi kepada mereka?

ya,secara jujurnya,dalam urusan seharian dengan orang2 sekeliling,kita tidak akan setuju untuk memberi manfaat sebelum kita sendiri yakin dan pasti akan beroleh sesuatu manfaat daripada menfaat yang kita beri itu.(berapa banyak manfaat la..)

hakikatnya,ramai begitu.maaf,kalau saya silap.

melainkan anda seorang yang superpemurah!

...

jadi,mengapa dalam urusan kita dengan Allah Maha Esa,kita seringkali meminta dahulu sebelum membesarkan dan mengagungkanNya dalam ibadat?

Maha suci Allah yang tidak akan mengharap balasan dari hambaNya dalam segala pemberiannya.

namun,seringkali kita mencari tuhan,solat hajat,tahajjud,solat jenazah(?) dan berdoa penuh bersunggoh-sunggoh hanya apabila ada keperluan tertentu.masa lain? jauh panggang dari api..

dan lebih malang lagi,kita menyalahkan takdir tuhan apabila hajat kita x kesampaian.macamlah dunia ne mak tiri cucu lelaki pak long adek bongsu sebelah mak angkat dia yang punya!

lihat balek ayat 5 al-Fatihah,

ia adalah, "Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"

bukannya, "Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,dan hanya Engkaulah yang kami ibadahi"


dapat x? dapatlah..
dah penat menaip ne.

eh,apa kaitan dengan tajuk entri ne??


ini transformer


Friday, September 21, 2012

romantika ukhuwah Salman al-Farisi dan Abu Darda'

kisah 1 :


Suatu hari,Salman al-Farisi datang melawat ke rumah Abu Ad-Darda ' dan mendapati Um Ad-Darda' berpakaian dalam pakaian lusuh.beliau langsung bertanya mengapa dia berada dalam sedemikian.Dia menjawab,

"adikmu,Abu Ad-Darda' tidak berminat dengan kemewahan dunia."

sementara itu Abu Ad-Darda' datang dan menyediakan makanan untuk Salman al-Farisi.Salman al-Farisi meminta Abu Ad-Darda' makan bersama,tetapi Abu Ad-Darda' berkata,

"saya berpuasa."

Salman al-Farisi menjawab,

"saya tidak akan makan kecuali engkau makan".

akhirnya, mereka makan bersama-sama.apabila sebahagian daripada malam telah berlalu,Abu Ad-Darda' bangun untuk menunaikan solat malam,dibangunkannya Salman al-Farisi tetapi beliau memberitahunya untuk tidur dan Abu Ad-Darda' pun tidur.

tidak lama kemudian Abu Ad-Darda' bangun semula tetapi Salman al-Farisi sekali lagi memberitahu beliau untuk tidur.sehinggalah di waktu terakhir malam,Salman al-Farisi membangunkannya,dan kedua-duanya solat bersama.

malam itu Salman al-Farisi berpesan kepada Abu Ad-Darda',

"Allah mempunyai hak ke atasmu, jiwamu mempunyai hak atas kamu, dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu, maka tunaikanlah hak-hak semua orang yang mempunyai hak ke atas kamu."

Abu Ad-Darda' datang bertemu Nabi SAW dan menceritakan kisah keseluruhannya. Rasulullah SAW bersabda,

"Salman al-Farisi telah bercakap benar."

(kisah 1,daripada kitab Sahih Bukhari.lihat di sini)

...

kisah 2 :


Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.

Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah.. Alhamdulillah”

Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.

Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.

Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.

Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.

Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti”dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

(kisah 2,petikan daripada buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A Fillah)

...




 “Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan rohani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).”
Imam Hasan Al-Banna. 


Thursday, September 20, 2012

ini Jalan Taqwa.

ini gambar.


Allah s.w.t telah menjanjikan pelbagai kegembiraan bagi orang2 yang bertaqwa,sebagai balasan atas kebaikan mereka.ini dia:

[satu] berita gembira tentang kemuliaan:
(iaitu) orang2 yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.bagi mereka berita gembira.- Yunus:63-64
[dua] bantuan dan pertolongan:
sesungguhnya Allah beserta orang2 yang bertaqwa.- al-Nahl :128
[tiga] ilmu dan hikmah:
jika kalian bertaqwa kepada Allah,niscaya Dia memberimu Furqan.- al-Anfal:29
[empat] penghapusan dosa dan pelipatgandaan pahala:
dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya dia menghapus kesalahan2nya dan melipatgandakan pahala baginya.- al-Thalaq:4
[lima] ampunan:
 dan bertaqwalah kepada Allah!sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.- al-Anfal:69
[enam] kemudahan dalam urusan:
 dan barang siapa bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.- al-Thalaq:4
[tujuh] jalan keluar dari kesulitan:
barang siapa bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia mengadakan baginya jalan keluar.- al-Thalaq:2
[lapan] rezeki yang luas:
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.- al-Thalaq:3
[sembilan] keselamatan dari azab dan siksa:
kemudian Kami menyelamatkan orang2 yang bertaqwa.- Maryam:72
[sepuluh] kemenangan:
dan Allah menyelamatkan orang2 yang bertaqwa dengan kemenangan mereka.- al-Zumar:61
serta sesungguhnya orang2 yang bertaqwa mendapat kemenangan.- an-Naba':31
[sebelas] taufiq dan perlindungan:
akan tetapi,sesungguhnya kebaikan ialah orang yang beriman kepada Allah, Hari Akhir, para malaikat, kitab2 dan para nabi, memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak2 yatim, orang2 miskin, musafir(yang memerlukan pertolongan) dan para peminta-minta, (memerdekakan)hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, serta orang2 yang menepati janjinya apabila berjanji dan orang2 yang benar(imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa.- al-Baqarah:177
[dua belas] pengakuan sebagai orang benar:
mereka itulah orang2 yang benar(imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa.- al-Baqarah:177
[tiga belas] kemuliaan dan pemuliaan:
 sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa diantara kalian.- al-Hujerat:13
[empat belas] cinta tuhan:
sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang bertaqwa.- Taubah:4
[lima belas] keberuntungan:
dan bertaqwalah kepada Allah agar kalian beruntung.- al-Baqarah:189
[enam belas] tercapainya tujuan:
tetapi ketaqwaan dari kalianlah yang mencapai-Nya.- al-Hajj:37
[tujuh belas] pahala:
sesungguhnya barangsiapa bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.- Yusuf:90
[lapan belas] diterima sedekahnya:
sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang2 yang bertaqwa.- al-Ma'idah:27
[sembilan belas] perasaan damai dan sentosa:
maka,sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.- al-Hajj:32
[duapuluh] sempurnanya ibadah:
 bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya.- ali Imran:102
[duapuluh satu] sorga:
sesungguhnya orang2 yang bertaqwa berada di taman2 dan mata2 air(syurga).- az-Dzariyat:15
[duapuluh dua] keselamatan dari bencana:
sesungguhnya orang2 yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.- al-Dukhan:51
[duapuluh tiga] kehormatan diantara seluruh makhluk:
padahal orang2 yang bertaqwa lebih mulia daripada mereka pada Hari Kiamat.- al-Baqarah:212
[duapuluh empat] rasa aman daripada hukuman:
maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan kebaikan,tidaklah ada kerisauan pada mereka dan tidak(pula) merka bersedih hati.- al-A'raf:35
[duapuluh lima] pasangan yang serasi:
sesungguhnya orang2 yang bertaqwa mendapat kemenangan,(iaitu) kebun2 dan buah anggur serta gadis2 yang sebaya.- an-Naba':31-33
[duapuluh enam] kedekatan kepada Allah, perjumpaan denganNya, kenikmatan memandangNya:
 sesungguhnya orang2 yang bertaqwa di taman2 dan sungai2, di tempat yang disenangi di sisi Yang Maha Berkuasa.- al-Qamar:54-55

*dipetik daripada buku "the Wisdom of Al-Harits Al-Muhaisibi ",Pustaka Islam Klasik.

...

"wau,bestnya Taqwa"

"err,tapi..Taqwa tu apa?"

"surau At-Taqwa dekat Giant Taman-U la.."

"bukanlah.Yayasan Taqwa kat KL tu.

"salah lagi.itu nama jalan sebelah Lebri Sultanah Zanariah UTM tu.."


(dalam bujuran merah).buka dalam Galaxy Tab baru utk paparan lebih besaq.
...

taqwa : menjaga dan memelihara diri dari segala sesuatu yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya, di samping sentiasa berusaha menjauhkan diri dari laranganNya.(Hamka, tafsir Al-Azhar)

marilah bersama-sama mati di Jalan Taqwa jalan ketaqwaan.
amin ya robb!


Tuesday, September 18, 2012

book : a world without islam

what if Islam never existed?
to some,it's a comforting thought: no clash of civilizations, no holy wars, no terrorists.
but what if that weren't the case at all?



A World Without Islam takes us on an illuminating journey through history,geopolitics,and religion to investigate whether there is something unique in Islam and its followers that breeds violence and conflict.spanning the rise of Muhammad SAW to the collapse of the Ottoman Empire to the present day, the book examines and analyzes the roots of terrorism, the conflicts in Israel and Chechnya, and the role of Islam in supporting and energizing the anti-imperial struggle.A World Without Islam is certain to inspire debate and reshape the way we think about Islam's relationship with the West.

author : Graham E.Fuller.former vice chairman of the National Intelligence Council at the CIA.
genre : political science.


"Brilliant and erudite....One of the most stimulating books written on the Middle East in recent years."
Times of India


*terbeli di LCCT(13/8/12) untuk bacaan di udara.
out of 364 pages,baru terbaca 15%.haha.
(i'm really a slow reader..-_-)

Monday, September 17, 2012

syafie n syahmi

pada suatu hari,dua orang adik beradik bertengkaran.

"abang2,jom la hantar adek g skolah naek basikal.jom2.." dengan beg Ben 10 yang digalas,adek siap untuk ke sekolah.

"tak bolehlah adek,sekolah tu jauh la.x larat." abg menolak.

"jom la.jom la.dah lambat ne."

"x boleh.ha,tengok tu.tayar pancit.x boleh."

"huargh!!!nak pegi skola!nak pegi skola!" adek mula bertempik.

"adek,x bole.tayar pancit.."abg masih selamba.

"huaraghhhh!!nak pegi!nak pegi!xnak kawan abg.ucu,jom la hntar adek pegi skola" adek menaikkan volume speakernya.paciknya pulak disurohnya menghantar.

"xnak." simple jawapan paciknya.

"huarghhhh!!!!!!!" pergh,pecah gegendang telinga.

"adek,kenapa ne?jerit2.dah masuk dalam.xyah nak ngade2 g skolah.jap g papa balek." mama adek n abg keluar dari dapur dengan sudip kuali di tangan.

...

eh,apa yang berlaku ne?
kesian adek.nak pegi skolah pun x bole.

...

situasi sebenar,
masa : bulan puasa 1433h,dah nak maghrib..
tempat : kL.(bahasa pengantar : bahasa org key el)
watak : abg > 5 tahun,skola kat tadika muslim
          adek > 3 tahun,nak g skola?!haha~
          pacik > tengah cuti sem,jadi supermaid di rumah big bro.

...

the 3 funny guys..tambah 1 x lama lg..


*memerhatikan anak2 buah membesar.belajar bagaimana ber'anak'. o_O

Saturday, September 8, 2012

oppa gangjahanam style




Daripada Abu Sa’id al Khudri RA,beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta,sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”.Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah,apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

tukang gunting yang adil.



"masuk,masuk.Duduk di kerusi hujung tu.kejap lagi giliran awak ya" Pelawa uncle Ben,seorang juru gunting lulusan ijazah sarjana Institut Rambut Nasional kepada Nasri.Beliau merupakan juru gunting no.1 di pekan Kikilala.(beliau sorg jak juru gunting rambut di pekan tu..).Kehebatannya meme disegani oleh seluruh masyarakat setempat.Gunting dan sikat rambut adalah mesin atm untuknya.beliau enggan menggunakan mesin gunting rambut yang lebih mudah dan cepat kerana baginya,ia tiada nilai seni.

"okey,dah siap.lima ringgit jak."uncle Ben selesai menggunting rambut seorang remaja laki-laki.
"awak,mai la duduk sini.mau potong macam mana?botak?layer?style ultraman taro?"
"err,potong kasi pendek jak la uncle.yang penting kemas.hehe~"Nasri bangun bertukar tempat duduk sambil mengusap-ngusap rambutnya yang sudah 1 bulan x bergunting.

"ok.awak tinggal di mana?jarang nampak."Uncle Ben mencari topik untuk berbual dengan Nasri.Itulah kelebihannya,sambil menggunting rambut pelanggannya,uncle Ben akan mengajak mereka berbual-bual untuk mengelakkan kebosanan.
"duk kampung Kiko uncle.saya belajar kat Kolej Komunitita kat ibu negara.duk asrama.cuti panjang je balek kampung.huhu~"
"ooo.bagusla,nasib kamu ne bagus.dapat pergi belajar jauh2.nanti dapat kerja bagus,gaji banyak."
"harap-harap la macam tu uncle.hihi~"
(dialog ini berganti-ganti)


"tengok kat pekan ne,masih ramai orang yang hidupnya miskin n susah.macam uncle ne la jugak,gunting dengan sikat ne la yang menyara keluarga uncle.kalo x,x tau ler." Uncle meneruskan perbualan.
"biasala tu uncle.ne semua ujian tuhan.kita harus tabah dalam menempuh ujian.hehe~"Nasri berkata-kata seolah pakar motivasi.
"emm,tuhan?uncle rasa tuhan ne x adil la."
"ha,kenapakah begitu wahai uncle?"
"awak tengokla di pekan ni,ada orang yang berumah besar,kereta besar,badan besar,semuanya besar.senang hidupnya.tapi,ada jugak orang yang miskin gila-gila walaupun mereka x gila.kalaulah tuhan adil,mesti semua orang hidup sama rata.kan?"
"haha~"jawapan Nasri.

"ha,sudah selesai.ok ka?"kata uncle Ben sambil melihat kearah cermin besar di hadapan mereka.
"hmm,ok2.nice la uncle.berapa?Nasri memusing-musing kepalanya untuk melihat rambutnya yang sudah selesai di modified di cermin.
"lapan ringgit jak"
Nasri mengeluarkan dompet dari kocek seluarnya.di carinya duit kecil untuk membayar uncle Ben.tapi yang ada cuma sati not duit 50 ringgit yang baru dikeluarkannya dari atm sebelum ke situ.yang lainnya cuma duit syiling yang x sampai seringgit pun.

"aiyo,duit kecil xda ka?"
"xda la uncle,ini jak yang ada."
"x pa la"Uncle Ben mengambil not 50 ringgit yang dihulur Nasri dan membuka kunci laci meja tempat dia meletak duit.

tiba-tiba lalu seorang lelaki yang rambutnya yang panjang dan menggerbang menutup hampir kerseluruhan kepalanya di seberang jalan di hadapan kedai gunting uncle Ben.
"uncle,tengok abg tu."Nasri mengarahkan jari telunjuknya kearah lelaki tersebut.
"ha,knpa?"Uncle Ben menoleh sekilas sebelum kembali mencuba membuka kunci laci meja yang ternyata sukar di bukak ya..
"saya rasa uncle ne x adil la..hehe"
"amboi,aku gunting jugak mulut kau ne"
"haha.xdala.sebab rambut saya ne kemas dan hensem lepas uncle gunting,tapi abg tu jelek berabis.sepatutnya kami sama-sama hensem.barula adil"
"tu la,dia xnak datang sini jmpa uncle.kalau x,macho sudah dia uncle guntingkan rambutnya."
"ha,uncle..rasanya kenapa ada orang yang miskin,sedangkan tuhan buatkan orang lain hidup senang?sebab diorang ne xnak mencari tuhan untuk mohon pertolongan.macam uncle la,gunting rambut orang yang datang ke uncle jak.kalau semua orang datang jumpa uncle untuk minta gunting rambut.rasanya xda orang yang x hensem dan x macho.kan uncle?huhu~"kata Nasri sambil tersengih-sengih.
"betul jugak tu...hmmm."
"hehehe~"

"eh,uncle bagi free la.xda duit kecil la.laci ne x bole bukak."uncle Ben give mencoba membuka laci duitnya.
"betulkah ini wahai uncle?trimas2"Nasri mengambil semula duitnya dan bergerak keluar dari kedai uncle Ben.

tamat.


Friday, September 7, 2012

terima kasih abe!

"Lan,kalaulah abg x pernah join usrah dulu,abg x tahu ler siapa yang abg sedang bonceng di belakang motor abg ne.mungkin abg sedang bawa anak perempuan orang bukan mahram pegi keluar dating2.."
begitu katanya abe Sero,naqib pertamaku ketika kami menaiki motor honda ex5nya melewati selekoh berhampiran blok L20,Kolej 4 menuju kedai makan Student Corner untuk iftar puasa sunat hari Isnin.aku hanya mengangguk2 mengiyakan di belakang walaupun aku tau dia x nampak.kah3.tapi,itulah kata2nya yang paling melekat di hard disk kepalaku.

dia org "senyum sokmo",dan aku org "bole bah kalau kau!",tapi dalam usrah,kami "senyum sokmo bah!"





bukan abe Sero 1 org jak yang aku pernah ber'osem circle" together-gether,tapi ada lagi bro,akhi,abg,ches yang lainnya.semua ada style sendiri.ada yang bergaya seperti Ultraman,ada yang seperti Kluangman,dan ada juga seperti Satria Baja Hitam.semua super2 belaka.

arigato abe2 semua karena jadikan aku power rangers.whoa!

besok jumaat lagi..



ndak perlu edaran flyers,
ndak perlu ada event invitations dalam facebook,
ndak perlu ada hebahan tv/radio/sms,
hanya untuk bagitau,
"hei tuan2/adik2/abg2/pacik2/datuk2/dan anda2 yang bergelar lelaki islam!esok hari jumaat!ada solat jumaat di masjid berhampiran anda.jangan lupa!jumpa anda di sanaaaaaa..."

Masjid pasti akan dikerumuni,semua pria2 dari pelbagai arah di pelusuk jalan bergerak menuju ke rumah Allah..

Ada yang berkopiah berserban lengkap berjubah putih,ada yang berpelikat dan baju melayu bersongkok hitam,ada yang ber't-shirt' seluar trek,ada yang memakai jersey Liverpool dengan jeans Levi's tanda dilupa kopiah ala snowcap menutup kepalanya yang botak,serta macam2 lagilah persalinan seperti ia adalah pesta peragaan fesyen Muslimin moderen abad ini..

ada di antara mereka yang kita x pernah jumpa dalam mana2 pengajian agama,usrah,ceramah ust Don sempena malam Lailatul Qadr,perarakan Maulidur Rasul peringkat Gabungan kampung Batu 2 atau konsert amal Maher Zain live in Tawau..
mgkin kerana mereka yang x pernah muncul di tempat2 sebegitu atau kita sendiri yang x terlibat dalam kegiatan2 ini..
tapi,itulah..hari itu,lelaki Islam mungkin yang paling2 "lemah" imannya(saya sendiri) pun akan turun ke Masjid..bole dikatakan 89-95 % la average attendance..



solat jumaat di masjid sultan ismail,utm

mereka duduk bersama2 dalam jemaah yang jumlahnya 40 orang dan keatas,mendengar khutbah,kemudian berdoa bersama sebelum khatib meneruskan khutbahnya,seterusnya bersolat dua rakaat secara berjemaah,wirid,doa,dan di akhirnya bersalam-salaman sebelum masing2 bertebaran di muka bumi,menerukan agenda hidup..

fenomena ini akan berulang pula di 7 hari kemudian.dan 14,21,28...(sampai habis sifir 7) hari seterusnya..

inilah kelebihan yang Allah kurniakan kepada umat nabi Muhamad berbanding umat2 yang lain.

justeru.justeru.justeru.
solat jumaat adalah tanggungjawab sosial terpenting bagi sesebuah masyarakat islam di mana2 sahaja di dunia ini.
ia memainkan peranan yang sangat sangat sangat superb pentingnya.

dan paling paling paling berat tanggungjawabnya adalah si pak Khatib yang akan berkhutbah.inilah peluang untuk menyampaikan segala nasihat,kesedaran,kata2 semangat dan yang sewaktu dengannya kepada audeins Jumaat yang terdiri daripada kaum Adam,yang mendapat mandat untuk menjadi pemimpin,yang berperanan besar untuk menyebarluaskan kefahaman islam bukan sahaja di dalam dirinya,bahkan kepada dunia..
pemilihan tajuk dan isi2 khutbah seharusnya bertepatan dengan kehendak semasa jemaah dan biar bersusuaikan dengan kondisi majoriti ahli jemaah.

kalaulah khutbah itu bertitle "hak2 seorang suami kepada isterinya",sedangkan ketika itu kawasan kariahnya sedang tenat dilanda krisis lumba haram,apa cerr..
lain pula kalau di kawasan2 yang bergelar kampung Pencen(rata-rata ahli kariah adalah golongan berusia) sedang teks khutbah bekisar mengenai tips mencari pasangan hidup yang solehah..wah..
ada jugak khatib yang sekadar membaca teks,sepanjang khutbah tunduk menghadap kertas2 yang sudah di print yang bercop "Jabatan Orang Islam,Janji Syurga".dengan nada penuh memengantukkan.mereka yang mendengar pula adalah pelajar yang baru abis kuliah 5 jam berturut2,buruh kasar yang berhenti rehat,abg yang semalamnya x tidur malam tngok bola UEFA..zzzzzzZZzz..
...

perdengarkanlah kisah seorang pemuda ini..

Di atas mimbar salah satu rumah Allah di daratan India, seorang lelaki tua dengan sorot mata tajam membelakangi arah kiblat, menghadap jamaah sholat Jum'at yang khusyuk mendengarkan khotbahnya. Suaranya kadang tegas, kadang lantang-menantang, kadang perlahan membuat dada bergetar dan kepala tertunduk.

Itulah ia mengeluarkan gundah gulananya, mengeluhkan
kondisi India yang semakin parah. Tak terhitung jumlah dan jenis kemaksiatan yang dipertontonkan pelakunya. Pemandangan yang sangat jauh dari tuntunan Illahi berserakan di mana-mana.
Pilu. Dengan lirih ia melambungkan tanda tanya. Belum lahirkah di tanah ini seorang pemuda yang akan meneruskan perjuangan dakwahnya, padahal ia telah renta dan ajal sudah tersenyum-senyum menantinya?

Lelaki tua itu berkali-kali mengatakan, betapa ia sangat mengharapkan munculnya pemuda yang peduli akan kondisi umatnya, mengajak mereka ke pangkuan syariat Islam dan menegakkan kalimat Allah di muka bumi.

Antara jamaah yang mendengarkan nasehat itu, tampak sepasang mata bugar tak berkedip memandang lelaki tua itu. Telinganya tajam menyimak keluhan hati sang Syaikh. Ia begitu terkesima.

Seusai sholat Jum'at, ketika satu persatu jamaah masjid pulang ke tempat masing-masing, pemuda itu menghampiri sang Syaikh. Dengan penuh rasa takzim ia berkata mantap, "Ya Syaikh, sayalah pemuda itu!".

Ikrar diri yang diagungkan pemuda itu tidak main-main. Seketika sesudahnya, pemuda itu mengurung diri di dalam perpustakaan selama lima tahun. Ia kumpulkan bekal sebanyak-banyaknya. Waktu demi waktunya tidak ada yang ia biarkan sia-sia.

Akhirnya sejarahlah yang mencatatnya. Allah tidak menyia-nyiakan jerih payah hamba-Nya. Pemuda itudi kemudian hari berhasil mendirikan gerakan Islam yang sangat diperhitungkan. Siapakah pemuda itu? Dialah Abul A'la Al-Maududi, pendiri Jama'at Islami. Remaja yang ketika masih berusia 15 tahun telah mengantungi tekad kuat. Hanya dengan kalimat yang ia ikrarkan kepada sesepuhnya, "Akulah pemuda itu." Ia telah berikrar. Ia benarkan pula ikrar itu. Ia telah membuktikan kata-katanya, hingga menjadi seorang mujaddid dan mujahid sampai ketika senja menjemput usianya.(daripada sini)


akan munculkah lagi Abul A'la Al-Maududi daripada Jumaat2 yang mendatang ini?!

Saturday, September 1, 2012

muaz hakimi

"..lapan,cembilan,cepuluh,cebash,dua bash,tiga bash,empat bash! yea,abish!"
muaz,3 tahun,menghabiskan kiraan sumi-sumi yang berbaki dalam simpanannya.setelah kebosanan,dia mencari sesuatu yang lain untuk bermain.matanya melilau melihat ke sekeliling dapur.dilihat maknya yang sedang asyik menambah nilai2 seni pada ikan baulu yang baru selesai dipanggang untuk dinner penghuni kubu kuat @ rumah keluarga Haji Jamin pada malam itu.Muaz tidak berminat untuk bersama-sama berkongsi idea dengan maknya,tidak seperti hari-hari lainnya..

suasana yang x seronok di dapur membuatkan muaz bangun berdiri dan bergerak meninggalkan sumi-suminya.menuju lah dia keruang tamu untuk mencari komrad2nya yang lain.
"manalah diorang ne..tengah main power rangers kah di tv.x sound2 bah.."getus beliau di dalam hatinya..

"alip ba ta ca jim ha hok...dal zal ro jai cin cin cot..dot to zo ain goyn fa kof..lam mim nun wau lam alip amza yaaaa.."Muaz mendendangkan single pertamanya sejak pandai bertutur bahasa orang dewasa sambil memandu keretanya menuju ruang tamu.

...

"Allahuakbar.." Man,imam jemaah pada hari itu melafazkan takbir menandakan pertukaran posisi solat,daripada berdiri kepada rukuk.makmum2 di belakang,termasuk Lan yang berada di penghujung kanan saf lelaki turut rukuk bersama-sama imam.Mereka kini berada di rakaat terakhir solat Maghrib.

Muaz yang berada beberapa meter daripada mereka memerhatikan jemaah solat.dia yang awalnya turut sama dalam jemaah,akhirnya keluar kerana bosan panggilannya kepada abangnya yang sedang solat x dilayan.akhirnya dia memutuskan untuk 'membantu' maknya di dapur..

tiba2,muaz tersengih2..dia meluru kearah paciknya,Lan sambil tersengih2.
"tuda,tuda,tuda!hihihi" jerit muaz sambil menaiki belakang paciknya yang sedang sujud.
Lan cuba mengalihkan anak buahnya itu sebelum bangun dari sujud untuk mengelakkan dia jatuh.Namun Muaz berpegang erat pada leher paciknya itu.Mereka bangkit bersama-sama daripada sujud.Lan duduk diantara dua sujud,Muaz bergayut di belakangnya..

"Allahuakbar.." Imam melafazkan takbir untuk mereka bersama-sama sujud terakhir.Lan pun perlahan-lahan merendahkan badannya.Muaz yang masih bergayut dibelakangnya,terguling jatuh ke sebelahnya.

"ehek..ehek..ehek..muaaaaaaaaaaaaa....." kali ini Muaz mendendangkan lagu yang pitchingnya lebih tinggi daripada lagu alipbata.Mendengarkan irama lagu anaknya yang sedikit sumbang,mak Muaz segera ke ruangtamu untuk meredakan keadaan anaknya,
"kenapa adik nangis?" bisiknya kepada Muaz.
"pacik..ehek...ehek..ehek.."
"mana bole kacau orang solat.sini,sini.masuk dalam jom."
"ehek..ehek..ndak maw..ehek.."

...

"assalamualaikum warahmatullah..assalamualaikum warahmatullah.."
mererka menghabiskan solat maghrib untuk hari itu. Lan segera mendapatkan Muaz yang masih berada ditepinya.
"kenapa Muaz,jatuh ka?hahaha.."
muaz & alia
"betitu cak pacik..ndak kawan pacik.."
"ok2,minta maap ba..ndak sengaja bos.Nanti kita maen burung marah lagi ya."
"iya,iya..hihi"
"orait..kita baca doa lepas solat dulu palek ya"

Muaz pun menadahkan tangannya dan membaca doa feveretnya,
"allah uma balik na,ma jaktana.."
"salah,itu doa makan.belum makan lagi.Nanti,kita doa sama-sama imam ya."
Lan mengangkat Muaz ke pangkuannya dan mengikuti wirid imam.Bapak,Kakak2,abang2 dan anak2 buahnya semua tersenyum melihat mereka.Happy..

 [cerita 1 habis]





anak?perjalanan masih panjang..kah3..