Monday, February 22, 2016

in silence.
































teruslah menulis diam-diam.

kerana mungkin ada yang diam-diam membaca,
dan diam-diam menuliskannya semula.





























:)







Wednesday, February 17, 2016

surat-surat tujuhbelas (iv).





bismillah.
assalamualaikum tujuhbelas. aga kareba?
alangkah sulit memahami perihal jarak dan masa. kadang, perjalanan panjang beribu batu terasa pendek. kadang, terasa baru saja menaiki pintu kereta api dan mendengar geselan pertama gerabak pada relnya, setelah itu fikiran melayang sebentar, kemudian tiba-tiba saja kita sudah tiba di stesen seterusnya. kadang pula, kita berusaha mengisi jarak perjalanan singkat dengan pelbagai hal, dengan alasan mahu merasa segera sampai. tapi akhirnya, yang terjadi bahkan kita merasa semakin lama untuk tiba ke destinasi. rupanya, jarak dan masa tidak selalu tepat diukur hanya dengan pita pembaris dan kiraan detik. ia juga adalah perihal kondisi hati dan perasaan. jarak dan masa boleh jadi terlalu singkat dan boleh jadi begitu lama bergantung kepada kondisi hati dan perasaan kita saat melaluinya. maka, mari kita belajar menguasai jarak dan masa dengan meneliti hati dan perasaan kita. agar -setiap jarak dan masa yang kita tempuhi dan lalui- yang mana seharusnya dilamakan tidak menjadi singkat dan yang sewajarnya singkat tidak menjadi terlalu lama.


... 


tujuhbelas, 
hati dan jiwa manusia selalu dilanda dengan dua keadaan yang menggugat ketenteramannya. yang pertama itu adalah perasaan al-hamm, yakni kegusaran dan kekalutan hati terhadap masa hadapan. iya, sememangnya masa hadapan adalah rahsia yang tidak akan pernah kita tahu tentang apa dan bagaimana rupanya. kita sering menjadi khuatir kepada sesuatu yang kita sangkakan akan berlaku di masa hadapan, terutama pada kesukaran dan kesusahan walaupun hakikatnya ia belum tentu akan terjadi. pernah merasakannya? aku sendiri juga pernah. bagaimana menghadapinya? nah, aku serahkan itu kepadamu. bukalah naskhah al-quranmu dan carilah ayat-ayat itu. 


tujuhbelas, 
hati dan jiwa manusia sering dilanda dengan dua keadaan yang menggugat ketenteramannya. yang kedua itu perasaan al-hazan, yakni kesedihan dan kemurungan kerana memikirkan perkara yang telah berlaku. mungkin itu adalah keperitan, kegagalan, atau kehilangan yang pernah kita lalui satu ketika dahulu sebelum hari ini. pernah merasakannya? aku sendiri juga pernah. bagaimana menghadapinya? nah, itu tugasmu. selaklah naskhah al-quranmu dan tadabburlah ayat-ayat itu. 


tujuhbelas, 
hidup adalah sekumpulan ujian. indahnya, Tuhan akan sentiasa menguji manusia pada titik-titik kelemahannya, bukan pada kekuatan mereka. Tuhan akan mempertemukan kita dengan orang-orang atau keadaan yang merupakan cerminan kepada titik-titik kelemahan kita. pertemuan yang akan membawa kita bertarung habis-habisan dengan setiap kelemahan dalam diri. kenapa begitu? tidak lain kerana Tuhan mahu mendidik kita untuk belajar mengatasi segala kelemahan itu, hingga akhirnya kita akan menjadi semakin matang, bijaksana dan kelemahan itu bertukar menjadi kekuatan. maka, bersyukurlah kita bila Tuhan menghadirkan orang-orang tertentu dalam hidup kita dan kita belajar mengenali kelemahan-kelemahan diri dan memperbaikinya. nantinya juga, Tuhan akan mempertemukan kita dengan seseorang yang tahu benar kelemahan kita dan mahu membantu kita memperbaikinya bersama, kerana dia sendiri, yakni orang itu, juga ada kelemahan yang ingin diperbaikinya bersama-sama kita. kita manusia tidak saling sempurna, tapi saling menyempurnakan. 


tujuhbelas, 
bila dalam perjalananmu, kau merasa penat, merasa lelah, berehatlah sebentar. berehatlah dalam solatmu. tapi, jangan berhenti bila kau yakin akan kebenaran laluan yang kau sedang tempuhi. hidup memang memenatkan. bahkan, dunia sememangnya diciptakan untuk manusia berpenat-lelah dengannya. penat-lelah yang tetap adalah pilihan. berpenat-lelah untuk berseronok menikmati dunia semata atau berpenat-lelah untuk lari daripada kelalaian menikmati dunia. dunia tidak selamanya akan ada. begitu juga kita. satu hari dunia akan lenyap. satu hari nanti kita juga akan mati. bila kedua hal itu akan terjadi, tetaplah ia berada dalam pengusaan takdir Tuhan tanpa ada sesiapa pun mendapat bocoran. setelah itu, akan ada hari pembalasan. di hari inilah nantinya segala penat-lelah itu akan ditanyakan kembali. semoga penat-lelah kita adalah penat-lelah yang menghampirkan kita kepada Tuhan dan bukan yang sebaliknya. dan semoga kita mendapat kerehatan yang paling agung setelah segala kelelahan kita dunia; syurgaNya. 


...  


cukuplah yang ini saja aku tulis dan hamburkan buat kali keempat di naskhah yang terus bersambung ini, entah ke mana hala tujunya. segalanya aku kembalikan kepada kedhaifan diriku sendiri dan kebesaran Tuhan yang maha agung. seringkali kita merasa lautan ketenangan yang dihamparkan kepada kita terlalu dalam untuk diselami. kita menjadi takut kalau-kalau lemas sebelum sampai ke dasarnya. mungkin kita lupa bahwa lautan itu adalah lautan ar-Rahman, Tuhan akan sentiasa mengalirkan nafas buat hambaNya yang bersabar. seringkali juga kita merasa langit kebahagiaan terlalu tinggi untuk didaki. kita menjadi takut kalau-kalau terjatuh sebelum mencapai puncaknya. mungkin kita lupa bahwa itu adalah langit ar-Rahim, Tuhan akan memasangkan sayap untuk terbang tinggi buat hambaNya yang bersyukur.

sekian.
 | tujuh belas febuari dua ribu enam belas.

Wednesday, February 10, 2016

tentang pilihan.





tentang pilihan. hidup adalah perjalanan pilihan. kita sentiasa harus membuat pilihan. dari sekecil-kecil perkara ke hal yang besar-besar. jika tidak memutuskan pilihan, maka tidak dapat meneruskan perjalanan, dan kita terdampar di persimpangan jalan selama-lamanya. mahu tidak mahu, pilihan harus dibuat, agar perjalanan dapat disambung semula dan kita boleh sampai ke destinasi akhir. 
tentang pilihan. setiap pilihan datang dengan ujian dan cabarannya sendiri. ujian dan cabaran boleh datang dari pelbagai arah. mungkin juga daripada arah yang tidak pernah kita terfikirkan ketika pilihan itu dibuat. kadang, ketika pilihan telah diputuskan, akan muncul pula pilihan lain yang pada kita, tampak mungkin lebih mudah dan kurang cabarannya. ya, kita akan sentiasa dipertanyakan tentang pilihan kita, yang jawapannya akan menuntut kita sama ada untuk terus teguh dengan pendirian kita atau memilih untuk bertukar pilihan. nah, sekali lagi kita harus memilih di situ. kan sudah aku katakan, hidup adalah rantaian pilihan yang sentiasa bersambung dari satu kepada satu yang lainnya. 
tentang pilihan. sungguh penting, sebelum membuat pilihan, kita harus memiliki asas yang menjadi pegangan sendiri. asas yang juga merupakan panduan sekaligus matlamat hidup kita. asas yang akan menjadi perkara pertama yang dipertimbangkan sebelum memutuskan apa-apa pilihan. asas ini juga yang akan menjadi rujukan setiap kali pilihan-pilihan kita dipersoalkan. dari masa ke semasa kita akan kembali kepadanya, untuk menyemak semula perjalanan pilihan kita. 
tentang pilihan. beruntunglah apabila pilihan dibuat berasaskan perintah-perintah Tuhan, yakni apabila redha Tuhan menjadi matlamat utama dalam hidup. kerana Tuhan sentiasa punya jawapan atas semua persoalan manusia, termasuk persoalan tentang pilihan. mengapa tidak, bukankah Tuhan yang memberikan kita pilihan-pilihan itu? mudah alasan di sebaliknya, kerana Tuhan mahu kita sentiasa datang bertanya, bermesra denganNya dalam sujud malam dan doa hiba kita. kerana Tuhan mahu meletakkan kita sentiasa dalam posisi ingin kembali dan bergantung hanya padaNya. sungguh cara Tuhan mencintai makhlukNya begitu unik dan indah kan? senyum. 
tentang pilihan. setiap sesuatu itu, semakin sukar ia dicapai, maka kita akan semakin menghargainya dengan banyaknya perkara yang kita belajar daripadanya. ia adalah graf garisan lurus yang mengunjur pada sudut empat puluh lima darjah pada paksi perpendikular untuk dua perkara yang saling berkadar langsung itu. jadilah bijaksana ketika memutuskan pilihan dan ketika menjalani pilihan yang telah diputuskan. kerana, pilihan yang telah diputuskan akan seterusnya menjadi sebahagian tujuan perjalanan kita.


Saturday, February 6, 2016

fix.






matikan enjin.
turunkan stand.

buka helmet.

"assalamualaikum. aseef kak, lambat sikit sampai." 
"waalaikumussalam. takpe. kan jauh, jalan jem lagi. yang penting dah sampai sini." 

jabat tangan.

laga pipi kanan.
laga pipi kiri.
laga pipi kanan.

"err, akak ada jarum dengan benang? nak baiki tudung. huhu." 
"jarum? ada kot. jap ea."

masuk bilik.

bunyi pintu almari dibuka,
bunyi laci ditarik keluar.
bunyi laci ditolak masuk.
bunyi pintu almari ditutup.

keluar bilik dengan bekas lutsinar penuh alatan menjahit.

keluarkan jarum. keluarkan gulungan benang.
masukkan benang dalam jarum.

hulur.

"nah. koyak ke? macammana boleh koyak?" 
"entah la. tadi bawa skuter laju sangat kot. tudung melayang-layang. sebab tu jahitan hujung tengah ni terbuka sikit. singgah tepi jalan, letak pin je tadi supaya tak lebih teruk." 
"hmm, kita selalu perlu memilih, antara jarum atau pin, kan? kalau ada kain yang terkoyak, atau jahitan lama terbuka macam tu, kita tahu, kita boleh on the spot lekatkan balik dengan pin atau ambil sedikit masa untuk jahit semula. cara yang cepat dan mudah, atau cara yang sedikit rumit dan ambil masa lebih lama. betul tak?"
"emm, a'ah. betul kak." 
"hati-hati jahit. kang tercucuk jarum." 


[habis].