Saturday, June 27, 2015

tenth.





bercerita tentang ramadhan tidak akan lengkap jika tidak diselitkan cerita tentang al-quran. seperti bercerita tentang buka puasa tapi tiada cerita kurma berbisik 'yusoof taiyubb..'. seperti bercerita tentang tarawih tapi tiada cerita bilal yang bersemangat mengalunkan 'subhana malikil ma'bud..' seperti bercerita tentang sahur tapi tiada cerita tentang muka muka separa sedar antara mimpi dan realiti. seperti cerita tentang bazar ramadhan tapi tiada cerita tentang karipap inti oksigen.

jadi cerita hari ini adalah cerita tentang ramadhan dan al-quran. tentang ramadhan yang sudah sampai hari ke-sepuluh dan tentang orang orang yang membaca al-quran.

"bulan ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)..." [al-baqarah; 185]



mungkin sudah ada yang habis khatam tiga puluh juzuk selama sepuluh kali berturut turut. yang membaca sehari tiga puluh juzuk habis sendirian. ini biasa untuk para hafiz quran. atau mungkin mereka yang ada dalam kumpulan odoj (atau odoq lebih tepat) yang mensasarkan sehari habiskan satu quran. katakan dalam kumpulan odoq ini ada tiga puluh orang semuanya. jadi, pembahagiannya sehari satu orang cuma perlu habiskan satu juzuk. bila dikumpulkan maka lengkaplah tiga puluh juzuk. matematiknya begitu. dan sepanjang sepuluh hari ini, mereka istiqamah khatamkan ql-quran sepuluh kali. make sense kan.

mungkin ada yang sudah selesai habiskan sepuluh juzuk daripada al-quran. yang mudahnya, mereka membaca satu juzuk setiap hari. mereka istiqamah dari hari pertama ramadhan. maka, hari ke-sepuluh adalah juzuk ke-sepuluh. atau mungkin mereka yang ada dalam kumpulan odoj, yang meletakan sehari satu juzuk sebagai target. katakan dalam kumpulan itu ada dua puluh orang. satu juzuk al-quran ada dua puluh muka kecuali juzuk pertama yang ada dua puluh satu muka dan juzuk tigapuluh yang ada 23 muka. jika setiap seorang istiqamah membaca satu muka sehari, bila dikumpulkan dua puluh muka atau satu juzuk sehari itu mudah. hari ke-sepuluh bermakna kumpulan mereka akan menyelesaikan bacaan dua ratus satu muka  al-quran yakni bersamaan dengan sepuluh juzuk. matematiknya begitu.

mungkin ada yang mampu menghabiskan sepuluh muka sejak hari pertama ramadhan dengan bersendirian dengan bimbingan kawannya. sehari semuka secara istiqamah akan menyampaikan mereka ke lembaran sepuluh yang di mulakan dengan ayat ke- enam puluh dua dan di akhiri dengan ayat ke- enam puluh sembilan daripada surah kedua, al-baqarah.

mungkin ada yang berjaya menghabiskan satu surah ad-dhuhaa yang ada sebelas ayat semuanya dengan sendirian tanpa dibantu orang lain. matematiknya ialah, sehari mereka mencuba sekurang-kurangnya satu ayat. dari satu ayat ke satu ayat mereka istiqamah. 

mungkin ada yang sudah mampu membaca ayat pertama dan kedua surah al-fatihah dengan lancar tanpa tersekat sekat. ada sembilan kalimah semuanya dalam dua ayat ini. sepuluh hari ini mereka istiqamah untuk melengkapkan gabungan lima kalimah dalam ayat pertama dan empat kalimah dalam ayat kedua.

atau mungkin ada yang sudah mampu mengingati dan mengecam dengan baik sepuluh huruf huruf pertama al-quran mengikut turutan daripada alif sehingga rho.

barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-quran, maka baginya satu kebaikan. dan setiap kebaikan akan berganda sehingga 10 kebaikan. aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf {الـم}, akan tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.” [riwayat at-tirmidhi]



nah begitulah ceritanya. jadi, walau di mana pun kedudukan anda, jangan berhenti. istiqamahlah. kita adalah orang orang beruntung untuk mampu berdampingan dengan al-quran sepanjang ramadhan ini. jika ada rasa rasa mahu kehilangan istiqamah ini, fikirkan bahwa ada orang lain yang sedang berusaha gigih untuk mampu menjadi seperti kita.

sudah tentu al-quran bukan cuma untuk dibaca habis berulang kali. ia perlu ditadabbur dan difahami kerana ia adalah manual hidup untuk manusia. tapi, ini boleh jadi bantu lompat untuk ke tahap seterusnya kan. so, #kipidap and  #dongibab!



___________________________________
 odoj= one day one juz
odoq= one day one quran
* kalau boleh, biarlah masa berlalu perlahan sepanjang ramadhan untuk menikmati setiap detik keberkahannya. tapi, kalau boleh jugak, harap harap masa berlalu cepat sebab ndak sabar mau balik tawau. macammana tu?

Thursday, June 25, 2015

scar.


below is a fishy conversation.

"scar. do you have any?"
"dude, how i really wish i have one.. toyota wish maybe."
"i said scar, dude. not a car.."
"ouh, scar.. haha. sorry sorry. hmmm.. i think i have one. yup, here at my left elbow. got this from a terrible bicycle accident few years back. why asking? so, now you are selling medical product to remove scar? hpa? qu puteh? ambi pur? eh, that is a car perfume.."
"no lah.. did you regret having it? its make you look ugly isn't it? but still, you are ugly even without it. haha. kidding."
"cis, how dare you.. regret? maybe no. for me, scar is kind of a memory. and memories can mean a lot. it teach a lot too. bleed will stop. pain will disappear. in the end of the day, all left was just the beautifully engraved scar, as a mark that the wound had been healed and as a proof that you're strong enough to have gone through that. scar not necessarily being represent as a bad thing. at least this will remind me of the nurse that treat me back then. she was sooo kind dude, sooo angelic.. told you."
"ah, itchy you.. but how about inner scar? how to describe that?"
"inner scar is all about feelings and emotions. sometimes when we came across some old heartbreaking memories from the past, we smile with a drop of tear falling through our cheek. sometimes we just give out a long 'sigh' with a smile at the end of it. for me, that was form of inner scar. a mark that can be seen. a mark that you have been recovered. a proof that you're strong enough to have gone through that."
"time treat better than anything right?"
 "yup. by Allah's will.."

____________________
*grammar yang bertaburan umpama bintang bintang di angkasa..  )-_-(

Wednesday, June 10, 2015

seventeen.




ada cerita tentang lima orang kawan kecil. di sebuah kampung jauh di tengah ladang kopi tepian bukit hijau, mereka selalu bersama berlari mengejar burung burung yang berterbangan mengigit gigit biji kopi yang ditanam penduduk kampung. nama mereka laut, awan, angin dan matahari. kalian jangan pelik ya, itu cuma nama panggilan antara mereka.

laut adalah laut kerana luasnya jiwa dan pikirannya. dia tahu macam-macam. mungkin kerana dia rajin membaca buku buku di pusat sumber sekolah. awan adalah awan kerana dia adalah anak kecil berkulit cerah seperti awan-awan puteh. dia mewarisi itu dari orang tuanya. angin adalah angin kerana dia suka berlari. lariannya laju. dia jaguh larian di sekolah. tapi bila berlari bersama kawan-kawannya ini, angin akan belari perlahan paling belakang, tidak mahu meninggalkan mereka. matahari adalah matahari kerana di rumahnya ada banyak pokok bunga matahari yang ditanam ibunya. laman rumah mereka penuh dengan kelopak jingga itu. jadi sekarang sudah jelas kan kenapa mereka menggunakan nama nama itu?

sebelum itu, kalian mesti ada yang bertanya, awal awal kata saya ini cerita tentang lima orang kawan kecil. tapi, ini cuma ada empat. yang kelima siapa? sebentar.. ini baru masuk cerita tentang dia. yang kelima justru adalah hujan. ya, hujan. empat orang anak kecil dan hujan. mereka berlima adalah kawan. eh, kenapa mesti hujan?


kerana hujan adalah gabungan daripada laut, awan, angin dan matahari. matahari dan angin mengangkat air laut naik ke langit yang kemudiannya ditampung oleh awan. setelah itu hujan akan turun dengan gembira di mana saja. menurut guru sains di sekolah, prosesnya lebih kurang begitu.

kerana hujan tidak pernah sendirian. meski di manapun ia jatuh, ia tidak akan jatuh sendirian. pernah dibasahi hujan yang cuma setitis?


menginjak usia tujuh belas, mereka berempat tidak lagi akan berlari bersama di ladang kopi tepian bukit hijau. justru, kini mereka harus berlarian sendiri di ladang ladang konkrit dan batu di tengah tengah kota bandar manusia demi mengejar cita masing masing. tapi itu tidak sedikitpun merisaukan mereka.


kerana mereka ada hujan. dan hujan akan ada di mana mana.
kerana mereka ada doa. dan doa akan ada di mana mana.