Saturday, March 30, 2013

berdua lebih baik.



bila dua diri
mencintai Illahi
bergabunglah jiwa
bersatulah hati

dua jiwa satu cinta
dua jasad satu matlamat

bila cinta kerana Allah
berpisahnya pasti tak resah

bila rindu pada Yang Satu
bertemu pasti tak jemu

ukhuwah itu indah
bila bertemu dan berpisah
kerana Allah

:)


jom rehlah besok!

Saturday, March 23, 2013

semalam dan hari ini.

semalam aku melihat dua manusia,
saorang laki-laki,
saorang perempuan,
rancak bertepuk tampar,
riuh bercanda gurau,
sedang antara mereka,
aku tahu,
bukan ada ikatan,
yang mah ram,
atau dia su a mi,
dan dia is te ri.

semalam aku melihat sosok tubuh,
bin adalah sebahagian namanya,
sedang duduk di tepian tangga blok,
bersenang lenang,
asap berkepul-kepulan dari serobong mulutnya,
sambil azan maghrib bergema dari corong surau,
kemudian azan isya' pula dialun bilal,
aku masih melihat dia disitu,
talipon rapat ditelinga pipinya,
dan aku yakin,
dia tahu apa itu,
tu han,
is lam,
sem bah yang.

semalam aku melihat sosok tubuh,
binti adalah sebahagian namanya,
sedang rancak bermesraan dengan teman-teman,
penuh gembira dan seronok,
mukanya yang putih melepak ditampal bedak itu,
diusapnya sekali sekala,
rambutnya yang ikal mayang itu,
dibelainya dua tiga kala,
bajunya yang sendat itu,
ditariknya kadang-kadang,
ada mata-mata liar,
yang eksaited terus mengusha dia,
dan aku pasti,
dia pernah belajar,
tentang au rat,
ma lu,
do sa,
pa ha la.

semalam aku memerhati,
lewat kaca tibi,
berpencak hebat,
para pemimpin-pemimpinku,
memuntahkan kata,
menebarkan janji,
menyatakan propaganda,
katanya akan dibela nasib kaum ini,
katanya akan dipertahan hak bangsa ini,
katanya akan diperkukuh agama rabbani ini,
dan selepas selesai majlisnya,
dia yang laki-laki,
bersalaman dengan rakyatnya,
yang perempuan,
berperlukan dan  bermesraan,
tapi dia itu pembela agama suci katanya tadi.

hari ini,
dalam renungan peristiwa semalam,
aku merintih,
aku menangis,
aku meratap.

bukan kerana keadaan mereka,
bukan kerana keberadaan mereka,
bukan kerana hanyut mereka,
bukan kerana dhaif mereka.

tapi kerana lemah dan hina diri ini,
yang hanya mampu melihat dari jaoh,
yang hanya mampu merintih dalam hati,
yang hanya mampu menulis di sini,
sedangkan sudah berbuih mulut,
berbicara soal dakwah,
ali imran 104 dan 110,
lentur gegendang telinga,
mendengar perintah nahi mungkar,
arbain nombor 34,
kering dakwat segala pena,
menulis perihal tarbiyah.

apakah akan ku jawab pada tuhan,
bila soal tentang amanah ini,
dipadang yang tiada perlindungan melainkan perlindunganNya,
semua anggota tubuh berbicara,
menyatakan apakah syurga indah,
atau neraka hina,
layak untuk diri ini.

oh mengapa?
rapuhnya iman!













:'(


Tuesday, March 19, 2013

best seller.

Ini cerita tentang Jo dan Kay. Sahabat baik. Dari tingkatan 4, tingkatan 5, matrikulasi sampai unibersiti. Tak pernah berpisah.

"Jo, kau dah habis baca buku 'Epilog Seekor Labi-labi Penakluk Dunia' aku tu?"

"Dah. Kenapa, aku dah terlebih tempoh peminjaman ke?"

"Takde lah. Saje tanya. Best tak?"

"Hmm. Not bad la."

"Eh, petang ni kau free?"

"Petang ni? Tak sure lagi. Ada apa?"

"Teman aku gi Kedai Buku Kebanggaan Rakyat. Nak usha buku baru. Bocer buku aku tak habis guna lagi."

"Oke. Aku on."

...

Petang itu, seperti yang direncanakan. Jo dan Kay pergi mengunjungi Kedai Buku Kebanggaan Rakyat berdekatan kolej kediaman mereka.

"Kay, kau rasa buku apa yang best ea?"

"Buku best? Kalau aku, aku akan cari buku-buku best seller. Mesti best punye lah."

"Ea?"

"Biasanya kedai ada display buku-buku best seller. Jom gi tengok kat depan."

Di sebuah rak berdekatan kaunter pembayaran, dipamerkan buku-buku best seller. Buku-buku dari pelbagai negara, bahasa dan genre. Semua ada. 'Cinta Kelas Tertinggi' karya Aisya Solehah, 'Hari Poter bersama Keldai Bemata Dua' tulisan Jay Kei Rowing, 'Lemas Dalam Pelukan Ukhuwah' keluaran Ulat Buku Production dan 'Shh, be quiet!' nukilan Wayne Rooney adalah antara buku-buku best seller  yang dipaparkan.

Kay belek buku tersebut satu persatu. Tengok cover. Kemudian dia terbalikkan. Baca sinopsis di belakang. Sekali-sekala Kay angguk-angguk kepala. Tertarik.

"Hmm, buku-buku ni semua aku dah baca." Memang sah. Kay ni ulat gonggok buku.

"Weh, gila kentang kau."

Jo pandang Kay. Kagum. Kay pandang Jo pulak. Kay kenyit mata kanan. Jo jelir lidah.

"Kay, aku gi bahagian belakang dulu pusing-pusing."

"Oke. Oke."

Jo kemudian berlalu meninggalkan Kay bersendirian. Hanyut dalam lamunannya. Terus membelek buku-buku best seller. Recall balik cerita setiap buku-buku tu barangkali.

Lima belas minit dua puluh lapan saat kemudian..

"Kay! Kay!" Terkocoh-kocoh Jo berlari mendapatkan Kay. Hampir saja terlanggar susunan buku-buku di tepinya.

"Ha, kenapa? Kau jumpa hantu dalam buku ke?"

"Aku dah jumpa best seller. Paling best seller! Aku rasa aku belum pernah tengok kau baca lagi. Kat rak simpan buku kau kat bilik tu pun belum ada rasanya."

"Ye ke? Kat mana? Kat mana?" Mata Kay bercahaya. Macam anime Jepun tu.

"Jom. Aku tunjukkan. Abang tukang susun buku tu bagitau kat aku tadi." Jo tarik tangan Kay. Kay follow je. Dua-dua semangat.

Jo dan Kay sampai di sebuah rak buku. Bahagian paling hujung belah kanan. Tengah-tengah.

"Ha, yang ni. Abang tu kata, yang ni memang best seller. Satu dunia baca. Cetakannya, entahlah sudah yang berapa. Bertahun-tahun, belum pernah berhenti. Dah diterjemah macam-macam bahasa pulak tu."

Jo keluarkan senaskhah daripada rak. Dia bagi Kay pegang. Tiba-tiba Kay nangis. Memang dia tak ada lagi best seller tu. Apa lagi nak dibacanya.

Kay terus ambil. Bawa ke kaunter pembayaran.

"Kak, tafsir al-Quran ni senaskhah berapa?"

anda sudah punya belum?

*Tafsir saya warna cokelat. Cokelat sedap. Eh, apa kaitan?

Saturday, March 16, 2013

selipar.

Azizi dan Azlan. Satu bilik. Katil lain-lain. Pada suatu pagi yang indah di hujung minggu yang cemerlang. Mereka bercengkerama. Bersiap mahu keluar bersama.

"Alamak Ji, selipar aku putus sebelah la. Caner ni?"

"La. Ye ke. Selipar lain tak de?"

"Satu je aku ada."

Azizi masuk semula ke dalam bilik. Ditariknya sebuah kotak dari bawah katilnya. Kotak kertas warna coklat. Sepasang selipar jepun warna merah baru dia beli beberapa hari lepas, dikeluarkan. Mahu dibuat selipar pakai ke tandas untuk diorang berdua sebenarnya.

"Nah. Guna ni dulu. Nanti, kita pegi kedai mana-mana. Beli selipar baru."

"Eh. Selipar baru ni Ji. Takpe la."

"Hish budak ni. Pakai je la. Aku tak kisah pun pasal kau. Aku risau maruah aku je. Jalan dengan orang selipar sebelah kaki. Gila ke?"

"Sampai hati kau."

"Haha. Aku gurau je la. Nah pakai cepat."

Azizi hulur selipar. Azlan sambut. Azlan campak selipar ke lantai. Kakinya bertukar alas.

"Ok. Eh, muat pulak Ji."

"Aku memang beli saiz lebih kurang. Untuk kita sama-sama boleh pakai pegi tandas."

Selipar Azlan yang putus, dimasukkan ke dalam plastik. Masuk ke tong sampah terus. Mereka pun keluar berfoya-foya bersama. Eh. Pergi bermandi siraman ukhuwah di pusat kegiatan membeli-belah masyarakat tempatan sebenarnya. Keh keh keh.

...


Kali ini di perkarangan tempat letak selipar dan kasut sebuah masjid. Azizi duduk seorang-seorang di tangga kejayaan. Termenung. Jemarinya lincah bermain butang telefon. Tiba-tiba telefonnya dia dekatkan ke telinga. Dua tiga saat kemudian, dia buka mulut.

"Hello Lan. Assalamualaikum. Kau katne?"

"Ha, hello. Waalaikumsalam. Kat bilik. Nape?"

"Kau boleh datang kat Masjid Kemajuan Ummah kejap tak?"

"Ada apa?"

"Aku baru habis usrah dengan adek-adek usrah aku lepas isya' tadi. Tapi, aku tak boleh nak  balik. Selipar aku ntah mana hilang."

"La, ye ke. Oke oke. Kejap lagi aku sampai. Kau jangan pergi mana-mana."

"Oke Lan. Mekasih."

Selepas sembilan minit lebih kuranglah, tampil Azlan dengan sepasang selipar jepun yang dijinjitnya. Selipar dari bilik mereka berdua. Selipar yang dipakai untuk keluar masuk tandas.

"Ji. Ada selipar tandas je kat bilik. Aku tak jumpa selipar lain. Sori a'."

"Eh, takpe takpe. Kau datang sini bawa selipar pun aku cukup terharu Lan."

"Ha, kalau terharu nangislah."

"Haish. Mana boleh. Hati aku keras kot. Haha."

"Ceh."

Mereka pun berjalan seiringan sehaluan lenggang kangkung menuju bilik. Bagai itik pulang petang. Walaupun masa tu dah nak tengah malam, bukan petang.

"Weh Lan. Sori la susahkan kau."

"Hmm. Takde hal la."

"Eh, ko perasan tak ?"

"Apa?"

"Minggu ni. Dah dua kali kita hilang selipar."

"Oh, baru-baru ni selipar aku putus kan. Haha. Hari ni kau pulak hilang selipar."

Sunyi sebentar. Mereka di bahu jalan. Beberapa kereta lalu-lalang. Pandang kanan. Pandang kiri. Pandang kanan semula. Selepas jalan lengang barulah mereka melintas.

"Ji. Kau rasa, mana penting. Selipar belah kanan ke belah kiri?

"Ha? Dua-dua la penting. Putus sebelah. Atau hilang sebelah, dah tak boleh pakai dah selipar tu."

"Ji. Kalau kita jadi selipar, kau nak jadi belah mana?"

"Hmm, entah la. Kau?"

"Aku pilih belah kiri. Kau jadi belah kanan."

"Kenapa pulak?"

"Sunnah. Nabi muliakan belah kanan. Kalau nak jalan atau nak masuk tempat-tempat baik, kanan langkah dulu. Baru kiri follow."

"So?"

"Aku ni masih baru kat jalan ni. Tapi, kau dah lama. Kau tahu selok beloknya. Aku follow kau. Aku tsiqah ngan kau Ji."

"Jalan apa?"

"Jalan-jalan cari makan."

"Hahaha."

...

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t berfirman pada hari kiamat, “ Manakah mereka yang berkasih sayang kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri”
(HR Muslim)

Ji, romantik tak? Kah. Kah. Kah.

Monday, March 11, 2013

buku : Salim A Fillah



Sebelum ini, mereka cuma saya tatap dan ratap lewat gambar poto-poto. Sebelum ini, cerita khabar pasal mereka saya cuma dengar lewat orang-orang yang bilang macam-macam tentang mereka. Ya, saya jatuh hati pada pertama kali kami berpandangan. Saya terpesona saatnya mendengar kisah-kisah romantis orang-orang yang lain itu bersama mereka.

Habis pelusuk kota saya cari. Kasitau, rumah buku mana saya tak ziarahi lagi semata hanya ingin bertanya samaada mereka pernah singgah di sana. Mandi tak kenyang. Tidur tak basah. Makan pun tak pernah lena. Hampir-hampir saya putus asa kecewa terjun bangunan, eh, kerana cinta buta yang tidak berpenghujung ini. Tapi, saya kuatkan juga. Eheh.

Akhirnya, bulan jatuh ke riba. Ternyata, harapan dan wawasan ini tidak sia-sia. Terima kaseh Tuhan. Cahaya dari seberang itu tiba juga. Cukup 4 kuota. Sungguh, saya masih terharu-biru dapat menyentuh setiap lembaran yang mengalir kepadanya dakwat tulisan seorang yang begitu hidup tulisan beliau. Membaca karyanya, seakan-akan saya dan beliau sedang saling berbicara berduaan dalam sebuah ruangan khusus hanya untuk kami berdua.

Seuntai kicauan berserakan,
dari hamba Allah yang tertawan dosanya;
santri yang tertahan kejahilannya,
yang berharap dapat berbagai manfaat
dalam faqir dan dha'ifnya.
Renungan yang lebih tepat ditelunjukkan pada diri;
ditebarkan agar bisa bersama dihayati.

-Salim A Fillah. 

...

* Terima kasih kawan untuk buku-buku ini. Saya ini cuma sebutir pasir tepian pantai, sedangkan budimu itu selautan luas. Biarlah Allah membalas jasamu, saya tidak mampu. Semoga anda terus hebat bergaya menghasilkan kopi-kopi tarbiyah berlemak penuh krim dalam setiap cangkir tulisan anda ya. Arigato!

Friday, March 8, 2013

bayu.


tinggi-tinggi gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru puncak Kinabalu,
terkenang dari jauh,
hati ini rindu,
pada gemalai lembut bayu,
yang memupuk pipi gebu,
satu ketika dulu.

dengar sini aku mahu kasitahu,
pada hari kemarin itu,
berarak mendung awanan kelabu,
tiupan dari langit sulu.
membawa halilintar guruh gemuruh,
turunlah lebat hujan peluru,
melayang jiwa menjadi debu,
jatuh titik rintik tangisan kuyu,
hati kecil hancur luluh,
bayu sudah layu,
bertiup sayu,
oh, janganlah terus lemah begitu.

harapanku,
atas ikatan saudara jitu,
diri aku,
diri kamu,
kita jangan bisu,
kita jangan lesu,
kita sama-sama bersatu,
kita berganding bahu,
kita ambil tahu,
setiap moment yang berlaku,
kita nyatakan sokongan padu,
pada pejuang-pejuang bayu,
kita panjat doa restu,
pada tuhan yang satu,
untuk tanah lahad datu,
agar tidak berganjak walau sepasang sepatu,
untuk sentosa negeri bawah bayu,
agar kembali seperti selalu,
untuk perwira yang telah jatuh,
agar diberi kekuatan kepada keluarga hingga anak cucu.

kerana bayu ini tidak hanya disitu,
nanti akan bertiup juga menujumu,
aman, nyaman dan menyegarkan tubuh menikam kalbu.

-porenja














#pray4sabah













Tuesday, March 5, 2013

falsafah hidup.

    Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita angsur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita, hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakkhirkan walau satu saat dan tidak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.
   Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuhi hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. 
   Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan.
   Itulah Falsafah Hidup.
                                              -Prof Dr Hamka 

carilah buku Falsafah Hidup. :)






















#Pray4Sabah