Thursday, May 30, 2013

batu dan air.

   Petang yang damai. Villa sejuk di kaki gunung. Berkumpul para power rangers rijal-rijal dakwah. Masing-masing mengambil tempat bertenggek di atas batuan-batuan besar yang separuh tenggelam separuh timbul sepanjang lebaran air sungai yang mengalir rapi di celah-celah. Jernihnya, kelihatan anak-anak ikan bermain polis sentri sesama mereka. Riang dan gembira.

   Sang murabbi pun berdiri mengambil tempatnya. Membawa setiap jiwa-jiwa yang hadir mengamati dan menghayati nyanyian lagu dan irama yang dialunkan alam. Senyap sebentar. Menyusuri aliran tenang air sungai.

   Sebelum mereka hanyut lebih jauh..

   "Ya ayyuhal ikhwah! Para pejuang-pejuang dakwah yang dicintai oleh Allah swt. Allah berfirman dalam al-Quran (ali Imran; 190),
 إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ 
  Allah ciptakan apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi ini semuanya untuk kita berfikir. Kita menelaah apa yang bisa kita ambil dari semua. Kita duduk di sini apa yang bisa kita ambil pelajaran?



   Ya ayyuhal ikhwah. Antum sekarang perhatikan bagaimana Allah menciptakan batu yang luar biasa besarnya. Allah menciptakan begitu kerasnya batu. Bagaimana Allah menciptakan air yang mengalir dengan lembut ini?

   Tapi, antara batu dengan air mereka berkerjasama untuk menimbulkan satu harmoni yang Allah swt harapkan di semua aktivis dakwah.

   Bagaimana dengan antum ya akhi? Kita sama muslim. Kita sama sama aktivis dakwah. Kenapa banyak di antara kita tidak mengambil ibrah ini? Kenapa di antara banyak aktivis dakwah, selalu mengatakan, "Ini hak antum, ini hak ana", "Ini kewajipan antum, ini kewajipan ana"?Tidak ada!

    Malulah kita pada apa yang diciptakan oleh Allah. Batu dan air ini.

    Ya ayyuhal ikhwah.
    Tidak ada pertikaian di antara mereka!"

    Serentak antara mereka dan alam melaungkan takbir; "Allahu Akbar!"


Friday, May 17, 2013

sahabat nurani.




satu saat, kuminta nasehat pada seorang sahabat
aku merasa tak layak akh, katanya

aku tersenyum dan berkata
jika setiap kesalahan kita dipertimbangkan
sungguh di dunia ini tidak ada lagi
orang yang layak memberi nasehat

memang merupakan kesalahan
jika kita terus saja saling menasehati
tapi dalam diri tak ada hasrat untuk berbenah
dan menjadi lebih baik lagi di tiap bilangan hari

tapi adalah kesalahan juga
jika dalam ukhuwah tak ada saling menasehati
hanya karena kita berselimut baik sangka kepada saudara

dan adalah kesalahan terbesar
jika kita enggan saling menasehati
hanya agar kita sendiri tetap
merasa nyaman berkawan kesalahan

Subhanallah, di jalan cinta para pejuang
nasehat adalah ketulusan
kawan sejati bagi nurani
menjaga cinta dalam ridhaNya

-Salim A Fillah (Jalan Cinta Para Pejuang)

...

Sahabat itukan seperti cermin, ia adalah pantulan kepada diri sendiri. Hakikatnya, kau sedang membersihkan nuranimu sendiri, tatkala sahabat itu kau nasehati. Nah, teruslah saling tazkirah antara kita. Supaya nanti, kita sama-sama menjadi lebih baik.

(•‿•) 


Sunday, May 12, 2013

dengan penuh hairan.


  

  Berpagi-pagian di pagi hujung minggu. Selamat tiba di bilik daripada larian merentas benua sekitar tasik kejayaan. Picu penutup air tin ditarik. Psss. Kedengaran bunyi gamat gas-gas karbon dioksida yang berpusu-pusu keluar. Begitu teruja ingin melihat dunia baru setelah terperangkap berabad lamanya dalam kerangka silinder aluminium. 

  Tin diangkat tinggi. Kemudian diserengkan 45 darjah. Maka mengalirlah laju cecair cecair isotonik memasuki laluan laluan gelap. Tatkala ia menyentuh permukaan kering kontang saluran tekak, hadir satu kenikmatan luar biasa. Sungguh luar biasa. Hidrasi semakin bergiat aktif dalam tubuh badan. Kembali bertenaga.

  100 Plus dirumus khas untuk menghidrat dan mengembalikan semula bendalir, tenaga dan elektrolit yang hilang semasa anda menjalani gaya hidup aktif. Ini memastikan anda mencapai tahap prestasi maksimum!

  Selesai membaca penerangan pada sisi tin air, mata melilau lilau sekitar ruang bilik segiempat. Hmm, masih kemas. Tiba-tiba ada suara suara halus kedengaran. Dari rak rak tepian meja. Sebuah buku mengerling manja tergedik-gedik mahukan perhatian dan belaian. Maka tangan dihulur, buku dicapai.

  Mulut dimuncungkan. Menghembus habuk yang melekat padanya. Ada bubuk buku berkeliaran, bau lapuk terserak sama. Saat menyelak-nyelak helaian buku itu, mata jatuh terhenti pada halaman akhir bab pertama. Ada sapaan bisu daripada pengarang. Menuturkan petikan Hadis Qudsi daripada kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Membuat jiwa begitu teruja tidak tentu arah.

Berfirman Allah Taala yang bermaksud;

"Wahai anak Adam, 
Aku hairan kepada mereka
yang yakin terhadap kematian 
tetapi masih bergembira.

Aku hairan kepada mereka 
yang yakin terhadap hari perhitungan 
tetapi dia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka 
yang yakin terhadap kubur
tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka 
yang yakin terhadap kehidupan di akhirat 
tetapi dia masih beristirehat.

Aku hairan kepada mereka 
yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya
tetapi dia masih tenang dengannya.

Aku hairan kepada mereka 
yang alim pada lidahnya 
tetapi jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka 
yang sibuk bersuci dengan air 
tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan kepada mereka 
yang sibuk dengan keaiban orang lain 
tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka 
yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya 
tetapi dia masih boleh melakukan maksiat.

Mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, 
akan memasuiki kubur keseorangan 
dan akan dihitung keseorangan 
tetapi masih jinak bersama manusia.

Ketahuilah, 
tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku 
dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."

   Hambatan luar biasa. Luar biasa. Hampir saja jatuh cairan permata berkilau daripada kelopak basah. Ah. Terpacul satu ayat menyimpulkan susunan firman itu;

  Aku hairan dengan diriku sendiri!


   T_________T


Friday, May 10, 2013

ubat hati lara!

Pagi yang cerah. Di balik gunung, mentari baru sahaja muncul daripada tempat persembunyiannya. Dengan penuh izzah, menampilkan cahaya veto ke serata alam buana. Di antara kawanan-kawanan awan-awan puteh menggebu, burung-burung setempat lalu-lalang, bertegur sapa dan bertanya khabar antara mereka. Daripada gunung, mengunjur pula sawah padi terbentang luas. Di tengah-tengahnya, 'orang-orang' berdiri teguh menjadi pemerhati tetap dalam dewan parlimen pokok padi. Terletak bahagian kona, ada aliran sungai jernih. Akhirnya, sebuah lukisan bertajuk 'Pemandangan di Sawah Padi' siap. Mendamaikan.



Ehem. Ehem.

'Akur pada qada' dan qadar, takdir dan ketentuan ilahi'.

Senang nak susun perkataannya. Mudah nak tulis. Gampang disebutkan. Tapi, tatkala ujian datang, ramai yang fail dalam menghayati maksudnya. Kan?

  Result ekzem teruk.

  Masalah kewangan.

  Keluarga porak peranda.

  Putus cinta. Eh.

  Hilang kucing kesayangan.

  Kalah pilihanraya. Whoa!

  Dan seterusnya.. Anda buatlah list sendiri.

Kita seringkali gagal menyingkap erti di sebalik apa yang berlaku. Meskipun kita tahu bahawa setiap yang terjadi adalah ketetapan Allah s.w.t. Dan ketetapan Allah swt adalah sentiasa yang terbaik. Begitu banyak ayat-ayat al-quran berkenaan perkara ini yang kita baca dan bahkan hafal. Namun, rasa gersang dalam hati masih lagi tak hilang hilang. Mungkin di bawah solusi di bawah ini boleh membantu. Mari kita saksikan sama sama.

Perkara pertama dalam langkah kita memujuk hati menerima qada' dan qadar adalah mengenepikan segala prasangka buruk kita terhadap Allah swt. Ini basic. Prasangka prasangka buruk ini hakikatnya adalah bisikan syaitonirojim semata mata. Selari dengan misi dan visinya untuk memisahkan kita daripada keyakinan total kepada Allah yang akhirnya menemaninya di neraka. 

Maha suci Allah daripada tidak mengetahui betapa kuat kita berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang dalam exam. Maha suci Allah daripada tidak menyediakan rezeki bagi setiap hambanya. Maha suci Allah daripada tidak mengetahui bahawa hukum hukum islam sedang diperkotak katikkan oleh kerajaan yang memerintah. Maha suci Allah daripada tidak mendengar setiap doa-doa kita. 

Hakikatnya, Allah swt sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu" (Surah al-Baqarah : 216) 
Langkah kedua adalah menanamkan rasa bersyukur dalam diri kita. Prasangka buruk terhadap ketentuan takdir hakikatnya hadir daripada rasa tidak bersyukur.  Teruskan baca perenggan seterusnya.

Merasakan result kita teruk adalah kerana kita tidak bersyukur adanya orang lain yang tidak mampu belajar selesa seperti kita. Merasakan kewangan kita tidak mencukupi adalah kerana tiada rasa syukur kita risau dengan harta yang masih ada walaupun sedikit berbanding orang yang risau dengan ketiadaan harta langsung. Kita runsing dengan ketewasan calon pemimpin sokongan kita pada pilihanraya adalah hasil daripada ketidaksyukuran kita masih mampu memilih pemimpin sendiri berbanding rakyat negara lain yang tiada ruang untuk memilih kerajaan mereka, tirani semata-mata.

Maka, hadirkanlah rasa bersyukur.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim: 7)
Dan akhirnya, andai kita berjaya melalui 2 peringkat ini, kita akan kembali menjadi merasakan diri kita ini hanya hamba yang tiada kudrat berbanding kekuasaan Allah swt yang maha bijaksana dalam perancangannya. Kita akan merasa bahawa ketetapan itu adalah terbaik untuk kita sesuai dengan keadaan kita semasa itu. Langkah terakhir, kembalilah kita membesarkan Allah. Menjadi hamba yang sempurna dalam pengabdian kita.

Kita merancang untuk menyesuaikan diri dengan perancangan Allah yang Maha Besar.
“Dan mereka merancang,  Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang” (Surah Ali Imran: 54)  
Akhir sekali. Kita rangkumkan semua langkah ini dalam sebuah zikir indah yang sentiasa menjadi ulangan kita, terutama setiap kali selepas solat.

  Subhanallah. 
  Maha suci Allah.

  Alhamdulillah.
  Segala puji bagi Allah.

  Allahu Akbar.
  Allah maha besar. 

Hayatilah tiga kalimah agung ini. Dalami pengertiannya. Inilah zikir yang dihadiahkan oleh Rasulullah SAW kepada kaum Muhajirin yang cemburu kepada kaum Ansar dengan kelebihan kaum Ansar yang mampu melaksanakan amal kebajikan dengan harta-harta mereka. Juga hadiah Rasulullah SAW kepada Fatimah r.ha. dan suaminya Saidina Ali r.a. yang datang mengadu kepada baginda akan hidu mereka yang sukar. Lalu dengan zikir ini Fatimah r.ha. bersyukur, "Aku berpuas hati dengan Allah dan rasulNya."

Semoga lebih kuat.

Perjalanan masih panjang..


Friday, May 3, 2013

ini?

"Weh, nak tengok album gambar kau boleh?"
"Bole. Bole. Nah."
"Rare gila kau. Orang dah tak pakai album gambar la sekarang. Orang sekarang ambil gambar terus upload kat Facebook, Instagram, Tumblr atau Blog." 
"Itu gambar lama. Masa muda-muda dulu. Gambar kat sekolah. Masa tu mana ada lagi mende alah tu. Internet susah nak dapat. Kamera pun masih guna kodak."
   Fi pun selak satu persatu halaman dalam album gambar sekolah Zi. Sekali-sekala dia gelak. Haha. Macam tu la lebih kurang bunyinya.
"Comel jugak ko masa kecik-kecik ea."
"Aku pernah dinobatkan Raja Kiut kot masa kat sekolah."
"Ceh. Tapi, sekarang kau tak kiut pun. Betul ke kau dalam gambar ni? Musykil aku."
"Aku dah buat pembedahan plastik."
"Ceh."
   Fi teruskan menyelak halaman-halaman terakhir album. Tiba-tiba dia tertarik dengan satu gambar. Ada sesuatu yang diamatinya dalam gambar tu.
"Eh, ini siapa? Aku macam pernah nampak je." 
"Yang mana?"
"Paling hujung belah kanan tu. Yang tengah buat duck face." 
"Ouh.. Yang pakai tudung cokelat tu?"
"A'ah."
"Ini.. ini.."
"Kau kenal ke?"
"Ini.. ini..?"
"Siapa?"
"Ini.."
 ...
 "Kak ada menu tak?"
 "Ada. Ada. Kejap ea."
   Selang beberapa saat, kakak berapron kaler oren cap Shell datang semula ke meja mereka. Beberapa buah buku menu dijinjitnya.
 "Nah."
   Mereka pun membelek helaian-helaian menu. Seorang demi seorang menyatakan juadah pilihan masing-masing. Bandung Cincau+Milo, Fresh Oren dan air suam. Ayam Penyet Original Tanah Jawa, Kuey Tiauw Basah Special dan Nasi Goreng Tom Yam Gung. Tinggal An seorang tak order.
"An, kau nak makan apa? Cepatlah. Dah lama akak ni tunggu."
"Err, aku nak makan yang.. yang ini.. ini.."
"Apa tu?"
"Ini.. ini.."
"Tang mana satu?"
"Ini.." 
...
"Is, kau rasa baju Levi's kaler hijau tu oke tak?"
"Mana?"
"Tu, yang gantung kat atas tu?"
"Ouh. Hmm, not bad. Berapa harga?
"Eh, tak de pulak tag harga."
"Jap, aku gi tanya brader tu."
   Is pun pergi approach brader yang jaga bundle tu. Brader tu tengah syok main Pou kat henset Samsung Galaksi Bima Sakti beliau. Khusyuk.
"Bang. Ganggu kejap bole?"
"Ah? Ada apa tu?"
"Nak tanya harga baju."
"Yang mana?"
"Ada kat belakang. Meh, saya tunjukkan."
   Is dan brader bundle tu pun pergi ke arah belakang kedai. Mel tunggu kat belakang.
"Mel, mana baju tadi?"
"Yang tu."
   Mel halakan jari telunjuknya ke arah sehelai baju Levi's yang tergantung di atas.
"Ha bang. Yang tu. Berapa?"
"Hmm. Baju ni ea. 35 ringgit."
"Huish. Mahal." 
"Kalau yang ini?"
   Is tunjuk kat baju lain pulak. Baju Konves warna puteh. Ada gambar kasut kat tengah-tengah.
"Ini bang, berapa?"
"RM 30 "
"Ini?"
"RM 45"
"Tak boleh kurang? Ada diskaun?"
"Ada 50%."
"Ha. Is, okela tu."
   Muka Is bersinar. Bola matanya jadi besar dan bulat. Macam anime tu.
"Ha bang, saya nak yang ini.."
 "Yang mana?"
"Baju yang ini.."
"Baju mana satu?" 
"Ini.."
...
"Tajuk?"
"Ini.."
"Ini apa?"
"INI KALI LAH!" 
[tamat]


It's no longer 'May the best man win!' It's now 'May the al-Haq win!'
                                                                               -APG