Saturday, June 30, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan junno.



bismillah. 

assalamualaikum.
separuh tahun berlalu. apa saja yang sudah berlaku sepanjang ini? atau apa lagi yang belum berlaku? waktu, jika dilihat ke belakang, akan terasa ia berlalu pantas, tapi jika dilihat ke depan, akan terasa begitu perlahan, kan? jangan pernah percaya kepada persembahan ahli magis. tidak ada magis di dunia. mereka hanya bermain perspektif, mengawal sudut pandang penontonnya supaya mempercayai bahawa mereka sedang berada di dimensi lain dan memanipulasi realiti yang sedang orang lain jalani. tapi, ada yang kita boleh belajar daripada mereka tentang bagaimana memanipulasi perspektif fikiran kita, bukan untuk mengubah realiti kehidupan, realiti tidak boleh diubah, tetapi untuk sentiasa merasa kagum dengan persembahan takdir Tuhan yang maha sempurna, jauh sekali malah tidak layak untuk dibandingkan dengan mana-mana trik magis di dunia. semua ini hanya akan menjadi jika kita berada pada sudut pandang yang tepat.


































































































___
*sebenarnya ada tulisan pada ruang puteh kosong di atas ini. tak nampak pun? sebab ini magis.

Sunday, June 17, 2018

epiphanies.






"uwais, sudah mandi ka?"
"belum. mana si memeng pacik?"
"ndak tau. di bawak kolong kali. biar la dia main. uwais pigi dulu mandi."
"sekejap."
"sekarang."
"pacik sudah mengaji ka?"
"baru mau mengaji. mandi dulu ba uwais."
"nanti sekejap. mana atok?"
"masih di masjid kali. sini palek duduk sama pacik."
"ok."



"uwais tau ka?"
"apa?"
"ini apa?"
"akuan."
"pandai."
"bila pacik balik?"
"lama lagi. uwais tau ka apa maksud qur'an?"
"ndak tau."
"qur'an ni perkataan arab. terbit dari tiga huruf dasar, qaf, ra dan hamzah. salah satu maksud daripada gabungan tiga huruf ni, perkataan qara'a, ialah 'mengumpulkan atau mencantumkan sesuatu, bahagian demi bahagian'. ada lagi maksud lain yang merujuk khusus kepada 'baca' atau perbuatan 'membaca'."
"emm."



"uwais tau ka?"
"apa?"
"apa dalam qur'an?"
"kertas la."
"pandai."
"nanti pacik pigi jalan ka?"
"ndak tau lagi. kenapa?"
"ikut ba."
"uwais mau pigi mana?"
"pigi mana-mana jak la."
"tapi, macammana mau ikut, uwais belum mandi."
"pacik sudah mandi ka?"
"sudah. uwais jak belum."
"emm. sekejap palek." unzip the qu'ran and randomly flipping through pages.



"uwais tau ka?"
"apa?"
"emm. i think you can handle this. dalam qur'an, Allah banyak bercerita tentang Dzat-Nya supaya kita lebih kenal Allah dan seterusnya memperbaiki hubungan kita dengan Allah. kadang Allah menyatakan sesuatu secara langsung kepada kita, dan kadang Allah letakkan perumpamaan sebagai analogi yang membawa maksud yang sangat, sangat dalam. ayat qur'an begini menghadiahkan hikmah yang sangat besar untuk orang-orang yang mahu merenunginya. hikmah yang akan mengajar kita bagaimana untuk memandang dan berurusan dengan realiti hidup dan memahami fisikologi semulajadi manusia. kadang Allah ceritakan kisah dan kejadian para nabi  dan kaum terdahulu, untuk menjemput kita menggali setiap perincian dan merumus keluar mesej-mesej praktikal. setiap naratif memberi nuansa pandangan yang berbeza, bergantung kepada kepelbagaian pengalaman lepas dalam hidup kita dan sedalam mana kita menenggelamkan renungan. aduh, macam panjang betul sudah ni, uwais. padahal belum habis lagi."
"Allahumma barikhlana.." suddenly recites before-eating prayer while pointing to random ayah.
"amin.."



"meow."
"meow?"
"tu na si memeng." pointing to an orange-white furly female cat walking out from the front door.
"meow."
"meow."
"meow."
"meow."
"uwais pigi la main sekejap sama si memeng. tapi panggil dulu abang emi dengan kak lia. tasmik bilang. abang muaz jugak panggil sekali pigi sini."
"meow." grabbed memeng but then quickly released her back as memeng bit his finger, in a pamper way, of course. memeng bite a lot, maybe it is her affectionate nature.
"tu la, uwais belum mandi, ndak sukak si memeng." implying logic to a five years old.
"ndak la. si memeng lapar ba ni." and he strikes back with a proper logic.









___
*no, i'm not good in tilawah(my tajweed is a disaster) or in memorizing an ayah let alone an entire surah. but, i love, like really really really love, listening to them reciting confidently qur'an ayahs they memorized while i do the checking on the mushaf for them, just in case if they mislead somewhere. may Allah protect you all, sweethearts. Alhamdulillah. :')

Thursday, June 07, 2018

rhodopsin cycle.







ke mana hilangnya cahaya pada pandangan matamu? apa yang terjadi pada langit oren kemerah-merahan itu? kukira itu adalah fajarmu, rupanya itu senja yang memadam terus cahaya. kau kehilangan Tuhan lalu kau kehilangan dirimu sendiri. dalam perjalanan di atas rel kereta api kemarin, entah di stesen mana kau tinggalkan jiwamu, dan tidak sedikit pun terlintas untuk datang mengambilnya kembali walaupun destinasi terakhir semakin hampir. hatimu? hatimu telah kau campak dalam lautan air mata yang mengalir dari paip yang kau buka sia-sia, dan kau biarkan hatimu tenggelam. tenggelam! semua yang kau rasai dan alami adalah berpunca dari pilihan-pilihanmu sendiri yang diputuskan ketika kau lebih mempercayai dirimu sendiri berbanding kepercayaanmu kepada Tuhan. kemudiannya, apabila semua tidak berlaku seperti mana yang kau harapkan, barulah kau berpaling kepada Tuhan. mungkin kau tidak sedar bahawa Tuhan bukan back-up-plan untuk semua masalah yang kau cipta sendiri. Tuhan sentiasa ada bersamamu bahkan ketika kau telah melampaui batas terhadap dirimu sendiri, dan awan-awan keampunanNya sentiasa ada untuk menyiramimu dengan hujan yang membersihkan. ingatlah ketika kau berada di penghujung tebing, ah pedulikanlah dunia, pedulikanlah akhirat, seluruh fikiranmu sedia meninggalkan semuanya, tetapi ada sesuatu, ada sesuatu yang menahanmu daripada terjun ke dalam jurang itu. namun, masih ada lagi doa-doamu yang kau kira belum berjawab atau mungkin tidak akan terjawab seperti apa yang kau mahukan. kau lupa pada Tuhan. kau lupa jiwamu sendiri. kau kehilangan arah. sebenarnya, kau punya kemampuan untuk melepaskan segala yang mengikat dan menarikmu di sepanjang lorong ini, kau boleh saja berpatah balik ke persimpangan itu dan mengambil lorong yang lain, bertemu orang-orang yang berbeza, dan seluruh keadaan di lorong itu akan mengingatkanmu kepada Tuhan dengan situasi yang berbeza. tapi kau selesa dengan berlemah-lemah, senang sendiri berselimutkan kesunyian dalam ruangan yang tiada siapa kecuali dirimu sendiri. kau bertapak dalam kegelapan yang kau jadikan sebagai kediaman. saat, minit dan jam pada hari-hari kosong terus berlalu dan tiada siapa yang tahu keberadaanmu. pintu itu berketuk tapi kau biarkan ianya berkunci. sebenarnya kau tidak mahu sesiapa pun untuk membuka kunci itu dan membebaskan dirimu dari kesengsaraan yang tidak terzahir. sehingga satu waktu kau perasan ada celah bukaan sempit di antara bawah pintu dan lantai. di celah sempit itulah cahaya menyelit masuk dan mencetuskan getaran kecil di dalam hatimu. perlahan-lahan hati yang hampir mati, kerana tidak mampu bernafas dengan lancar itu mendapatkan udara baru. ketahuilah bahawa, nafas itu adalah doa berjawab yang dikirim kepada Tuhan beralamatkan namamu, oleh mereka yang masih kasih tetap sayang kepadamu. kau hanya terlupa tapi belum keputusan asa. kau perlu tersesat untuk menemukan. kau harus kehilangan sesuatu untuk lebih menghargai cinta Tuhan yang memberi segala sesuatu. lihatlah di balik sana, matahari sudah mulai terbit untuk memadam kegelapan. pandangan mata yang sudah leka dalam kegelapan, akan merasa tidak selesa jika disuluh cahaya secara tiba-tiba. tapi, itu tidak akan lama, perlahan-lahan ia akan tetap menyesuaikan retinanya dengan keterangan yang benderang.