a faint clap of thunder
clouded skies
perhaps rain comes
will you stay here with me?
a faint clap of thunder
even if the rain comes not
i will stay here
together with you.
-The Garden of Words.....
Hujan. Saya sebenarnya tidak pasti sejak bila saya mula menjadi begitu obses pada hujan. Belakangan ini, saya gilakan segalanya tentang hujan. Tulisan, lagu, cerita, apa saja tentang hujan, di sana saya menemukan sesuatu yang luar biasa, walaupun sudah duapuluh tahun lamanya saya mengenal hujan. Ah, apalagi kalau hujan benar benar turun. Berteman secawan kopi atau cokelat panas, senaskhah buku dan alunan instrumental. Tenang.
Secara exact, saya tidak pasti bila semua ini bermula. Entah, mungkin memang begitu azalinya. Orang orang itu tak akan tahu hatinya sedang jatuh cinta pada sesuatu. Hanya sedar apabila mula merasakan segala yang mereka lakukan terarah kepada apa yang dicintainya.
Bila diimbas imbas kembali, mungkin ia bermula selepas beberapa kali bermandi hujan dengan Dek Ji sejak tahun satu lagi. Entah sudah berapa kali meredah dengan kuda NBG Dek Ji. Tiap kali keluar berdua berboncengan, mesti hujan akan turun. Tak jugak 'mesti'. Tapi, dalam kiraan sepuluh kali kami keluar bersama, hujan turun mengiringi kami untuk tujuh kali. Rasanya la..
Seterusnya, entah ini adalah kebetulan atau saya sendiri yang memilihnya sejak dari awal lagi. Topik projek sarjana muda ataupun final year project saya dan Dek Ji adalah kajian tentang hujan. Lebih spesifik, bidang hidrologi yang merupakan pecahan daripada disiplin kejuruteraan sivil. Menganalisis kiraan data hujan yang turun ke bumi dalam bentuk aliran permukaan atau bawah tanah, untuk digunakan dalam merancang pembinaan struktur dan infrastruktur hidraulik, keperluan dalam urusan bekalan air dan kawalan bencana seperti banjir dan kemarau. Oh ya, kerana hujan adalah rahmat yang turun dari langit, jadi secara teknikalnya kami sedang menganalisis kiraan rahmat. Begitu kan? Hoho.
Ok, sebenarnya post ni saya nak bagitau yang pagi ini, saya dan Dekji akan ber-viva dalam lebih kurang lapan jam dari sekarang. Akan dibentang segala galanya berkenaan hasil kajian sepanjang satu tahun yang agak tough bersama Dr Askari, supervisor kelahiran indonesia dengan gaya pembelajaran jepun, yang tidak lekang dengan tazkirah tazkirah menyentuh jiwa. Memang sungguh exciting dan mencabar. Kan Dek Ji? (Eden tahu ekau akan senyum-mendalam-yang-teramat kalau ekau baca ini dan eden tahu jugak ekau tak akan baca ini. Haha.)
Akhir sekali, buat Dek Ji, Pa'an dan teman teman yang akan ber-viva;
Semoga lancar semuanya ya. Rabbi yassir wala tu'assir!
....
air hujan adalah titis titis dakwat yang mengalir jatuh dari langit.
dengannya, para manusia menulis seribu satu kisah tentang hidup mereka.
-renja hijo, 020614.
No comments:
Post a Comment