Friday, November 30, 2018

amplop berisi pikiran dan perasaan novemberu.




bismillah. 

assalamualaikum.
mari bermain permainan minda. sedia? ok.. pilih satu nombor dari kiraan kosong hingga sembilan dan pilih satu huruf daripada semua huruf yang ada di dunia. kalau sudah, cepat-cepat simpan. tidak perlu disebut-sebut. sekarang, pilih dua warna daripada tiga warna asas, merah biru kuning. kemudian adunkan dua warna itu, dan warna yang terhasil daripada itu ingat baik-baik dan simpanlah. akhir sekali, ada ditawarkan payung lutsinar dan unggun api, pilihlah salah satunya untuk dipakai di salah satu pilihan cuaca, ketika panas siang hari atau dalam hujan waktu malam gelita, hanya satu dari setiap dua pilihan ini. kalau sudah selesai menentukan semua pilihan-pilihan tadi, nah selesailah permainan ini di sini kerana aku masih tidak pandai meneka pikiran apalagi meramal apa yang ada minda orang lain, dan ya.. aku cuma mahu meletakkan sebuah perenggan di sini.


































































































___
maap kalo gak nyambung.

Saturday, November 17, 2018

mid-flight.








skalar adalah kuantiti fizik yang hanya dinyatakan dengan magnitud atau nilai numerikalnya sahaja. vektor pula adalah kuantiti fizik yang dijelaskan sekali magnitud dan arahnya.

"good afternoon ladies and gentlemen. this is your captain speaking. i would like to welcome everyone on airwater flight a-w-one-seven-one-zero bound for tanah petualang."


jika 'perjalanan' adalah skalar. 'datang', 'pulang', dan 'pergi' adalah vektor kepada 'perjalanan', tapi setiap satunya bergerak dalam arah yang berbeza. 

'datang' adalah perjalanan daripada sesuatu tempat atau keadaan menuju tujuan yang sudah diketahui lokasinya. boleh jadi pernah atau tidak pernah ada di sana, di tujuan itu sebelum ini. sedangkan 'pulang' adalah perjalanan yang bergerak daripada entah dari mana pun, menuju tempat atau keadaan yang asal. yang membezakan datang dan pulang adalah tujuan itu adalah asal atau bukan.

dan ada pula 'pergi'; vektor yang tidak jelas. kerana arah tujuan yang tidak diketahui. ia cuma perjalanan yang bermula dari satu titik tapi tidak diketahui pula di mana akhirnya. 


"we are currently cruising at an altitude of thirty thousand feet at an airspeed six hundred kilometre per hour. the time is ten forty am. the weather looks good and with the tailwind on our side we are expecting to land at tanah petualang ground approximately seventeen minutes ahead of schedule. the weather in tanah petualang is clear and sunny, with a high of twenty seven degrees for this afternoon."


setiap orang sedang dalam perjalanan masing-masing, yang masing-masingya tidak sedang berada hanya pada satu perjalanan, tapi dalam banyak jalan perjalanan pada satu-satu waktu dan ketika. kakinya sedang menapaki perjalanan fizikal, manakala hatinya ada di dalam perjalanan perasaan, sedangkan akalnya berkelana pada perjalanan fikiran dan jiwanya pula ada di laluan perjalanan mimpi, bayangan dan cita-cita.

jadi, apakah dalam perjalanan ini, kita sedang datang, pulang atau pergi?


"until then, sit back, relax, and enjoy the rest of the flight."











___
sorry for the delay.

Wednesday, November 07, 2018

scriptio continua.
















youarenowhere.

space between words is important to helps us to understand what was written, the real meaning of the whole sentence. agree? ok, now guess why Allah sometimes let us to go through a blank space and we felt into emptiness because peoples around us were having the event of their life. why? 
the only way to understand that is to embrace the well placed and well timed spacing written by The Greatest Author-- reflect, learn and be patient.