Saturday, October 27, 2012

1234 'i love you!'

Amaran separa keras: Cerita ini rekaan semata-mata.jangan dikaitkan dengan mana2 menusia termasuk saya sendiri.selamat membaca. 




  Selepas itu, Siti pun bergerak masuk ke balai berbelepas sebelum menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan menaiki kapal terbang itu dia tiba-tiba teringat kata-kata terakhir Zainal padanya. Sambil memandang jauh ke arah awan puteh mulus yang mengiringi penerbangan pulangnya, Siti berbisik perlahan,
"Alhamdulillah. Mungkin aku sudah temui jawapanmu, Zainal. Terima kasih."
...

11 Januari 2006.
Sekolah Berasrama Penuh Cempaka, SBPC Sandakan Sabah.

  Hari itu adalah hari isnin. Hari sunat berpuasa. Hari pendaftaran pelajar-pelajar baru tingkatan 4. Beberapa orang pelajar dari sekolah harian biasa seluruh negeri Sabah dipilih memasuki sekolah berasrama penuh (tak penuh pun sebenarnya, ada jak katil-katil  kosong di bilik-bilik asrama) tersebut berdasarkan prestasi cemerlang mereka dalam PMR pada tahun 2005. Daripada 54 pelajar yang ditawarkan, hanya 38 sahaja yang hadir mendaftar pada hari tersebut. Mungkin mereka yang tidak hadir itu kurang selesa hidup dalam suasana asrama yang dimomok-momokkan sebagai penjara.

  Di hadapan dewan, kelihatan seorang gadis lengkap berbaju kurung puteh dengan skirt kaler biru, bertudung puteh berbual-bual dengan ibubapanya, selepas selesai urusan didalam dewan pendaftaran. Sebentar lagi dia akan bergerak mengangkat barang-barang menuju ke asrama. Eh lupa, nama beliau ialah Siti Rosalmah. Kerana kurang familiar dengan sekolah tersebut, Siti mencari-cari kalau ada cekgu atau pelajar-pelajar yang berada di sekitar dewan untuk bertanya dimana asrama pelajar perempuan.

  Zainal Abadan Abada, pelajar tingkatan 5 di sekolah tersebut bertugas untuk membantu pelajar lelaki baru untuk bergerak ke asrama. Oleh kerana ketika itu tiada petugas perempuan, Siti langsung saja bertanya kepada Zainal.
"Abang, asrama perempuan di mana?"
"Err, adik jalan terus ikut susur gajah ne. Sampai depan dewan makan,ambil kona ke kiri. Dalam 5 meter belok kanan, then jalan terus. Lepas 10 meter, akan jumpa water cooler sebelah kanan.pintu asrama tu sebelah kiri. Paham?" 
"Uish, macam tunjuk jalan highway pulak. Haha. Err, nama abang siapa?" 
"Zainal, tapi kawan-kawan panggil Zack. Hehe. Err, adik?" 
"Siti Rosalmah. Panggil siti jak." 
"Ouh, ok. Selamat datang ke SBPC."

  Disitu mereka mula berkenalan. Zainal yang agak pemalu, merah pipinya. Bukan selalu dia bercakap langsung dengan pelajar-pelajar perempuan. First time dia bertanya nama kepada pelajar perempuan. Dia seolah berasa selesa ditegur Siti lebih-lebih lagi apabila Siti mengelarnya dengan gelaran Abang. Berbunga-bunga hatinya.

...

  Sudah 1 tahun peristiwa perkenalan mereka itu berlalu. Dan hari ini adalah hari terakhir peperiksaan SPM tahun 2007, dan hari terakhir Siti di alam persekolahan. Sudah dirancangnya pelbagai perkara yang mahu di buatnya. Selepas pengawas peperiksaan selesai mengutip kertas jawapan, semua pelajar termasuk Siti meluru keluar dewan penuh keterujaan tahap gaban. Maka bermulalah aktiviti penyahtekanan. Ada yang mencampak buku-buku dari kelas ditingkat 3, ada yang belari mengelilingi sekolah, ada yang menconteng baju dengan mendapatkan tandatangan semua orang, ada yang membuka novel-novel cinta yang ditahan-tahan untuk dibaca selama  berbulan, dan macam-macam lagilah aktiviti luar jangkaan saudara saudari.

  Namun, di bilik Siti bersendirian. Dia ada agenda tersendiri. Dia bermonolog sendirian dalam hati,
"Ya,hari ni aku mesti konfes. Sudah lama aku pendam"
  Segera dicapainya henset nokia 3350 di bawah bantal. Mereka calon-calon SPM dibenarkan membawa henset sepanjang musim SPM oleh pihak sekolah bagi memudahkan mereka berhubung dengan ahli keluarga masing-masing meminta motivasi dan sokongan(kononnya). Dia segera menaip sms yang berbunga-bunga ayatnya.
"Aduh, send ka tidak.. send ka tidak.. send ka tidak.."
  Siti masih ragu2. Ternyata dia belum yakin dengan perasaannya.
"Ah, nantilah!"
  Siti hampir-hampir menunda apabila tiba-tiba hensetnya berdering memainkan lagu ST12, Puspa. Tertera 'Zack Kilik calling' di skrin. Segera dia menekan butang berlogo gagang telefon kaler hijau. Berdegup-degup akan jantung dia.
"Hello Siti. Tahniah! habis suda SPM kan? Well done! Tawakal ja. Hehe."
  Zainal menelefon dari Kafe Suria, Kolej Matrikulasi Kuching, tempat dia mengaji ilmu sains fizikal selepas menamatkan persekolahan di SBPC. Setelah berkenalan lama sepanjang bersekolah, mereka berdua masih berhubung walaupun setelah Zainal tamat persekolahan. Sering saja ada gosip-gosip liar tentang mereka berdua berpacaran daripada kawan-kawan walaupun mereka seringkali menafikannya. Mana tidaknya, Zainal sering kali tercari-cari kelibat Siti stiap kali ada perkumpulan antara pelajar lelaki dan perempuan. Di dewan makan, perhimpunan pagi mahupun sukan tahunan sekolah. Setiap kali melalui kelas Siti waktu prep, Zainal akan curi-curi pandang.

  Siti yang awalnya jual mahal, akhirnya cair dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan Zainal terhadap dirinya. Tiap kali musim peperiksaan akan ada kad ucapan selamat berjaya!, Gud Lak!, Caiyok-caiyok! di bawah lacinya, berbau harum. Selalu juga dia mendapat hadiah secara tiba-tiba seperti coklat cadbury, minuman iceshake, juadah-juadah buka puasa di bulan ramadhan dan coki-coki. Semua daripada Zainal, diberi melalui teman sekelas Zainal yang tinggal sebilik dengan Siti. Semua atas nama 'dari sahabatmu, Zainal'.

  Akhirnya Siti jatuh hati. Namun dia belum berani mengungkapkannya. Seringkali mereka berbalas-balas surat ringkas. Namun masih atas nama 'sahabatmu'. Masing-masing enggan memulakan langkah. Malu-malu kucing kononnya. Puihh! Zainal juga menghadiahkan Siti sebuah patung Hello Kitty kegemaran Siti di hari jadi Siti. Di hari terakhir persekolahan, Zainal pula beroleh jersey Bayern Munich,  pasukan bola sepak pilihannya sebagai tanda mereka ber'sahabat'.
"Bagi salam la dulu. Assalamulaikum. Ya,habis sudah. Happy gila guling-guling. Haha. Tiada kuliahkah?" 
"Ada, kejap lagi. Sekarang rehat. Saja jak telefon. Isi masa lapang. Ok la ya, sori ganggu. Huhu." 
"Ouh, ok. Eh,kejap-kejap. Ada benda maw bagitau ne. Ermm.. Tapi, malulah." 
"Ha, apakah?" 
"Ermm, ok. 1234" 
"1234. Apa tu?" 
"Eh, nantilah Siti sms. Hehe. Pegila kelas dulu. Ada kelas kan?" 
" Suspen bah. Ok. Ok."
  Zainal pun bergerak menuju bilik kuliahnya. Lecturer datang lambat.sementara menunggu,dia bermain game tetris dalam henset. Tiba-tiba, hensetnya bergetar. Ada sms masuk. Segera dia menutup aplikasi game, dan membuka paparan skrin utama. '1 new
message : Siti SBPC'. Segera dibuka.
Salam. 1234. Hehe. :P
Salam jugak. Apa tu 1234?
I have 1 thing 2 say 3 words 4 U. Jangan terkejut ya. Sudah lama Siti pendam sebenarnya. Huhu.
Owh, ok. Cepatlah.
Ermm...
Apa?!
I LOVE YOU. :)
1234.
LOVE YOU TOO. :)
Serius?
Ya. Serius jugak ka?.
Ok. Yup, serius. sama-sama rupanya kita pendam perasaan.. :P
Okla. T kita sambung. Ada kuliah kan. ;)
Ok. Tata.
  Siti sengaja menamatkan perbualan sms mereka. Malu. Hari itulah bermula bab baru dalam perhubungan dua org menusia ini. Rupa-rupanya keduanya saling memendam perasaan. Terbuktilah sudah. Bermulalah episod penuh romantika ala-ala cerita Twilight itu dalam hidup mereka. Pagi petang siang malam. Makan tak basah, tidur tak kenyang. Tiap malam ada saja benda yang mahu di bincangkan dalam sms-sms mereka. Nescaya akan muntah saya jika mahu diceritakan kisah keromantikan mereka disini. Eh, macammana saya boleh tahu?

...

  Setelah selesai belajar di kolej matrikulasi, Zainal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA di utara semenanjung tanah air, USM Pulau Kelapa. Siti pula meneruskan pengajian di kolej matrikulasi Zainal tersebut selepas mendapat keputusan SPM. Jarak hanya memisahkan fizikal mereka, tidak jiwa dan hati pasangan gagak dua sejoli ini. Begitu kuat dan utuh ikatan yang dibina.

  Malangnya, pelangi-pelangi cinta tidak dapat muncul lama. Matahari semakin terang menyinar sedangkan titis-titis hujan mulai hilang. Hubungan mereka semakin sepi. Bukan Siti yang kurang komitmennya, tapi Zainal yang semakin pasif. Semakin hari dia mula jarang membalas sms berbunga-bunga daripada Siti. Kalau dulu, mereka ibarat perlawanan badminton antara Lee Cong Wei bertemu Lin Dan. Pantang menyerah, sama-sama saling berbalas pukulan smash, malu rasanya kalau bulu tangkis jatuh digelanggang sendiri tidak berbalas. Begitulah Zainal dan Siti, saling berbalas sms 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti, barangkali.

  Tapi, kini selepas 1 tahun bermadu asmara, Zainal mula kurang bertenaga. Seringkali dibiarkan saja bulu tangkis sms daripada Siti mejunam jatuh ke gelanggang inboxnya. Tidak lagi dibalasnya. Siti pula dihimpit persoalan. Kenapa dan mengapa? Hari-harinya penuh pilu dan sunyi sepi. Sehinggalah suatu malam dia mendapat sms yang menyimpulkan segala-galanya daripada Zainal.
Assalam'alaikum Siti. First sekali, sori lama tak balas sms. Sekarang orang tak guna sms lagi, orang guna Facebook, Twitter and Wassupp. Ok, kidding. Ada sesuatu yang mahu Zainal sampaikan. Ini dia.. Saya sudah putuskan, saya bukan lagi kekasih Siti dan Siti bukan lagi kekasih saya. Kita sahabat sajalah. Ini muktamad. Jangan tanya kenapa. Alasan saya terlalu panjang untuk ditulis di sini. Saya baru sedar, antara kita seharusnya tidak ada apa-apa. Saya yakin Siti akan bertemu sendiri dengan jawapan saya suatu hari kelak. Saya doakan, Insya'Allah..
  Lemah seluruh badan, menitis air mata Siti membaca mesej itu. Terlalu ringkas jawapan daripada Zainal untuk menutup kisah panjang mereka. Dia masih mahu penjelasan yang lebih. Namun, kerana enggan luka hatinya menjadi lebih parah, dia pasrah. Dicampak hensetnya. Teresak-esak dia menangis menutup muka dengan bantal. Di sisinya, patung Hello Kitty pemberian Zainal terduduk bisu, andai dia mampu berkata-kata mahu saja dia kata "baru hang tau, hahaha." kepada Siti, barangkali. Terimbaulah semula kenangan-kenangan indah yang lalu Siti bersama Zainal sambil lagu korea, Winter Sonata versi piano diputar.

  Dua tiga, mungkin empat minggu selepas itu, hidup Siti tidak keruan. Kadang-kadang ponteng kelas. Assignment tidak dihiraukan. Melayan jiwa laranya. Kalau tidak kerana ibubapanya yang kerap kali menghubungi bertanya khabar dan perkembangan, semangatnya pasti padam sepenuhnya. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan matrikulasi 1 tahun yang diselubungi episod duka.

...

28 Jun 2011.
Kolej Tun Tan Cheng Lock, Universiti Terbaik Malaysia.

  Hari itu adalah hari khamis. Hari sunat berpuasa. Hari pendaftaran pelajar-pelajar baru tahun pertama bagi sesi 2011/2012 sebuah universiti diselatan semenanjung tanah air. Beberapa orang pelajar dari seluruh Malaysia dipilih memasuki universiti berorentasikan teknologi tersebut berdasarkan kelulusan masing-masing.

  Di hadapan dewan pendaftaran, kelihatan seorang gadis berbaju blaus pink sedikit sendat, tersalah pilih saiz barangkali, bertudung merah puteh ala Yuna berborak-borak dengan ibu bapanya selepas selesai urusan didalam dewan pendaftaran. Sebentar lagi dia mahu bergerak mengangkat barang-barang menuju ke asrama. Eh lupa, nama beliau ialah Siti Rosalmah. Kerana kurang familiar dengan universiti tersebut, Siti mencari-cari kalau ada pegawai atau mahasiswa yang berada di sekitar dewan untuk bertanya dimana asrama pelajar perempuan.

  Siti datang dari jauh seberang laut bersama ibu dan bapanya. Menaiki kapal terbang selama 2 jam. Kemudian menyewa teksi dari lapangan terbang ke universiti itu. Usai mendaftar, ibu dan bapa Siti akan bermalam di hotel berdekatan dan esoknya akan
langsung bertolak pulang mengikut tiket kapal terbang yang ditempah mereka. Besar pengorbanan mereka.

  Rabiatul Adawiyah, mahasiswi tahun akhir universiti tersebut bertugas untuk membantu mahasiswi-mahasiswi baru untuk bergerak ke asrama masing-masing. Melihat Siti yang terpinga-pinga melihat peta yang dibekalkan, dia menyapa Siti.
"Adek, dah selesai daftar ea, nak pegi asrama perempuan? Jom akak hantar." 
"Err, ya. Di blok L08" 
"Ooo, dekat je dengan dewan nie. Nama ape ek? Datang dari mana?" 
"Siti Rosalmah, panggil Siti jak. Daripada seberang. No, I mean Sabah. Err,akak?" 
"Rabiatul Adawiyah. Panggil Kak Rabiatul je." 
"Ouh, ok. Besar jugak UTM ne. Huh!"
  Disitu mereka mula berkenalan. Siti yang agak pemalu, merah pipinya. Bukan selalu dia bergaul dengan geng-geng tudung labuh seperti Kak Rabiatul. Siti berasa sedikit kekok berbual-bual dengan Kak Rabiatul kerana fehshen pakaian mereka yang jauh berbeza. Lebih kekok lagi apabila Kak Rabiatul menawarkan untuk menolong mengangkat barang dari dewan ke blok asramanya kerana mereka sekeluarga datang hanya menaiki teksi daripada lapangan terbang.

  Sempat juga Kak Rabiatul berkenalan dengan ibu bapa Siti. Ibu bapa Siti berterima kasih kerana sudi menolong. Siti dan Kak Rabiatul juga bertukar nombor telefon masing, kalau2 Siti memerlukan pertolongan.

  Drama airmata berlaku lagi saat ibu bapa Siti bertolak pulang. Meninggalkan anak gadis mereka berseorangan di bumi asing. Kak Rabiatul masih berada menemani Siti. Seolah-olah menawarkan kepada ibubapa Siti untuk menjaga Siti bagi pihak mereka. Akhirnya Siti menangis dalam dakapan Kak Rabiatul selepas teksi yang menghantar ibubapanya bertolak pergi. Mereka sudah kelihatan seperti adik beradik walaupun baru berkenalan beberapa jam.

...

  Pejam celik, pejam celik, pejam celik lagi sekali maka berlalulah sudah setahun yang penuh kisah suka duka, Siti mula berubah. Dia tidak lagi murung. Kak Rabiatul, seorang yang asing baginya suatu ketika dulu telah menjadi orang paling rapat kepadanya di rantauan. Hidup jauh dari keluarganya, dia tentunya perlukan seseorang untuk menumpah kasih mengadu masalah. Kalau dulu dia ada Zainal. Tapi kini dia sudah menemui seseorang yang jauh lebih baik dan ikhlas berbanding Zainal. Dia tidak pernah merasa sunyi kasih sayang. Kak Rabiatul sentiasa ada menawarkan diri menjadi kakak dan ibu kepadanya.

  Pernah juga Siti ragu-ragu dengan kehadiran Kak Rabiatul yang sangat tiba-tiba dan terlalu baik sukar dipercayai. Namun, keikhlasan Kak Rabiatul yang sentiasa memberi segala-galanya tanpa mengharap balasan daripada Siti melenyapkan perasaan sangsi itu. Seluruh kepercayaan ditaruhkan kepada Kak Rabiatul. Setiap kali ada masalah, segera dirujuknya kepada Kak Rabiatul. Termasuk kisah duka bersama Zainal, lelaki yang dichentainya, tiba-tiba ghaib dari hidupnya. Diceritakan segala-galanya dengan sekotak tisu yang hampir habis basah semuanya.

  Proses itu tidak mudah bagi Kak Rabiatul. Seringakali jiwa hitam Siti memberontak, dan ianya dizahirkan Siti dengan mengabaikan sms-sms daripada Kak Rabiatul, mematikan henset apabila mahu bersendirian, keluar bersama kawan-kawan lain apabila Kak Rabiatul mengajak ke program-program tertentu, dan pelbagai lagi taktik dan teknik Siti mengelak apabila sindrom jahiliyyahnya menyerang. Tapi, Kak Rabiatul bukanlah seorang murabbiyah biasa. Penuh tabah dia mengikut setiap rentak Siti sehinggalah dia berjaya membawa Siti dalam melodi indah hakiki yang sebenar-benarnya.

  Siti juga mula mengenali orang-orang di sekeliling Kak Rabiatul yang ternyata datang dari kilang yang sama yang menghasilkan orang-orang seperti Kak Rabiatul. Perlahan-lahan Siti berubah. Pakaiannya yang semakin longgar dan lebar, aktiviti hidupnya yang semakin bertamadun, jiwanya yang dirasakan semakin bercahaya. Sinar iman mula menyinari gelap hatinya. Al-Quran pemberian Kak Rabiatul sentiasa bersamanya walau kemana dia keluar bermusafir. Dia telah mengenali siapa dia yang sebenarnya dan mengapa dia ada di dunia. Dari situ, Siti mula belajar erti hidup sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya dan paling penting kemana harus disalurkan rasa cinta yang sebetulnya. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira. Eheh.

[pinjam gambar]

...

  Di akhir semester, cuti panjang bakal bermula. Kak Rabiatul telah menamatkan pengajiannya 4 tahun di unversiti berkenaan. Siti pula akan pulang ke kampung halaman bercuti. Mereka bakal berpisah. Namun, kali ini Siti tidak lagi bersedih. Dia yakin, ukhuwah antara dia dan Kak Rabiatul tidak akan terputus selama-lamanya walaupun mereka tidak bersua muka. Itulah ukhuwah yang dijalinkan atas tali keimanan. Dia juga bertekad untuk terus berada dalam lingkaran iman dan islam ini dan meneruskan amanah yang ditinggalkan Kak Rabiatul padanya, yang itulah namanya dakwah.

  Pada hari dia bertolak pulang, Kak Rabiatul bersama teman-temannya menghantar Siti ke lapangan terbang. Sambil menunggu waktu sebelum masuk ke balai berlepas, Siti berbual-bual dengan Kak Rabiatul.
"Emm, kak Rabiatulku sayang. Ada benda ne nak bagitau. Dah lama Siti pendam. Hehe." 
"Ya, adik akak yang kiut, comel kebom kebom.. Apa tu? Bagitau cepat. Kang x sempat. Terpaksa pendam lagi."
  Kak rabiatul mencubit pipi gebu Siti. Siti memuncungkan mulutnya.
"Sakitla kak. Tak nak la bagitau." 
"Alalala, merajuk pulak. Ok, akak tak nak tau pun. Wekk.." 
"Akak ne.. Ish ish. Yela yela. Emm, 1234. Hehe" 
"1234?" 
"Hihi. I have 1 thing 2 say 3 words 4 u." 
"What?" 
"I LOVE YOU, Ukhti! Kerana Allah." 
"1234. LOVE YOU TOO! Kerana Allah."
  Mereka berpelukan. Akhirnya kedua-dua mereka tenggelam dalam tangisan indah penuh cinta, kasih dan sayang. Ouh, so sweet.

  Selepas itu, Siti pun bergerak masuk ke balai berbelepas sebelum menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan menaiki kapal terbang itu dia tiba-tiba teringat kata-kata terakhir Zainal padanya. Sambil memandang jauh ke arah awan puteh mulus yang mengiringi penerbangan pulangnya, Siti berbisik perlahan,
"Alhamdulillah. Mungkin aku sudah temui jawapanmu, Zainal. Terima kasih."

[Tamat]

Sunday, October 21, 2012

negara botak kepala (ep2)


   

sudah baca episod 1?


hensem kan?

lalu,bertitah akan baginda penuh semangat dan bertenaga.seperti baru meneguk sebotol 100 Plus hendaknya.(berikut adalah petikan ucapannya yang sudah siap diGoogle Translet)
hai rakyat semua! pertama-tama dan selamanya,beta mengucapkan syukur akan kepada tuhan atas kurnianya.andai tiada perkenannya,maka tiadalah juga apa yang ada pada kita sekarang ini.itulah bahagia,lahirnya seorang putera,Aron Aziz beta beri nama,yang bakal meneruskan cita2 kita semua,kearah negara maju merdeka menjelang tahun 2019.
bertempiklah akan seluruh hadirin hadirat yang ada menonjolkan kegumbiraan.seterunya,menyambung pula Raja Gopala pidatonya.
tapi,semalam dalam lena,bermimpi duka,sang pendita telah datang berjumpa beta.berkata akan dia "hai Raja Gopala,ketahuilah akan dikau bahawa mudarat yang menimpa akan negara engkau akan berulang pada keturunan setelah engkau,yakni anak,cucu,cicit dan sampailah 8 keturunan.uhuk..uhuk..(batuk-batuk)
tapi,usahlah gusar akan dikau.aku sertakan juga precaution untuk masalahmu itu.begini,engkau pastikanlah tiada org yang berambut di kepala mereka seluruh negara.inilah kerana di kepala berambut itu,banyak kutu2 yang menyebarkan virus x-mandula,yang mana telah menyebab tidak mampu akan korang berzuriat..sekian,salam ukhuwah!"
maka hari ini,berkumpul kita semua hanya untuk menyahut akan seruan pendita demi kemakmuran akan negara terchenta kita.lihatlah di sekeliling,sudah tersedia tukang gunting rambut untuk kita semua.janganlah segan mahupun silu rakyatku sekelian.beta dan Ratu Barbiea seluruh kerabat diraja juga turut serta.
bermula dengan Raja Gopala,kemudian Ratu Barbiea dan Tun Osabama turut serta menggondol kepala.penuh dedikasi bersemangat waja.sehelai lalu sehelai rambut gugur ke tanah,terkulai layu x bermaya,digunting oleh barber berwibawa.

maka terpinga-pinga akan semua yang hadir.kecualilah mereka yang bertiga itu,i mean Raja Gopala,Ratu Barbiea dan Tun Osabama.tersenyum sipu-sipu akan dia Ratu Barbiea.sudah dalam benaknya,ini akan terjadi.

namun,demi kedaulatan dan kemakmuran akan tanah tumpah negara yang terchenta semua sedia berkorban apa sahaja.lalu berduyun-duyunlah mereka ke kamar-kamar tersedia membuang rambut serata kepala.ada juga yang menongkah arah tiada mahu hilang mahkota di kepala terutama wanita.andai bukan kerana negara,tiadalah enggan mereka beralah kepada arahan pihak diraja.

usai sehari semalam,maka komplitlah seluruh negara dihabiskan memotong akan seluruh helaian rambut di kepala.pelik terasa akan atmosfera sekitar Kinabala yang bertukar rupa.negara shaolin lagaknya.

hikayatnya,seronok dan gumbira akan trio Raja Gopala,Ratu Barbiea dan Tun Osabama kerana plan mereka sukses berjaya.tiadalah sudah kerisauan melanda memikirkan ketidakkacakan anaknya,Aron Aziz.

beberapa tahun kehadapan,mangkatlah Raja Gopala dan disusuli pula Ratu Babiea.tibalah masa putera Aron Aziz menaiki takhta memimpin negara.bernikah akan dia seorang puteri botak kepala juga,dikurnia anak seorang juga,Rosyam Nor digelarnya.seterusnya,Rosyam Nor pula menerus lagenda mengelola negara.dan seterusnya,raja2 Kinabala terus bertukar rupa sehingga hari ini.

arakian,pada pemerintahan Raja Brunoma,anak akan dia Raja Rosyam Nor,telah diwajibkan akan semua orang mencukur juga kening,jambang dan misai2 mereka seluruhnya kerana diamatinya kutu2 virus mula berpindah tapak pula.dan habislah tiada kelihatan sehelai bulu di muka dan kepala penduduk Kinabala semua laki-laki dan perempuannya.

tradisi buang rambut dan bulu2 di kepala tidak pernah dilupa.bermula generasi Raja Gopala hingga Raja Kumalasari(currently crowned as Raja) hari ini ia terus dilaksana.menjadi suatu kemestian setiap bayi tak kira laki2 atau wanita yang baru lahir jejak dunia,dicukur akan seluruh rambut.malapetaka kata mereka andai enggan di buat pula.

maka tiadalah wujudnya akan produk2 kesihatan rambut untuk kepala seperti syampoo Pantene,Rejoice,Clear mahupun Minyak Kelapa.Pusat kesihatan rambut di kepala juga laksana Yun Nam Hair Care Solution,mampu bertapak lama.pasti tutup juga.tidak dilupa mekap-mekap berjenama antarabangsa laksana Maybeline meniti di mata-mata wanita,yang tiada ada kening dan bulu mata yang mahu dikena akan maskara.jimat belanja.

...

pada suatu hari di abad ke-20.tiba-tiba.di sebuah negara luar Kinabala,seorang laki-laki,Felix Baumgartnerah ingin mencipta nama dalam sejarah peradaban dunia.melakukan akan dia terjunan bebas tertinggi dari angkasa yang belum pernah di buat orang semasa.(saksikan videonya di sini)

mahu mendarat di Yugoslavia cadangannya.dukacita kerana tersalah baca GPS terjun dia atas tanah Kinabala.maka mendaratlah dia di tengah2 ibu kota negara Kinabala.pengsan akan dia kerana salah landing.semua yang berada sekelilingnya terkejut terkesima.siapa akan makhluk ini.belum pernah kelihatan oleh mereka.mengerumuni akan mereka seluruhnya makhluk itu.terpinga-pinga penuh tanda tanya.


5 minit sebelum terhempas.eh.

kerana kepala yang ditutup helmet,tiadalah jelas kelihatan akan rupanya.tidak berapa lama sedarlah akan dia dari pengsannya.perlahan-lahan di bukaknya helmet di kepala.suasana tegang seketika.dan terdedahlah seluruh kepalanya yang penuh dengan jambang,kening dan bulu mata lebat dan rambut belah tengah kepada semua.habis terkejut rakyat2 Kinabala,seraya bertanya dalam bahasa lingua franca antarabangsa semasa,

"WAH,KAU SIAPA?! MAKHLUK ASING!"

100 kali ganda terkejutnya Felix Baumgartnerah melihat menusia2 sekelilingnya yang tanpa bulu dan rambut di kepala.berteriaklah dia,

"WHOA! KAMU SEMUA SIAPA? AKU DIMANA?! PLANET ALIEN! "

[tamat]

hahahahaha.

...

the moral of the story?

dulu,rambut dan bulu2 dikepala adalah benda biasa di Negara Kinabala.ia lambang ke'macho'an dan kejelitaan luar biasa.apatah lagi misai,bulu kening dan yang sewaktu dengannya.itu nilai tambah buat mereka yang menjaganya dengan baik dan kemas.

namun,kerana rancangan gila tiga orang menusia tersebut,habis keadaan bertukar rupa 360 darjah.sejak itu,sedikit demi sedikit pandangan semua orang terhadap mereka yang punya rambut,dan berbulu kening dan yang sewaktu dengannya adalah kepelikkan dan kebencian barangkali buat mereka.

saya bagi anda pilihan.kita di golongan mana?
1-penduduk Kinabala
2-si penerjun,Felix Baumgartnerah
3-xtau.xpasti.

dulu islam izzah.lalu tiba-tiba datang golongan-golongan entah siapa tiba-tiba membawa ideologi jahiliyyah.kita tanpa usul periksa menerima dengan mudah.terikut-ikut cara mereka sehingga sedikit demi sedikit pandangan terhadap mereka yang punya agama mmenjadi semakin sinis hari ke hari.hingga satu tahap sinis itu menjadi benci.nauzubillah.

"pelik la ko ne pakai kopiah pegi kuliah.x rimas ke?ko sorang je kot dalam satu fakulti ni."

"kak,kenapa pakai pakaian labuh2?x panas ke?"

"sibuk2 buat pogram islamik buat pa?buka ada org nak dtg pon.."

"golongan2 ini memang gila.sikit2 nak bantah.sikit2 nak boikot.artis pompuan tu just nak nyanyi je pun..bukan nak ajak orang g zina.hish~"

"jangan join usrah.nanti diorang suroh hang jadi teroris." 

antara contoh2 ke"pelik"an orang zaman sekarang..

so,semoga anda semua mengerti akan mesej di sebalik cerita x munasabah ne dan sedikit selitan khulasah ringkas.

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Saturday, October 20, 2012

buku : CHC & CKA



cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa.cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.jangan tunggu esok.hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class.jangan lupa,bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
cintaku kerana agamamu.dalam agama Islam,ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK.adat yang selari syariat elok diraikan.masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti.inilah namanya konsep fiqh awlawiyat.

penulis : Dr Farhan Hadi (CHC) & Fatimah Syarha (CKA)
terbitan : galeri ilmu.(novelet tabiah 2 dalam 1)

*baru beli.baru mahu baca.baru hendak ditadabbur.
weh,cubit sikit.. (ˇ▽ˇ)-c<ˇ_ˇ)  

Thursday, October 18, 2012

siaran ulangan



pada suatu malam.ketika itu,Bulan dan konco2 Bintang Tiga telah berjaya merampas tampuk pemerintahan kerajaan angkasa dari si pemerintah kuku besi,Matahari melalui gerakan revolusi.aku(eh,bukan 'saya' ka?) pula baru selesai menunaikan ba'diyah maghribi di masjid tengah2 universiti.aku disapa seorang menusia.entah darimana datangnya tiba2 muncul zuuppp! di tepiku dengan senyuman manis menggugat hati.lalu,telapak tangan kami bersentuhan,naseb baek wuduk x batal.eh lagi.dengan ayu dan sopan dia berkata,

"assalamualaikum sahlan..sehat?"

"eh,enta..sehat alhamdulillah."

"dah makan?"

"sudah,kat Meranti tadi dengan member"

"duk mana sekarang?"

"kat KTHO lagi"

"blok mana?"

"L27"

"oh,ok.baguslah"

lepas tu kami bersalaman lagi dan dia pun berlalu pergi membawa diri meninggalkan aku tercari-cari makna tersembunyi di sebalik tregedi misteri ini.eh.

...

dua tiga hari kemudian,aku terserempak lagi dengan menusia itu.kali ini dalam perjalanan menuju ke cafe.tengahari.telapak tangan kami bergeselan,lalu dari geselan itu haba terhasil dan suhu meningkat mendadak dan tangan kami habis terbakar.muahahaha.(hiraukan..)

"assalamualaikum sahlan..sehat?"

"eh,enta..sehat alhamdulillah."

"dah makan?"

"belom,nak g kafe la ni.makan dengan member"

"xde kelas ke?"

"ada,jap lagi kul 2"

"kat mana?"

"blok M47"

"oh,ok.baguslah"

lepas itu,kami meneruskan perjalanan hidup masing-masing.ternyata arah tujuan kami berbeza.dia ke utara,aku ke selatan.dia ke parking kereta,aku ke kedai makan.

...

empat lima hari kemudian,aku bertembung lagi dengan sosok tubuh itu.ketika itu,aku sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM.bahuku dicuit dari arah belakang.bila ku toleh,tiada orang!seram sejuk aku dibuatnya..tiba-tiba suara halus mengetuk gegendang telingaku..

"assalamualaikum sahlan..sehat?"

"eh,enta..sehat alhamdulillah."

"dah makan?"

"belom,nak cucuk duit dulu.lpas ne,baru gi makan dengan member"

"datang dengan siapa?"

"member,Azfar.."

"dia kat mana?"

"tu tengah bertenggek kat motor"

"oh,ok.baguslah"

sejurus itu,giliran aku pun tiba.aku tawarkan sekeping kad segi empat kepada ATM tersebut.namun,dengan penuh murah hati,ATM menolak dan memberikan pula kepada aku sejumlah wang.sungguh mulia,baik hati dan indah pekertinya.kalau letak kat bilik ok jugak tu!

...

enam,tujuh,lapan,sembilan,.....(dan seterusnya) hari kemudian dialog itu berulang lagi dengan sedikit modifikasi mengikut keadaan dan situasi.

dan dialog itu tidak berlaku diantara aku dan menusia itu sahaja,ada juga menusia2 lain yang apabila kami bertemu,dialog sama diulang siar.mahu saja aku rakam pebualan kami supaya di lain2 masa kami bertembung,aku playback ja.senang.jimat air liur.

tapi,aku suka dengan semua itu.seronok bila ada orang yang mengambil berat.terasa diriku begitu berharga.romantik habis uolss.salam rindu penuh kaseh dan sayang bang bang boom buat kalian,sahabat2 chentaku.eeeuuww,geli-geleman..

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, October 16, 2012

negara botak kepala. (ep 1)

  Maka tersebutlah kisah akan sebuah negara di hujung dunia, entah dimana. Belum dipernah dijumpa dalam Google punya peta. Negara Kinabala dipanggil nama, dipimpin seorang raja yang hensem dan bergaya, Raja Gopala diberi nama, adil lagi bijaksana. Hidupnya rakyat jelata, aman riang dan gembira tiada terkata.

  Namun sejuta namun, Raja Gopala dilanda duka. Sudah bepuluh purnama baginda bercita-cita, mahukan seorang anak yang akan mewaris takhta memimpin negara. Sayugia dimaklumkan bahawa tiadalah tanda-tanda isterinya, Ratu Barbiea yang seorang permaisuri jelita berbadan dua, apatah lagi tiga. Sudah beberapa tabib dan pawang dijumpa dari serata negara, namun tiadalah mampu menemui penawar penyakit mereka berdua pasangan duka.


  Suatu hari tetiba-tiba ja, penasihat baginda,bendahara negara, Tun Osabama menyampai maklumat gumbira. Dikhabarkan kepada Raja Gopala akan seorang pendita yang berada di sebuah gua, Gua Niah khabarnya sedang bertapa. Menurut buletin utama, pendita yang ini ilmunya penuh berkuasa. Mampu menyelesaikan pelbagai masalah tanpa perlu dibayar upah, sungguh mulia.

  Dan berangkatlah Raja Gopala bersama isteri terchenta diiringi ahli-ahli istana berjumpa pendita. Setelah 2 purnama bermusafir berkereta kuda melalui jalan raya, sampailah semua di Gua Niah. Ketika tibanya mereka, si pendita barulah pulang dari memberi ceramah di majlis rumah terbuka kampung sebelah.

  Lalu sebelum sempat Raja Gopala dan Ratu Barbiea mengutara akan masalah mereka berdua, pendita sudah dapat meneka dari airmuka mereka akan kegusaran yang menimpa. Diberi oleh pendita akan penawar berguna berupa jus tongkat ali dan kacip patimah untuk mereka. Diberi syarat pula,ia harus diminum oleh keduanya, secara serentak bersama ketika purnama penuh bercahaya sambil berkata "SUPER POWER!".

  Seperti biasa pendita menolak tawaran hadiah cenderamata dari kerabat diraja berupa percutian sehari semalam ke pulau Langkawei di negeri Malaya dan trofi iringan. Sungguh mulia pekertinya. Susah dicari di mana-mana. Penuh gumbira dan penuh ceria muka ahli-ahli gerombolan istana berangkat pulang dari berjumpa pendita di Gua Niah. Semoga pendita hidup bahagia hendaknya.

  Setelah beberapa ketika menanti bulan purnama penuh bercahaya muncul diangkasa, maka saat ditunggu akhirnya tiba. Diperkarangan istana, semua teruja. Akhirnya dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri selesai meminum penawar dari pendita sambil berkata "SUPER POWER!" bersama-sama. Lalu malam itu semua tidur lena gembira riang ria raya.

  Dan benarlah akan kesaktian penawar pendita, setelah beberapa lama Ratu Barbiea sudah sah berbadan dua.bertubi-tubi muntah akan dia setiap hari seminggu lamanya. Tiap masa juga dia mengidam akan buah mangga yang dijual Auntie Mala di pasar malam Jalan Bungaraya.

  Arakian, setelah complete 9 purnama kemari kesana membawa akan badan yang ada dua, tibalah masa Ratu Barbiea bersalin sudah. Dipanggillah akan bidan nombor 1 negara menyambutlah bayi yang akan membawa cahaya ke serata buana.

  Takjubnya seluruh rakyat jelata, Ratu Barbiea bersalin mudah.teranan pertama bayi laki-laki keluar sudah.tiadalah dengarnya mereka akan jeritan "waaaaa!" atau "kandaaaa!" mahupun "sakitnyaaaa!!" daripada permaisuri ayu jelita. Kesaktian penawar daripada pendita memang luar biasa. Dinamakan akan bayi laki-laki itu Awang Sembilu.

  Selama 7 hari 7 malam,seluruh negara berpesta meraikan peristiwa penuh bahagia Negara Kinabala. Dari istana diraja hingga ke kaki lima rumah rakyat jelata penuh lampu lip lap lip lap. Hampir habis diguna perbendaharaan negara menanggung kos belanja pesta seantero negara terutama kos menjemput artis-artis kpop luar negara yang tiadalah sedap suaranya, menayang jelita plastik hakikatnya. Buat forum perdana lagilah berguna.

  Sayugia, dalam keriuhannya pesta tua muda seluruh negara, Raja Gopala dan Ratu Barbiea diselubungi duka. Si pendita gua Niah sudah berpindah keluar negara untuk memasarkan produknya di peringkat antarabangsa. Sebelum keluar berkelana, menyampaikan pesanan akan dia kepada pasangan raja.

  Melalui e-mail nota yang dihantarnya menerusi orang perantara, pendita berkata:
ola! esperima yabit neit uh-uh lai cen huet bai-bai yabit on. wa espirima gere gara mun jegir ja-ja cer lai beren low ker ittew. yo-yo, wassup :)
*terjemahan : Hai! ketahuilah akan dikau berdua wahai Raja Gopala dan Ratu Barbiea bahawa penawar yang ku kasi pada kamu berdua punya kesan sampingannya. Dan ketahuilah kesan sampingannya itu adalah anak kalian berdua tidak akan tumbuh rambutnya atau botak akan kepala dia seumur hidup. Sekian, terima kaseh :)



  Itulah yang merisaukan akan kepala dua menusia sanjungan bangsa kebanggaan rakyat jelata Kinabala. Tiada lena akan mereka memikirkan masalah rumit dan kompleks itu.hanyasanya mereka itu kaum-kaum berdarah diraja semua hensem bergaya dan manis jelita belaka. Jadi, andai anaknya itu botak kepalanya, tiadalah hensem bergaya hendaknya menurut perkiraan mereka. Nanti hilanglah pula thiqah rakyat kepada putera yang bakal menaiki takhta itu.

  Lalu, dipanggillah penasihat peribadi kepercayaan raja dan ratu berdua, Tun Osabama untuk mengadakan oleh mereka bertiga akan mensyuarat jendela tergempar. Maka setelah berlalu 7 hari 7 malam pesta mereka mendapat keputusan akan bagaimana mahu menyelesaikan masalah rumit-kumit tersebut.

  Dan itulah hari ke-8 semenjak kelahiran Awang Sembilu, dikumpul akan seluruh rakyat jelata dan termasuk ahli-ahli istana di perkarangan tempat letak kereta kuda hadapan singgahsana diraja Kinabala.

  Maka dengan itu, bangkitlah si Raja Gopala penuh segak bergaya dengan sedikit gementar kerana bimbang akan baginda rancangan mereka gagal terlaksana.

  Lalu, bertitah akan baginda...(to be continue)



Friday, October 12, 2012

hidup seperti secawan 'Milo 3 in 1'

malam itu,Abdullah(bukan nama betul) mengajak anak2 usrahnya ke biliknya untuk tengok movie bertemu muka melepas rindu.sudah beberapa bulan tidak ketemu dengan ahli usrah semenjak cuti akhir semester yang lepas.sepanjang cuti,semua sibuk dengan aktiviti masing2,hingga terkadang terlupa untuk bertanya khabar antara satu sama lain.

sampai di bilik,masing2 berpelukkan,laga pipi ke pipi dan kemudian duduk dalam lingkaran.malam itu mereka tidak punya apa2 tajuk khusus untuk dibincangkan.hanya untuk berkongsi cerita masing2 semasa cuti.

perbualan mereka kemudian tidak lama bertukar menjadi sesi luahan perasaan,komplen sini sana tentang tekanan dalam belajar dan kehidupan masing2 yang serabut ayam.

menawarkan anak2 usrahnya yang comhel2 untuk minum air Milo,Abdullah memasak air dalam heater jenama Pensonic dan mengeluarkan beberapa paket Milo 3 dalam 1 yang baru dibelinya di kedai runcit di Arked Meranti yang sebenarnya untuk stok 1 minggu beliau.

selepas itu dia keluar semula dari biliknya.selepas beberapa minit,dia kembali dengan beberapa cawan yang dipinjam dari member2nya.antara cawan2 yang dibawanya tersebut,ada yang diperbuat daripada plastik,kaca,tanah liat,kristal tiruan,besi,dan sebagainya dengan pelbagai rupa bentuk.ada yang cantik,ada yang x,ada yang mahal,ada yang murah..

setelah saudara heater siap mendidihkan air,Abdullah mempelawa anak2nya untuk buat sendiri Milo masing2 kerana beliau sudah penat kesana kemari mencari cawan.sempat berpesan kepada anak2nya untuk bawa cawan sendiri kalau nak datang bilik beliau lain kali.

maka,anak2 usrah memilih cawan masing2 meninggalkan bererapa cawan yang x menarik dan x berapa nak bagus.

setelah selesai membancuh Milo masing2,Abdullah mula bermadah,

kalau antum semua perasan,semua cawan2 yang cantik dan hensem sudah di ambil meninggalkan yang buruk2 ja kan..hmm..

haha,memang normal untuk kita sentiasa mahu mendapatkan yang terbaik..

tapi sebenarnya,itulah sumber masalah dan tekanan yang kita hadapi.

hakikatnya,cawan2 tu x membawa apa2 makna kepada rasa atau kualiti Milo yang antum buat.

dan kadang2,ia menyembunyikan Milo yang kita nak minum macam cawan Jo yang bertutup tu.x payah buka la Jo,biarkan ja..

apa yang sebenarnya antum mahu adalah Milo,bukan cawan.tapi,antum telah memilih cawan masing2 dan mula membandingkan dengan cawan orang lain untuk melihat siapa yang paling hebat cawannya.

...

sekarang,cuba bayangkan.Milo adalah kehidupan.

cawan adalah pelajaran atau lebih spesifik lagi pointer,biasiswa atau duit.dan mungkin kalau antum dah kerja nanti,cawan tu kerjaya,gaji atau pangkat antum.

semua itu adalah alat..ulang suara,itu semua adalah alat..

ia tidak akan mendefinasikan atau mengubah kualiti hidup yang antum ada.

kadang-kadang,kerana terlalu menitikberatkan soal 'cawan' kita lupa untuk menikmati 'Milo'.

savor the Milo,not the cups.

the happiest people not have the best in everything,but they just  make the best of everything.

habis bermadah,Abdullah mengeluarkan satu tin biskut beraneka.mereka menghabiskan pertemuan malam itu dengan minum malam sambil menonton cerita One Piece episod terbaru,anime yang sarat dengan pelbagai nilai pengajaran2 terutama bab2 ukhuwah!




Thursday, October 11, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Key Key eM ' 12

pada 5-7 oktober 2012,baru ja hujung minggu lepas,sekumpulan mahasiswa/i yang tidak suka bercuti hujung minggu telah mengelola dan join program Kem Kembara Muslim,KKM'12.program yang kesekian kalinya diadakan ini dibuat di Kem Kaizen bedekatan Gunung Pulai di daerah Pekan Nenas yang,ya memang banyak nenas..Program ini adalah acara tahunan anjuran Persatuan Mahasiswa Islam,Universiti Tabiyyah Malaysia.

objektif kem ini di laksanakan adalah semata-mata untuk menolong mahasiswa/i tahun awal pengajian yang baru dan masih segar-bugar dengan alam universiti belajar hakikat mereka sebagai mahasiswa/i islam yang sangat 'special' dan 'berharga'.di samping itu,kem ini juga dapat mengelakkan masa hujung minggu mereka2 yang terbabit terbazir dengan aktiviti2 x bermanfoat seperti jalan2 cari kelalaian di pusat2 membeli-belah dan sekitarnya,tidur bertubi-tubi,maen dota/pes'13/game2 yang seangkatan tanpa henti dan pelbagai lagi upacara2 lagho yang dipikirkan tidak membawa kemaslahatan kepada umat sejagat.

sepanjang kem,pelbagai aktiviti dan pengisian baik dari segi rohani,segi fizikal,segi empat tepat,dan segi2 lainnya dilaksanakan.semua modul2/aktiviti2 yang dirancang dan dijalankan adalah kearah mencapai Muwasofat Tarbiyyah atau dalam bahasa ibunda,wawasan tarbiyyah yang sepuluh macam itu.sila tanya Sedara Google untuk pernyataan lanjut mengenai sepuluh perkara tersebut.

jadi,berikut di lampirkan beberapa gambar yang diambil secara tidak sengaja oleh ajk2 sepanjang kem.mari kita saksikan bersama-sama.(buka di ruangan tab baru utk kepuasan SUPER!)


ldk+pengisian+modul

antara sesi pembentangan.
"pulau pandan jauh ke tengah"
eh,salah tajuk..

pendidikan jasmani,water obstacle.

modul "MAKAN dan MINUM" 


main-main ukhuwah

dan inilah dia,kompilasi 'penderaan' oleh ajk2 jungle trekking.(semasa sesi penderaan,peserta/i diasingkan)

ganas.
keadaan fizikal dan mental(sebelum+selepas),
antara peserti2 yang terlibat.
kejam.

walaupun demikian,
semua orang suka..
^_^

ajk2 penderaan yang brutal+ganas tapi owesome+kiut!
(sengaja tidak diwarnakan,tanda protes.kah3.)

itulah sebentar tadi,beberapa keping foto2 yang sempat diambil dan dicuci.semoga semua ajk dan peserta/i kem kembara muslim membawa pulang bersama mereka benih2 tarbiyyah untuk di semai dalam taman keimanan dan kebun ketaqwaan masing2.mabruk!

sekian,trimas.

pelapor tidak rasmi,

saya

ajk modul
 yang didera ajk2 penderaan
di 7 oktober

Monday, October 8, 2012

tujuh oktober.

tiap-tiap yang datang,semakin dekat..
tiap-tiap yang pergi,semakin jauh..

betapa hampirnya ajal yang mendatangi,
betapa jauhnya saat-saat manis meninggalkan pergi.

dunia dan kesenangannya berkata,
"pergilah.."

sedangkan kubur memanggil-manggil,
"marilah.."

adakah ia sebuah rayuan,seperti ibu yang ringukan anaknya?
atau jeritan keras seseorang yang hendak menghukum pesalah?

diri ini akan terus lentok dalam kerjaya dunia,
selagi tidak belajar mendalami agama,
dan mengenal hakikat diri dan ajal maut.

mencari redha dalam Sweet 21.
tomorrow is always a mystery.



[satu]
alhamdulillah! segala puji untuk Allah,Maha Pemurah dan Maha Penyayang.masih beroleh kesempatan untuk hidup.sudah 21 tahun rupanya.ternyata,kelajuan cahaya tewas dengan pecutan masa.terasa  macam baru semalam melihat tali pusat sendiri dipotong mak cik bidan.eh.

[dua]
alhamdulillah. segala puji untuk Allah,Maha Pemurah dan Maha Penyayang.dalam jutaan benih,terpilih untuk hidup di dunia nyata.dalam jutaan manusia yang hidup,terpilih dalam iman dan islam.alhamdulillah.dalam ramainya umat islam,terpilih untuk join dalam jalanraya dakwah penuh tarbiyyah.gracias!

[tiga]
alhamdulillah. segala puji untuk Allah,Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Tuhan yang melimpahkan kurniaan rahmatnya tanpa putus,keluarga yang sentiasa mendorong dan menyokong,sahabat yang bersama-sama bergerak dan penuh konsisten memberi nasihat dan pengajaran,arigato!

[empat]
semoga dapat terus istiqamah di laluan ini dan membangun potensi diri untuk diperhambakan dalam perjuangan tanpa henti.mohon dengan sangat.

[lima]
hidup ini bagai lampu dinding,yang dinyalakan di malam hari.apabila minyak sudah kering,ia kan pasti padam sendiri.

sekian.
wabillahi taufik wal hidayah,wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Thursday, October 4, 2012

suci dalam debu

hari ini hari khamis.esok jumaat dan lusa sabtu dan seterusnya ahad.ya,ahad..semoga sempat bertemu ahad.sebab,besoknya isnin sudah.sebab hari itu One Piece 567 keluar sudah.sebab hari tersebut Kem Kembara Muslim habis sudah.sebab  hari tu 7 oktober sudah..hoyeah!

ah,kerepek pisang..skrol ke bawah cepat.

...

marcapada ini,dengan kemajuan teknologi serba cangih-manggih,segala keperluan manusia mudah sekali dihasilkan dan diperolehi.setiap keperluan hidup yang bersifat kebendaan dapat dipenuhi serta merta,semua di hujung jari.kalau beberapa abad yang lepas barangkali,kemiskinan,kelaparan serta kesukaran hidup sangat digeruni oleh makhluk manusia.namun hari ini ia bukan menjadi masalah lagi.ye ke? auta-auta..

lalu,parallel dengan kehidupan yang semakin mewah itu seharusnya dipersembahkan akan kedamaian dan kebahagiaan dalam diri makhluk manusia.namun seribu namun,ramai di antara mereka gagal menemukan itu semua dalam berbukit duit-duitan dan lautan emas permata serta timbunan barangan2 mewah.mereka masih ditindas dengan keresahan,fikiran tidak tenteram,hati gelisah dan jiwa kacau.ternyata kemudahan material semata-mata tidak menjamin hidup yang bahagia.


bagaikan musim yang sentiasa bertukar ganti,ada musim bunga ada musim gugur,ada musim hujan ada musim kemarau,ada musim durian ada musim rambutan..semua silih berganti.nah,begitulah juga corak kehidupan makhluk manusia,sentiasa bersilih ganti.

demikian juga dengan jiwa,akan mengalami perbagai perubahan dan peralihan keadaan.ada yang penuh damai,tenang dan bahagia sedang ada yang lain pula gelisah dan tidak tentu arah.ramai yang gagal menganalisa punca mereka merasa tidak tenang gelisah,hampa dan kosong kosong koosoongg..
"demi masa.sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan kearah kebenaran dan kesabaran" (al-Asr:1-3)
begitulah.mereka-mereka yang mencari kebahagiaan hidup dengan menuruti kehendak hawa nafsu semata-mata hingga membelakangi kebenaran,maka mereka inilah manusia yang berada dalam kerugian.

rugi.


rugi..



rugi...

ingat lagu suci dalam debu?ya,ya,yang itula tu.xperlu nyanyi.just nak tau anda ingat ke tak.umat islam hari ini hakikatnya umpama suci dalam debu.artinya,kesucian dan kebenaran yang ada pada islam itu,sedikit demi sedikit mulai ditutupi dengan debu.debu kemungkaran,debu kezaliman,debu kekufuran,debu kefasikan,debu kemusyrikan dan macam2 jenis debu lagilah..hingga suci dan indahnya islam hilang dari umat islam itu sendiri hasil dari kehidupan dan aturan buatan sendiri makhluk manusia yang jauh tersasar dari landasan LRT islam yang sebenar.

oleh itu,marilah bersama-sama kita mengangkat LRT kita yang sudah tersasar tu dan letakkan semula ia di landasan yang betul.vacuum kabus2 dosa yang memenuhi hati kita agar lebih mudah menganalisa semula mana yang benar dan mana yang batil,mana keimanan mana kekufuran.
"maka apakah mereka tidak berjalan dimuka bumi,lalu mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami,atau denagn telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (al-hajj:46)
sekian.semoga bertemu sakinah dan mawaddah yang hakiki.

Wednesday, October 3, 2012

my only wish


all your armies,
all your fighters,
all your tanks, 
and all your soldiers..

against a boy,
 holding a stone,
standing there,
all alone..

in his eyes,
I see the sun.
in his smile,
I see the moon..

and I wonder, 
I only wonder..

who is weak?
and who is strong?
who is right? 
and who is wrong?

and I wish, 
I only wish..
that the truth,
has a tongue..

-sami yusof-