Showing posts with label cerpenov. Show all posts
Showing posts with label cerpenov. Show all posts

Friday, October 23, 2015

rainy days.




daerah istimewa, Jogjakarta.

jalan Jendral Sudirman. di sudut barisan panjang rumah kedai, berdekatan simpang empat berlampu trafik merah hijau kuning adalah toko buku Gramedia. aktiviti berkala bila ada masa senggang bagi Mayra, berkunjung ke toko buku tiga tingkat itu. 

kadang Mayra bukanlah datang untuk mencari buku untuk dibeli, tapi untuk menyambung bacaannya. iya, menyambung bacaannya. ada sebuah buku lama yang sedang dibacanya setiap kali dia bertandang ke toko buku itu. sebuah buku tebal tulisan penulis asia tengah yang diterjemah ke dalam bahasa inggeris, berkulit keras dengan tujuh belas bab kandungannya. setiap kali datang ke situ dia membaca satu bab. buku itu cuma ada satu naskah yang tinggal untuk dijual.

Mayra akan mencapai buku tebal itu dan duduk di sudut, penghujung rak tempat letaknya. sehingga habis membaca satu bab, dia akan bersila di situ tanpa menghiraukan sesiapa pun. jadi, kenapa dia tidak beli sahaja buku tebal itu dan bawa balik baca dalam bilik? entah, saya pun tak tahu. mungkin dia perlu alasan untuk sentiasa datang ke toko buku itu. mungkin ada yang menantinya atau mungkin ada yang dinantinya. entahlah. 

hari itu sepatutnya Mayra membaca bab ke-sepuluh buku itu. tapi, bila sampai ke rak buku tempat letaknya, buku tebal itu sudah tiada lagi. dia cuba bertanya kepada petugas toko. kata mereka, naskhah terakhir buku itu sudah habis. baru sebentar tadi ada orang yang membelinya. ah, sudahlah buku itu buku keluaran terhad, publishernya dari luar negara pulak. ada tujuh bab lagi berbaki untuk dibacanya. dia kecewa. 

turun dari tingkat atas toko buku itu, baru Mayra sedar kota Jogja sedang dituruni hujan. payung pula tak bawa. jadinya, dia memilih untuk menunggu sehingga hujan habis reda. mujur, bersebelahan tingkat bawah toko buku Gramedia ada premis Dunkin Donut. menikmati hujan dengan sebiji donut dan segelas kopi cappucino juga adalah idea yang baik kan.

selepas membuat pesanan di kaunter, Mayra menuju meja kecil di tepi dinding kaca. memerhatikan mobil-mobil yang mengambil giliran untuk melalui simpang empat yang dikawal oleh lampu trafik. sambil-sambil itu, dia ligat berfikir mana mahu cari buku tebal itu. dia mesti habiskan bacaannya. ah, kalaulah orang lain tahu apa rasa membaca buku rare yang best tapi tidak dapat menghabiskannya.. dia menyumpah-nyumpah dirinya sendiri yang degil enggan membelinya saja awal-awal dulu.

ketika itu, segelas kopi sampai di mejanya. tapi bukan cappucino seperti yang dipesannya. yang datang adalah latte. dengan perlahan, Mayra menolak kopi itu.
"maap mas, ini bukan orderan saya."
pelayan yang membawa kopi itu tepinga-pinga sambil melihat semula catatan pada bil. sehinggalah ada suara dari meja sebelah Mayra. 
"mas, itu punya saya mas. latte kan?"
ternyata kopi itu adalah milik seorang lelaki bersweater cotton yang duduk di meja bersebelahan meja Mayra. dari tadi dia situ cuma menunduk. pada kiraan Mayra, mungkin dia sedang tertidur kerana dia duduk membelakangi meja Mayra. tapi, rupanya dia sedang membaca buku. haha, mau hampir tergelak kuat Mayra.

dalam pada itu, Mayra hampir menjerit girang bila terlihat buku yang dipegang lelaki itu adalah buku yang dibacanya di toko buku. mahu ditegurnya lelaki itu, malu pula. dan tidak lama..
"eh, kamu yang selalu duduk di ujung rak sambil membaca buku kan?"
ah, ternyata lelaki itu memerhatikan Mayra.
"err, iya. mungkin itu saya. kamu juga membaca buku sama? itu, buku ditanganmu. buku itulah yang selalu saya baca juga." 
"oh, iya. maap, saya terlanjur membelinya. mahu dibuat rujukan. saya selalu datang ke gramedia untuk membeli buku ini, tapi setiap kali itu juga buku ini ada ditanganmu, yang  ya, duduk sendirian di ujung rak buku."
"iya, gapapa. buku itu bukan punya saya. terserah mereka mahu jual kepada siapapun."
"kamu sudah di bab sepuluh ya? masih ada lipatan tandanya di sini. masih ada tujuh bab ke depan. sayang sekali.."
lelaki itu kembali meneruskan bacaannya. Mayra tersenyum tawar. pesanannya baru sampai. dia segera menikmati donut dan kopinya. setelah meminta password wifi daripada pelayan di situ, dia pun hanyut dalam dunia siber dalam ponselnya.

setelah hujan reda, Mayra bersiap untuk pulang. lelaki meja sebelahnya sudah pun meninggalkan dunkin donut itu lebih awal. Mayra menuju ke kaunter untuk membayar donut dan cappucino yang dipesannya.
"semuanya dua belas ribu mbak. oh ya, ada yang titip buku ini buat mbak."
juruwang itu menghulurkan sebuah buku tebal. buku yang dibaca lelaki tadi. buku yang setiap kali ke Gramedia, Mayra baca satu bab. bersebelahan cover depan buku itu, ada catatan yang ditulis lelaki bersweater cotton tadi.
--nah, buku ini kamu ambil ya. saya sudah habis. saya juga membacanya di toko buku itu, lama sebelum kamu. ternyata kamu datang mencarinya lagi hari ini. ternyata juga, bila hari hujan kamu suka singgah di kedai kopi. itu, naskhah terakhir di toko buku, kalau bukan saya, orang lain pasti akan membelinya sebelum sempat kamu menghabiskan. jadi, err, anggap saja ini hadiah daripada teman yang punya jiwa sama kayak kamu.  sampai ketemu lagi..

.


Wednesday, July 29, 2015

sebelas hentian.






"hari ni dia baca buku apa?"

"langit vanilla."

"buku tu pun kau ada jugak?"

"ada. hampir khatam."



setiap pagi dari rumah ke tempat kerja, Ajam naik lrt pukul 7.30 pagi.  sampai ofis pukul 7.55 pagi. sebelum sampai ofis, ada sebelas hentian lrt. Ajam perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang gadis naik. Ajam bukanlah pengusha liar manusia lawan jantinanya. tapi sebab gadis tu sentiasa naik lrt dengan buku. sepanjang perjalanan gadis itu akan tekun membaca bukunya. dan hampir setiap buku yang dibaca gadis itu ada juga di rak buku Ajam. Ajam suka melihat buku apa yang akan dibawa gadis itu setiap pagi dan dia akan cuba recall balik isi kandungan buku tu, kalau-kalau dia pernah membacanya. setiap kali gadis itu larut dalam bacaannya, semacam dia ada di dunia lain. tidak peduli apa yang berlaku di sekelilingnya. sebab tu dia tidak pernah perasan ada orang(Ajam) yang mengamati buku yang dibacanya. 

di hentian ke-sebelas, Ajam akan turun dan gadis itu meneruskan perjalanan dengan bukunya.



....




"hari ni dia minum apa?"

"caramel latte."

"banyak tak orang pesan hari ni?"

"boleh la."



setiap petang dari tempat kerja pulang ke rumah, Lynn naik lrt pukul 5.10 petang. sampai rumah pukul 5.35 petang. sebelum sampai rumah, ada sebelas hentian lrt. Lynn perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang lelaki naik. Lynn bukanlah suka sangat tengok lelaki sembarangan dengan saja-saja. tapi sebab lelaki tu sentiasa naik lrt dengan setin air kopi. Lynn berkerja sambilan di sebuah kedai kopi, jadi dia sudah belajar hampir semua jenis bancuhan kopi yang popular. Lynn suka melihat kopi apa yang dibawa lelaki tersebut kemudian membayangkan bagaimana untuk membancuhnya dan berapa cawan bancuhan kopi itu dibuatnya untuk sepanjang hari itu. tetapi lelaki itu tidak segera minum tin kopi yang dibawanya. sebaik naik ke lrt, dia mesti akan terlelap. sama ada berdiri atau duduk. dia hanya akan tersedar bila tin kopi itu hampir terlepas dari tangannya setiap kali lrt berhenti.

di hentian ke-sebelas, Lynn akan turun dan lelaki itu akan tersedar lagi dari lenanya. kemudian dia akan membuka penutup tin kopi dan mula meneguknya. dan lrt pun meneruskan perjalanan.



_________________________________________
thanks for keep on reading my random stuff. i'll write more. :)

Saturday, February 28, 2015

seindah bougainvillea 05.




   Alhamdulillah. Sudah pun berlalu seminggu sejak hari Mak Senah pergi menghantar Man ke sekolah barunya. Hari itu Cikgu Nur menghantar mereka berdua dengan kereta kancilnya. Dan Cikgu Nur juga yang membantu menguruskan proses pendaftaran Man di sana.

   Mak Senah melalui hari-hari biasanya seorang diri. Seawal pagi dia keluar mengayuh membawa makanan bungkus untuk dijual di luar pagar sekolah. Petangnya berehat di rumah bersama pokok-pokok bunganya, membersihkan apa yang patut sebelum pergi ke kedai untuk membeli barang masakan yang sudah kurang. Malamnya pula usai solat isya', menyiapkan barang jualan untuk hari esok. Kalau hari cuti sekolah, Mak Senah datang melawat jiran-jirannya dan jika ada kenduri dia pasti hadir membantu apa yang patut di dapur.

   Sunyi?

   Rindu?

   Siapa yang boleh menipu tentang hati dan perasaan seorang ibu. Apalagi untuk seorang ibu yang ada cuma satu-satunya anak lelaki. Apalagi untuk seorang ibu yang tinggal sendirian tanpa suaminya. Tapi Mak Senah sudah berjanji kepada kepada Man bahawa dia tidak akan bersedih lagi di hari kemudian untuk keputusan yang mereka pilih bersama ini. Bahkan Mak Senah sudah berjanji pada dirinya sendiri agar jangan pernah meragukan takdir Tuhan, yakin bahawa dia dan Man akan sentiasa berada di bawah perhatianNya. Dia telah bertekad untuk tetap kuat.

  Rutin antara maghrib dan isya' Mak Senah tetap dijalaninya seperti biasa meski kali ini tanpa Man yang berada di hadapan mengimamkan solat mereka, meski dia tidak lagi mengaminkan bacaan doa daripada Man yang sentiasa terselit namanya dan nama arwah suaminya, meski tanpa dia dan Man membaca Al-Quran bersama, memperbetuli bacaan masing-masing. Ya, kali ini semua itu dilakukannya seorang diri. Solat sendirian. Berdoa sendirian. Membaca Al-Quran sendirian.

   Tapi, malam itu Mak Senah tidak lagi kuat untuk menampung rindunya. Hari ini dia baru tersedar bahawa bebanan rindu yang dipikulnya sudah berganda dua. Rindu berat pada arwah suaminya sudah ditambah dengan rindu pada anaknya. Sungguh, dia tidak pernah menduga hatinya akan jadi sedu seperti ini pada hari dia memutuskan untuk melepaskan Man. Ternyata dia belum cukup kenal dengan hatinya sendiri.

   Sungguh bersendiri dalam kesukaran beginilah manusia akan lebih dekat kepada Tuhannya, merasakan diri sungguh lemah tidak punya kuasa.

   Sejadah hijau lusuh yang sudah dilipat dua, dibukanya kembali. Sejadah yang telah banyak menyambut dan menampung air mata Mak Senah ketika dia hanyut dalam sujud panjangnya. Sejadah yang saban waktu mendengar luahan sedu, permintaan-permintaan penuh rendah diri, dan pujian syukur Mak Senah kepada Tuhan. Sejadah yang berkongsi cerita suka duka Mak Senah sedari hari pertama dahi Mak Senah menyentuhnya. Kisah hidup Mak Senah ada tersimpan kemas pada sehelai sejadah.

   Pada malam ini sekali lagi sejadah hijau lusuh akan menjadi peneman Mak Senah mengadu dan meminta pada Tuhannya. Sejadah hijau lusuh juga sudah cukup kering untuk terus menerima hujan air mata daripada wajah cekal itu.

   Dan Mak Senah pun mengangkat dua tangan untuk takbiratul ihram.

   Allahu akbar..

   Tapi, belum pun sempurna kedua telapak tangannya bertemu di atas dada, Mak Senah berhenti. Air matanya mengalir lebih awal. Dia hilang fokus. Dicubanya lagi untuk mengangkat takbir. Sekali lagi, ia tidak dapat disempurnakan. Mak Senah menatap sejadah. Menyeka air matanya sendiri. Tarik nafas sedalamnya dan melepaskan perlahan, mahu menenangkan diri.

   Sekali lagi, diangkat dua tangannya ke paras bahu.

   Allahu akbar..

   Ah, akhirnya Mak Senah mengaku kalah. Dia masih belum mampu. Dia terus saja merebahkan tubuhnya di atas sejadah hijau lusuh. Airmata yang tadi ditahan-tahan agar tidak jatuh, terus saja mengalir laju membasahi telekung putih dan sehelai sejadah yang tahu benar apa yang ditanggungnya.

   Dalam sedu Mak Senah cuba bangun menadah tangan, berdoa.

   "Ya Allah, ujian apakah ini? Aku sudah tidak mampu menyempurnakan solatku. Aku tertahan dengan beban cinta dan rindu. Apakah aku benar menyimpan cinta dan rindu ini?  Sungguh aku tidak tahu.. Ampunkan dosaku ya Allah. Ampunkan dosaku.."


[done 05. nanti disambung lagi..]
_episod 4
_episod 3
_episod 2
_episod 1

Sunday, January 04, 2015

seindah bougainvillea 04.




   Usai solat maghrib. 

   Mak Senah berteleku sebentar di atas sejadahnya menunggu Man yang sedang bakdiyah maghrib. Diperhati setiap olah gerak anaknya itu. Mak Senah senyum. Masa sudah berlari cukup jauh. Kalau dulu, di hadapan itu adalah suaminya bersama utas tasbih, memimpinnya dengan untaian zikir fatimah. Kini peran itu dibawa oleh anaknya pula. 

   Memikirkan soal waktu dan masa, Mak Senah terkadang bisa mengalirkan air mata jernih. Waktu dan masa kadang tidak mudah untuk di hadapi. Memikirkan masa hadapan dia dan Man, siapa kelak di antara mereka berdua yang akan pergi dahulu menyusuli suaminya. Apakah dia atau anaknya. Dan Mak Senah tidak pernah mampu untuk memilih. Jika dia pergi dahulu, apa yang bakal Man lalui tanpa dia? Terbelakah hidupnya jika Man tinggal sendirian? Dan jika berlaku sebaliknya, apakah dia kuat untuk kesunyian itu? Seberat mana pula beban kesedihan yang bakal menimpanya? Atas segalanya, apakah imannya akan tetap utuh untuk menafikan segala sesal atas segala takdir yang ditetapkan untuknya?

   Dan kali ini, hal yang paling diharapkannya berlaku lebih lambat, kini telah  benar-benar terjadi meski hanya perpisahan antara dua jasad yang masih berada di dunia. Merenung lebih dalam Tuhan sungguh bijaksana. Mungkin ini medan untuk Mak Senah belajar menjawab persoalan-persoalan tadi. Mungkin ini juga medan untuk Mak Senah dan Man mempersiapkan diri untuk perpisahan akhir yang pasti bakal terjadi yakni kematian.

   Ketika Man hampir kepada ucapan salam selepas tahiyat akhir, Mak Senah mendapatkan naskhah al-Quran. Dibuka mushaf usang itu yang lembarnya berwarna kekuningan. Mahu menyambung bacaan hariannya. Tapi, malam itu Mak Senah tidak memakai kacamata yang menambah jelas penglihatan tuanya. Sengaja. Dengan itu, bacaanya tersangkut-sangkut. Melihat Man yang selesai mengaminkan doanya, segera disapa anaknya itu.
"Man, tolong mak baca Quran ni. Mak tak berapa nampaklah Man."
"Mak tak pakai kacamata lagi?"
"Takpalah Man. Malam ni Man jadi kacamata mak ya."
"Oh, baik mak."
   Man memimpin bacaan emaknya satu persatu. Meski bertatih dan perlahan, mereka akhirnya berjaya menghabiskan bacaan untuk dua muka surat. Masih ada masa yang berbaki sebelum isya'. Mak Senah memilih untuk menyatakan berita yang disimpan-simpannya sejak Ustazah Nur bertandang ke rumah mereka beberapa hari lepas.
"Man, bawah tilam Mak ada sampul surat warna coklat. Man ambil bawa ke sini."
   Itulah surat yang dibawa oleh Ustazah Nur kepadanya. Selepas menimbang baik buruk, Mak Senah sudah punya keputusan. Dan dia memilih untuk Man pergi, meski itu bukan keputusan yang mudah. Tapi, ini bukan untuk dirinya dan diri Man yang sekarang. Tetapi untuk diri Man pada masa depan, meski masa depan itu mungkin tanpa dia. Masa akan tetap berlalu meski manusia tidak bersedia.
"Surat apa ni mak?"
"Ustazah Nur hantar haritu. Man dapat tawaran masuk sekolah asrama penuh nak. Alhamdulillah. Mulai esok kita buat persiapan sama-sama ya. Ustazah Nur kata banyak nak selesaikan segera sebelum Man pergi mendaftar kat sana. Nanti dia datang tolong jugak."
   Mak Senah cuba menuturkan khabar itu dengan penuh gembira itu sambil menahan hiba. Enggan Man tahu betapa dia sebenarnya masih tidak yakin untuk melepaskan. Man senyap. Tekun membaca butir-butir yang tertulis. Man jelas dengar apa yang dituturkan emaknya.
"Nanti siapa yang nak jaga mak?"
   Mak senah sudah menjangkakan soalan itu dari Man. Dengan tenang dia menjawab,
"Mak tahulah nak jaga diri Man. Selama ini Mak siap jaga kamu sekali kan. Kamu juga yang cakap masuk sekolah ni bagus kan. Mudah nak belajar, cikgu dan kawan-kawan yang pandai ramai boleh tolong. Kalau Man duk dengan mak kat sini, mak mampu ajar Man bungkus nasi lemak je nak.." 
   Man senyap. Dia tidak pernah mahu menolak keputusan emaknya. Keputusan emaknya adalah keputusannya. Dia tidak akan berdalih. Tapi, ini tetap tidak mudah.
"Kalau Man rindu mak macam mak rindu ayah macammana?"
   Mak Senah akhirnya kalah. Airmatanya jatuh juga membasahi telekung putehnya. Segera dirangkul tubuh Man. Dipeluknya kuat. Man menyambut peluk hangat itu dengan rangkulan yang lebih kuat. Airmatanya juga jatuh. Dalam esak itu, Mak Senah cuba menjawab tanya Man.
"Kalau Man rindu, Man tulis surat nak. Kirimkan ke mak. Mak akan balas suratmu nak. Mak tidak punya apa-apa untuk kamu. Ini saja yang mak mampu nak. Kamu amanah ayah buat mak. Jangan sia-siakan harapan ayahmu nak."
"Kalau itu keputusan mak, Man tak kisah mak. Man sayang mak."
"Mak juga sayang kamu nak." 
   Ia adalah sela masa antara maghrib dan isya' yang paling panjang buat Mak Senah dan Man. Akhirnya keduanya bangkit untuk solat isya' dan Man menuturkan doa panjang usai solat.



[episod 4 dan bersambung lagi..]

Thursday, December 11, 2014

ortakoy's rain.




Ini adalah pagi Ahad yang biasa bagi Raykal sejak tiga bulan yang lepas. Jika minggu lepas dia di Istiklal Street, hari ini dia memilih Ortakoy Square yang terletak di tepian Besiktas di tengah tengah Istanbul. Berhadapan Selat Bhosporus, yang memisahkan dua tanah besar; eropah dan asia. Seperti juga diri Raykal yang terpisah dua. Jasadnya ada di tengah benua eropah tetapi jiwanya terpisah jauh di tenggara asia. Terbentang di atas selat Bhosporus adalah dua jambatan; Jambatan Bhosporus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet. 

Imbas kembali peristiwa tiga bulan lepas. Ketika itu, Turki bukanlah destinasi pilihan Raykal. Dia sedang dalam perjalanan ke kota New York untuk menghadiri konferens pembentangan kertas kerja untuk kajian yang dibuatnya dalam projek sarjana di univesiti tempatan. Namun, dia terlepas penerbangan ketika transitnya berhenti di Istanbul. Semua kerana beg galas yang hilang, entah dicuri atau orang lain tersalah ambil ketika dia sedang sibuk membasuh tangan di sebuah restoran. Lebih parah lagi, beg galas itu mengandungi semua barang-barang penting; laptop, charger handphone, beg duit dan passport! Dalam sibuk dia mencari semula beg galasnya, kapal terbang sudah pun berlepas.

Yang tinggal ada padanya cuma handphone yang hampir kehabisan bateri, beberapa dolar dalam koceknya (tak mungkin cukup untuk tiket kapal terbang baru) dan gitarnya (nasib baik tidak turut sama hilang). Raykal adalah lelaki dengan gitarnya. Kemanapun dia pergi mesti gitar ada bersamanya. Gitar adalah teman yang selalu menyelamatkan dia dari segala kemurungan dan kebosanan. Dan kali ini, gitar menjadi penyelamat hidupnya.

Tersadai di negara Turki bukanlah sesuatu yang baik bagi Raykal yang cuma tahu berbahasa melayu dan inggeris. Bahasa Turki tidak pernah meniti di bibirnya hatta satu perkataan sekalipun. Tapi, Raykal harus mengusahakan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Berbekal duit yang berbaki, Raykal membeli beberapa barang penting. Pengecas talipon, kamus bahasa Turki dan peta bandar sekitar Turki. Dia mahu mencari dimana pejabat kedutaan Malaysia. Tapi, ia tak semudah itu. Tanah Turki tidak kecil. Pelat bahasa Turki yang sukar untuk disebut menjadi halangan besar. Perut yang menagih makanan untuk tenaga juga merumitkan. 

Awalnya, Raykal bercadang untuk menjual gitarnya di mana-mana kedai. Tetapi, gitar itu adalah aset terakhirnya. Mungkin ada cara lain untuk mendapatkan duit tanpa perlu melepaskan segala-galanya. Nah, di situlah mulanya karier pemuzik jalanan solo Raykal. Entah di jalan mana saja, Raykal duduk memetik gitarnya dengan lagu-lagu bahasa inggeris yang diingatnya. Menuju malam, Raykal menginap di mana-mana masjid yang dijumpanya. Esoknya dia kembali mengumpul duit dengan gitarnya sambil mencari jalan ke kedutaan Malaysia.

Begitulah hidupnya dalam tempoh tiga bulan sejak menjejakkan kaki di Turki. Perlahan-lahan dia mula pelajari bahasa Turki. Dia juga sempat berkenalan dengan pelbagai orang yang ditemuinya ketika menumpang di masjid-masjid sekitar kota Istanbul. Ada juga segelintir yang tahu berbahasa inggeris. Melalui orang-orang tersebut, Raykal bertemu dengan pejabat kedutaan. Tetapi, belum masanya lagi untuk Raykal kembali ke tanah air. Urusan kad pengenalan dan passport yang hilang memerlukan Raykal menunggu sebulan atau lebih lagi untuk terbang balik semula.

Kawasan sekitar Ortakoy Square yang dipenuhi kafe, restoran, galeri seni dan kedai artisan, menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati bayu segar selat Bhosporus sambil memberi makan kepada burung merpati yang terbang rendah. Tambahan pula, pagi ahad adalah masa untuk pasar seni terbuka di Ortakoy. Lambakan manusia yang datang dari sekitar Istanbul yang berjual beli barang kemas, cenderahati, buku, barang antik dan perhiasan lain adalah port yang baik untuk Raykal mencari rezeki. Langit sedikit mendung pagi itu, tapi Raykal tetap meneruskan aktivitinya.

Kerusi lipat disiapkan. Mafla yang diikat di bahagian lehernya di bentang di hadapan. Keluarkan gitar dari beg, Raykal petik tali untuk nota-nota bunyi yang disusun seindahnya. Kali ini Raykal nyanyikan lagu yang ditulisnya sendiri.


                 like the rain that fell
                 unites the sky and the earth
                 even they're far apart

                 with the flowing Bhosporus
                 the two ground separated
                 but yet connected with bridges

                 and I'm with my prayer
                 uniting hope and destiny


Dan akhirnya, dari corong bunyi Buyuk Mecidiye Camii (masjid Ortakoy), azan berkumandang menyambut waktu zohor dan hujan yang turun untuk jiwa Raykal..



Wednesday, May 21, 2014

kerongsang untuk Ana.




staring at the ceiling in the dark
same old empty feeling in your heart

staring at the bottom of your glass
hoping one day you'll make a dream last
but dreams come slow and they go so fast

maybe one day you'll understand why
everything you touch surely dies..

Kopitiam Kotaraya. Hujan. Dinding kaca tepi meja Ray basah dari luar. Passenger 'Let Her Go' dipasang perlahan pada corong bunyi, cukup masuk dengan bunyi hujan. Secawan Mexican Cappucino, kamera hitam dan buku Kahlil Gibran, Sayap-sayap Patah. Tipikal jiwa Ray. 

Sementara menungggu, pada sehelai kertas memo sederhana Ray menulis sesuatu. Tidak lama, Ana datang dengan sekaki payung lutsinar. Semacam biasa, dengan blausnya. Kali ini warna krim. Rambut ikal mayang panjangnya diikat pada paras bahu. Ana melangkah masuk ke dalam kopitiam. Ray lipat kemas kertas yang ditulisnya tadi. Selit dalam buku.
"Kenapa nak jumpa aku tiba-tiba dengan hujan begini."
"Duduklah dulu. Nak minum? Macam biasa?"
"Hmm, okay."
Ray angkat tangan ke arah waiter. Meminta untuk datang ke meja mereka.
"Peanut Buttercup Hot Chocolate for her please."
Sunyi sebentar. Ana menatap Ray. Ray cuba membuang pandang daripada itu. Tidak seperti biasa. Akhirnya, Ray tekad. Biar segalanya segera selesai, dia tidak mahu berlama di situ.
"Ana. Mungkin ini terlalu mengejut. Tapi, aku dah fikir masak pasal ini. Its a tough decision for me. For both of us perhaps."
"Ray? What do you mean by that?" 
Kotak kecil warna puteh berbalut reben merah Ray keluarkan dari beg sandangnya. Kertas yang diselitnya dalam buku juga dikeluarkan. Kedua-duanya didorong sekali ke arah Ana.
"This is for you."
"Apa ni?" 
"I can't explain everything here, Ana. Its too complicated. You know I'm not good with words. So, aku cuba tulis sesuatu dalam ini. Aku pun tak pasti kau akan faham atau tidak. Ah.. tapi aku harap kau faham."
"But, Ray.."
"Ana, lets break up.." 
Sejurus itu, kamera hitam dan buku Ray masukkan ke dalam beg. Ray bangun dan meninggalkan tip bayaran untuk 2 cawan yang ditempah mereka. Ray melangkah meninggalkan Ana yang senyap sendirian dengan kedinginan. Kaku terpana. Ray terlalu laju dalam beberapa saat.

Ana membuka balutan reben merah pada kotak puteh. Kemudian mengangkat perlahan penutupnya. Ada cahaya bersinar-sinar dari dalam kotak. Segugus kerongsang bunga ros merah. Cantik.

Ana terpaku lagi. Lipatan kertas pula dibukanya. Dakwat hitam memenuhi halaman yang terlipat ke dalam. Ana membacanya diam-diam sendirian. Dalam pada itu, sepertinya hujan telah beralih masuk ke dalam kopitiam itu dan jatuh mengalir di pipi Ana.

Kerongsang tu untuk kau dan penjelasan aku ada dalam 17:32 dan 24:31. Kalau kau tak tahu, itu ayat al-Quran. Kau carilah.
Ini yang aku belajar dalam usrah. Aku minta maaf Ana.

Diluar, Ray melangkah pergi meninggalkan kopitiam. Langkahnya kurang yakin. Cuba untuk tidak memandang bayang yang ditinggalnya. Masih tidak berani, Ray memandang juga sekilas ke belakang. Dengan perlahan berbisik, entah kepada siapa. Kepada hujan barangkali.
"Kerongsang itu harapan aku untuk kau. Aku doakan kau. Aku akan tunggu apa kata takdir untuk kita.."

well you only need the light when it's burning low
only miss the sun when it starts to snow

only know you've been high when you're feeling low
only hate the road when you're missin' home

only know you love her when you let her go
and you let her go..



[the end]



______________________________________________
cerita orang orang yang mengantuk dan tak mahu tidur.
ok, dah boleh sambung tulis thesis.. keh keh keh. 


Friday, February 28, 2014

laki-laki & perempuan febuari.



google's image.



29 Febuari 2014.
7.58 malam.
Kepulauan Nami.

Usai ba'diyah maghrib, Umar capai Al-Quran cokelat dari meja belajar. Buka zip. Kemudian selak ke muka surat yang ditanda dengan tali hijau untuk meyambung bacaan kelmarin.

Halaman 353 - 354.
Umar cuba membaca dengan penuh hemat, memastikan bacaannya mengikut peraturan tajwid. 

Selesai dua halaman, Umar berhenti. Diulang semula dari ayat pertama yang dibacanya tadi. Kali ini, terjemahannya dalam bahasa melayu. Sekadar membaca terjemahan, tidak menafsir. Surah An Nur. Pada halaman 353, tercatat ayat 29 - 31. Penuh memuatkan perintah untuk menjaga batas aurat, pergaulan dan ikhtilat sesama laki-laki dan perempuan. Ah, terlalu banyak yang Umar langgar. Umar malu sendiri.

Terus mentadabbur. Kemudian, ayat 32 dalam halaman 354.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Umar terhenti sebentar. Umar ulang baca semula ayat 32 itu. Teringat beberapa hari lepas. Di bawah redup samar cahaya bulan ketika bayu laut malam berdendang gembira bertemu pasir pantai indah nian. Bersama para ikhwah senior berbulatan di tepian pantai. Mendengar pelbagai kisah dan perkongsian berkenaan pengalaman berBaitul Muslim masing masing.

Umar flashback satu persatu kisah itu. 

Akhirnya, Umar tak sempat menghabiskan bacaan terjemahan. Fikirannnya sudah jauh melayang. Seperti layang layang keputusan benang.

.....

29 Febuari 2014.
8.10 malam.
Kepulauan Jeju.

Di garisan longitud khatulistiwa yang sama tapi dengan sedikit perbezaan latitud, Natasha sedang tekun mendengar dan mencatat setiap bait yang dituturkan oleh kakak murabbiyah dalam halaqah mingguan mereka.

Natasha angguk angguk. Pen Stabila dakwat hitam menari-nari di atas buku catatan cokelatnya. Tekun.

"Kita refresh semula. Adapun tingkatan kedua dalam maratib amal dakwah yang digagaskan oleh Imam Hasan al Banna ialah tingkatan Baitul Muslim. Yakni, para daie yang benar itu tidak akan selamanya berdiri di anak tangga Fardhu Muslim. Mereka perlu ada kemahuan untuk meneruskan wawasan dakwah pada tingkatan yang lebih tinggi. Membina keluarga muslim adalah anak tangga yang menjadi penghubung kepada tingkatan dakwah membina masyarakat muslim. Tidak boleh tidak, anak tangga ini mestilah ditapaki terlebih dahulu sebelum naik ke tingkatatan seterusnya itu. Jika tidak, antunna boleh jatuh tergolek berguling guling kalau suka suka hati melangkau naik. Mengerti kalian?"

Natasha berhenti menulis sebentar. Dia mengangkat muka daripada menghadap buku catatan. Menatap beberapa saat wajah murabbiyahnya yang berkacamata jernih. Pandangan kosong. Matanya tak berkedip dalam tempoh itu.

"Ya Natasha, ada soalan?"

Natasha kedipkan mata. Sapaan murabbiyahnya itu sedikit mengejutkan.

"Err, takde takde."

Akhirnya, Natasha hilang fokus dalam halaqah itu. Dia antara dengar dan tidak dengar sahaja apa yang dikongsikan. Mengelamun, terbang melayang. Seperti layang layang keputusan benang.

.....

30 Febuari 2014.
3.01 pagi.
Kepulauan Nami.

Umar tersedar dari tidurnya yang baru sejam. Lewat ke katil malam itu kerana menyambung sedikit kerja menulis laporan projek sarjana muda. Lusa harus bertemu penyelianya lagi untuk membentangkan perkembangan projek.

Pagi itu ada perlawanan bola liga juara juara eropah. Tapi, Umar tidak bangun untuk itu. Awal awal lagi dia sudah menolak pelawaan janjitemu teman seManchester Unitednya di Kafe Bistro. Alasannya, esok ada hal di awal pagi. Takut terlambat bangun.

Tapi, sebenarnya Umar ada agenda lain. Ada sesuatu yang perlu 'dibincangkan' dengan Tuhan. Dan dia perlu masa masa sunyi sebegini untuk itu.

Umar bingkas bangun persiapkan diri untuk 'perbincangan' itu.

.....

30 Febuari 2014.
3.13 pagi.
Kepulauan Jeju.

Natasha dikejutkan oleh murabbiyah, mengajak untuk qiam bersama. Rutin dalam rumah yang didiami oleh 6 orang akhawat yang masih menuntut di universiti. Seronok tinggal serumah begitu. Hidup dalam biah solehah. Berdampingan dengan teman teman yang sentiasa menjaga dan memperingat.

Natasha terkadang malas malas juga untuk ikut qiam sekali. Biasalah, belum lagi menjadi mujahidah sejati. Tapi malam itu Natasha bersemangat. 

Ada sesuatu yang perlu 'dibincangkan' dengan Tuhan.

Natasha bingkas bangun persiapkan diri untuk 'perbincangan' itu.

.....

30 Febuari 2014.
4.01 pagi.
Kepulauan Nami dan Kepulauan Jeju.

Di atas dua sejadah petak, dua sosok manusia menadah tangan. Seorang berbaju melayu cekak musang, kain sarung cap gajah duduk dan kopiah putih. Manakala seorang lagi bertutup lengkap dengan telekung puteh susu, made in pakistan.

Keduanya berbicara dalam nada yang hampir serupa. Penuh khusyuk dan tawadhu'. Ada harapan besar terselit sama.

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. 

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. 

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. 

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. 

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. 

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. 

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. 

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Maka pada malam itu, sepasang doa terbang naik ke langit dengan sayap masing masing. Meski antara pemilik kedua sayap itu tiada pernah bertemu dalam dimensi lingkungan dunia manusia, apatah lagi untuk kenal sesama sendiri, tapi mereka bersatu dalam doa yang sama.

.....

30 Febuari 2019.
9.55 malam.
Kepulauan Apa-apalah.

5 tahun kemudian..










Malaslah nak taip lagi. Tak reti.
Anda bayangkanlah sendiri macammana sambungannya ya.

(o_o)

Monday, January 20, 2014

seindah bougainvillea 03.



[poto]
 
   Kringgg! 
   
   Kringgg! 

   Loceng tamat sesi persekolahan bergema serata perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Manggis. Selepas berdiri memberi penghormatan dan terima kasih kepada guru yang mengajar mereka, Man mengemas segala peralatan sekolahnya. Dimasukkan dan disusun cermat ke dalam beg galas jenama Angsa. Siap. Man terus bergegas mendapatkan ibunya di luar pagar sekolah.

   Terus saja Man menghulurkan salam kepada ibunya. Dicium hangat telapak tangan berurat keras itu. Mak Senah masih berjualan kuih ketika itu.
"Macammana kelas Man, ok tak?"
"Ok mak. Ada dapat kerja sekolah sikit  tadi. Kuih habis dah mak?"
"Ada lagi sikit tak habis. Kejap lagi habis la ni."

   Tidak lama, kuih terakhir Mak Senah siap dijual semuanya. Mak Senah mengemas barang-barang berjualannya. Man tanpa disuruh, pergi mendapatkan basikal tua yang disandarkan pada pagar sekolah di belakang tempat emaknya berjualan. Dibawa ke hadapan agar mudah emaknya memasukkan segala barang-barang ke dalam bakul basikal.

  Selepas itu, dua beranak itu pulang berdua. Mengayuh basikal. Mak Senah masih lagi menjadi pengayuhnya. Dan Man masih duduk dibelakang membonceng.

   Selama hampir 6 tahun, basikal tua membawa dua beranak itu ulang alik ke sekolah. Jarak antara rumah dan sekolah tidaklah jauh. Hanya sekitar satu setengah kilometer. Jika dihitung bilang, mahu hampir 1000 kilometer telah Mak Senah berulang alik kayuh basikal peninggalan arwah suaminya itu sejak hari pertama Man masuk ke sekolah sehingga hari itu. Kalau dibandingkan, hampir sama jaraknya daripada selatan Johor ke utara Perlis jika melalui Lebuhraya Utara Selatan. Itupun, masih berbaki lebih 100 kilometer kayuhan Mak Senah. Betapa kuatnya Mak Senah untuk anaknya seorang itu, Man.

   Sepanjang perjalanan pulang, Man bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang sesi persekolahannya pada hari itu. Apa yang dibelajarnya, kawan-kawannya, guru-gurunya dan apa sahaja tentang sekolah. Mak Senah akan mendengar penuh berminat sambil keringat jernih mengalir perlahan dari ubun-ubun ke dahinya.
"Man, mak tanya sikit boleh?"
"Tanya je mak"
"Man suka tak sekolah kat sini?"
"Emm, suka. Ramai je kawan. Cikgu pun semua baik-baik. Kenapa Mak? Mak dengar cerita Man, macam Man tak suka sekolah kat sini ke?"
"Hmm, takdelah Man. Saje je Mak tanya."

   Senyap sebentar antara mereka. Hanya bunyi rantai basikal yang berpusing, menukar tenaga kayuhan Mak Senah kepada putaran roda basikal kedengaran. Awan dan matahari juga senyap jauh di atas mereka. Sekali sekala ada bayang-bayang burung yang berterbangan melintasi dua beranak itu.
"Man, kalau sekolah arsama penuh tu bagus ke?"
"Asrama la mak. Bukan arsama."
"Haha. Yeke? Mak tak tahu la Man."
"Bagus jugak sekolah tu Mak. Cikgu-cikgu selalu cerita, siapa yang masuk sekolah asrama penuh tu masa depannya cerah nak masuk universiti. Ustazah Nur pun pernah bagitau, sebelah kaki dah ada kat universiti kalau sekolah kat asrama penuh. Jadi Man fikir, sebelah kaki lagi kat sekolah la. Maksudnya, kene berkangkang la mak. Hahahaha."
"Macam tu pulak. Kamu ni, ada-ada je."
"Hehe. Kenapa Mak tanya?"

   Soalan terakhir Man itu menyampaikan mereka ke perkarangan rumah. Man pun turun dari basikal dan segera mendapatkan  barang-barang di bakul hadapan basikal. Soalannya tadi tidak berjawab. Tapi, Man tidak kisah pun.
"Man, lepas ni pergi mandi ya. Lepas tu makan, solat dan tidur."
"Baik mak."

   Mak senah berehat sebentar di beranda rumah. Menghilangkan lelahnya mengayuh basikal. Bunga-bunga di halaman rumah diperhatikan satu persatu. Semua masih subur. Kelopaknya mekar. Mak Senah senang. Sememangnya, hobi Mak Senah ialah menanam bunga. Dan sudah tentu, halaman rumahnya penuh dengan bunga pelbagai jenis. Meski rumahnya itu tidaklah berapa cantik, hanya rumah kayu lama, tapi bunga-bunga yang di tanam Mak Senah menjadikannya indah. Dengan aroma, warna-warninya dan cerita yang pernah tertanam sama pada setiap pohon-pohon bunga itu. Meski tidak semua orang tahu, Mak Senah suka menikmatinya sendiri.

  Paling disukanya adalah sepohon bunga kertas merah jambu dan putih. Terletak di sebelah kanan tangga naik ke rumah. Pohon bunga yang penuh nostalgia antara dia, arwah suaminya dan Man. Pohon itu ditanamnya ketika awal dia mengandungkan Man. Dua warna pada bunganya adalah hasil kerja tangan Mak Senah yang 'mengahwinkan' pohon asal dengan baka dari pohon lain. Kelopak bunga kertas merah jambu mewakili Mak Senah dan kelopak putih adalah arwah suaminya. Manakala setiap batang dan ranting yang tumbuh adalah Man yang semakin menginjak dewasa. Puisi pada pohon bunga yang cukup indah.
"Mak, jomlah makan."
   Sapaan Man mengejutkan Mak Senah. Segera Mak Senah naik ke atas rumah.
"Mak panaskan dulu nasi ni ye Man. Tolong masukkan basikal kat depan rumah tu Man."
"Ok mak."

   Sambil menyiapkan makan tengahari, Mak Senah teringat akan surat tawaran Man. Malamnya nanti barangkali. Biarlah Man berehat dahulu petang itu.


[episod 3 dan bersambung..]
_episod 2
_episod 1

Saturday, December 28, 2013

gadis penjual bunga.


[kundasang]

   Awal pagi, hujung minggu di penghujung disember sekitar Pekan Kundasang. Ven keluar bersiar-siar dengan basikal. Kamera hitam bergantung di dada. Angin lembut menemaninya. Sebetulnya Ven tiada tujuan khusus mahu keluar. Hanya bersiar-siar. Menyusuri laluan indah sepanjang kaki pergunungan Kinabalu, penuh dengan abstrak-abstrak natural lukisan alam. Ladang teh kehijauan, kebun sayuran segar, dusun buah ranum dan taman bunga warna-warni. Hawa sejuk, langit redup dan burung bebas yang berterbangan riang turun dari puncak Kinabalu. Ah, apakah puisi terbaik untuk menggambarkan ketenangan itu?

   Sepanjang tepian jalan, ada pelbagai gerai-gerai dibuka. Semuanya hanya bermodalkan alam. Setiap kali melalui gerai-gerai itu, Ven akan melemparkan senyuman manis sambil melambai kepada pemiliknya. Dan pastinya, ia akan disambut dengan ramah dan bahagia.

   Ven melalui sebuah gerai bunga. Raudah al-Zahra. Jelas terpampang papan tanda kayu di hadapan gerai itu. Ros, Camelia, Dahlia, Daisy, Flora, Olive, Poppy, Rose, Jasmin dan Lily. Aneka bunga-bunga mekar. Segar, wangi dan indah.

   Di satu sudut, kelihatan seorang gadis sedang sibuk menyusun atur bunga-bunga di dalam pasu yang diperbuat daripada seramik. Kerana gadis itu menghadap ke belakang, Ven tidak dapat melihat mukanya. Tapi, Ven tidak kisah siapapun dia. Ven lebih tertarik pada bunga-bunga di gerai itu.

   Tidak jauh dari gerai itu, Ven berhenti sebentar. Menyandarkan basikal di pohon Meranti rendang. Kamera, Ven angkat ke paras muka. Ven fokuskan lensa ke arah bunga-bunga di gerai itu. Dan Ven pun klik dua tiga kali. Kemudian Ven tengok hasilnya. Gambar-gambar itu sedikit kabur. Tidak berpuas hati, Ven angkat lagi kamera. Kali ini, Ven lebih teliti dengan fokus lensanya.

   Klik lima enam kali. Ven terus tengok hasilnya.

   Gambar pertama, jadi. Gambar kedua pun jadi. Lighting. Angle. Semua tepat. Sayang, gambar ketiga sedikit gelap. Ada bayang-bayang manusia yang sedang berjalan. Gambar keempat langsung tak nampak bunga. Pandangan kamera ditutup total oleh sosok belakang  gadis di gerai bunga itu. Gambar kelima, masih sama tertutup. Tapi dalam gambar kelima, gadis itu sosoknya separuh berpaling ke hadapan.
   
   Dan dalam gambar terakhir gadis berpaling total menghadap ke hadapan, jelas kelihatan wajahnya. Apron corak bunga matahari, tudung labuh hitam, baju lengan panjang warna merah jambu dan bahagian bawahnya hampir mencecah ke paras lutut. Lengkap juga berstokin di lengan dan kaki.

   Ven cuba tengok lebih dekat. Tapi, belum pun tekan butang zoom pada kamera..
   
   “Astaghfirullah!”

    Ven tepuk dahi. Cepat-cepat delete gambar terakhir itu.

   "Eh, siapa walinya?"

_____________________
* rekaan semata-mata.

                

Thursday, December 12, 2013

cerita hujan.



   Tik.. 
   
   Tak.. Tak..Tak..

   Tik.. Tik..

   Berantakan bunyinya laskar-laskar tetes hujan yang turun dari langit mendarat di lapangan atap atas bumbung. Formasi dibentuk. Lalu mereka bergerak seiringan menuruni laluan lengkuk-lengkuk beralun zink separa berkarat. Ada yang berguling. Ada yang melompat. Ada juga yang merayap. Akhir sekali mereka semua bertemu di tanah.

  Dua sosok menyaksikan persembahan tentera-tentera langit itu. Dari balik jendela lutsinar, di dalam kotak bilik segiempat tanpa pusingan kipas. Mereka bertukar-tukar suara.
"Temanku, Puteri Farsyiha Ellyza. Kau lihat itu, hujan turun lagi. Lebat. Padahal baru saja reda ba'da subuh tadi."
"Aku kurang jelas dengan nadamu Qaseh Aishea Zein. Bunyi hujan terlalu bingit. Apa kau suka atau mengeluh dengannya?"
 "Hmm. Aku juga kurang pasti. Kalau aku memilih untuk suka, apa aku berkira-kira keadaan mereka yang di sana, yang bergelut tenggelam dengan air? Dan bila aku mendengus benci, apakah aku sudah kufur dengan nikmat."
"Barangkali jawapannya ada pada tanah-tanah di bawah itu. Cuba kau tanyakan padanya."
 "Ha, memangnya kenapa? Eh, kau mahu aku bertanya pada tanah, Puteri Farsyiha Ellyza? Apa kau masih waras atau tidak?"
  Berkerut dahinya, Qaseh Aishea Zein. Melopong juga mulutnya. Lucu sekali memek mukanya.
"Hei, Qaseh Aishea Zein. Aku bercanda saja lah. Tapi, kalau memang boleh, aku rasa tanah memang ada jawapannya. Kerna mereka yang akhir sekali ditemui oleh tetes-tetes hujan. Kan. Pasti hujan menceritakan perkhabaran apa yang dibawanya dari langit"
"Ha, sepertinya kau benar. Tapi, itu mustahil. Mereka itu makhluk tanpa roh."
"Ya. Imijinasiku terlalu tinggi."
  Begitu perbualan mereka berhenti, hawa sejuk hujan mendodoikan mereka berdua. Sehingga mereka terlena sepi.

  Maka hujan dan tanah pun memulakan perbualan mereka.
"Hahahaha. Ada yang membicarakan perihal kita tu."
  Berdekah ketawa-ketawa daripada Sang Tanah. Sang Hujan pula tampaknya kurang senang.
 "Tanah, aku justru kasihan pada mereka. Mereka selalu tersilap membaca surat kiriman Tuhan melalui aku. Barangkali aku yang silap dalam menyampaikan. Padahal, semua isinya sekadar tentang rahmat dan cinta Nya. Mengapa begitu sukar."
"Maafkan aku Hujan. Aku bahkan kasihan padamu. Kau sudah melakukan yang terbaik sebenarnya. Tapi, manusia lah yang tidak pandai membacanya. Jauh lebih dari itu, aku begitu kagum padamu. Saban waktu, kau lebih banyak menerima keji dan caci dari manusia. Tapi, kau terus saja dengan konsistensimu menyampaikan rahmat dan cinta Nya."
"Itulah sebenarnya yang aku takutkan Tanah. Aku seringkali malu untuk naik semula ke langit Nya di atas, padahal tugasku tidak sempurna di bumi."
"Jangan begitu kawan. Kau tahu? Ini, semua pohon-pohon indah yang aku tumbuhkan. Mereka menjadi kesukaan manusia dengan redup teduh dan manis buahnya."
"Kau beruntung Tanah. Mudah sekali manusia membaca mesej cinta Tuhan yang ada padamu."
"Aku belum selesai menerangkan, Hujan. Semua ini adalah budi darimu. Kau yang menyuburkan aku. Tanpa kau menyirami, aku hanya gurun gersang dan kontang. Padaku, kau sebenarnya wira. Wira yang tidak punya bayang-bayang. Tidak pernah ditahu akan kewujudanmu. Kau hebat Hujan!"
"Ah, pujianmu terlalu Tanah."
  Sang Tanah tersenyum. Indah sekali temannya itu, Sang Hujan. Rendah hati dan istiqamahnya, sungguh luar biasa.

  Paling Sang Tanah suka, Sang Hujan selalu saja melukis pelangi untuk teman-temannya di bumi. Katanya, itu hadiah dari Sang Matahari. Padahal, Sang Matahari cuma memberikan warna. Sang Hujan pula yang melukisnya.

  [Tamat]


  Hey, aku ingin menjadi seperti Sang Hujan!


Thursday, October 17, 2013

seindah bougainvillea 02.

[poto]

  Flashback.

  Imbau semula.

  Petang yang damai. Angin sepoi-sepoi bahasa melayu nusantara. Mak Senah menyapu laman rumah. Daun-daun kering pohon mempelam. Jatuh gugur meninggalkan dedaunan hijau yang masih baru dan segar. Sinonim dengan helaian rambut Mak Senah yang terselindung di balik tudung lusuhnya. Ada yang masih hitam berkilau. Ada yang sudah memutih. Menunggu masa juga untuk gugur.

   Sebuah kereta. Kancil. Warna putih. 4 rodanya seiringan berpusing. Masuk ke laman rumah Mak Senah. Seorang wanita muda menolak keluar pintu kereta.
“Assalamualaikum mak cik. Apa khabar?”
   Cikgu Nur. Mengajar bahasa inggeris. Cikgu-cikgu sekolah, murid-murid dan penduduk  sekitar kampung memanggilnya dengan gelaran ‘ustazah’. Ustazah Nur. Sebab dia bertudung labuh. Cikgu Nur tidak kisah.
“Waalaikumsalam ustazah. Alhamdulillah, sihat. Lama tak datang rumah mak cik.”
   Mak Senah sandar penyapu ke pohon mempelam. Bersihkan tapak tangan dengan kain batik yang dipakainya. Sambil senyum, Mak Senah hulur tangan. Mereka bersalaman. Peluk sekali.
“Hmm, tu la mak cik. Rindu nak datang sini. Man ada mak cik?”
   Sekolah Kebangsaan Rambutan. Sekolah rendah tempat Man belajar dahulu. Sekolah rendah tempat Cikgu Nur mengajar sejak setahun lalu. Sekolah kampung. Sekolah kecil.

   Sekolah tersebut mengamalkan system ibu(cikgu) dan anak(murid) angkat. Khusus untuk pelajar darjah 6, yang akan mengambil UPSR. Memudahkan sekolah memantau dan membantu perkembangan akademik mereka.

   Semasa cabut undi untuk memilih anak angkat masing-masing, Cikgu Nur dapat nama Man. Seorang lagi adalah Zaim, rakan sekelas Man. Maka, Cikgu Nur agak rapat dengan Man dan Mak Senah. Walaupun Man sudah tamat sekolah rendah, Cikgu Nur tetap menjaga Man. Seperti anak sendiri. Cikgu Nur pun masih bujang. Sayang nak lepaskan ‘anak pertamanya’ itu.
“Man pergi kedai. Mak cik suruh beli barang sikit. Nak buat kuih. Naiklah ke rumah ustazah. Minum-minum kejap.”
“Eh, takpela mak cik. Saya datang kejap je ni. Ada surat untuk Man. Sampai kat sekolah semalam. Guru besar minta saya sampaikan. Kejap ea, saya ambil dalam kereta.”
   Cikgu Nur kuak pintu hadapan kereta, sebelah kiri. Buka dashboard. Sampul surat berwarna coklat. Saiz besar sedikit daripada kertas kajang. Di bahagian hadapan sampul surat, tertulis 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA'. Di bawahnya, ada nama penuh Man dan  alamat penuh Sekolah Kebangsaan Rambutan. Cikgu Nur hulur kepada Mak Senah.
“Surat apa ni ustazah?
“Mak cik bukalah.”
“Kalau buka je, mak cik boleh. Tapi, ustazah tolong bacakan ye. Mak cik ni tak berapa sangat baca tulisan rumi ni. Jawi bolehlah.”
   Mak Senah hulur semula sampul surat kepada Cikgu Nur. Sambil itu Mak Senah pelawa Cikgu Nur duduk di tangga rumah.

   Cikgu Nur baca penuh teliti butiran-butiran dalam surat. Cikgu Nur baca senyap. Lepas habis baca, Cikgu Nur pandang Mak Senah sambil senyum. Manis. Mak Senah tak respon apa-apa.
“Surat tu kata apa Ustazah?”
“Alhamdulillah mak cik. Man diterima masuk SBP. Sekolah Berasrama Penuh Teratai. Panggilan kedua.”
   Cikgu Nur kekal senyum. Tumpang bangga. Man, anak didiknya. Masuk SBP.

  Mak Senah tertunduk ke bawah. Senyum. Kemudian, ditariknya lengan baju. Kesat air mata. Tangisan dalam senyuman. Entah gembira. Entah sedih. Mak Senah ambil surat yang dihulur Cikgu Nur. Tidak dibaca. Belek-belek. Diraba-rabanya saja.
“Bila Man kena mendaftar Ustazah?”
“28 haribulan. Dua minggu lagi.”
“Sekolah tu kat mana ustazah? Jauh tak?”
“Daerah sebelah mak cik. Dari sini, dalam 4 jam perjalanan.”
“Jauh tu ustazah.”
   Tiba-tiba raut muka Mak Senah berubah. Sedikit gusar. Pelbagai perkara mula mendatangi kotak fikirannya. Cuba meredakan risaunya, Mak Senah bangkit. Diambilnya bekas menyiram bunga. Isi air. Pohon bunga di halaman rumah yang baru disiram sejam lepas, disiramnya lagi. Tidak disedari oleh Mak Senah. Cikgu Nur perasan akan perubahan Mak Senah.
“Tak pe Mak Cik. Nanti kita pergi sekali. Kereta saya boleh je jalan jauh.”
“Yurannya mahal tak ustazah?”
“Man dapat pengecualian yuran mak cik. Jangan risau. Semua akan baik-baik saja. Sekolah ni bukan calang-calang. Masa depan Man cerah mak cik. Alhamdulillah.”
“Hmm, terima kasih banyak ustazah. Nanti saya bagitau kat Man.”
   Tidak lama kemudian Cikgu Nur pun beransur pulang. Sempat berpesan kepada Mak Senah, dia akan datang lagi hujung minggu nanti. Membantu Man buat persediaan.

   Mak Senah masuk ke dalam bilik. Di letaknya surat itu di atas meja. Bimbang kalau-kalau sampul surat itu hilang terbang dibawa angin, Mak Senah pindahkan pula ke bawah bantal. Masih merasa tidak selamat, Mak Senah selit  bawah tilam.

   Sebenarnya Mak Senah masih risau. Bukan kerana tiada kenderaan mahu ke sana. Dia dan Man biasa naik bas, dekat atau jauh. Bukan soal yuran. Cikgu Nur sudah maklumkan bahawa Man diberi biasiswa. Kalau pun ada perbelanjaan lain, Mak Senah masih ada duit simpanan sedikit sebanyak. Barang-barang kemas semasa kahwin dulu masih ada untuk digadai. Dia sudah lama bersedia untuk itu. Untuk Man.

   Man, satu-satunya anak yang dia ada. Harapannya. Man juga satu-satunya peneman hidup Mak Senah.

   Kalau Man masuk asrama, siapa pula yang akan menemaninya nanti. Siapa yang akan diajaknya berbual, bergurau senda. Siapa yang akan membantunya menyiapkan nasi kuning setiap malam. Siapa yang akan berjalan kaki bersama-samanya ke sekolah setiap hari selepas subuh. Ah, satu-persatu ‘siapa’ muncul di fikirannya.

   Air mata mengalir perlahan menuruni lurah pada raut berkedut wajah Mak Senah. Begitu hangat membasahi. Dibiarkan saja. Tidak mahu diseka. Mak Senah sudah lali dengan air mata. Sejak pemergian suaminya. Tapi, tidak di hadapan Man. Man tidak lahir untuk menadah kesedihannya.
“Assalamualaikum. Makk. Ooo Makk.”
   Lamunan terhenti. Mak Senah segera seka air mata. Masuk ke bilik air. Basuh muka.
“Man. Dah beli semua barang yang mak minta tu?”
“Dah mak. Tapi, Susu Cap Junjung dapat beli 1 tin je. Dah habis stok kata Tauke Lim.”
   Man tunjuk barang-barang yang dibelinya di Kedai Runcit Kita. Penuh satu plastic hitam.
“Hmm, takpe la.”
“Eh, kenapa mata mak? Mak nangis ke?”
“Takde la. Ha, baju kat ampaian mak tak pungut lagi. Tolong Man.”
   Mak Senah cuba mengelak. Di ambilnya plastic berisi barang-barang dari tangan Man. Segera masuk ke dapur. Man terus saja turun ke ampaian. Dia kenal benar emaknya. Walaupun Mak Senah cuba sembunyi, Man tahu emaknya menangis lagi. Tapi, Man lebih faham bahawa emaknya itu mahu dia tidak risau. Di usia 13 tahun, Man sudah matang dalam pelbagai perkara.

   Diam-diam, Man berbisik perlahan.
“Apa pula kali ini mak?”
   Man cuba untuk tidak menangis. Man cuba. Tapi, tumpah juga..
             

[episod 2] 
panjang pulak..

Saturday, October 12, 2013

seindah bougainvillea 01.

[poto]
   
   Hari selasa.

   Malam rabu.
   
   Esok sekolah.
                
   Selesai kerjarumah matematik tingkatan satu. Man keluarkan baju sekolah daripada bakul plastik yang berisi kain-kain yang sudah kering dijemurnya petang tadi. Man tarik sekali sehelai kain pelikat kotak-kotak. Lipat dua. Kemudian bentangkan di sudut rumah. Man siapkan seterika besi berisi arang api. Jimat elektrik.

“Mak. Ooo mak.”
         “Ya Man. Mak kat dapur ni.”

   Perlahan suara serak Mak Senah menyahut daripada dapur.   
“Butang baju sekolah Man tercabutlah. Tolong pasangkan boleh tak mak?" 
“Kejap lagi sayang. Mak habiskan dulu bungkus nasi kuning ni ya.”
   Man masuk ke dapur.

   Rutin harian setiap malam Mak Senah. Menyiapkan nasi kuning dan kuih muih. Setiap pagi hari persekolahan, Mak Senah akan menghantar Man ke sekolah. Dia akan duduk di pondok menunggu bas di luar pagar sekolah dengan nasi kuning dan kuih muih. Murid-murid sekolah akan mengerumuninya setiap kali waktu rehat dan waktu pulang sekolah. Untungnya tak banyak. Tapi, dapatlah tampung sedikit sebanyak duit sara hidup mereka berdua. Man pun tak perlu beli makanan di kantin sekolah.

“Bagi Man buat la mak."   
“Hmm. Baju letak kat mana?”         
“Man gantung kat pintu bilik. Butang yang tercabut tu Man letak dalam poket baju.”        
   Mak Senah meninggalkan Man sendirian. Bekas tin biskut bentuk silinder pendek. Mak Senah keluarkan dari laci meja. Di dalamnya ada alatan menjahit.
                
   Tak lama kemudian, Mak Senah bersuara kembali. 
“Man, dah siap?”     
“Sikit lagi.”     
“Kalau dah siap, mari datang kat mak.”   
   Man segera menyiapkan bungkusan terakhir. Terus mendapatkan maknya.   
“Ada apa mak?”        
“Tolong  mak masukkan benang dalam jarum ni.”      
“Oh. Meh jarum tu.”      
   Mak senah hulur jarum. Man ambil.
“Mata mak ni dah tak nampak dah Man. Tunggu masa je nak tertutup terus. “
“Ish mak ni. Ada-ada je. Bagi benangnya mak.”
   Mak Senah hulur utas benang putih. Man ambil.

   Senyap sebentar antara mereka. Cengkerik di halaman rumah berentap suara.  Sambil burung-burung malam bernyanyi riang memuji pasangan masing-masing. Purnama menjadi metafora puisi-puisi mereka.

       Diam-diam Mak Senah perhatikan sosok figura anak lelakinya itu. Begitu pantas masa berlalu. Seperti baru semalam dia mendengar sayup-sayup suara suaminya mengalunkan azan menyambut kelahiran Muhammad Azman bin Talib, nama yang diberikan kepada anak tunggal mereka. Anak yang lahir bersama harapan dan cita-cita baru buat mereka bertiga.

   Tapi, itu 13 tahun lepas. 

   Kini suaminya itu sudah tiada. 

   Tinggal dia dan Man berdua.

   Tiba-tiba Mak Senah teringat surat yang disimpannya di bawah tilam petang tadi. Tak semena-mena matanya bergenang. Segera dikesatnya sebelum butir-butir jernih tumpah. Mujur Man tak perasan. Dalam hati, Mak Senah bermonolog;

   "Ya Allah, apakah ini rahmat atau musibah?"


[episod satu]

Friday, July 26, 2013

kosu + oreo.

   Balik dari tarawih, Kid bancuh kosu(kopi+susu). Siap segelas. Kid tiup sikit-sikit dan slurrpp.. Wah, menyegarkan! Hujan malam malam begini, memang best minum kosu panas.

   Kid keluarkan biskut Oreo dari peti ais. Kid putar. Kid jilat. Kid celup. Dan Kid..

   Alamak, biskut terlepas! Tenggelam. Cepat selamatkan sebelum biskut mati lemas. Kid hirup kosu laju laju sampai nampak biskut.

   Eh, air kosu masih panas. Arghhh!

   Ah, Kid baru celup satu biskut Oreo dalam kosu. Dah habis segelas. Bukan diminum. Tumpah. Tersembur. Hmm, nasibla Kid..

  "Eh, kau tak tidur lagi?" 
   Zal mengejutkan Kid yang sibuk mengelap membersihkan tumpahan kosu di meja makan.
"Awal lagi. Baru pukul 11. Aku bancuh air tadi. Tak tersengaja, tumpah pulak. Eh, kau pun tak tidur jugak. Buat apa malam-malam ni?"
"Nak minum air sikit. Layan citer indon. Best kot." 
"Citer apa?"
"Sinetron Ketika Cinta Bertasbih spesial Ramadhan. Ada 10 episod lagi nak habis." 
"Ouh, tadi kau tak tarawih lagi malam ni sebab tu la ea?"
"Emm, a'ah. Aku nak habiskan sebelum raya ni. Hehe. "
  Kid penuhkan segelas air masak dalam cawan kaca jernih. Kid hulur ke Zal.
"Nah, air masak."
"Terima kasih. Ramai orang kat masjid tadi?" 
  Selesai membersihkan tumpahan kosu tadi, Kid duduk sebelah Zal.
"Awal-awal ramai. Nak penuh jugak dewan solat utama tu. Tapi, lepas lapan rakaat, tinggal 2 saf je."
"Hmm, biasalah tu. Aku pun kalau pegi ambil lapan je. Okeyla daripada takde kan."
  Sunyi sebentar. Krik.. krik.. krik.. Cengkerik di luar jendela.
"Zal, esok subuh teman aku pegi hias masjid boleh? Kita pergi naik motor aku. Asyik tengok cinta je yang bertasbih, kau tu bila nak bertasbih?" 
"Ha? Err, hias masjid? A'ah la. Oke oke. Aku ikut kau."
  Malam itu Kid paksa Zal tidur awal. Bangun sahur sekali. Kemudian drive motor ke masjid berdekatan rumah sewa mereka. Suasana begitu hening subuh itu. Langit masih separa gelap. Bulan purnama masih tegak. Embun masih dingin.

  Sayup-sayup azan menyelinap merayap menerusi dedaunan pokok, menyeberangi jalanan dan menembus masuk jendela-jendela rumah yang terbuka.

  Dalam dingin subuh, hati Zal terusik. Mengenangkan nasib diri yang pertama kali Subuh di masjid selepas sekian lama. Begitu tenang dia rasakan menjadi sebahagian daripada jemaah subuh hari itu.

[Tamat]

* 18 ramadhan 1434.
* Semua mula asyik hias rumah masing masing. Rumah Allah, entah siapa nak hiaskan biar cantek.
* Indah rumah Allah itu bukan kerana perhiasan fisiknya, tapi jemaah yang tidak putus putus mendatanginya untuk mengharap redha.


Tuesday, March 19, 2013

best seller.

Ini cerita tentang Jo dan Kay. Sahabat baik. Dari tingkatan 4, tingkatan 5, matrikulasi sampai unibersiti. Tak pernah berpisah.

"Jo, kau dah habis baca buku 'Epilog Seekor Labi-labi Penakluk Dunia' aku tu?"

"Dah. Kenapa, aku dah terlebih tempoh peminjaman ke?"

"Takde lah. Saje tanya. Best tak?"

"Hmm. Not bad la."

"Eh, petang ni kau free?"

"Petang ni? Tak sure lagi. Ada apa?"

"Teman aku gi Kedai Buku Kebanggaan Rakyat. Nak usha buku baru. Bocer buku aku tak habis guna lagi."

"Oke. Aku on."

...

Petang itu, seperti yang direncanakan. Jo dan Kay pergi mengunjungi Kedai Buku Kebanggaan Rakyat berdekatan kolej kediaman mereka.

"Kay, kau rasa buku apa yang best ea?"

"Buku best? Kalau aku, aku akan cari buku-buku best seller. Mesti best punye lah."

"Ea?"

"Biasanya kedai ada display buku-buku best seller. Jom gi tengok kat depan."

Di sebuah rak berdekatan kaunter pembayaran, dipamerkan buku-buku best seller. Buku-buku dari pelbagai negara, bahasa dan genre. Semua ada. 'Cinta Kelas Tertinggi' karya Aisya Solehah, 'Hari Poter bersama Keldai Bemata Dua' tulisan Jay Kei Rowing, 'Lemas Dalam Pelukan Ukhuwah' keluaran Ulat Buku Production dan 'Shh, be quiet!' nukilan Wayne Rooney adalah antara buku-buku best seller  yang dipaparkan.

Kay belek buku tersebut satu persatu. Tengok cover. Kemudian dia terbalikkan. Baca sinopsis di belakang. Sekali-sekala Kay angguk-angguk kepala. Tertarik.

"Hmm, buku-buku ni semua aku dah baca." Memang sah. Kay ni ulat gonggok buku.

"Weh, gila kentang kau."

Jo pandang Kay. Kagum. Kay pandang Jo pulak. Kay kenyit mata kanan. Jo jelir lidah.

"Kay, aku gi bahagian belakang dulu pusing-pusing."

"Oke. Oke."

Jo kemudian berlalu meninggalkan Kay bersendirian. Hanyut dalam lamunannya. Terus membelek buku-buku best seller. Recall balik cerita setiap buku-buku tu barangkali.

Lima belas minit dua puluh lapan saat kemudian..

"Kay! Kay!" Terkocoh-kocoh Jo berlari mendapatkan Kay. Hampir saja terlanggar susunan buku-buku di tepinya.

"Ha, kenapa? Kau jumpa hantu dalam buku ke?"

"Aku dah jumpa best seller. Paling best seller! Aku rasa aku belum pernah tengok kau baca lagi. Kat rak simpan buku kau kat bilik tu pun belum ada rasanya."

"Ye ke? Kat mana? Kat mana?" Mata Kay bercahaya. Macam anime Jepun tu.

"Jom. Aku tunjukkan. Abang tukang susun buku tu bagitau kat aku tadi." Jo tarik tangan Kay. Kay follow je. Dua-dua semangat.

Jo dan Kay sampai di sebuah rak buku. Bahagian paling hujung belah kanan. Tengah-tengah.

"Ha, yang ni. Abang tu kata, yang ni memang best seller. Satu dunia baca. Cetakannya, entahlah sudah yang berapa. Bertahun-tahun, belum pernah berhenti. Dah diterjemah macam-macam bahasa pulak tu."

Jo keluarkan senaskhah daripada rak. Dia bagi Kay pegang. Tiba-tiba Kay nangis. Memang dia tak ada lagi best seller tu. Apa lagi nak dibacanya.

Kay terus ambil. Bawa ke kaunter pembayaran.

"Kak, tafsir al-Quran ni senaskhah berapa?"

anda sudah punya belum?

*Tafsir saya warna cokelat. Cokelat sedap. Eh, apa kaitan?