Saturday, February 19, 2011

kembali menulis

salam'alaikum..
agak lama blog 'saya punya' gersang tanpa ada post yang baru.Bukan disebabkan bosan,tapi sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti beberapa tempoh kebelakangan ini.Ditambah pula dengan kekeringan idea untuk menulis menyebabkan blog 'saya punya' sunyi..


di post ini,saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan aurat suara..

Apa hukumnya wanita bernasyid?

Wanita sebenarnya tidak salah bernasyid juga membuat persembahan nasyid.Tapi dengan beberapa syarat,iaitulah:
  • tidak ada penonton lelaki ajnabi
  • tiada bunyi muzik kecuali kompang dan seumpamanya
  • tiada permainan alat muzik kecuali kompang dan seumpamanya
Adapun lelaki ingin mendengar suara perempuan boleh,hanya jika ianya tidak menimbulkan fitnah.Tetapi adatnya suara perempuan yang dilenggok-lenggokkan akan mempersonakan hati lelaki.Maka jadi timbul fitnah..

Maksud fitnah itu ialah timbul syahwat atau keinginan nafsu dengan sebab melihat,menyentuh ,mendengar dan sebagainya.Sebagai contoh,seorang lelaki melihat muka perempuan ajnabi timbul rasa teringin kepadanya,dengar lenggok suara rasa tertarik hati,terbayang-bayang akan orangnya.Bahkan kalau dengan sesama lelaki mahupun pokok atau binatang sekalipun,jika timbul syahwat maka haram

Kesimpulannya,pastikanlah kita mendengar alunan bunyi muzik yang dibenarkan agama.Peliharalah pendengaran dan penglihatan kita agar kita selamat daripada azabNya di akhirat kelak..^_~


Saturday, February 5, 2011

kalau tuhan kita kenali..

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi



Kalau tuhan dikenali
Mawaddah



http://azwarrhosyied.files.wordpress.com/2009/04/lafaz_allah.jpg

Friday, February 4, 2011

pildacil


video
Sedikit perkongsian video.Video ini merupakan rakaman program mencari pelapis-pelapis daei masa depan,Pemilihan Daei Cilik atau singkatannya Pildacil.Program yang begitu baik untuk meneruskan penyebaran syiar Islam di masa kini mahupun masa depan kelak.Program seindah ini dikendalikan oleh sebuah syarikat media tv Indonesia,Lativi.

Tidak seperti di Indonesia,kanak-kanak Malaysia kini lebih didedahkan dengan program-program realiti seperti Idola Kecil,Kamilah Bintang dan sebagainya.Walaupun terdapat juga program realiti bercorak keagamaan dan kerohanian seperti Adik-adikku,ianya tidak sebanyak dan sepopular program realiti berbentuk hiburan yang bakal artis-artis pujaan masa depan..

Hadis ada menyatakan,yang lebih kurang maksudnya "jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara,lihatlah pada generasi mudanya."..jadi apakah kita mahu negara kita dibanjiri artis ataupun alim ulama di masa depan?..renung-renungkan dan selamat beramal..huhu =)

Thursday, February 3, 2011

rasa bersalah part 3



                 sapa buang angin ne?!!

assalamualaikum..

Bertemu lagi dalam 'saya punya'..hari ini saya ingin meneruskan bicara berkisar rasa bersalah yang merupakan bahagian terakhir dalam siri rasa bersalah ini.Kisah yang saya perolehi dari buku tulisan Muhammad Muhyiddin.Suka saya untuk berkongsi cerita tentang dua individu yang saya nyatakan sebelum ini iaitu Colin Powel dan George Walter Bush.Mari berbicara..
Colin Powel(gambar disebelah) semasa menjadi Menteri Luar AS,sememangnya mengakui Iraq ada membangunkan senjata pemusnah besar-besaran.Pengakuan tersebut adalah berasaskan foto-foto yang diambil melalui satelit dan berdasarkan perbualan dengan pegawai-pegawai negara tersebut."Berdasarkan sumber-sumber yang ada,Iraq kini sudah mula bertindak.Mereka menyembunyikan dokumen-dokumen berkaitan WMD dari pemeriksaan PBB",beliau berkata pada awal tercetusnya perang.

Namun,setelah beberapa tempoh,Colin Powel mengeluarkan kenyataan bahawa bukan semua maklumat berkaitan WMD tersebut benar.Lalu beliau memilih untuk mengundur diri daripada jawatan yang di sandang beliau,Menteri Luar AS pada pertengahan 2004.Setahun kemudian beliau menyatakan kekesalan beliau atas sokongan terhadap pencerobohan Iraq.Beliau juga berkata bahawa langkahnya itu merupakan noda dalam hidupnya."Itu akan menjadi bahagian dari catatan(buruk) saya",sesal beliau..

Dalam pada itu,Bush masih berdalih dan yakin dengan 3 alasan untuk menyerang Iraq:memusnahkan WMD,menyekat Saddam Hussein dari terus menyokong pengganas dan membebaskan rakyat Iraq.Ketiga-tiga alasan ini adalah asas kepada perang anti-pengganas pasca tragedi 11 September.Bersama pembantunya,Donald Rumsfeld yang juga Menteri Pertahanan,Bush yakin dapat segera menyelesaikan konflik tersebut dan menamatkan perang.Kedua-duanya juga begitu pasti bahawa perang akan tamat dalam masa setengah tahun.

Selepas memasuki tahun ketiga,semakin ramai yang mula meragui kepimpinan Bush.Ramai yang menggambarkan bahawa perang Iraq tidak ubah seperti Perang Vietnam yang menconteng arang pada AS sekitar tahun 1970.Seterusnya,Bush menghantar pula pasukan tambahan seramai 20,000 askar ke Iraq.Beliau masih teguh dengan pendiriannya bahawa serangan terhadap Iraq adalah kepuutusan yang betul.Beliau berkata,"keputusan ini adalah tepat sejak  pencalonan,seterusnya menjadi keputusan tepat ketika saya Presiden,dan akan menjadi keputusan yang tepat selama-lamanya".

Berdasarkan rentetan kisah ini,kita jelas bahawa Colin Powel mudah mengakui kesalahan beliau kerana sememangnya beliau merasakan dirinya bersalah.Akan tetapi,Bush yang nyata bersalah enggan mengakui kesalahannya..

Begitulah juga diri kita.Kita sememangnya kerap melakukan sama ada apa yang dilakukan Colin Powel ataupun Bush.Pada kesalahan yang benar kita lakukan,begitu mudah untuk mengakuinya.Namun kadangkala kita sukar mengakui kekhilafan itu.Meskipun adanya hujah tepat menyatakan kita bersalah,kita tetap berkeras tidak membenarkannya.Mengapa kita begitu?tepuk dada tanya selera.TAMMAT..

Wednesday, February 2, 2011

rasa bersalah part 2

hari ini yang indah.saya ingin meneruskan bicara tentang rasa bersalah yang dipetik daripada buku tulisan Muhammad Muhyiddin,'Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?"..dalam post ini suka saya berkongsi cerita mengenai dua pemimpin besar yang terbabit dalam kisah pencerobohan negara Iraq,Colin Powel dan George Walter Bush.. 


sepertimana perkhabaran yang disebarkan oleh media-media dunia,mantan ketua pasukan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan memeriksa senjata pemusnah besar besaran negara Iraq,Hans Blix(gambar di sebelah),menyifatkan bahawa pencerobohan A.S. dan sekutunya ke atas Iraq sebagai satu tragedi."Tragedi bagi Iraq,Amerika Syarikat,PBB,kebenaran dan juga martabat kemanusiaan"kata Blix dalam tulisannya yang di terbitkan media Inggeris The Guardian bertarikh 28 Mac 2008.Tulisan beliau tersebut sengaja ditampilkan tepat pada ulangtahun peringatan ke-5 pencerobohan Iraq.





Blix pada awalnya merupakan pemimpin Suruhanjaya Pengawasan,Pengesahan dan Pemeriksaan PBB sebelum AS menceroboh Iraq.Beliau ditugaskan mencari bukti bahawa Iraq sedang mengembangkan senjata pemusnah besar-besaran(Weapon Of Mass Destruction/WMD).Namun,beliau gagal mendapatkan kesahihan akn perkara tersebut.Itulah yang dilaporkan beliau kepada PBB sebagai bukti untuk menghasilkan resolusi Iraq.

Namun AS tidak mahu menerima penemuan tersebut,dan seterusnya Bush yang kononnya merupakan Pemimpin paling berkuasa dunia berkeras menyerang Iraq.Namun setelah lima tahun bermaharajalela di Iraq,Bush gagal menemui senjata pemusnah yang dijadikan alasan menceroboAh Iraq.

Pada 20 Mac 2008,pencerobohan Iraq memasuki tahun kelima.Walaupun begitu lama kisah pencerobohan itu berlaku,tiada petanda bahawa kisah duka penduduk Negeri Seribu Satu Malam itu akan segera berhenti.Hatta,senjata pemusnah yang dicari-cari masih gagal di perolehi Bush.Hanyalah kejayaan menggulingkan rejim diktator Saddam Hussein menjadi kebanggaan Sang Penceroboh.Rakyat Iraq yang mulanya berterima kasih kepada A.S. kini lupa.Kekacauan yang melanda Iraq akibat konflik sekretarian dan suasana tegang setiap hari di bumi Iraq meletakkan Iraq dalam keadaan yang tidak menentu..

Cukup disini dahulu bicara mengenai 'rasa bersalah part 2'.Saya sudah penat menaip,,huhu=]  akan saya teruskan kisah ini dalam 'rasa bersalah part 3'..semoga sesiapa yang membaca sudi mengikuti kisah seterusnya.Jazakallah!

rasa bersalah

Apakah jawapan anda ketika ada orang yang bertanya,"sukarkah untuk seseorang merasa bersalah dan mengakui kesalahannya?"  apa jawapan anda,sahabat..mungkin ini jawapan anda,"ada yang sukar,ada yang tidak"..anda sememangnya benar.Ada mereka yang mudah merasa diri bersalah dan mudah pula mengakui kesalahan.Sementara itu tidak kurang pula ada yang begitu sukar merasai diri bersalah dan langsung enggan mengakui kesalahannya..

Sebetulnya,rasa bersalah dan mengakui kesalahan merupakan dua benda berbeza sama ada dari segi istilah mahupun pengertiannya..Rasa bersalah berkait dengan perasaan sedangkan mengakui kesalahan pula merupakan pengakuan.Seseorang yang merasa bersalah boleh saja mengakui kesalahannya dan boleh juga tidak mengakuinya..Apa pendapat anda sahabat?.Yang menariknya:Bolehkah seseorang tidak mengaku bersalah sedangkan dia hakikatnya bersalah?..

Mari kita perhatikan contoh perkara ini dalam kisah dua pemimpin besar yang terbabit dalam kisah duka saudara-saudara kita di Iraq.Individu itu tidak laen Colin Powel dan George Walter Bush..kisah itu akan saya bicarakan di post yang lain..huhu..=)

alim vs zalim

"kadangkala,saya amat mudah bangun malam,berzikir penuh khusyuk,bahkan menangis sayu memohon keampunan atas dosa-dosa dan munajat atas harapan.Hati saya mudah tersentuh melihat orang miskin dan fakir dan saya akan terus berikan duit tanpa ragu.Tetapi kadang-kadang say begitu malas,jangankan tahajjud,solat wajib pun saya pun saya tinggalkan,berubah menjadi jahat.Malah arak pun saya teguk.Kadang-kadang saya rasa amat dekat dengan Allah.Tetapi kadang-kadang sangat jauh dari-Nya.Apa sebenarnya terjadi dengan keperibadian saya,ustaz...?"

Petikan diatas merupakan overview kepada kandungan buku yang sedang saya baca sekarang,'Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?'..Hobi baru saya sejak melangkah masuk ke universiti,membaca buku-buku teladan,nasihat,menyucikan jiwa..huhu..=) Suka saya untuk berkongsi mengenai kandungan  buku-buku yang saya baca.Pertama-tamanya biarlah buku tulisan Muhammad Muhyidin ini dahulu saya bicarakan.

Buku ini pada umumnya membicarakan bagaimanakah caranya bagi menghadapi pertarungan iman dan nafsu di dalam jiwa agar sifat kita ada dua wajah itu.Bagaimanakah tip-tipnya agar diri inin sentiasa berada di  bawah naungan cahaya iman yang gemilang?Juga diselitkan beberapa kupasan mengenai beberapa kisah yang boleh dijadikan pedoman dan peringatan..

"Membaca Buku-buku al-Hidayah anda Selangkah Mendekati Allah"

Tuesday, February 1, 2011

getting start


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
saya sahlan & saya baru di sini..
nda taw maw cakap apa..so,ini la dulu buat yang pertamanya..