Monday, July 16, 2012

dekat rapat.

batman : Super,betul ka x lama lagi puasa?

superman : yup betullah..dalam mggu ni..kenapa? ko x suka?

batman : ui,sukalah..aku maw minta cuti la satu bulan..

superman : ha,cuti?

batman : ya,aku kan kerja malam..takut x dapat g teraweh nanti..ko ok la,kerja siang.

superman : hahaha,betul jugak ya Bat.aq rasa nanti bos bagi kita semua cuti la.

batman : ok jugak tu..tapi,kenapa dia maw bagi cuti?biar benar?nanti siapa maw lawan penjahat2 devil?

superman : ui,ko ndak taw ka?masa bulan puasa,devil2 masuk tahanan sementara?

batman : iya ka?patutla tahun lepas masa bulan puasa boring jak kerja ku..

superman : tu la kau,lain kali selalu2 dgr ceramah n baca buku.jangan kejar penjahat jak,kejar ilmu jugak..

batman : hehe,biasa la..dulu2 masih jahil..aq baru jak jadi superhero ni,banyak maw belajar lagi..ko lain la,sudah veteran..

superman : iyala2..ok la batman,aku maw balik lu.ooo ya,malam ne jom pegi rumah c Spider,ada kenduri.

batman : kenduri apa?anaknya kawin ka?

superman : x la..kenduri raikan datangnya ramadhan.

batman : ooo i c..ui,mesti rumahnya banyak sarang labah2 kan.kah3..

superman : oi,jadi rumahmu banyak sarang kelawar?

batman : x la..hehe.ok la.see you!

superman : ok,babai..up! up! and away!




Onion Head Emoticons 84Onion Head Emoticons 72


hoi2..yg jauh mari dekat!! yang dekat mari rapat!! 
ramadhan datang!!

Sunday, July 8, 2012

a few days ahead.hoyeah!

ku mengharapkan Ramadhan
kali ini penuh makna
agar dapat kulalui
dengan sempurna..

selangkah demi selangkah
setahun sudah pun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa ku berada
di bulan Ramadhan semula

puasa satu amalan
sebagaimana yang diperintahNya
moga dapat ku lenturkan
nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti-henti


tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
tuhan pimpinlah daku yang lemah
mengharungi segalanya dengan sabar
kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan diterima amalan

selangkah demi selangkah...
dengan rahmatMu oh Tuhanku...
ku tempuh jua..


...

ya itulah tadi lagu Harapan Ramadhan,Man Bai bergandingan dengan kumpulan Raihan.
lagu dan lirik oleh Man Bai sendiri..

juara carta 20 Radio FM pada minggu ini,menyingkirkan lagu Cukup Sudah Cukup,kumpulan Nirawana di tangga kedua.semuanya hasil undian anda para pendengar setia Radio FM..

saya,DJ Lin akan bersama anda lagi minggu hadapan di hari dan waktu yang sama.
dengan itu,teruskan kesetiaan anda bersama kami Radio FM,stesen bas pilihan anda.

babai..

Allahumma Balighna Ramadhan..


Friday, July 6, 2012

waqi'iyyah

latar tempat : Gotham City,USA.
latar masyarakat : penduduk bandar yang penuh aktiviti rasuah dan jenayah..
latar masa : tengah malam jumaat.jumaat malam keliwon.penghujung bulan Sya'ban.

Bruce Wayne,lelaki kelawar(baca=batman) sedang berdiri di penjuru sebuah bangunan 25 tingkat.menggunakan teropong mini yang di attach pada topengnya,dia memerhati setiap penjuru bandar Gotham kalau2 ada orang yang memerlukan bantuan..tetiba,satu cahaya spotlight dengan simbol kelawar (Bat-Signal) terpancar daripada sebuah gudang menyimpan gula berjenama 'Gula Perai'.


beliau pun segera menerjunkan dirinya sambil mengembangkan kain selendang hitam di belakangnya yang diikat di lehernya.terbanglah beliau seperti kelawar di tengah malam menuju gudang tersebut.

setibanya ditempat kejadian,beliau bertemu sekumpulan penjahat yang sedang memunggah bungkusan2 Gula Perai ke dalam kontena.3 orang pekerja gudang diikat di satu penjuru.hasil maklumat yang diterima daripada assistantnya melalui Ipad yang di kompresskan menjadi jamtangan,beliau mengetahui bahawa gula2 ini ingin disorokkan kerana penjahat2 tersebut ingin memanipulasi perniagaan gula,lebih2 lagi bandar Gotham ketika itu dilanda krisis kekurangan bekalan gula.


maka,beraksilah lelaki kelawar tersebut menewaskan penjahat2 (no preview available.18SG..)


akhirnya,setelah selesai main kejar2,beliau menalipon polis untuk menangkap penjahat2 tersebut untuk di sumbat kedalam penjara.


maka pada malam itu lelaki kelawar berjaya menumpaskan sindiket curi Gula Perai..


...


latar tempat : bandar Ajinaikmoto,Jepun.

latar masyarakat : masayarakat bandar yang sangat sibuk dengan aktiviti sehari-harian mereka.
latar masa : pagi ahad,pertengahan bulan Julai yang indah.

Pasukan Pengaman Kebangsaan(PPK) cawangan Ajinaikmoto,sebuah pasukan yang ditubuhkan untuk menjaga keamanan bandar dari serangan serangga perosak sedang beroperasi seperti biasa.Dianggotai oleh 6 orang juruterbang yang mahir mengendalikan pesawat tempur yang berkuasa tinggi.


teet...teet...teet...apollo roka,apollo roka..


radar pengesan makhluk asing memberi signal.seorang monster telah muncul daripada kawasan gunung berapi.dan dengan rakusnya beliau memusnahkan kawasan setinggan sekitarnya..


Kapten Iruma mengarahkan anak2 buahnya bersiap untuk pertempuran.maka berlepaslah sebuah pesawat tempur Boing 123,yang kemudiannya terpecah kepada 3 pesawat kecil menuju tempat kejadian.


beberapa das tembakan laser dan gas pemedih mata dilepaskan ke arah monster yang sedang berdemonstrasi tersebut.namun sedikit pun tidak menggugat monster.ntah tetiba jak monster menyerang kapal no.1 yang dipandu oleh Daigo dan Naruto.dengan sekali jentik kapal mereka jatuh menjunam dengan asap berkepul2.


sebelum terhempas,menjelma seekor Ultraman menyelamatkan kapal itu.rupa-rupanya,Daigo(seorang manusia dari planet Cahaya)sempat bertukar pakaian menjadi Ultraman ketika saat genting tersebut..

sekarang hanya antara Ultraman dan Monster.lawan punya lawan,fire punya fire,gigit punya gigit,akhirnya kemenangan memihak kepada Ultraman.walaupun lampu kecemasan di dadanya telah berkelip2 menyampaikan "please plug in power source.." dia berjaya membuat serangan ultimatenya yang menumbangkan Monster.


maka,sekali lagi Ultraman berjaya mengekang Monster daripada menghancurkan bandar Ajinaikmoto.well done!


....


di pengakhiran tahun 2012,dalam konvensyen tahunan WHO (world hero organisation),telah dicadangkan agar dilakukan program pertukaran hero.ia bertujuan untuk hero2 saling bertukar adat dan budaya setempat masing2.maka setelah dipersetujui,datuk bandar Gotham dan datuk bandar Ajinaikmoto telah memeterai MoU untuk menghantar Ultraman ke Gotham City dan Lelaki Kelawar berkhidmat di bandar Ajinaikmoto.maka,berlakulah pertukaran hero tersebut.


malangnya,selepas 1 bulan program pertukaran itu berlangsung,keadaan di kedua2 bandar menjadi huru-hara dan kacau bilau akibat aktiviti kepenjahatan yang dilakukan oleh penjahat2 di bandar Gotham dan Monster2 di Ajinaikmoto.


Ultraman tidak dapat menggunakan kesuperpowerannya kerana lawannya terlalu kecil di Gotham City.kalau nak fire,habis kawasan sekelilingnya hancur sekali,tidak seperti ketika dia berlawan dengan monster2.manakala lelaki kelawar juga tidak dapat berkhidmat kerana awal2 lagi dia telah lumat dipijak monster yang beso2 belaka..


...


begitulah kisah kerepek dua superhero.


...


maka,perjuangan perlu bersifat waqi'iyyah atau sesuai dengan keadaan semasa.

jangan bandingkan Boboiboy dengan Wonderpet! 




promote hijab through akhlaq,not photographs




di sebuah bandar,penunggang motosikal rata2 tidak memakai helmet.darah yang tumpah daripada siri kemalangan ngeri melibatkan penunggang2 motosikal mencurah2 ke ladang gandum.maka terhasillah Bloody Crunch.muahahaha..

syarikat pembekal helmet mencari jalan terbaik untuk mempromosikan helmet keluaran mereka.hasil permesyuaratan dalam simposium helmet,mereka memilih untuk mempromosikan helmet dengan menampilkan nilai2 estetika atau kecantikannya sahaja dan mengenepikan fungsi2 keselamatan yang dimilikinya.

POWER HELMET
cantik menarik dan tertarik-tarik..
menjadikan anda kelihatan seperti Power Rangers Turbo yang sedang menunggang Zordnya di tengah highway!
awesome gitu..

hai,nama saya rain..
maka,ramailah orang yang membelinya.dan menggunakannya dengan alasan ingin kelihatan seperti Power Rangers(rata2 penduduk bandar tersebut adalah kipas susah mati Power Rangers!) ketika menunggang motosikal..

Namun, akan tetapi, walaubagaimanapun, hattanye pun..disebabkan memakai helmet tersebut,membuatkan kepala mereka terasa berat sehingga sukar untuk meluruskan kepala,berjalan pun x stabil,terhuyung-hayang.ia juga menyebabkan rambut yang telah di sikat rapi dengan stail rambut belah tengah milik Superman menjadi serabut.maka mereka memilih untuk tidak memakainya lagi tanpa menghiraukan risikonya.

dengan itu,statistik kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal di bandar kembali meningkat.manakala production Bloody Crunch kembali stabil.

lalu,siapa yang harus dipersalahkan? penunggang yang enggan memakai helmet @ syarikat pengeluar helmet yang tersilap dalam promosi helmet mereka?salahkan saja Superman..

jadi,perbetuli niat anda.bertudung/berjilbab untuk nilai luaran atau nilai iman anda dan sampaikanlah mesej dakwah anda dengan lebih bijak dan matang.



onion-head-artful-smile
sekian.
power rangers ninja?

Sunday, July 1, 2012

we, the supermuslims!



“If anyone knows what it’s like to be on the outside, I do. Sometimes I feel like I’m out there fighting all alone. Sometimes I feel like giving up. But, then I remember that what I stand for is more important than anything else.”
SUPERMAN