Sunday, December 30, 2012

arja dalam dekapan.



Ya Allah, 
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,

Tunjukkan kami jalan yang sebenar,
Penuhi hati-hati ini dengan cahaya rabbaniMu yang tidak pernah kunjung malap,
Lapangkan dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu,
Hidup suburkan dengan makrifat yakni pengetahuan yang sebenar tentangMu,
Dan matikanlah sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu..
ameen..

ukhuwah fillah!



Friday, December 28, 2012

jumaat malam keliwon. woo..

jumaat malam keliwon.
kelas tambahan bahasa inggeris Mr. Imran.
literature,Dr Jekyll and Mr Hyde. 

"moral value..anyone please?"

"good overcoming evil,sir.."

"okay, good.next?"

dstt..dstt..dstt..
bunyi letrik,ada cicak terkena renjatan barangkali.

shiuuu...
angin bertiup kencang.langsir warna biru corak garfield yang sedondon dengan cat dinding kelas melayang2.

"man must control his desires or else it will be disastrous. we must be responsible for our actions."

"where did you find that in the novel? eksplain sikit.."

tap..tap..dstt..dstt..
sekali lagi.kali ini mungkin cicak sempat tepuk tangan sebelum direnjat.

shiuuu...
kali ini pintu kelas pula yang tehuyung hayang kedepan dan kebelakang di tiup bayu malam.

"Dr.Jekyll was not responsible for his evil acts. He created another image and used him to commit his cruel and evil acts. as a doctor, his duty is to save lives but instead he created Hyde to do the things he could not do as a respected doctor.."

"please, ekplain it in your own word. kalau baca dalam buku tu, budak tadika kemas pun boleh.tutup buku.."

"err,ok sir.. Dr Jekyll is bad. he.. eh,'cipta' apa dalam BI?"

"kreat,kreat.."

"Dr Jekyll is bad.he create poison to divide his body,err..into two part.in night.."

dan suddenly,

sheett..pap!
kedengaranbunyi pintu menghempap sesuatu selepas bergerak laju ditiup angin.
dan seluruh kelas bergelap.hitam.gelita.

terdengar bunyi kerusi plastik di seret kedepan. Jafar yang tadi berdiri memberi eksplainesyen duduk perlahan2 dengan tangannya meraba2 meja dan kerusinya.

"ahhh!!"

Siti Orkid yang duduk di meja paling belakang, Wan Saloma yang meja bersebelahan tingkap menghadap padang sekolah dan  Nur Baiduri ajk keceriaan kelas berteriak serentak.

"huhh..huhh.."

Abdullah yang jarang bercakap dalam kelas mengeluarkan bunyi alien..

"adui..blackoutt lagi.."

ketua kelas, Muhamad Soleh merungut sambil menepuk dahi. Syafiq di sebelahnya, menyandarkan tangan kanan di kerusi Muhamad Soleh sambil tangan kiri menggaru-garu kepala yang 2/3 ditutupi songkok, kecuali bahagian depan kepalanya terbuka yang menampakkan rambutnya yang ikal mayang..

"cemana ni Sir? habis kelas lah? "

"aduh, minggu depan ujian bulan 4.. banyak lagi belum studi literature ni."

"eh, besok hantar kerja rumah geografi kan. kau sudah siap? bila aku maw buat ni.."

"shh, diamla..gelap2 ni, zikir..jangan bising2. nanti ada orang 'kacau'.."

riuh rendah kelas tingkatan 3 Harapan ketika itu dengan bisikan2 halus penduduknya.

tapp..tapp..tapp..

kedengaran bunyi tapak selipar bertali jenama Bata Mr Imran bergerak ke arah pintu kelas di belakang.

sleekkkk..

daun pintu diselak.

tik.

dengan sekali petik, kelas kembali terang benderang. seluruh ahli kelas mengecilkan mata masing2 sehinggakan si Mustakim yang putih kulitnya itu betul2 sudah kelihatan seperti Kwang Soo dalam siri Running Man,di tambah dengan tubuhnya yang kurus tinggi itu. Nasib baik dia pakai kopiah, kalau tidak sudah keluar rambut geritingya mesahihkan lagi dia sebagai Girrafe, walaupun Running Man belum disiarkan lagi masa itu.

tapp..tapp..tapp..

Mr Imran bergerak semula kehadapan kelas. dengan muka yang serius kool.. tengok gambar di bawah untuk spesifikasi penuh ke'kool'an beliau ketika itu



"guys, really.. you dissapointed me..you all x tengok ka lampu di koridor tu masih menyala? ini bukan blackout. tu,batang penyapu belakang pintu jatuh n terkena suis lampu di dinding belakang."

"oooOoooo.."

serentak 2/3 kelas buat mulut macam ni >>  :O 
sambil 1/3 lagi ketawa mulut luas begini >> :D
Mr Imran pun buat muka (-_-) seraya berkata..

"awak x tengok ka kipas di syiling tu masih berputar?.kalau pun awak x tengok dalam gelap, bunyinya kan jelas. tu tudung pink Maimun, bertebar2  duduk bawah kipas."

"muahahahaha..hew..hew..hew.."
akhirnya, seluruh kelas ketawa bersungguh-sungguh.

Johan yang berada di depan, berdiri dengan muka innocent dan bergerak perlahan2 ketempat duduknya di bahagian belakang. rupanya, masa gelap2 tadi, dia lari kedepan.takut seorang2 di belakang.

Johan adalah kapten pasukan ragbi sekolah.lol..

...tamat...

moral of the story : 
jangan memaki hamun kegelapan.mulakan mencari suis lampu!
just if u understand my word..

*jumaat malam keliwon. baca penerangannya di sini.


Saturday, December 22, 2012

of Pingu and Penguin



ada sebuah kisah.saya mahu ceritakan kepada anda.mahu dengar atau tidak,terpulang anda.kerana saya hanya menulis,apa yang anda mahu dengarkan? saya belum belajar lagi sihir untuk jadikan tulisan yang boleh berkata-kata apabila dibaca.
hew hew hew.. 

skip.

cerita ini nenek saya sampaikan kepada saya.masa nenek kecil-kecil dulu,masa tu saya dah tua.eh.begini ceritanya. jauh di tanah kutub utara bumi, sebuah kerajaan memerintah.kenapa ya di sebut se'buah'? kerajaan ni boleh makan ka? buah durian sedap..

ok.sebuah kerajaan.nenek saya kata Kerajaan Pingu namanya.sebuah kerajaan.dan ya, seorang pemerintah agung. namanya, Tuan Presiden Sidik Sigaraga. telah lama memerintah dengan jayanya Kerajaan Pinggu sepanjang 25 tahun setengah plus plus. luar biasa bakat kepimpinannya.hampir 2/3 tanah kutub utara di bawah pemerintahan beliau.itu pun 1/3 tanah kutub utara tu lagi belum diterokai kerana suhu yang sejuk melampau-lampau.kalau tidak..

lepas 25 tahun setengah plus plus menjadi pemerintah,Tuan Presiden Sidik Sigaraga mangkat dijulang tinggi-tinggi. hasil bedah siasat mendapati bahawa beliau mangkat akibat di serang hendap sekumpulan Beruang Kutub yang melakukan serang hendap semasa beliau sedang bersiar-siar di sebuah Taman Rekreasi.dipercayai ia adalah perbuatan khianat kerana tidak puas hati dengan kadar kemunculan beliau yang malar di televisyen melalui rangcangan bual bicara 'Pinggu and Friends',nutt..nutt..

pemergiannya seorang pemimpin agung dan luar biasa ini sangat dirasai oleh seluruh warga Kerajaan Pingu,tua muda miskin kaya,laki-laki wanita. akhirnya,sebagai memperingati jasa beliau yang telah berjasa besar meluaskan jajahan Kerajaan Pingu, sebuah replika gergasi serupa beliau yang diukir daripada bongkahan ais oleh pengukir2 terkenal serata dunia.



ha,inila gambar yg nenek saya tunjukkan hari tu,ingat lagi.
menggerunkan kan?


setelah siap, semua yang memandangnya pasti terpegun dengan ke'gah'an replika tersebut. semua yang menyaksikannya pasti akan terbayang keunggulan sosok tubuh Tuan Presiden Sidik Sigaraga yang super duper dipest hebat. setiap kali orang melalui kawasan terletaknya replika gergasi itu,mereka akan berhenti sebentar dan memandang kearah replika sambil mengangkat kening tanda hormat.dengarnya kalau x buat, orang itu akan mati kepanasan di Kutub Utara tersebut, tapi mitos semata-mata barangkali.

dan sehinggalah suatu hari, seekor burung ostrich yang tersesat terbang (ostrich terbang,sila bayangkan..) sehingga ke kutub utara telah melewati kawasan tersebut.kerana terlalu penat terbang, ostrich itu mencari kawasan RnR untuk berehat dan buang air. akhirnya dia ternampak sebuah port yang sangat sesuai dan selesa untuk melabuhkan diri sebentar.dan itu adalah kawasan rata atas kepala replika gergasi Tuan Presiden Sidik Sigaraga,seorang pemimpin yang disegani dan dihormati seluruh penduduk kutub utara! 

tidak sekadar berhenti rehat, ostrich juga melaburkan najis yang ditahan2 pengeluarannya selama 1 minggu.di atas kepala replika seorang pemimpin agung kebanggaan penduduk,yang apabila di sebut sahaja namanya,Tuan Presiden Sidik Sigaraga, akan lemah lutut, gugur jantung dan tercabut telinga para musuh-musuhnya! tapi, dengan sempoi dan selambanya, seekor ostrich picisan lepak2 diatas kepala dan menajiskan tempat paling mulia beliau! ya,seekor ostrich..

selepas kira-kira selesai segala urusan, ostrich terbang kembali tanpa ada perasaan bersalah apatah lagi gerun kerana telah meremeh-temehkan seorang presiden tip top, Tuan Presiden Sidik Sigaraga! dan ironinya, tiada apa yang mampu dilakukan oleh replika Tuan Presiden Sidik Sigaraga mahupun semua menusia sekeliling yang mengagung-jagungkan beliau mahupun replika tersebut. mahu tangkap ostrich? sudah jauh terbang..

kerana apa? 

kerana itu hanya REPLIKA.
ya, itu hanya REPLIKA TUAN PRESIDEN SIDIK SIGARAGA.
bukan TUAN PRESIDEN SIDIK SIGARAGA yang REALITI.
hanya FANTASI semata-mata.
tiada bernyawa,tiada kuasa.
hatta burung ostrich pun tidak takut.

best kan cerita nenek saya.hew hew hew..
ok,ini bukan cerita nene saya.tipula kalau anda percaya.
oh ya,nenek saya comel.sekian.

...

eh,apa sebenarnya yang saya mahu sampaikan?
"Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam. Tetapi tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab itu, melainkan sesudah didatang kan kepada mereka ilmu, lantaran pelanggaran batas di antara mereka. Dan barangsiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah adalah amat cepat perhitunganNya" (ali Imran :19)
percayakah anda? islam yang ada pada kita adalah agama paling unggul? tiada yang unggul selain daripadanya.dan percayakah anda? orang islam, umat nabi Muhamad s.a.w (kita la tu,bangga..bangga..) adalah yang terbaik!
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (ali Imran : 110)
tapi,hakikatnya..apa realiti umat islam hari ini? agungkah islam? diseganikah umat Muhamad ini? tepuk bahu tanya akhbar, televisyen, internet. saksikan bagaimana hari ini umat islam dipandang dan dilayan oleh dunia? 

setiap hari berapa liter darah umat islam mengalir? berapa luas tanah umat islam dirampas? berapa ribu helaian risalah media cetak mengeji dan memperlekeh umat islam? bukan sahaja umat islam, bahkan Rasulullah s.a.w juga mendapat tempiasnya. nauzubillah.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

kenapa? bukankah islam agama paling agung? bukankah kita umat pilihan yang terbaik? mana pergi kisah keagungan  dan kegemilangan islam yang satu ketika dulu mengusai 2/3 dunia?  mana perginya zaman kegemilangan para sahabat, tokoh2 agung umat islam.Khalifah Umar Abd Aziz. Sultan al-Fateh. Hasan al-Banna dan sebagainya..

sedarlah, umat islam kini hanya REPLIKA semata-mata. umat islam yang REALITI  telah lama tiada. kita umat FANTASI. musuh-musuh islam tidak takut pada islam FANTASI tapi pada islam REALITI yang telah lama terkubur beberapa abad yang lepas.. 

jadi, marilah kita sedarkan kembali diri sendiri dan umat islam sekeliling yang sedang mabuk laut kerana dilambung ombak dunia yang mengumbang-ambingkan bahtera tarbiyah islam yang sedang dinaiki.bagaimana?saya copy pastekan ayat ini sekali lagi untuk kita..


“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (ali Imran : 110).

[pinjam gambar]

pingu : fantasi.
penguin : realiti.

Friday, December 14, 2012

destination jannah.



human.

we are made in jannah.
we are made for jannah.



life in the dunya is a journey.
simply a journey back to the final home.



but,
along the journey.
some people lost their way..



why?
because they didn't look at the map.
the Quran.
and even,they forgot about the compass.
the Hadith of Muhamad PBUH.



T_T


Wednesday, November 21, 2012

minta maaf Gaza..


oh Gaza.
kau menangis haru.
bukan airmata hangat baru.
sudah lama ia mengalir laju.
tapi kali ini,hebat lebat esakkanmu.

kesekian kali.
gila si israel laknatullah datang lagi.
kau disalahkan mengganggu emosi.
sedangkan dia yang manja basi.
disuntik sedikit pelali.
melatah tak henti2.
huh!

......

ah kau!
jangan mengikut2 orang.
usahla susah2 perah otak keringmu.
sekadar mahu susun bait2 puisi picisan kau itu.

apa kau kira..

dengan setiap perkataan yang diungkap,
satu nyawa yang hilang disana,hidup semula?

pada setiap mereka yang membaca sajak sampahmu,
akan berkobar jiwanya mahu mencari syahid di Gaza?

dengan lantunan intonasi longlaimu itu,
satu demi satu jet pengebom itu meletup hancur?

pada alunan irama melodi kata2mu,
sekutu israel jahannam itu akan lembut hatinya?

realistiklah hai kawan..
kau fikir ada orang yang mahu baca tulisanmu itu?!

HAHA!
HAHAHA!

......

lewat pancaran skrin sebuah peti segiempat.
pada paparan secebis kertas warta harian.
aku menyaksikan..

eh,itu ayah terbaring.
tanpa daya,tiada upaya,gering.
aduh..

dalam runtuhan penuh berdebu kelabu.
ibu disana menangis meratap sayu.
semua disekelilingnya kaku.
syahdu.

ditengah jalan raya,
abang pula berlari mencari celah2 dinding bercahaya.
ada sebutir peluru besi mengejarnya.
cepatlah!!

dan di balik bangunan.
dikerumuni bayang2 gelap menusia jahannam. 
kakak ditarik rakus.
hey,jangan!!

sedang di medan lapang asap berkepul hitam.
adik berdiri teguh dengan batu digenggam.
berdepan muncung bedilan meriam.
luar biasa..

......

hoi,kau masih belum sedar ya!
ini semua,
apa guna? apa faedah?
aku nyanyikan,
kosong.kosong..kosong...

cukuplah.
kau tidak ada upaya.
kau bukan ahli sihir.
kau nukilkanlah apapun jampi serapah.
tidak akan selamat saudara2mu itu.

kau lucu kawan.
LUCU.
kau tahu apa itu lucu?

......

dan aku masih disini.
dengan kudrat yang tiada mampu.
hanya menekan butang2.
harapnya ada yang membaca.

berdoa,

Wahai Tuhan kami.
sesungguhnya kami menjadikanMu.
sebagai pendinding(kepada musuh-musuh) kami.
dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami.
binasakanlah kesempurnaan mereka.
dan pecah-belahkanlah kesatuan mereka.
dan gagapkanlah perkataan mereka.
dan goyahkanlah pendirian mereka.

Wahai Tuhan yang Maha Perkasa.
Wahai Tuhan yang Maha Berani.
Wahai Tuhan Yang Maha Berdendam.
Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah.

Wahai Tuhan kami.
Wahai Tuhan yang menurunkan al Kitab.
dan wahai yang menjalankan awan.
dan wahai yang menhancurkan tentera al Ahzab.
hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka.

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

......

wah,berdoa pula..
kau serius?

hey perhatikan bebaik!
berapa banyak maksiatmu..

solatmu? 
tunggang langgang terbalik kebelakang.

matamu?
semua kau lihat.semua kau pandang.ada kau kesah betul atau salah?

lidahmu?
setiap kata tutur bicara,kau selalu mencapah.

auratmu? 
koyak rabak sini sana.kau dedah penuh jaya.

makanmu? 
halal haram kau redah.jangan kau temberang.

lalu,
kau berharap doamu akan bersama mereka?
jangan kau cerita.

......

ah.
rupanya.
minta maaf semuanya.

aku tiada guna kepada Gaza.
T_T



Thursday, November 15, 2012

ayah,Muharram dah datang..

"ah,Muharram x kira..Muharram tak akan pindah ke sekolah tu!sekolah tu kolot la..eishh.."

"Muharram..kan ayah dah terangkan macam2.knapa keras kepala ni? mak dengan ayah suruh Muharram pindah masuk sekolah tu untuk kebaikan Muharram jugak.Muharram belajarlah sastera kat tahfiz tu."

"dah la tu emaknya..pedulilah apa nak jadi dengan budak ni.pening dah saya nak fikir.dia nak stay kat sekolah lama dia,lantak dialah.dia dah besar dah pun.."

"abang.macam tu je abang mengalah kat budak ni? kalau dia buat lagi benda2 x baek dengan kawan2 dia kat sekolah tu mcammana? saya dah tah tahan.."

di tengah malam penghujung tahun 1433 hijrah,suasana tegang menyelubungi ruang tamu rumah teres dua tingkat yang dihuni 5 beranak itu.runsing pak cik Safar dan mak cik Rabiah bertekak dengan anak sulung mereka,Muharram.

Muharram,16 tahun.dahulunya dia seorang anak yang baik,pelajar yang sangat baik pintar pula,genius lebih sesuai barangkali.tetapi,sesuatu telah mengubahnya sejak dia naik ke tingkatan 4.jiwa pramatangnya memberontak.acap kali pak cik Safar dipanggil datang ke sekolah berhadapan dengan guru penolong kanan berhubung masalah disiplin anak beliau.

macam2 masalah disiplin dibuat Muharram.anda sebut sahaja karenah budak2 asrama yang nakal zaman anda sekolah dulu,ponteng kelas prep? vandalism conteng pintu tandas? buli junior? curi buah tembikai bulat di dewan makan malam2? ponteng solat jemaah di surau? semuanya dilakukan Muharram dengan jayanya bersama kawan2nya Geng Necktie Singkat di sekolahnya.merah juga muka pak cik Safar menjawab kepada pihak sekolah.kalau bukan kerana potensi baik yang ditunjukkan Muharram dalam setiap ujian akedemik,sudah guru penolong kanan itu tawar hati dengannya.

tapi,kali ini pak cik Safar tekad.dia mahu anaknya itu berubah.mungkin dia tersilap terlalu menekan anaknya untuk mengikut telunjuknya untuk menceburi bidang sains,sedangkan Muharram lebih berminat dalam lapangan sastera.oleh itu,dia mahu anaknya itu berkawan dengan orang2 yang baik,yang mampu merepair semula akhlak anaknya itu.lantas,selepas dicadangkan oleh seorang kenalan,dia bersetuju untuk menghantar anaknya itu ke sekolah tahfiz berdekatan taman perumahan mereka.dengan harapan,Muharram akan berubah sikap dan terus mengembangkan bakat sasteranya dalam aliran agama.

"ha,bagusla kalau ayah dah faham.Muharram dah x boleh tinggalkan kawan2 Muharram kat sekolah tu.kitorang dah lama bersama.nak masuk sekolah tahfiz buat apa? Muharram ne bukan budak baik dah pun.Ayah dengan mak jugak dulu yang beria-ia nak hantar Muharram masuk maktab sains tu.suruh jadi doktor la,jurutera la,saintis la,juru ukur la,padahal Muharram nak belajar sastera..

ayah dengan mak pun tahu kan,sekolah tu tak ajar subjek sains.macammana Muharram nak jadi macam cita2 ayah dengan mak tu.ah,pokoknya MUHARRAM tak AKAN PINDAH. LANTAKLAH!!"

muharram tiba-tiba menaikkan volume suaranya lebih kuat daripada biasa.terkejut habis emaknya.belum pernah Muharram berkelakuan begitu.

"MUHARRAM!! kenapa kurang ajar sangat ni! ha tu la,suka sangat baca buku novel2 merepek tu.cerita gaduh sana sini,cintan cintun,bahasa merepek entah pa pe.nak jadi mcam ramli awang mursid konon! lpas tu pegi kawan dengan budak2 xde moral kat sekolah.ahhh..aduhh..aduhhh.."

kembang kempis dada pak cik Safar memuntahkan lahar kemarahannya.penyakit asthma beliau datang lagi.merah mukanya menahan sakit.adik2 Muharram yang masih kecil Syawal,8 tahun  dan  Zulkeda,3 tahun terjaga dari tidur dan muncul di ruang tamu dengan muka terkebil-kebil.Zulkeda merengek2 mendapatkan mak cik Rabiah yang panik mencari-cari pil ubat asthma suaminya.

Muharram pula tanpa sebarang perasaan,bergerak keluar meninggalkan rumah.dicapainya talipon Xperia Miro diatas meja,hadiah harijadi ke-16nya yang baru saja diperolehinya malam  itu dari ayahnya,konon2 mahu memujuknya..kunci motor EX5 abahnya diambil dari kocek seluar ayahnya yang digantung di belakang pintu bilik tidur.

"abang,abang nak pergi mana? abah macam sakit je tu.."

dengan muka 15sen,Syawal cuba menahan abangnya daripada pergi meninggalkan mereka.

"kau diam la! besok aku balik la.. pegi tidur."

tidak lama kemudian,kedengaran deruan bunyi enjin motosikal meninggalkan perkarangan hadapan rumah mereka.Muharram ternyata nekad mahu meleraikan keserabutan kepalanya di luar.ini pertama kali di berkelakuan demikian.

...

pagi itu,setelah semalaman bersiar bermotosikal berseorangan mengelilingi sekitar bandar yang kosong hampir dengan manusia itu berseorangan memikirkan masalahnya,Muharram pulang kembali ke rumahnya.dia sudah berfikir masak-masak,mungkin hangus.

sesampai di pagar rumah,Muharram kaget.rumahnya kosong.pintu dan pagar terkunci.selalunya,emaknya ada di rumah.dia tidak berkerja,sekadar menjadi suri rumah.ayahnya yang bertugas mencari nafkah memandu teksi.

Muharram mengeluarkan talipon dari koceknya.segera dihubungi emaknya.sekali.dua kali.kali ketiga barulah panggilannya berjawab.

"Assalamualaikum.hello Muharram.kamu di mana nak? Mak dengan adik2 ada kat hospital.ayah masuk ICU.datanglah sini nak..datanglah tengok ayah kamu.Ayah tengah kritikal.tak apala,Mak dah tak kesah kalau Muharram tak mahu pindah sekolah.datanglah sini nak..tadi ayah sebut2 nama Muharram,datanglah nak.."

lemah mak cik Rabiah menjawab.dia sudah malas mahu bertekak dengan anaknya itu.dia pasrah dengan kehendak anaknya itu.cuma satu harapannya,Muharram datang menjenguk mereka di hopital.

"Mak kat hospital ABC ke?"

"Ya nak..ayah cari kamu..cepatlah datang nak.."

jiwa keras Muharram terpukul mendengar berita ayahnya yang sedang kritikal itu.ayahnya tempat mereka sekeluarga bergantung.kalau apa2 terjadi kepada ayahnya,mereka sekeluarga pasti susah.talipon di tutup tanpa jawapan balasan kepada emaknya.Muharram segera bergegas ke hospital.ada sekelumit kesal di hatinya bertindak bangang semalam.

...

"Mak,Ayah macamana?"

"Muharrammm..ayahh kamu..ayahh kamu dah..ayahhh..dah xde nak..ayah dah pergi nak.."

penuh sebak,sebutir demi sebutir ayat dituturkannya.tidak mampu diluahkan dengan sekali lafaz.terlau berat.mak cik Rabiah terduduk lemah di kerusi menunggu luar wad ICU.matanya merah.air mata hangat(walaupun dalam suasana dingin beraircond) masih lagi mengalir membasahi pipinya yang mula terlukis kedut2 penuaan.Syawal dan Zulkeda terlena di atas kerusi.penat menunggu semalaman.mereka tidak mengerti.

"ahh!! mak tipu.ayah kat wad mana? Muharram nak jumpa.Muharram nak bagitau ayah,Muharram akan pindah ke sekolah tahfiz tu.mana ayah mak?"

Muharram enggan.enggan mengiyakan kata2 emaknya itu.segera dia meluru ke pintu wad dihadapan tempat duduk emaknya.dilihatnya jururawat sedang menutup muka ayahnya dengan sehelai kain putih.muka ayahnya pucat lesi.begitu juga airmuka Muharram.air mata mula bergenang.jatuh setitik demi setitik.gerimis mengundang.

"Ayahhh!! Muharram dah datang ayah,Muharram dah datang..maafkan Muharram ayah.Muharram minta maaf..Muharram akan berubah ayah.Muharram janji..mak,bagitau ayah mak,Muharram dah datang.Muharram akan ubah sikap Muharram.Muharram janji.Muharram nak ubah nasib keluarga kita.bagitau ayah mak.."

Muharram merintih syahdu dengan melodi yang kucar kacir.dia melutut.lemah kakinya.tidak lama kemudian dia terduduk bersandar longlai di dinding putih hospital yang menjadi penonton bisu drama perit mereka sekeluarga..

[selesai]

sekali lagi.cerita rekaan semata.




Saturday, October 27, 2012

1234 'i love you!'

Amaran separa keras: Cerita ini rekaan semata-mata.jangan dikaitkan dengan mana2 menusia termasuk saya sendiri.selamat membaca. 




  Selepas itu, Siti pun bergerak masuk ke balai berbelepas sebelum menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan menaiki kapal terbang itu dia tiba-tiba teringat kata-kata terakhir Zainal padanya. Sambil memandang jauh ke arah awan puteh mulus yang mengiringi penerbangan pulangnya, Siti berbisik perlahan,
"Alhamdulillah. Mungkin aku sudah temui jawapanmu, Zainal. Terima kasih."
...

11 Januari 2006.
Sekolah Berasrama Penuh Cempaka, SBPC Sandakan Sabah.

  Hari itu adalah hari isnin. Hari sunat berpuasa. Hari pendaftaran pelajar-pelajar baru tingkatan 4. Beberapa orang pelajar dari sekolah harian biasa seluruh negeri Sabah dipilih memasuki sekolah berasrama penuh (tak penuh pun sebenarnya, ada jak katil-katil  kosong di bilik-bilik asrama) tersebut berdasarkan prestasi cemerlang mereka dalam PMR pada tahun 2005. Daripada 54 pelajar yang ditawarkan, hanya 38 sahaja yang hadir mendaftar pada hari tersebut. Mungkin mereka yang tidak hadir itu kurang selesa hidup dalam suasana asrama yang dimomok-momokkan sebagai penjara.

  Di hadapan dewan, kelihatan seorang gadis lengkap berbaju kurung puteh dengan skirt kaler biru, bertudung puteh berbual-bual dengan ibubapanya, selepas selesai urusan didalam dewan pendaftaran. Sebentar lagi dia akan bergerak mengangkat barang-barang menuju ke asrama. Eh lupa, nama beliau ialah Siti Rosalmah. Kerana kurang familiar dengan sekolah tersebut, Siti mencari-cari kalau ada cekgu atau pelajar-pelajar yang berada di sekitar dewan untuk bertanya dimana asrama pelajar perempuan.

  Zainal Abadan Abada, pelajar tingkatan 5 di sekolah tersebut bertugas untuk membantu pelajar lelaki baru untuk bergerak ke asrama. Oleh kerana ketika itu tiada petugas perempuan, Siti langsung saja bertanya kepada Zainal.
"Abang, asrama perempuan di mana?"
"Err, adik jalan terus ikut susur gajah ne. Sampai depan dewan makan,ambil kona ke kiri. Dalam 5 meter belok kanan, then jalan terus. Lepas 10 meter, akan jumpa water cooler sebelah kanan.pintu asrama tu sebelah kiri. Paham?" 
"Uish, macam tunjuk jalan highway pulak. Haha. Err, nama abang siapa?" 
"Zainal, tapi kawan-kawan panggil Zack. Hehe. Err, adik?" 
"Siti Rosalmah. Panggil siti jak." 
"Ouh, ok. Selamat datang ke SBPC."

  Disitu mereka mula berkenalan. Zainal yang agak pemalu, merah pipinya. Bukan selalu dia bercakap langsung dengan pelajar-pelajar perempuan. First time dia bertanya nama kepada pelajar perempuan. Dia seolah berasa selesa ditegur Siti lebih-lebih lagi apabila Siti mengelarnya dengan gelaran Abang. Berbunga-bunga hatinya.

...

  Sudah 1 tahun peristiwa perkenalan mereka itu berlalu. Dan hari ini adalah hari terakhir peperiksaan SPM tahun 2007, dan hari terakhir Siti di alam persekolahan. Sudah dirancangnya pelbagai perkara yang mahu di buatnya. Selepas pengawas peperiksaan selesai mengutip kertas jawapan, semua pelajar termasuk Siti meluru keluar dewan penuh keterujaan tahap gaban. Maka bermulalah aktiviti penyahtekanan. Ada yang mencampak buku-buku dari kelas ditingkat 3, ada yang belari mengelilingi sekolah, ada yang menconteng baju dengan mendapatkan tandatangan semua orang, ada yang membuka novel-novel cinta yang ditahan-tahan untuk dibaca selama  berbulan, dan macam-macam lagilah aktiviti luar jangkaan saudara saudari.

  Namun, di bilik Siti bersendirian. Dia ada agenda tersendiri. Dia bermonolog sendirian dalam hati,
"Ya,hari ni aku mesti konfes. Sudah lama aku pendam"
  Segera dicapainya henset nokia 3350 di bawah bantal. Mereka calon-calon SPM dibenarkan membawa henset sepanjang musim SPM oleh pihak sekolah bagi memudahkan mereka berhubung dengan ahli keluarga masing-masing meminta motivasi dan sokongan(kononnya). Dia segera menaip sms yang berbunga-bunga ayatnya.
"Aduh, send ka tidak.. send ka tidak.. send ka tidak.."
  Siti masih ragu2. Ternyata dia belum yakin dengan perasaannya.
"Ah, nantilah!"
  Siti hampir-hampir menunda apabila tiba-tiba hensetnya berdering memainkan lagu ST12, Puspa. Tertera 'Zack Kilik calling' di skrin. Segera dia menekan butang berlogo gagang telefon kaler hijau. Berdegup-degup akan jantung dia.
"Hello Siti. Tahniah! habis suda SPM kan? Well done! Tawakal ja. Hehe."
  Zainal menelefon dari Kafe Suria, Kolej Matrikulasi Kuching, tempat dia mengaji ilmu sains fizikal selepas menamatkan persekolahan di SBPC. Setelah berkenalan lama sepanjang bersekolah, mereka berdua masih berhubung walaupun setelah Zainal tamat persekolahan. Sering saja ada gosip-gosip liar tentang mereka berdua berpacaran daripada kawan-kawan walaupun mereka seringkali menafikannya. Mana tidaknya, Zainal sering kali tercari-cari kelibat Siti stiap kali ada perkumpulan antara pelajar lelaki dan perempuan. Di dewan makan, perhimpunan pagi mahupun sukan tahunan sekolah. Setiap kali melalui kelas Siti waktu prep, Zainal akan curi-curi pandang.

  Siti yang awalnya jual mahal, akhirnya cair dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan Zainal terhadap dirinya. Tiap kali musim peperiksaan akan ada kad ucapan selamat berjaya!, Gud Lak!, Caiyok-caiyok! di bawah lacinya, berbau harum. Selalu juga dia mendapat hadiah secara tiba-tiba seperti coklat cadbury, minuman iceshake, juadah-juadah buka puasa di bulan ramadhan dan coki-coki. Semua daripada Zainal, diberi melalui teman sekelas Zainal yang tinggal sebilik dengan Siti. Semua atas nama 'dari sahabatmu, Zainal'.

  Akhirnya Siti jatuh hati. Namun dia belum berani mengungkapkannya. Seringkali mereka berbalas-balas surat ringkas. Namun masih atas nama 'sahabatmu'. Masing-masing enggan memulakan langkah. Malu-malu kucing kononnya. Puihh! Zainal juga menghadiahkan Siti sebuah patung Hello Kitty kegemaran Siti di hari jadi Siti. Di hari terakhir persekolahan, Zainal pula beroleh jersey Bayern Munich,  pasukan bola sepak pilihannya sebagai tanda mereka ber'sahabat'.
"Bagi salam la dulu. Assalamulaikum. Ya,habis sudah. Happy gila guling-guling. Haha. Tiada kuliahkah?" 
"Ada, kejap lagi. Sekarang rehat. Saja jak telefon. Isi masa lapang. Ok la ya, sori ganggu. Huhu." 
"Ouh, ok. Eh,kejap-kejap. Ada benda maw bagitau ne. Ermm.. Tapi, malulah." 
"Ha, apakah?" 
"Ermm, ok. 1234" 
"1234. Apa tu?" 
"Eh, nantilah Siti sms. Hehe. Pegila kelas dulu. Ada kelas kan?" 
" Suspen bah. Ok. Ok."
  Zainal pun bergerak menuju bilik kuliahnya. Lecturer datang lambat.sementara menunggu,dia bermain game tetris dalam henset. Tiba-tiba, hensetnya bergetar. Ada sms masuk. Segera dia menutup aplikasi game, dan membuka paparan skrin utama. '1 new
message : Siti SBPC'. Segera dibuka.
Salam. 1234. Hehe. :P
Salam jugak. Apa tu 1234?
I have 1 thing 2 say 3 words 4 U. Jangan terkejut ya. Sudah lama Siti pendam sebenarnya. Huhu.
Owh, ok. Cepatlah.
Ermm...
Apa?!
I LOVE YOU. :)
1234.
LOVE YOU TOO. :)
Serius?
Ya. Serius jugak ka?.
Ok. Yup, serius. sama-sama rupanya kita pendam perasaan.. :P
Okla. T kita sambung. Ada kuliah kan. ;)
Ok. Tata.
  Siti sengaja menamatkan perbualan sms mereka. Malu. Hari itulah bermula bab baru dalam perhubungan dua org menusia ini. Rupa-rupanya keduanya saling memendam perasaan. Terbuktilah sudah. Bermulalah episod penuh romantika ala-ala cerita Twilight itu dalam hidup mereka. Pagi petang siang malam. Makan tak basah, tidur tak kenyang. Tiap malam ada saja benda yang mahu di bincangkan dalam sms-sms mereka. Nescaya akan muntah saya jika mahu diceritakan kisah keromantikan mereka disini. Eh, macammana saya boleh tahu?

...

  Setelah selesai belajar di kolej matrikulasi, Zainal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA di utara semenanjung tanah air, USM Pulau Kelapa. Siti pula meneruskan pengajian di kolej matrikulasi Zainal tersebut selepas mendapat keputusan SPM. Jarak hanya memisahkan fizikal mereka, tidak jiwa dan hati pasangan gagak dua sejoli ini. Begitu kuat dan utuh ikatan yang dibina.

  Malangnya, pelangi-pelangi cinta tidak dapat muncul lama. Matahari semakin terang menyinar sedangkan titis-titis hujan mulai hilang. Hubungan mereka semakin sepi. Bukan Siti yang kurang komitmennya, tapi Zainal yang semakin pasif. Semakin hari dia mula jarang membalas sms berbunga-bunga daripada Siti. Kalau dulu, mereka ibarat perlawanan badminton antara Lee Cong Wei bertemu Lin Dan. Pantang menyerah, sama-sama saling berbalas pukulan smash, malu rasanya kalau bulu tangkis jatuh digelanggang sendiri tidak berbalas. Begitulah Zainal dan Siti, saling berbalas sms 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti, barangkali.

  Tapi, kini selepas 1 tahun bermadu asmara, Zainal mula kurang bertenaga. Seringkali dibiarkan saja bulu tangkis sms daripada Siti mejunam jatuh ke gelanggang inboxnya. Tidak lagi dibalasnya. Siti pula dihimpit persoalan. Kenapa dan mengapa? Hari-harinya penuh pilu dan sunyi sepi. Sehinggalah suatu malam dia mendapat sms yang menyimpulkan segala-galanya daripada Zainal.
Assalam'alaikum Siti. First sekali, sori lama tak balas sms. Sekarang orang tak guna sms lagi, orang guna Facebook, Twitter and Wassupp. Ok, kidding. Ada sesuatu yang mahu Zainal sampaikan. Ini dia.. Saya sudah putuskan, saya bukan lagi kekasih Siti dan Siti bukan lagi kekasih saya. Kita sahabat sajalah. Ini muktamad. Jangan tanya kenapa. Alasan saya terlalu panjang untuk ditulis di sini. Saya baru sedar, antara kita seharusnya tidak ada apa-apa. Saya yakin Siti akan bertemu sendiri dengan jawapan saya suatu hari kelak. Saya doakan, Insya'Allah..
  Lemah seluruh badan, menitis air mata Siti membaca mesej itu. Terlalu ringkas jawapan daripada Zainal untuk menutup kisah panjang mereka. Dia masih mahu penjelasan yang lebih. Namun, kerana enggan luka hatinya menjadi lebih parah, dia pasrah. Dicampak hensetnya. Teresak-esak dia menangis menutup muka dengan bantal. Di sisinya, patung Hello Kitty pemberian Zainal terduduk bisu, andai dia mampu berkata-kata mahu saja dia kata "baru hang tau, hahaha." kepada Siti, barangkali. Terimbaulah semula kenangan-kenangan indah yang lalu Siti bersama Zainal sambil lagu korea, Winter Sonata versi piano diputar.

  Dua tiga, mungkin empat minggu selepas itu, hidup Siti tidak keruan. Kadang-kadang ponteng kelas. Assignment tidak dihiraukan. Melayan jiwa laranya. Kalau tidak kerana ibubapanya yang kerap kali menghubungi bertanya khabar dan perkembangan, semangatnya pasti padam sepenuhnya. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan matrikulasi 1 tahun yang diselubungi episod duka.

...

28 Jun 2011.
Kolej Tun Tan Cheng Lock, Universiti Terbaik Malaysia.

  Hari itu adalah hari khamis. Hari sunat berpuasa. Hari pendaftaran pelajar-pelajar baru tahun pertama bagi sesi 2011/2012 sebuah universiti diselatan semenanjung tanah air. Beberapa orang pelajar dari seluruh Malaysia dipilih memasuki universiti berorentasikan teknologi tersebut berdasarkan kelulusan masing-masing.

  Di hadapan dewan pendaftaran, kelihatan seorang gadis berbaju blaus pink sedikit sendat, tersalah pilih saiz barangkali, bertudung merah puteh ala Yuna berborak-borak dengan ibu bapanya selepas selesai urusan didalam dewan pendaftaran. Sebentar lagi dia mahu bergerak mengangkat barang-barang menuju ke asrama. Eh lupa, nama beliau ialah Siti Rosalmah. Kerana kurang familiar dengan universiti tersebut, Siti mencari-cari kalau ada pegawai atau mahasiswa yang berada di sekitar dewan untuk bertanya dimana asrama pelajar perempuan.

  Siti datang dari jauh seberang laut bersama ibu dan bapanya. Menaiki kapal terbang selama 2 jam. Kemudian menyewa teksi dari lapangan terbang ke universiti itu. Usai mendaftar, ibu dan bapa Siti akan bermalam di hotel berdekatan dan esoknya akan
langsung bertolak pulang mengikut tiket kapal terbang yang ditempah mereka. Besar pengorbanan mereka.

  Rabiatul Adawiyah, mahasiswi tahun akhir universiti tersebut bertugas untuk membantu mahasiswi-mahasiswi baru untuk bergerak ke asrama masing-masing. Melihat Siti yang terpinga-pinga melihat peta yang dibekalkan, dia menyapa Siti.
"Adek, dah selesai daftar ea, nak pegi asrama perempuan? Jom akak hantar." 
"Err, ya. Di blok L08" 
"Ooo, dekat je dengan dewan nie. Nama ape ek? Datang dari mana?" 
"Siti Rosalmah, panggil Siti jak. Daripada seberang. No, I mean Sabah. Err,akak?" 
"Rabiatul Adawiyah. Panggil Kak Rabiatul je." 
"Ouh, ok. Besar jugak UTM ne. Huh!"
  Disitu mereka mula berkenalan. Siti yang agak pemalu, merah pipinya. Bukan selalu dia bergaul dengan geng-geng tudung labuh seperti Kak Rabiatul. Siti berasa sedikit kekok berbual-bual dengan Kak Rabiatul kerana fehshen pakaian mereka yang jauh berbeza. Lebih kekok lagi apabila Kak Rabiatul menawarkan untuk menolong mengangkat barang dari dewan ke blok asramanya kerana mereka sekeluarga datang hanya menaiki teksi daripada lapangan terbang.

  Sempat juga Kak Rabiatul berkenalan dengan ibu bapa Siti. Ibu bapa Siti berterima kasih kerana sudi menolong. Siti dan Kak Rabiatul juga bertukar nombor telefon masing, kalau2 Siti memerlukan pertolongan.

  Drama airmata berlaku lagi saat ibu bapa Siti bertolak pulang. Meninggalkan anak gadis mereka berseorangan di bumi asing. Kak Rabiatul masih berada menemani Siti. Seolah-olah menawarkan kepada ibubapa Siti untuk menjaga Siti bagi pihak mereka. Akhirnya Siti menangis dalam dakapan Kak Rabiatul selepas teksi yang menghantar ibubapanya bertolak pergi. Mereka sudah kelihatan seperti adik beradik walaupun baru berkenalan beberapa jam.

...

  Pejam celik, pejam celik, pejam celik lagi sekali maka berlalulah sudah setahun yang penuh kisah suka duka, Siti mula berubah. Dia tidak lagi murung. Kak Rabiatul, seorang yang asing baginya suatu ketika dulu telah menjadi orang paling rapat kepadanya di rantauan. Hidup jauh dari keluarganya, dia tentunya perlukan seseorang untuk menumpah kasih mengadu masalah. Kalau dulu dia ada Zainal. Tapi kini dia sudah menemui seseorang yang jauh lebih baik dan ikhlas berbanding Zainal. Dia tidak pernah merasa sunyi kasih sayang. Kak Rabiatul sentiasa ada menawarkan diri menjadi kakak dan ibu kepadanya.

  Pernah juga Siti ragu-ragu dengan kehadiran Kak Rabiatul yang sangat tiba-tiba dan terlalu baik sukar dipercayai. Namun, keikhlasan Kak Rabiatul yang sentiasa memberi segala-galanya tanpa mengharap balasan daripada Siti melenyapkan perasaan sangsi itu. Seluruh kepercayaan ditaruhkan kepada Kak Rabiatul. Setiap kali ada masalah, segera dirujuknya kepada Kak Rabiatul. Termasuk kisah duka bersama Zainal, lelaki yang dichentainya, tiba-tiba ghaib dari hidupnya. Diceritakan segala-galanya dengan sekotak tisu yang hampir habis basah semuanya.

  Proses itu tidak mudah bagi Kak Rabiatul. Seringakali jiwa hitam Siti memberontak, dan ianya dizahirkan Siti dengan mengabaikan sms-sms daripada Kak Rabiatul, mematikan henset apabila mahu bersendirian, keluar bersama kawan-kawan lain apabila Kak Rabiatul mengajak ke program-program tertentu, dan pelbagai lagi taktik dan teknik Siti mengelak apabila sindrom jahiliyyahnya menyerang. Tapi, Kak Rabiatul bukanlah seorang murabbiyah biasa. Penuh tabah dia mengikut setiap rentak Siti sehinggalah dia berjaya membawa Siti dalam melodi indah hakiki yang sebenar-benarnya.

  Siti juga mula mengenali orang-orang di sekeliling Kak Rabiatul yang ternyata datang dari kilang yang sama yang menghasilkan orang-orang seperti Kak Rabiatul. Perlahan-lahan Siti berubah. Pakaiannya yang semakin longgar dan lebar, aktiviti hidupnya yang semakin bertamadun, jiwanya yang dirasakan semakin bercahaya. Sinar iman mula menyinari gelap hatinya. Al-Quran pemberian Kak Rabiatul sentiasa bersamanya walau kemana dia keluar bermusafir. Dia telah mengenali siapa dia yang sebenarnya dan mengapa dia ada di dunia. Dari situ, Siti mula belajar erti hidup sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya dan paling penting kemana harus disalurkan rasa cinta yang sebetulnya. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira. Eheh.

[pinjam gambar]

...

  Di akhir semester, cuti panjang bakal bermula. Kak Rabiatul telah menamatkan pengajiannya 4 tahun di unversiti berkenaan. Siti pula akan pulang ke kampung halaman bercuti. Mereka bakal berpisah. Namun, kali ini Siti tidak lagi bersedih. Dia yakin, ukhuwah antara dia dan Kak Rabiatul tidak akan terputus selama-lamanya walaupun mereka tidak bersua muka. Itulah ukhuwah yang dijalinkan atas tali keimanan. Dia juga bertekad untuk terus berada dalam lingkaran iman dan islam ini dan meneruskan amanah yang ditinggalkan Kak Rabiatul padanya, yang itulah namanya dakwah.

  Pada hari dia bertolak pulang, Kak Rabiatul bersama teman-temannya menghantar Siti ke lapangan terbang. Sambil menunggu waktu sebelum masuk ke balai berlepas, Siti berbual-bual dengan Kak Rabiatul.
"Emm, kak Rabiatulku sayang. Ada benda ne nak bagitau. Dah lama Siti pendam. Hehe." 
"Ya, adik akak yang kiut, comel kebom kebom.. Apa tu? Bagitau cepat. Kang x sempat. Terpaksa pendam lagi."
  Kak rabiatul mencubit pipi gebu Siti. Siti memuncungkan mulutnya.
"Sakitla kak. Tak nak la bagitau." 
"Alalala, merajuk pulak. Ok, akak tak nak tau pun. Wekk.." 
"Akak ne.. Ish ish. Yela yela. Emm, 1234. Hehe" 
"1234?" 
"Hihi. I have 1 thing 2 say 3 words 4 u." 
"What?" 
"I LOVE YOU, Ukhti! Kerana Allah." 
"1234. LOVE YOU TOO! Kerana Allah."
  Mereka berpelukan. Akhirnya kedua-dua mereka tenggelam dalam tangisan indah penuh cinta, kasih dan sayang. Ouh, so sweet.

  Selepas itu, Siti pun bergerak masuk ke balai berbelepas sebelum menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan menaiki kapal terbang itu dia tiba-tiba teringat kata-kata terakhir Zainal padanya. Sambil memandang jauh ke arah awan puteh mulus yang mengiringi penerbangan pulangnya, Siti berbisik perlahan,
"Alhamdulillah. Mungkin aku sudah temui jawapanmu, Zainal. Terima kasih."

[Tamat]

Sunday, October 21, 2012

negara botak kepala (ep2)


   

sudah baca episod 1?


hensem kan?

lalu,bertitah akan baginda penuh semangat dan bertenaga.seperti baru meneguk sebotol 100 Plus hendaknya.(berikut adalah petikan ucapannya yang sudah siap diGoogle Translet)
hai rakyat semua! pertama-tama dan selamanya,beta mengucapkan syukur akan kepada tuhan atas kurnianya.andai tiada perkenannya,maka tiadalah juga apa yang ada pada kita sekarang ini.itulah bahagia,lahirnya seorang putera,Aron Aziz beta beri nama,yang bakal meneruskan cita2 kita semua,kearah negara maju merdeka menjelang tahun 2019.
bertempiklah akan seluruh hadirin hadirat yang ada menonjolkan kegumbiraan.seterunya,menyambung pula Raja Gopala pidatonya.
tapi,semalam dalam lena,bermimpi duka,sang pendita telah datang berjumpa beta.berkata akan dia "hai Raja Gopala,ketahuilah akan dikau bahawa mudarat yang menimpa akan negara engkau akan berulang pada keturunan setelah engkau,yakni anak,cucu,cicit dan sampailah 8 keturunan.uhuk..uhuk..(batuk-batuk)
tapi,usahlah gusar akan dikau.aku sertakan juga precaution untuk masalahmu itu.begini,engkau pastikanlah tiada org yang berambut di kepala mereka seluruh negara.inilah kerana di kepala berambut itu,banyak kutu2 yang menyebarkan virus x-mandula,yang mana telah menyebab tidak mampu akan korang berzuriat..sekian,salam ukhuwah!"
maka hari ini,berkumpul kita semua hanya untuk menyahut akan seruan pendita demi kemakmuran akan negara terchenta kita.lihatlah di sekeliling,sudah tersedia tukang gunting rambut untuk kita semua.janganlah segan mahupun silu rakyatku sekelian.beta dan Ratu Barbiea seluruh kerabat diraja juga turut serta.
bermula dengan Raja Gopala,kemudian Ratu Barbiea dan Tun Osabama turut serta menggondol kepala.penuh dedikasi bersemangat waja.sehelai lalu sehelai rambut gugur ke tanah,terkulai layu x bermaya,digunting oleh barber berwibawa.

maka terpinga-pinga akan semua yang hadir.kecualilah mereka yang bertiga itu,i mean Raja Gopala,Ratu Barbiea dan Tun Osabama.tersenyum sipu-sipu akan dia Ratu Barbiea.sudah dalam benaknya,ini akan terjadi.

namun,demi kedaulatan dan kemakmuran akan tanah tumpah negara yang terchenta semua sedia berkorban apa sahaja.lalu berduyun-duyunlah mereka ke kamar-kamar tersedia membuang rambut serata kepala.ada juga yang menongkah arah tiada mahu hilang mahkota di kepala terutama wanita.andai bukan kerana negara,tiadalah enggan mereka beralah kepada arahan pihak diraja.

usai sehari semalam,maka komplitlah seluruh negara dihabiskan memotong akan seluruh helaian rambut di kepala.pelik terasa akan atmosfera sekitar Kinabala yang bertukar rupa.negara shaolin lagaknya.

hikayatnya,seronok dan gumbira akan trio Raja Gopala,Ratu Barbiea dan Tun Osabama kerana plan mereka sukses berjaya.tiadalah sudah kerisauan melanda memikirkan ketidakkacakan anaknya,Aron Aziz.

beberapa tahun kehadapan,mangkatlah Raja Gopala dan disusuli pula Ratu Babiea.tibalah masa putera Aron Aziz menaiki takhta memimpin negara.bernikah akan dia seorang puteri botak kepala juga,dikurnia anak seorang juga,Rosyam Nor digelarnya.seterusnya,Rosyam Nor pula menerus lagenda mengelola negara.dan seterusnya,raja2 Kinabala terus bertukar rupa sehingga hari ini.

arakian,pada pemerintahan Raja Brunoma,anak akan dia Raja Rosyam Nor,telah diwajibkan akan semua orang mencukur juga kening,jambang dan misai2 mereka seluruhnya kerana diamatinya kutu2 virus mula berpindah tapak pula.dan habislah tiada kelihatan sehelai bulu di muka dan kepala penduduk Kinabala semua laki-laki dan perempuannya.

tradisi buang rambut dan bulu2 di kepala tidak pernah dilupa.bermula generasi Raja Gopala hingga Raja Kumalasari(currently crowned as Raja) hari ini ia terus dilaksana.menjadi suatu kemestian setiap bayi tak kira laki2 atau wanita yang baru lahir jejak dunia,dicukur akan seluruh rambut.malapetaka kata mereka andai enggan di buat pula.

maka tiadalah wujudnya akan produk2 kesihatan rambut untuk kepala seperti syampoo Pantene,Rejoice,Clear mahupun Minyak Kelapa.Pusat kesihatan rambut di kepala juga laksana Yun Nam Hair Care Solution,mampu bertapak lama.pasti tutup juga.tidak dilupa mekap-mekap berjenama antarabangsa laksana Maybeline meniti di mata-mata wanita,yang tiada ada kening dan bulu mata yang mahu dikena akan maskara.jimat belanja.

...

pada suatu hari di abad ke-20.tiba-tiba.di sebuah negara luar Kinabala,seorang laki-laki,Felix Baumgartnerah ingin mencipta nama dalam sejarah peradaban dunia.melakukan akan dia terjunan bebas tertinggi dari angkasa yang belum pernah di buat orang semasa.(saksikan videonya di sini)

mahu mendarat di Yugoslavia cadangannya.dukacita kerana tersalah baca GPS terjun dia atas tanah Kinabala.maka mendaratlah dia di tengah2 ibu kota negara Kinabala.pengsan akan dia kerana salah landing.semua yang berada sekelilingnya terkejut terkesima.siapa akan makhluk ini.belum pernah kelihatan oleh mereka.mengerumuni akan mereka seluruhnya makhluk itu.terpinga-pinga penuh tanda tanya.


5 minit sebelum terhempas.eh.

kerana kepala yang ditutup helmet,tiadalah jelas kelihatan akan rupanya.tidak berapa lama sedarlah akan dia dari pengsannya.perlahan-lahan di bukaknya helmet di kepala.suasana tegang seketika.dan terdedahlah seluruh kepalanya yang penuh dengan jambang,kening dan bulu mata lebat dan rambut belah tengah kepada semua.habis terkejut rakyat2 Kinabala,seraya bertanya dalam bahasa lingua franca antarabangsa semasa,

"WAH,KAU SIAPA?! MAKHLUK ASING!"

100 kali ganda terkejutnya Felix Baumgartnerah melihat menusia2 sekelilingnya yang tanpa bulu dan rambut di kepala.berteriaklah dia,

"WHOA! KAMU SEMUA SIAPA? AKU DIMANA?! PLANET ALIEN! "

[tamat]

hahahahaha.

...

the moral of the story?

dulu,rambut dan bulu2 dikepala adalah benda biasa di Negara Kinabala.ia lambang ke'macho'an dan kejelitaan luar biasa.apatah lagi misai,bulu kening dan yang sewaktu dengannya.itu nilai tambah buat mereka yang menjaganya dengan baik dan kemas.

namun,kerana rancangan gila tiga orang menusia tersebut,habis keadaan bertukar rupa 360 darjah.sejak itu,sedikit demi sedikit pandangan semua orang terhadap mereka yang punya rambut,dan berbulu kening dan yang sewaktu dengannya adalah kepelikkan dan kebencian barangkali buat mereka.

saya bagi anda pilihan.kita di golongan mana?
1-penduduk Kinabala
2-si penerjun,Felix Baumgartnerah
3-xtau.xpasti.

dulu islam izzah.lalu tiba-tiba datang golongan-golongan entah siapa tiba-tiba membawa ideologi jahiliyyah.kita tanpa usul periksa menerima dengan mudah.terikut-ikut cara mereka sehingga sedikit demi sedikit pandangan terhadap mereka yang punya agama mmenjadi semakin sinis hari ke hari.hingga satu tahap sinis itu menjadi benci.nauzubillah.

"pelik la ko ne pakai kopiah pegi kuliah.x rimas ke?ko sorang je kot dalam satu fakulti ni."

"kak,kenapa pakai pakaian labuh2?x panas ke?"

"sibuk2 buat pogram islamik buat pa?buka ada org nak dtg pon.."

"golongan2 ini memang gila.sikit2 nak bantah.sikit2 nak boikot.artis pompuan tu just nak nyanyi je pun..bukan nak ajak orang g zina.hish~"

"jangan join usrah.nanti diorang suroh hang jadi teroris." 

antara contoh2 ke"pelik"an orang zaman sekarang..

so,semoga anda semua mengerti akan mesej di sebalik cerita x munasabah ne dan sedikit selitan khulasah ringkas.

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)