Saturday, June 30, 2012

game dan kehidupan



siapa suka main game?saya suka..haha.skali sekala..

dalam bermain game,ada pelbagai halangan dan cabaran perlu di lalui sepanjang perjalanan.itu semua menjadikannya lebih menarik.bayangkan kalau bermain game  cuma perlu lawan 1 org  penjahat jak untuk menamatkan game.dan hanya dengan sekali jentik jak penjahat sudah KO.uh,boring..ndak da feeling lansung.main game layang-layang lagi best.



untuk naik ke level seterusnya,ada misi yang perlu di selesaikan.ada tentangan yang harus dijatuhkan.ada lawan yang mesti ditewaskan.dan di setiap level pula,tahap kesukarannya berbeza bergantung kepada reward yang akan diterima apabila selesai misi atau berjaya ke level seterusnya.power menjadi hebat.kemahiran akan meningkat.weapon semakin bervariasi.menjadikan watak hero @ staring lebih cool n awesome..



nah,kembali kepada kehidupan.dalam menempuh hidup ini,Allah telah memprogramkan(menetapkan) bagaimana perjalanan kita.sudah disediakan pelbagai halangan dan cabaran yang perlu kita lalui agar kita menikmati hidup yang lebih seronok.sangatlah boring kalau hidup sekadar dilahirkan,makan n minum,finally kematian..iya ka?
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Hadis Riwayat Anas r.a)

Allah juga menawarkan kenaikan level kepada setiap manusia.ia bergantung kepada hebat mana ujian yang diturunkan dan bagaimana kita menghadapinya.andai ita berjaya melaluinya,maka level kita akan meningkat disisiNya.bertambah power.reward yang superb menanti apabila kita berada di peringkat terakhir perjalanan(akhirat).itulah syurga indah abadi yang tak tercapai akalku akan bagaimana indahnya.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(Al-ankabut.ayat 2-3) 

namun,ingatlah..hanya dalam game sahaja kita boleh restart andai gagal.ia boleh dilakukan sesuka hati.andai kehidupan kita sudah game over,tidak ada lagi tawaran untuk restart.maka berhati-hatilah..



Sunday, June 17, 2012

Sya'ban >> Ramadhan.



Fari Usamah bin Zaid r.a, beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, saya tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam suatu bulan sebagaimana engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” Maka baginda menjawab,“Itu adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang manusia lalai darinya. Dan ia adalah bulan yang padanya segala amalan akan diangkat kepada Rabbul ‘Alamin. Maka aku senang amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa."(Al-Baihaqi dalam Syu’bul Imân 3/377)





 اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان

Allahumma barak lana  fi Sya’ban wa balighna Ramadhan.

O Allah, make the month Sya’ban blessed for us and allow us to reach Ramadhan.

Ya Allah,berkatilah kami di bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.

amin.


general happiness..







Wednesday, June 13, 2012

Wednesday, June 6, 2012

daie yang ria'.





Apabila manusia konsisten dalam memelihara hak-hak Allah SWT, baik yang zahir mahupun yang batin, maka syaitan mula dengki dan berusaha mengeluarkannya dari lingkungan takwa menuju lembah maksiat. Syaitan membisikkan bermacam-macam ibadah yang berpotensi membawanya kepada dosa dan perbuatan dusta.

"Lihat betapa rosaknya hati umat manusia! Mereka melupakan Allah, sibuk mengumpul harta,dan melalaikan perintahNya.Datangi,berilah peringatan,dan tuntunlah mereka kembali kepadaNya! Bukankah seseorang yang Allah beri petunjuk melaluimu lebih baik daripada matahari yang menyinarinya?" bisik syaitan.

Ia lantas tergerak mengikuti bisikan itu, kerana dengan begitu ia akan disegani, dihormati, diagungkan, dipatuhi, dilayani, dan dijadikan tempat mengadu. Dia segera menyeru umat manusia ke jalan Allah SWT. Sehingga orang-orang disekelilingnya memuliakan dan mengabdikan diri kepadanya denga harta dan tenaga. Jiwanya merasakan kenikmatan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dia kemudian memperlihatkan aktiviti ibadahnya supaya martabatnya tidak merosot. Dia marah ketika ucapannya dibantah walaupun ucapannya itu layak di bantah. Dia bahkan bukan hanya mencaci orang yang membantahya, tetapi juga menghina dan menuduh pembantahnya sebagai orang bodoh yang tidak tahu sopan santun.

Apabila tergelincir melakukan perbuatan mubah yang tidak seharusnya dilakukan, ia sangat takut martabatnya berkurang, sehingga ia berusaha menghapus kesan itu dari hati umat dengan berpura-pura,memperlihatkan kebaikan,dan bersikap ria'. Akibatnya,ia menderhakai Allah padahal sebelumnya patuh, dan menjauhiNya padahal sebelumnya dekat.

Seandainya tidak menyeru umat, ia terhindar dari semua ini. Orang yang patut menyerukan kebaikan adalah orang yang ketakwaannya benar-benar kukuh dan yakin mampu menghindari semua hal negatif tersebut setiap saat, dan darjat ini boleh dicapai dengan sentiasa memuhasabah diri, banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT supaya dihindarkan dari keburukan.Marilah bersama berusaha kearah itu. Walaupun belum mancapainya,teruskan menyampaikan dakwah,semoga usaha kita tidak sia-sia.


OuchThis Emoticons 38
*dipetik daripada buku the Wisdom of Al-Harits Al-Muhaisibi. (Pustaka Islam Klasik). Semoga bermanfaat..



Monday, June 4, 2012

dakwah?


Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i`tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" 
yusuf : 108
  
apabila bertanya kepada orang islam,kenapa perlu ucap syahadah? mereka akan menjawab,"sebab aku muslim la."

bilamana bercakap tentang solat,orang mudah menerima bahawa ia adalah kewajipan setiap orang islam.

bilamana bicara soal puasa di bulan ramadhan,org akan berkata,"oh,aku ini orang islam.jadi masa mesti puasa.kalau x berdosa.."

bercakap pula soal kahwin,lebih-lebih lagi tentang poligami bagi kaum lelaki,ramai yang mengaku,"kita ini umat nabi,kita mesti ikut sunnah nabi.."

tapi kenapa?,
apabila bicara soal dakwah mereka berkata,

"x wajib la..mana ada dalam rukun islam.."

"itu kerja nabi dulu.aku bukan nabi.."

"biarla ustaz-ustaz yang buat.."

"tabligh kan ada.."
Pos & Neg Emoticons 24
"budak-budak usrah punya kerja ni.."


Friday, June 1, 2012

fairy tales

kisah dongeng @ fairy tales..ceritanya lebih daripada benar.


bukan kerana wujudnya naga berkepala tiga yang setiap kepala mempunyai kuasa berbeza

atau adanya raksasa yang mampu menghancurkan bangunan dengan sekali libas
bukan juga kerana munculnya dragon yang boleh keluarkan api membakar apa saja di hadapannya

tapi,kerana mereka sentiasa mampu ditewaskan!!

jadi,bertukarlah!