Balik dari tarawih, Kid bancuh kosu(kopi+susu). Siap segelas. Kid tiup sikit-sikit dan slurrpp.. Wah, menyegarkan! Hujan malam malam begini, memang best minum kosu panas.
Kid keluarkan biskut Oreo dari peti ais. Kid putar. Kid jilat. Kid celup. Dan Kid..
Kid keluarkan biskut Oreo dari peti ais. Kid putar. Kid jilat. Kid celup. Dan Kid..
Alamak, biskut terlepas! Tenggelam. Cepat selamatkan sebelum biskut mati lemas. Kid hirup kosu laju laju sampai nampak biskut.
Eh, air kosu masih panas. Arghhh!
Ah, Kid baru celup satu biskut Oreo dalam kosu. Dah habis segelas. Bukan diminum. Tumpah. Tersembur. Hmm, nasibla Kid..
"Eh, kau tak tidur lagi?"Zal mengejutkan Kid yang sibuk mengelap membersihkan tumpahan kosu di meja makan.
"Awal lagi. Baru pukul 11. Aku bancuh air tadi. Tak tersengaja, tumpah pulak. Eh, kau pun tak tidur jugak. Buat apa malam-malam ni?"
"Nak minum air sikit. Layan citer indon. Best kot."
"Citer apa?"
"Sinetron Ketika Cinta Bertasbih spesial Ramadhan. Ada 10 episod lagi nak habis."
"Ouh, tadi kau tak tarawih lagi malam ni sebab tu la ea?"
"Emm, a'ah. Aku nak habiskan sebelum raya ni. Hehe. "Kid penuhkan segelas air masak dalam cawan kaca jernih. Kid hulur ke Zal.
"Nah, air masak."
"Terima kasih. Ramai orang kat masjid tadi?"Selesai membersihkan tumpahan kosu tadi, Kid duduk sebelah Zal.
"Awal-awal ramai. Nak penuh jugak dewan solat utama tu. Tapi, lepas lapan rakaat, tinggal 2 saf je."
"Hmm, biasalah tu. Aku pun kalau pegi ambil lapan je. Okeyla daripada takde kan."Sunyi sebentar. Krik.. krik.. krik.. Cengkerik di luar jendela.
"Zal, esok subuh teman aku pegi hias masjid boleh? Kita pergi naik motor aku. Asyik tengok cinta je yang bertasbih, kau tu bila nak bertasbih?"
"Ha? Err, hias masjid? A'ah la. Oke oke. Aku ikut kau."Malam itu Kid paksa Zal tidur awal. Bangun sahur sekali. Kemudian drive motor ke masjid berdekatan rumah sewa mereka. Suasana begitu hening subuh itu. Langit masih separa gelap. Bulan purnama masih tegak. Embun masih dingin.
Sayup-sayup azan menyelinap merayap menerusi dedaunan pokok, menyeberangi jalanan dan menembus masuk jendela-jendela rumah yang terbuka.
Dalam dingin subuh, hati Zal terusik. Mengenangkan nasib diri yang pertama kali Subuh di masjid selepas sekian lama. Begitu tenang dia rasakan menjadi sebahagian daripada jemaah subuh hari itu.
[Tamat]
* 18 ramadhan 1434.
* Semua mula asyik hias rumah masing masing. Rumah Allah, entah siapa nak hiaskan biar cantek.
* Indah rumah Allah itu bukan kerana perhiasan fisiknya, tapi jemaah yang tidak putus putus mendatanginya untuk mengharap redha.
Ha3. Kosu. X blh blah.
ReplyDeletehei cekgu..
ReplyDelete