Suatu hari,Salman al-Farisi datang melawat ke rumah Abu Ad-Darda ' dan mendapati Um Ad-Darda' berpakaian dalam pakaian lusuh.beliau langsung bertanya mengapa dia berada dalam sedemikian.Dia menjawab,
"adikmu,Abu Ad-Darda' tidak berminat dengan kemewahan dunia."
sementara itu Abu Ad-Darda' datang dan menyediakan makanan untuk Salman al-Farisi.Salman al-Farisi meminta Abu Ad-Darda' makan bersama,tetapi Abu Ad-Darda' berkata,
"saya berpuasa."
Salman al-Farisi menjawab,
"saya tidak akan makan kecuali engkau makan".
akhirnya, mereka makan bersama-sama.apabila sebahagian daripada malam telah berlalu,Abu Ad-Darda' bangun untuk menunaikan solat malam,dibangunkannya Salman al-Farisi tetapi beliau memberitahunya untuk tidur dan Abu Ad-Darda' pun tidur.
tidak lama kemudian Abu Ad-Darda' bangun semula tetapi Salman al-Farisi sekali lagi memberitahu beliau untuk tidur.sehinggalah di waktu terakhir malam,Salman al-Farisi membangunkannya,dan kedua-duanya solat bersama.
malam itu Salman al-Farisi berpesan kepada Abu Ad-Darda',
"Allah mempunyai hak ke atasmu, jiwamu mempunyai hak atas kamu, dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu, maka tunaikanlah hak-hak semua orang yang mempunyai hak ke atas kamu."
Abu Ad-Darda' datang bertemu Nabi SAW dan menceritakan kisah keseluruhannya. Rasulullah SAW bersabda,
"Salman al-Farisi telah bercakap benar."
(kisah 1,daripada kitab Sahih Bukhari.lihat di sini)
...
kisah 2 :
Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.
Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah.. Alhamdulillah”
Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.
Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.
Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.
Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.
Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti”dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
(kisah 2,petikan daripada buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A Fillah)
...
“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan rohani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).”
Imam Hasan Al-Banna.
No comments:
Post a Comment