Friday, September 28, 2012

(monolog dalaman) jangan tidur lepas subuh.

dari jendela.
seperti biasa matahari menjelma menumpah cahaya ke dunia serata.hari berulang semula,entahlah kali ke berapa.membuka mata melihat ke jendela.sinaran sirna segera menerpa,menusuk resah ke dalam jiwa.ah,sudah dimana jarum masa? apakah? adakah? dan aduh,benarlah naluri berkata,terlajak sudah..

hua,hua,hua..

pasti di sana,mereka sudah lama bermula.bersama pena mencatat nota-nota.sudahku kira,andai terlena setelah ma'thurat dibaca,
pasti menderita terlepas kuliah..

termenung seketika..

ku semak semula,jadual tertera di atas meja di bawah para-para.
laa,hari jumaat rupanya..mana ada kelas pagi untuk beta di hari barakah..muahahaha~

...

peringatan hanya.

manusia mulia,Rasul Allah berpesan pernah kepada anak terchenta, Fatimah az-Zahra.bersabda baginda,
"wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."(riwayat al-Baihaqi)
maka,mari bersama-sama kita berubah,InsyaAllah..

...

tamatlah sudah ceritera hamba musafir hina.menutup madah dengan akhir kalimah,Alhamdulillah..

eh,habis dah?

kenapa?
x percaya?

*mencoba kemampuan cuma,kesusateraan melayu melaka saya,yang pernah diasah Chekgu Rosinah,guru bahasa di SK Abaka,dikala zaman purbakala.whoa!

3 comments:

  1. Suka ^^... sgt bermanfaat.. emm bila sahlan nk tulis cerpen.. ayat post ni best jer, cuba wat cerpen la..^^

    ReplyDelete
  2. eh,ye ke..hua3..
    ada gak cita2 mau tulis cerpen,tapi lom ada idea nak buat tajuk..hehe
    akan berusaha,insya'Allah.. :)

    ReplyDelete