ok,semua duduk kat depan laptop/komputer masing2 ok.
*buka buku cerita.duduk bersila..
kawan2,pernah tak dengar cerita pasal 5 orang buta?
yang mana tu?macam pernah dengar jak..
yang ini,dengar baik2 ok..
pada suatu hari,5 orang buta mengadakan lawatan sambil belajar di Zoo Negara.mereka telah berpeluang bertemu dengan pelbagai spesies fauna.dan di antaranya ialah Sang Gajah.berikut adalah perbualan di antara 5 orang buta tersebut.
buta 1 : wah,gajah ne macam piring ASTRO rupanya.tipis,lebar dan kebulat-bulatan.(seronok usap2 telinga gajah)
buta 2 : salah la.gajah ne macam ekzos motor.bentuk silinder,panjang dan ada lubang di hujungnya.cuma gajah ne,boleh lentur dan lubang di hujungnya ada dua.(tengah sentuh belalai)
buta 3 : nope.gajah adalah seperti batang pokok durian.teguh berdiri menjulang kelangit dan agak keras.(ketuk2 kaki gajah)
buta 4 : korang ne xde mata ke?gajah ne macam tilam getah.lebar dan kenyal.(picit2 perut gajah)
buta 5 : korang ne salah pegang haiwan kot.aku rasa gajah ne adalah termasuk dalam spesies
Elapidae Naja,ia seperti tali yang panjang dan boleh lilit2.(tarik ekor gajah)
akhirnya,mereka di injak2 oleh Sang Gajah.kah3.(ini tokok tambah)
...
ha,cerita tu pernah dengar?
hmm,x pernah pun..
laa ya kerr,ce yang ne pulak..
di zaman dahulu,Sang Kancil bersahabat baik dengan Sang Kenari dan Sang Myvi..
eh,salah cerita..sori2.
*tukar buku.
...
meh dengar cerita zaman modern ne.
pada tahun 2345 Masehi,di sebuah negara bertajuk Milleniuman,rakyatnya hidup sengsara akibat ancaman daripada makhluk bernama
Alurpoda Melanoleuca,raksasa mata gelap yang suka mengganggu kehidupan seharian penduduk Milleniuman dengan melempar-lemparkan batang bamboo yang di gigit-gigitnya.ganas dan brutal kan.
tidak membenarkan raksasa tersebut terus-terusan mengganas,beberapa individu dan kumpulan Superhero telah bangkit untuk membela nasib rakyat yang tertindas.mereka bergerak secara persendirian mahupun berkumpulan dengan style masing2.berikut adalah senarai Superhero2 yang terlibat.
1.
Kaum Ultraman.
-memilih utk menentang dan berlawan dengan raksasa dengan membesarkan tubuh badan mereka 47 kali ganda manusia biasa kerana beranggapan raksasa itu terlalu besar untuk dilawan dalam saiz manusia biasa.mereka juga menggunakan lampu suluh untuk menghasilkan cahaya yang mampu menakut-nakutkan raksasa tersebut di waktu malam.
2.
Abang Spiderman.
-modus operandinya adalah dengan menghasilkan perangkap sarang labah2.menggunkan mesin pemprosesan sarang labah2 berskala besar daripada sawang2 yang dikutip daripada rumah2 sekitar Milleniuman.perangkap2 sarang labah2 itu kemudian akan dilancarkan dari kawasan yang tersorok untuk menangkap raksasa tersebut.beliau berpendapat cara ini lebih efektif kerana raksasa tidak akan tahu di mana dan bila akan muncul bedilan2 sarang labah2 tersebut.saiznya yang besar juga menjadikan raksasa sebagai target yang susah miss.
3.
Trio Wonderpet.
-mereka mengamalkan konsep diplomasi dengan raksasa.berpendapat bahawa cara ini lebih efektif kerana mereka merasakan pertumpahan darah yang akan mengotorkan bandar perlu dielakkan.sesuai dengan motto mereka "apa yang penting?diplomasi!".setakat ini beberapa cubaan untuk mengadakan sesi rundingan telah dilaksanakan.namun sampai kemarin,masih lagi gagal menemui kata setuju pihak musuh.
4.
Pasangan Doraemon dan Dorayaki,D&D.
-pasangan adik beradik ini berijtihad untuk mendapatkan alatan2 canggih dari masa hadapan untuk mereka guna dalam usaha menghapuskan raksasa.dan ketika ini mereka masih lagi tekun membina mesin masa untuk tujuan murni itu.mereka juga telah berjaya membina beberapa peralatan keselamatan seperti 'pintu pindah tempat','topi helikopter' dan sebagainya untuk kegunaan di waktu2 kecemasan.
5.
Kumpulan Power Puff Girl,PPG.
-kumpulan ini adalah yang paling pasif pergerakannya,iaitu dengan menulis dan menyebarkan risalah,bertujuan menaikkan semangat2 penduduk Milleniuman untuk meneruskan bantahan dan protes atas penindasan yang dilakukan oleh raksasa terebut melalui media2 seperti Facebook,Twitter,Blogger dan sebagainya.
malangnya,kelima-lima adiwira asyik menyalahkan antara satu sama lain.x puas hati dengan cara masing2.(sama ada diorang ne nak dapat nama atau nak raih undi PRM,pilihan raya milleniuman atau sebab lain,buku ne x bagitau pulak bah..)
Ultraman tidak setuju dengan cara
Spiderman kerana caranya itu menyebabkan suri rumah atau pembantu menjadi malas dan mesin membuat sarang labah-labah itu mengakibatkan pencemaran bunyi dan bahaya andai tersalah guna.
sementara itu
Wonderpet tekad menyalahkan
Ultraman andai berlaku kehilangan nyawa dan harta benda akibat dipijak oleh gergasi
Ultraman ketika bertarung dengan raksasa.
PPG pula bertelagah dengan
D&D yang kononnya membuang masa dan tenaga membina mesin masa yang pada perkiraan mereka sangat mustahil untuk dicipta walaupun teknologi semakin maju dan kemungkinan membenarkan ianya tercipta,sedangkan
D&D menafikan usaha
PPG yang langsung tidak mesra alam,membazir kertas dan pokok.
senario ini berterusan.dan seringkali berlaku perbalahan serius antara 5 adiwira harapan bangsa dan negara ini sehingga terlupa siapa penjahat dan siapa pembaik.raksasa
Alurpoda Melanoleuca terus mengganas.tiada tanda2 ia akan berhenti.korban nyawa tidak bersalah terus meningkat.
dan begitulah kisahnya..
...
amacam,best x?
boooo!!!
k,fine.nak tido la..
eh,kejap2.apa kaitan cerita orang buta n kisah merepek kau ne ha?
ha,nak tell the moral of the story la ni.duduk diam2 balek..
pengajaran pertama,
pergi ke zoo sangat menyeronokkan.sumpah!
kedua,
jangan baca komik @ tengok citer katun banyak2.anda akan di cop "tidak matang".serius!
tiga,
sedarlah wahai kawan2,sahabat2,akhi,ukhti,para duat,jihadis2 sekalian.kita semua sedang menghalakan busur anak panah masing2 ke arah sasaran buruan yang sama.x kiralah anak panah siapa yang akan mengena tepat ke sasaran dan membunuh buruan tersebut,hakikatnya buruan itu milik kita bersama.
sedar tak sedar,kita sedang berbincang topik yang sama seperti 5 orang buta tersebut.dan mungkin kita melihat dari sudut yang berbeza,kita tidak melihat apa yang orang lain lihat.so mari celikkan pandangan dan pandanglah lebih luas.pasti akan menemui titik persamaan.
so,apa gunanya kita bertelagah menafikan cara masing2 walaupun ianya sama-sama betul dan sama-sama benar(tapi,kena rujuk ulama muktabar dulu la ya kalau nak pastikan cara anda betul/salah ok.)
yes,walaupun mungkin strategi kita mungkin lebih efektif dan relevan berbanding yang lain,apa salahnya mengadakan perkongsian,perbincangan dan kerjasama? muafakat kan membawa berkat..x gittew?
huh.
(*lappeluh?)
so,marilah kita bersatu atas nama ISLAM dan saling tolong menolong menegakkan kalimah Lailaha illa Allah, Muhamad Rasulullah!
ndak maw kondem-mengondem,bantah-membantah,tolak-menolak ya.tara mau maa..
...
semoga,tatkala ditayangkan kisah kebangkitan semula Islam,dipengakhiran zaman dunia ini,ketika di padang Masyhar nanti,kita sama-sama boleh berkata,
"kami ada di situ!"
allahumma amin!
...
lom habis lagi,
jadi,semoga bertemu lagi di hari dan waktu yang sama minggu hadapan.
ingat,dalam rancangannn Adik-adikku dannn...
(jerit kuat2 sama2)
Power Rangers!
|
ralat : semuanya kepada(jarak).dah malas mau edit. |