ah,kerepek pisang..skrol ke bawah cepat.
...
marcapada ini,dengan kemajuan teknologi serba cangih-manggih,segala keperluan manusia mudah sekali dihasilkan dan diperolehi.setiap keperluan hidup yang bersifat kebendaan dapat dipenuhi serta merta,semua di hujung jari.kalau beberapa abad yang lepas barangkali,kemiskinan,kelaparan serta kesukaran hidup sangat digeruni oleh makhluk manusia.namun hari ini ia bukan menjadi masalah lagi.ye ke? auta-auta..
lalu,parallel dengan kehidupan yang semakin mewah itu seharusnya dipersembahkan akan kedamaian dan kebahagiaan dalam diri makhluk manusia.namun seribu namun,ramai di antara mereka gagal menemukan itu semua dalam berbukit duit-duitan dan lautan emas permata serta timbunan barangan2 mewah.mereka masih ditindas dengan keresahan,fikiran tidak tenteram,hati gelisah dan jiwa kacau.ternyata kemudahan material semata-mata tidak menjamin hidup yang bahagia.
demikian juga dengan jiwa,akan mengalami perbagai perubahan dan peralihan keadaan.ada yang penuh damai,tenang dan bahagia sedang ada yang lain pula gelisah dan tidak tentu arah.ramai yang gagal menganalisa punca mereka merasa tidak tenang gelisah,hampa dan kosong kosong koosoongg..
"demi masa.sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan kearah kebenaran dan kesabaran" (al-Asr:1-3)begitulah.mereka-mereka yang mencari kebahagiaan hidup dengan menuruti kehendak hawa nafsu semata-mata hingga membelakangi kebenaran,maka mereka inilah manusia yang berada dalam kerugian.
rugi.
rugi..
rugi...
ingat lagu suci dalam debu?ya,ya,yang itula tu.xperlu nyanyi.just nak tau anda ingat ke tak.umat islam hari ini hakikatnya umpama suci dalam debu.artinya,kesucian dan kebenaran yang ada pada islam itu,sedikit demi sedikit mulai ditutupi dengan debu.debu kemungkaran,debu kezaliman,debu kekufuran,debu kefasikan,debu kemusyrikan dan macam2 jenis debu lagilah..hingga suci dan indahnya islam hilang dari umat islam itu sendiri hasil dari kehidupan dan aturan buatan sendiri makhluk manusia yang jauh tersasar dari landasan LRT islam yang sebenar.
oleh itu,marilah bersama-sama kita mengangkat LRT kita yang sudah tersasar tu dan letakkan semula ia di landasan yang betul.vacuum kabus2 dosa yang memenuhi hati kita agar lebih mudah menganalisa semula mana yang benar dan mana yang batil,mana keimanan mana kekufuran.
sekian.semoga bertemu sakinah dan mawaddah yang hakiki."maka apakah mereka tidak berjalan dimuka bumi,lalu mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami,atau denagn telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (al-hajj:46)
No comments:
Post a Comment