Friday, October 12, 2012

hidup seperti secawan 'Milo 3 in 1'

malam itu,Abdullah(bukan nama betul) mengajak anak2 usrahnya ke biliknya untuk tengok movie bertemu muka melepas rindu.sudah beberapa bulan tidak ketemu dengan ahli usrah semenjak cuti akhir semester yang lepas.sepanjang cuti,semua sibuk dengan aktiviti masing2,hingga terkadang terlupa untuk bertanya khabar antara satu sama lain.

sampai di bilik,masing2 berpelukkan,laga pipi ke pipi dan kemudian duduk dalam lingkaran.malam itu mereka tidak punya apa2 tajuk khusus untuk dibincangkan.hanya untuk berkongsi cerita masing2 semasa cuti.

perbualan mereka kemudian tidak lama bertukar menjadi sesi luahan perasaan,komplen sini sana tentang tekanan dalam belajar dan kehidupan masing2 yang serabut ayam.

menawarkan anak2 usrahnya yang comhel2 untuk minum air Milo,Abdullah memasak air dalam heater jenama Pensonic dan mengeluarkan beberapa paket Milo 3 dalam 1 yang baru dibelinya di kedai runcit di Arked Meranti yang sebenarnya untuk stok 1 minggu beliau.

selepas itu dia keluar semula dari biliknya.selepas beberapa minit,dia kembali dengan beberapa cawan yang dipinjam dari member2nya.antara cawan2 yang dibawanya tersebut,ada yang diperbuat daripada plastik,kaca,tanah liat,kristal tiruan,besi,dan sebagainya dengan pelbagai rupa bentuk.ada yang cantik,ada yang x,ada yang mahal,ada yang murah..

setelah saudara heater siap mendidihkan air,Abdullah mempelawa anak2nya untuk buat sendiri Milo masing2 kerana beliau sudah penat kesana kemari mencari cawan.sempat berpesan kepada anak2nya untuk bawa cawan sendiri kalau nak datang bilik beliau lain kali.

maka,anak2 usrah memilih cawan masing2 meninggalkan bererapa cawan yang x menarik dan x berapa nak bagus.

setelah selesai membancuh Milo masing2,Abdullah mula bermadah,

kalau antum semua perasan,semua cawan2 yang cantik dan hensem sudah di ambil meninggalkan yang buruk2 ja kan..hmm..

haha,memang normal untuk kita sentiasa mahu mendapatkan yang terbaik..

tapi sebenarnya,itulah sumber masalah dan tekanan yang kita hadapi.

hakikatnya,cawan2 tu x membawa apa2 makna kepada rasa atau kualiti Milo yang antum buat.

dan kadang2,ia menyembunyikan Milo yang kita nak minum macam cawan Jo yang bertutup tu.x payah buka la Jo,biarkan ja..

apa yang sebenarnya antum mahu adalah Milo,bukan cawan.tapi,antum telah memilih cawan masing2 dan mula membandingkan dengan cawan orang lain untuk melihat siapa yang paling hebat cawannya.

...

sekarang,cuba bayangkan.Milo adalah kehidupan.

cawan adalah pelajaran atau lebih spesifik lagi pointer,biasiswa atau duit.dan mungkin kalau antum dah kerja nanti,cawan tu kerjaya,gaji atau pangkat antum.

semua itu adalah alat..ulang suara,itu semua adalah alat..

ia tidak akan mendefinasikan atau mengubah kualiti hidup yang antum ada.

kadang-kadang,kerana terlalu menitikberatkan soal 'cawan' kita lupa untuk menikmati 'Milo'.

savor the Milo,not the cups.

the happiest people not have the best in everything,but they just  make the best of everything.

habis bermadah,Abdullah mengeluarkan satu tin biskut beraneka.mereka menghabiskan pertemuan malam itu dengan minum malam sambil menonton cerita One Piece episod terbaru,anime yang sarat dengan pelbagai nilai pengajaran2 terutama bab2 ukhuwah!




No comments:

Post a Comment