Namun sejuta namun, Raja Gopala dilanda duka. Sudah bepuluh purnama baginda bercita-cita, mahukan seorang anak yang akan mewaris takhta memimpin negara. Sayugia dimaklumkan bahawa tiadalah tanda-tanda isterinya, Ratu Barbiea yang seorang permaisuri jelita berbadan dua, apatah lagi tiga. Sudah beberapa tabib dan pawang dijumpa dari serata negara, namun tiadalah mampu menemui penawar penyakit mereka berdua pasangan duka.
Suatu hari tetiba-tiba ja, penasihat baginda,bendahara negara, Tun Osabama menyampai maklumat gumbira. Dikhabarkan kepada Raja Gopala akan seorang pendita yang berada di sebuah gua, Gua Niah khabarnya sedang bertapa. Menurut buletin utama, pendita yang ini ilmunya penuh berkuasa. Mampu menyelesaikan pelbagai masalah tanpa perlu dibayar upah, sungguh mulia.
Dan berangkatlah Raja Gopala bersama isteri terchenta diiringi ahli-ahli istana berjumpa pendita. Setelah 2 purnama bermusafir berkereta kuda melalui jalan raya, sampailah semua di Gua Niah. Ketika tibanya mereka, si pendita barulah pulang dari memberi ceramah di majlis rumah terbuka kampung sebelah.
Lalu sebelum sempat Raja Gopala dan Ratu Barbiea mengutara akan masalah mereka berdua, pendita sudah dapat meneka dari airmuka mereka akan kegusaran yang menimpa. Diberi oleh pendita akan penawar berguna berupa jus tongkat ali dan kacip patimah untuk mereka. Diberi syarat pula,ia harus diminum oleh keduanya, secara serentak bersama ketika purnama penuh bercahaya sambil berkata "SUPER POWER!".
Seperti biasa pendita menolak tawaran hadiah cenderamata dari kerabat diraja berupa percutian sehari semalam ke pulau Langkawei di negeri Malaya dan trofi iringan. Sungguh mulia pekertinya. Susah dicari di mana-mana. Penuh gumbira dan penuh ceria muka ahli-ahli gerombolan istana berangkat pulang dari berjumpa pendita di Gua Niah. Semoga pendita hidup bahagia hendaknya.
Setelah beberapa ketika menanti bulan purnama penuh bercahaya muncul diangkasa, maka saat ditunggu akhirnya tiba. Diperkarangan istana, semua teruja. Akhirnya dengan sekali lafaz mereka
Dan benarlah akan kesaktian penawar pendita, setelah beberapa lama Ratu Barbiea sudah sah berbadan dua.bertubi-tubi muntah akan dia setiap hari seminggu lamanya. Tiap masa juga dia mengidam akan buah mangga yang dijual Auntie Mala di pasar malam Jalan Bungaraya.
Arakian, setelah complete 9 purnama kemari kesana membawa akan badan yang ada dua, tibalah masa Ratu Barbiea bersalin sudah. Dipanggillah akan bidan nombor 1 negara menyambutlah bayi yang akan membawa cahaya ke serata buana.
Takjubnya seluruh rakyat jelata, Ratu Barbiea bersalin mudah.teranan pertama bayi laki-laki keluar sudah.tiadalah dengarnya mereka akan jeritan "waaaaa!" atau "kandaaaa!" mahupun "sakitnyaaaa!!" daripada permaisuri ayu jelita. Kesaktian penawar daripada pendita memang luar biasa. Dinamakan akan bayi laki-laki itu Awang Sembilu.
Selama 7 hari 7 malam,seluruh negara berpesta meraikan peristiwa penuh bahagia Negara Kinabala. Dari istana diraja hingga ke kaki lima rumah rakyat jelata penuh lampu lip lap lip lap. Hampir habis diguna perbendaharaan negara menanggung kos belanja pesta seantero negara terutama kos menjemput artis-artis kpop luar negara yang tiadalah sedap suaranya, menayang jelita plastik hakikatnya. Buat forum perdana lagilah berguna.
Sayugia, dalam keriuhannya pesta tua muda seluruh negara, Raja Gopala dan Ratu Barbiea diselubungi duka. Si pendita gua Niah sudah berpindah keluar negara untuk memasarkan produknya di peringkat antarabangsa. Sebelum keluar berkelana, menyampaikan pesanan akan dia kepada pasangan raja.
Melalui
ola! esperima yabit neit uh-uh lai cen huet bai-bai yabit on. wa espirima gere gara mun jegir ja-ja cer lai beren low ker ittew. yo-yo, wassup :)*terjemahan : Hai! ketahuilah akan dikau berdua wahai Raja Gopala dan Ratu Barbiea bahawa penawar yang ku kasi pada kamu berdua punya kesan sampingannya. Dan ketahuilah kesan sampingannya itu adalah anak kalian berdua tidak akan tumbuh rambutnya atau botak akan kepala dia seumur hidup. Sekian, terima kaseh :)
Itulah yang merisaukan akan kepala dua menusia sanjungan bangsa kebanggaan rakyat jelata Kinabala. Tiada lena akan mereka memikirkan masalah rumit dan kompleks itu.hanyasanya mereka itu kaum-kaum berdarah diraja semua hensem bergaya dan manis jelita belaka. Jadi, andai anaknya itu botak kepalanya, tiadalah hensem bergaya hendaknya menurut perkiraan mereka. Nanti hilanglah pula thiqah rakyat kepada putera yang bakal menaiki takhta itu.
Lalu, dipanggillah penasihat peribadi kepercayaan raja dan ratu berdua, Tun Osabama untuk mengadakan oleh mereka bertiga akan mensyuarat jendela tergempar. Maka setelah berlalu 7 hari 7 malam pesta mereka mendapat keputusan akan bagaimana mahu menyelesaikan masalah rumit-kumit tersebut.
Dan itulah hari ke-8 semenjak kelahiran Awang Sembilu, dikumpul akan seluruh rakyat jelata dan termasuk ahli-ahli istana di perkarangan tempat letak kereta kuda hadapan singgahsana diraja Kinabala.
Maka dengan itu, bangkitlah si Raja Gopala penuh segak bergaya dengan sedikit gementar kerana bimbang akan baginda rancangan mereka gagal terlaksana.
Lalu, bertitah akan baginda...(to be continue)
^^ sahlah.. pandai mengarang dah.. bagus adik akak ni..
ReplyDeletemuahahaha..
ReplyDelete^_^