"assalamualaikum sahlan..sehat?"
"eh,enta..sehat alhamdulillah."
"dah makan?"
"sudah,kat Meranti tadi dengan member"
"duk mana sekarang?"
"kat KTHO lagi"
"blok mana?"
"L27"
"oh,ok.baguslah"
lepas tu kami bersalaman lagi dan dia pun berlalu pergi membawa diri meninggalkan aku tercari-cari makna tersembunyi di sebalik tregedi misteri ini.eh.
...
dua tiga hari kemudian,aku terserempak lagi dengan menusia itu.kali ini dalam perjalanan menuju ke cafe.tengahari.telapak tangan kami bergeselan,lalu dari geselan itu haba terhasil dan suhu meningkat mendadak dan tangan kami habis terbakar.muahahaha.(hiraukan..)
"assalamualaikum sahlan..sehat?"
"eh,enta..sehat alhamdulillah."
"dah makan?"
"belom,nak g kafe la ni.makan dengan member"
"xde kelas ke?"
"ada,jap lagi kul 2"
"kat mana?"
"blok M47"
"oh,ok.baguslah"
lepas itu,kami meneruskan perjalanan hidup masing-masing.ternyata arah tujuan kami berbeza.dia ke utara,aku ke selatan.dia ke parking kereta,aku ke kedai makan.
...
empat lima hari kemudian,aku bertembung lagi dengan sosok tubuh itu.ketika itu,aku sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM.bahuku dicuit dari arah belakang.bila ku toleh,tiada orang!seram sejuk aku dibuatnya..tiba-tiba suara halus mengetuk gegendang telingaku..
"assalamualaikum sahlan..sehat?"
"eh,enta..sehat alhamdulillah."
"dah makan?"
"belom,nak cucuk duit dulu.lpas ne,baru gi makan dengan member"
"datang dengan siapa?"
"member,Azfar.."
"dia kat mana?"
"tu tengah bertenggek kat motor"
"oh,ok.baguslah"
sejurus itu,giliran aku pun tiba.aku tawarkan sekeping kad segi empat kepada ATM tersebut.namun,dengan penuh murah hati,ATM menolak dan memberikan pula kepada aku sejumlah wang.sungguh mulia,baik hati dan indah pekertinya.kalau letak kat bilik ok jugak tu!
...
enam,tujuh,lapan,sembilan,.....(dan seterusnya) hari kemudian dialog itu berulang lagi dengan sedikit modifikasi mengikut keadaan dan situasi.
dan dialog itu tidak berlaku diantara aku dan menusia itu sahaja,ada juga menusia2 lain yang apabila kami bertemu,dialog sama diulang siar.mahu saja aku rakam pebualan kami supaya di lain2 masa kami bertembung,aku playback ja.senang.jimat air liur.
tapi,aku suka dengan semua itu.seronok bila ada orang yang mengambil berat.terasa diriku begitu berharga.romantik habis uolss.salam rindu penuh kaseh dan sayang bang bang boom buat kalian,sahabat2 chentaku.eeeuuww,geli-geleman..
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.(Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment