Saturday, February 28, 2015

seindah bougainvillea 05.




   Alhamdulillah. Sudah pun berlalu seminggu sejak hari Mak Senah pergi menghantar Man ke sekolah barunya. Hari itu Cikgu Nur menghantar mereka berdua dengan kereta kancilnya. Dan Cikgu Nur juga yang membantu menguruskan proses pendaftaran Man di sana.

   Mak Senah melalui hari-hari biasanya seorang diri. Seawal pagi dia keluar mengayuh membawa makanan bungkus untuk dijual di luar pagar sekolah. Petangnya berehat di rumah bersama pokok-pokok bunganya, membersihkan apa yang patut sebelum pergi ke kedai untuk membeli barang masakan yang sudah kurang. Malamnya pula usai solat isya', menyiapkan barang jualan untuk hari esok. Kalau hari cuti sekolah, Mak Senah datang melawat jiran-jirannya dan jika ada kenduri dia pasti hadir membantu apa yang patut di dapur.

   Sunyi?

   Rindu?

   Siapa yang boleh menipu tentang hati dan perasaan seorang ibu. Apalagi untuk seorang ibu yang ada cuma satu-satunya anak lelaki. Apalagi untuk seorang ibu yang tinggal sendirian tanpa suaminya. Tapi Mak Senah sudah berjanji kepada kepada Man bahawa dia tidak akan bersedih lagi di hari kemudian untuk keputusan yang mereka pilih bersama ini. Bahkan Mak Senah sudah berjanji pada dirinya sendiri agar jangan pernah meragukan takdir Tuhan, yakin bahawa dia dan Man akan sentiasa berada di bawah perhatianNya. Dia telah bertekad untuk tetap kuat.

  Rutin antara maghrib dan isya' Mak Senah tetap dijalaninya seperti biasa meski kali ini tanpa Man yang berada di hadapan mengimamkan solat mereka, meski dia tidak lagi mengaminkan bacaan doa daripada Man yang sentiasa terselit namanya dan nama arwah suaminya, meski tanpa dia dan Man membaca Al-Quran bersama, memperbetuli bacaan masing-masing. Ya, kali ini semua itu dilakukannya seorang diri. Solat sendirian. Berdoa sendirian. Membaca Al-Quran sendirian.

   Tapi, malam itu Mak Senah tidak lagi kuat untuk menampung rindunya. Hari ini dia baru tersedar bahawa bebanan rindu yang dipikulnya sudah berganda dua. Rindu berat pada arwah suaminya sudah ditambah dengan rindu pada anaknya. Sungguh, dia tidak pernah menduga hatinya akan jadi sedu seperti ini pada hari dia memutuskan untuk melepaskan Man. Ternyata dia belum cukup kenal dengan hatinya sendiri.

   Sungguh bersendiri dalam kesukaran beginilah manusia akan lebih dekat kepada Tuhannya, merasakan diri sungguh lemah tidak punya kuasa.

   Sejadah hijau lusuh yang sudah dilipat dua, dibukanya kembali. Sejadah yang telah banyak menyambut dan menampung air mata Mak Senah ketika dia hanyut dalam sujud panjangnya. Sejadah yang saban waktu mendengar luahan sedu, permintaan-permintaan penuh rendah diri, dan pujian syukur Mak Senah kepada Tuhan. Sejadah yang berkongsi cerita suka duka Mak Senah sedari hari pertama dahi Mak Senah menyentuhnya. Kisah hidup Mak Senah ada tersimpan kemas pada sehelai sejadah.

   Pada malam ini sekali lagi sejadah hijau lusuh akan menjadi peneman Mak Senah mengadu dan meminta pada Tuhannya. Sejadah hijau lusuh juga sudah cukup kering untuk terus menerima hujan air mata daripada wajah cekal itu.

   Dan Mak Senah pun mengangkat dua tangan untuk takbiratul ihram.

   Allahu akbar..

   Tapi, belum pun sempurna kedua telapak tangannya bertemu di atas dada, Mak Senah berhenti. Air matanya mengalir lebih awal. Dia hilang fokus. Dicubanya lagi untuk mengangkat takbir. Sekali lagi, ia tidak dapat disempurnakan. Mak Senah menatap sejadah. Menyeka air matanya sendiri. Tarik nafas sedalamnya dan melepaskan perlahan, mahu menenangkan diri.

   Sekali lagi, diangkat dua tangannya ke paras bahu.

   Allahu akbar..

   Ah, akhirnya Mak Senah mengaku kalah. Dia masih belum mampu. Dia terus saja merebahkan tubuhnya di atas sejadah hijau lusuh. Airmata yang tadi ditahan-tahan agar tidak jatuh, terus saja mengalir laju membasahi telekung putih dan sehelai sejadah yang tahu benar apa yang ditanggungnya.

   Dalam sedu Mak Senah cuba bangun menadah tangan, berdoa.

   "Ya Allah, ujian apakah ini? Aku sudah tidak mampu menyempurnakan solatku. Aku tertahan dengan beban cinta dan rindu. Apakah aku benar menyimpan cinta dan rindu ini?  Sungguh aku tidak tahu.. Ampunkan dosaku ya Allah. Ampunkan dosaku.."


[done 05. nanti disambung lagi..]
_episod 4
_episod 3
_episod 2
_episod 1

Saturday, February 21, 2015

jogja; cerita-cerita pertama.


bismillah.
as asked, more pictures here. :)



find your wings. fly.


an empty flight. orang-duduk-paling-belakang's view.


menurut gue, mengembara adalah tentang bertemu orang orang asing. tentang bertemu orang orang kita tidak kenal dan orang orang itu juga tidak kenal sama kita tapi masing masing mudah untuk bertukar salam dan senyuman. ia juga adalah tentang kita yang berusaha bertutur dalam bahasa tempatan meski tak sepatah pun difahami oleh yang mendengar. tentang kita yang suka bertanya namanya apa mbak/mas? dijawab ikhlas, kemudian dibalas pula dengan tanya kalian dari mana? barusan ke sini? dan akhirnya perbualan ringkas itu ditutup dengan pelawa nanti datang ke malaysia ya

mengembara juga adalah kita yang memandang manusia, bangunan, jalanan, pohon, dan segalanya seperti padangan mata kita ketika mencari barang dan bahan masakan di pasar; setiap satu dipandang teliti, cuba menafsir ada apa di sebalik penampilan. ya, kita memandang semuanya adalah asing padahal kita sendiri yang sebenarnya orang asing di tempat mereka. begitu kan.


makalah dalam flight, going places.



hari pertama di jogja, kami tidak banyak berkunjung ke destinasi destinasi utama tumpuan orang ramai. jarum masa lebih banyak berpusing sepanjang dalam perjalanan dari airport ke tempat penginapan. kami cuma sempat ke pesisir pantai parangtritis mengejar matahari sebelum ia tenggelam dalam gelap malam. rencana menangkap momen sunset itupun kurang menjadi sebab matahari malu malu mahu bertemu kami, beliau berselindung di balik awan yang begitu banyak lepak lepak di langit sore itu.

walau dimana pun tempatnya, setiap pengembaraan selalu dihiasi dengan pertemuan luar biasa dengan orang orang biasa. ia menjadi menarik kerana ramahnya orang orang ini berkongsi cerita yang biasa di tempat mereka, tetapi untuk kita ia adalah sebuah cerita baru dan harus diceritakan pada orang lain. keterujaan kita mendengar cerita cerita itu membuatkan mereka juga sangat senang dan gembira. dan untuk hari ini, momen spesial itu adalah pertemuan kami dengan orang orang jogja yang punya kisah mereka masing masing yang memberi pelajaran dan inspirasi luar biasa buat kami.


greeny jogja from above


flight runaway.


bandara adisucipto.


kisah hari pertama bermula sebaik kami melangkah keluar dari airport setelah menyelesaikan urusan imigresen. ya semua sungguh eksaited dengan nuansa yang baru, menghirup udara baru. sampai sampai masa mahu keluar pun sudah salah pintu. haha. sebaik keluar, kami mencari jalan mahu ke tempat penginapan, viavia guesthouse di sebuah tempat yang tentu kami tidak tahu di mana, prawirotaman. mahu menyebutnya saja sudah susah, apalagi mau mencari lokasi letaknya.

dari agen pelancongan di pintu airport yang menawarkan pakej-pakejnya, mbak penjaga pagar parking yang sedang sibuk kerana banyaknya kenderaan keluar masuk, pak polisi yang menjaga di pondok menunggu kereta api sehinggalah mas-mas penjaga kaunter tiket bas transjogja. semua kami tanya berulang-ulang kali sebab dialek jawa dan indonesia mereka yang susah lho kami mau mengerti. 



stasion transjogja bandara. where we salah masuk pintu.


menolak untuk mengambil teksi untuk rasa lebih advanturous, akhirnya kami memilih untuk menaiki bis(bas) transjogja. itu pun semasa mahu masuk stasion(stesen) menaiki bis, kami lalu pintu yang salah. masakan tidak, kami langsung saja masuk ke tempat menuggu bis sedangkan prosedurnya harus beli tiket dulu. haha. 

sepanjang perjalanan menaiki bis, kami berulang kali bertanya kepada petugas pembantu pemandu, jauh lagi mas? sudah mahu sampai? yaa, untuk memastikan kami tidak terlepas  stasion hentian kami. tapi, akhirnya kerana buru-buru mahu turun, kami terlanjur turun satu stasion lebih awal daripada stasion hentian sebenar. haha. hasil penerangan orang-orang yang ditemui di situ, kami harus berjalan kaki 1 ke 2 kilometer ke depan. fuhh! bila sampai ke hentian betul, kami bingung lagi. signboard prawirotaman belum kelihatan, apalagi viavia gusthouse. mahu ke mana pula? bertanya lagi. dan kami meneruskan perjalanan berjalan kaki memasuki taman perumahan. 


observe. listen. write.


tourist.  traveller.  i'm lost!


ketika sesat sesat tanpa hala tujuan dalam taman perumahan itulah kami berjumpa pak priyanto. pertemuan yang cuma mahu bertanya arah, yang mungkin cuma seminit dua,  menjadi sebuah perkongsian cerita dan inspirasi yang panjang antara kumpulan anak muda dengan ilmu mentah kejuruteraan masing masing bersama seorang insinyur civil veteran dengan pengalamannya. 

ah, sudah terlalu panjang. nanti kalian boring membacanya. gue sambung dalam entri lain saja ya.


Friday, February 13, 2015

semoga bertemu firdausi.


"assalam. lan di mana?" 
"w'salam. jb kak." 
"ouh, si alik ingat lan di kelantan. sebab tengok ada orang macam muka lan dalam gambar. tu yang mau konfomkan. jap, kak ra send."


"cuba tengok yang ndak pakai kopiah tu." 
"haha. a'ah, macam sama la kak. tapi, bukan laa.. memang mau pigi, tapi jauh bah.. T_T " 
"ndak pa, lain kali boleh ajak kawan pigi lawat kubur tuan guru." 
"insyaAllah kak.."



...



tangisan ini pasti akan berhenti
tapi tidak perjuangan yang diwarisi

selamat menikmati rehatmu wahai sang murabbi.



tuan guru nik abdul aziz
malam jumaat | 120215




Wednesday, February 11, 2015

jogja; prolog.




(i) keluar membaca.

"the world is a book, and those who not travel read only a page."
 -saint augustine

orang orang yang selalu berdamping buku, pasti pernah merasa bosan dan mengantuk bila bacaannya semakin kosong dan plot cerita masih berputar sekitar watak-watak sama dengan adengan-adengan biasa. saat itu, yang selalunya terjadi adalah mereka menutup buku memberhentikan bacaan serta merta dan memilih untuk tidur meski hari belum malam. dan kemudian apabila bangun semula, mereka cuba membaca lagi buku yang sama dan semua proses yang tadi berulang kembali.

ya, bagi saya semua kita membaca setiap hari. bukan semestinya buku, tapi membaca kehidupan seharian. (mungkin lebih jelas kalau meletakkan tanda inverted comma; 'membaca'). kita 'membaca' manusia yang sama ditemukan setiap hari, 'membaca' rutin kerja yang sama setiap hari, 'membaca' nuansa kota yang sama setiap hari. semuanya hanya diulang semula. dan saya juga tidak terkecuali daripada kitar hidup sebegitu.

tapi, ada yang saya belajar daripada membaca buku. bahawa jika mahu mengelak daripada mudah bosan apabila membaca, pelbagaikan bahan bacaan dalam satu satu masa. dalam erti kata lain, bila bacaan kita sudah tepu dengan satu buku, cubalah beralih membaca buku kedua atau buku ketiga yang lain untuk memastikan mood membaca tidak hilang. dan mungkin sebab ini, ada banyak buku yang masih belum saya khatamkan walaupun sudah lama membuka halaman pertamanya. kah kah kah.

jadinya, saya cuba mempraktikkan cara itu kepada tahap bacaan yang lebih tinggi. ya, membaca kehidupan! dan ia sebenarnya agak berhasil alhamdulillah. ;)


(ii) membaca jogja.

kenapa indonesia? kenapa jogja? entah. saya kurang pasti. dalam ratusan destinasi mengembara yang menarik seluruh dunia, saya jatuh cinta pada indonesia. dan dalam pelbagai pilihan kota wisata, tiket ke jogja yang dibeli. kenapa tidak bali dengan nuansa alamnya yang luar biasa? kenapa tidak bandung yang segalanya murah? kenapa tidak jakarta yang moden? ya jawapannya mudah kok, sebab harga tiket flight tengah murah, ada promosi airasia ke jogja. haha.

"all journey have secret destinations of which the traveler is unaware."
-martin buber

yup, itu sebenarnya yang terjadi. tidak banyak yang saya ketahui tentang jogja melainkan di sana ada salim a fillah, yang ofkos menjadi tarikan kuat untuk saya ke sana mencari jejak beliau meski hanya akan bertemu bukunya saja. selepas selesai tempahan tiket barulah memulakan survey tentang apa yang ada di jogja. dan hasilnya agak luar biasa lho.

jogja sebenarnya merupakan destinasi kembara yang lengkap dan menakjubkan. menikmati sunset di parangtritis, menunggu sunrise di phuntuk setumbu, menyingkap borobudur yang penuh misteri dan sejarah, menyucikan jiwa di tapak kesan bencana alam merapi, menyelami seni batik dan perak di kotegede, menyaksikan budaya tradisional jawa di keraton, berkenalan anak-anak muda jogja yang super kreatif, bergaul dengan masyarakat islam di bumi yang paling ramai muslim, gedung buku dengan karya luar kebiasaan penulis penulis indonesi dan pelbagai lagi.. ah, pakejnya lumayan kok!

perancangan Allah swt selalu saja membuatkan kita tersenyum suka kan.


(iii) teman membaca.

"you travel faster alone, but farther together."
-michael benanav

semuanya ada lima orang. kalau menurut areen, mereka adalah el, am, nil, imi dan ray. entah, daripada mana saja beliau mendapatkan gelar itu. tapi, biarlah nama itu remain as a mystery for now. haha. macammana team ini terbentuk juga kisahnya panjang. ringkasnya kami sudah saling kenal semasa studi di kampus.

kelima lima semua mempunyai latar belakang ilmu engineering walaupun bidangnya beda beda, mechanical dua orang, chemical satu orang, electrical satu orang dan civil satu orang. dan sama sama sudah biasa ikut serta dalam pelbagai program di kampus. semua juga pernah berada dalam posisi kepimpinan yang berbeda dalam satu organisasi persatuan yang sama di kampus.

jadi, mungkin boleh dikatakan kami adalah teman sekampus yang saling kenal dalam program dan mahu mengembara bersama. atau mungkin kami adalah sekumpulan teman yang pernah berkerjasama menguruskan organisasi di kampus dan mahu mengembara bersama. atau boleh jadi kami adalah lima rakan akademik di kampus yang berkongsi dan bertukar ilmu disiplin kejuruteraan dalam satu pengembaraan bersama. atau lebih mudah kami adalah sekumpulan manusia yang memiliki passion yang sama yakni suka membaca dan mahu membaca lebih jauh bersama.

sebetulnya idea mengembara bersama adalah sangat menarik dari pelbagai aspek. terutamanya dalam aspek kos perbelanjaan. kami menguruskan segalanya sendiri tanpa menggunakan mana-mana travel agent. segala perbelanjaan kami kongsi bersama (tidak termasuk beli belah peribadi), bermula daripada penginapan, pengangkutan, makan minum dan tiket masuk tempat tempat yang dilawati. hasilnya, sepanjang di 4 hari 3 malam di jogja seorang hanya mengeluarkan tidak lebih daripada rm 350, yang sememangnya agak murah berbanding jika mengambil agensi pelancongan yang mencecah rm 700-800 untuk seorang. berbaloi kan!

yang paling best adalah setiap orang ada watak, peribadi dan peranan masing masing. itu semua akan diceritakan dalam tulisan tulisan siri jogja yang seterusnya, insyaAllah.


(iv) turn to next page.

soon ya.



Thursday, February 05, 2015

escape.





packing.
"nak lari pegi mana?"
"keluar."

tolong packing sekali.
"but why? what so special to go outside?"
"i can be an unknown there."


:)