Wednesday, February 11, 2015

jogja; prolog.




(i) keluar membaca.

"the world is a book, and those who not travel read only a page."
 -saint augustine

orang orang yang selalu berdamping buku, pasti pernah merasa bosan dan mengantuk bila bacaannya semakin kosong dan plot cerita masih berputar sekitar watak-watak sama dengan adengan-adengan biasa. saat itu, yang selalunya terjadi adalah mereka menutup buku memberhentikan bacaan serta merta dan memilih untuk tidur meski hari belum malam. dan kemudian apabila bangun semula, mereka cuba membaca lagi buku yang sama dan semua proses yang tadi berulang kembali.

ya, bagi saya semua kita membaca setiap hari. bukan semestinya buku, tapi membaca kehidupan seharian. (mungkin lebih jelas kalau meletakkan tanda inverted comma; 'membaca'). kita 'membaca' manusia yang sama ditemukan setiap hari, 'membaca' rutin kerja yang sama setiap hari, 'membaca' nuansa kota yang sama setiap hari. semuanya hanya diulang semula. dan saya juga tidak terkecuali daripada kitar hidup sebegitu.

tapi, ada yang saya belajar daripada membaca buku. bahawa jika mahu mengelak daripada mudah bosan apabila membaca, pelbagaikan bahan bacaan dalam satu satu masa. dalam erti kata lain, bila bacaan kita sudah tepu dengan satu buku, cubalah beralih membaca buku kedua atau buku ketiga yang lain untuk memastikan mood membaca tidak hilang. dan mungkin sebab ini, ada banyak buku yang masih belum saya khatamkan walaupun sudah lama membuka halaman pertamanya. kah kah kah.

jadinya, saya cuba mempraktikkan cara itu kepada tahap bacaan yang lebih tinggi. ya, membaca kehidupan! dan ia sebenarnya agak berhasil alhamdulillah. ;)


(ii) membaca jogja.

kenapa indonesia? kenapa jogja? entah. saya kurang pasti. dalam ratusan destinasi mengembara yang menarik seluruh dunia, saya jatuh cinta pada indonesia. dan dalam pelbagai pilihan kota wisata, tiket ke jogja yang dibeli. kenapa tidak bali dengan nuansa alamnya yang luar biasa? kenapa tidak bandung yang segalanya murah? kenapa tidak jakarta yang moden? ya jawapannya mudah kok, sebab harga tiket flight tengah murah, ada promosi airasia ke jogja. haha.

"all journey have secret destinations of which the traveler is unaware."
-martin buber

yup, itu sebenarnya yang terjadi. tidak banyak yang saya ketahui tentang jogja melainkan di sana ada salim a fillah, yang ofkos menjadi tarikan kuat untuk saya ke sana mencari jejak beliau meski hanya akan bertemu bukunya saja. selepas selesai tempahan tiket barulah memulakan survey tentang apa yang ada di jogja. dan hasilnya agak luar biasa lho.

jogja sebenarnya merupakan destinasi kembara yang lengkap dan menakjubkan. menikmati sunset di parangtritis, menunggu sunrise di phuntuk setumbu, menyingkap borobudur yang penuh misteri dan sejarah, menyucikan jiwa di tapak kesan bencana alam merapi, menyelami seni batik dan perak di kotegede, menyaksikan budaya tradisional jawa di keraton, berkenalan anak-anak muda jogja yang super kreatif, bergaul dengan masyarakat islam di bumi yang paling ramai muslim, gedung buku dengan karya luar kebiasaan penulis penulis indonesi dan pelbagai lagi.. ah, pakejnya lumayan kok!

perancangan Allah swt selalu saja membuatkan kita tersenyum suka kan.


(iii) teman membaca.

"you travel faster alone, but farther together."
-michael benanav

semuanya ada lima orang. kalau menurut areen, mereka adalah el, am, nil, imi dan ray. entah, daripada mana saja beliau mendapatkan gelar itu. tapi, biarlah nama itu remain as a mystery for now. haha. macammana team ini terbentuk juga kisahnya panjang. ringkasnya kami sudah saling kenal semasa studi di kampus.

kelima lima semua mempunyai latar belakang ilmu engineering walaupun bidangnya beda beda, mechanical dua orang, chemical satu orang, electrical satu orang dan civil satu orang. dan sama sama sudah biasa ikut serta dalam pelbagai program di kampus. semua juga pernah berada dalam posisi kepimpinan yang berbeda dalam satu organisasi persatuan yang sama di kampus.

jadi, mungkin boleh dikatakan kami adalah teman sekampus yang saling kenal dalam program dan mahu mengembara bersama. atau mungkin kami adalah sekumpulan teman yang pernah berkerjasama menguruskan organisasi di kampus dan mahu mengembara bersama. atau boleh jadi kami adalah lima rakan akademik di kampus yang berkongsi dan bertukar ilmu disiplin kejuruteraan dalam satu pengembaraan bersama. atau lebih mudah kami adalah sekumpulan manusia yang memiliki passion yang sama yakni suka membaca dan mahu membaca lebih jauh bersama.

sebetulnya idea mengembara bersama adalah sangat menarik dari pelbagai aspek. terutamanya dalam aspek kos perbelanjaan. kami menguruskan segalanya sendiri tanpa menggunakan mana-mana travel agent. segala perbelanjaan kami kongsi bersama (tidak termasuk beli belah peribadi), bermula daripada penginapan, pengangkutan, makan minum dan tiket masuk tempat tempat yang dilawati. hasilnya, sepanjang di 4 hari 3 malam di jogja seorang hanya mengeluarkan tidak lebih daripada rm 350, yang sememangnya agak murah berbanding jika mengambil agensi pelancongan yang mencecah rm 700-800 untuk seorang. berbaloi kan!

yang paling best adalah setiap orang ada watak, peribadi dan peranan masing masing. itu semua akan diceritakan dalam tulisan tulisan siri jogja yang seterusnya, insyaAllah.


(iv) turn to next page.

soon ya.



3 comments:

  1. nak request gambar letak banyak sikit aci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tapi bagitau dulu siapakah anda? muehehehe.

      Delete