Wednesday, February 27, 2013

trust the elektrikal enjinair!


Di setiap kota pasti ada pusat janakuasa elektrik. Di setiap penjuru kota, para pegawai atau enjinair-enjinair memasang instalasinya. Pasang tiang pencawang, yang kelihatan macam menara Effeil Tower tu, dengan kabel-kabel yang berjuntaian, yang selalu jadi port burung-burung kawasan berusrah. Melalui kabel-kabel itu lah, aluran elektrik masuk ke rumah-rumah, kedai-kedai, masjid-masjid, laptop-laptop anda dan ke tandas-tandas awam. Eh, tak pulak burung-burung yang bertenggek atas kabel elektrik tu terkena renjatan elektrik kan.

Kalaulah. Aliran elektrik tu kita matikan di pusat janakuasanya lagi, tidak di alirkan, habislah seluruh penjuru kota hitam gelap gelita. Padahal, ada jak tenaga elektrik tu tersimpan di pusat janakuasa, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan. Membazir jak. Kesian orang yang dalam emergency nak guna tandas malam-malam di RnR kalau lampunya tak bercahaya.

Eh, anda fahamkah statement di atas? Kalau faham, teruskan scrolling. Kalau tak, bagitau saya cepat. Nanti saya sampaikan kepada member-member saya, mereka sedia membantu. Ramai member-member saya adalah enjinair-enjanair elektrik tau. Si Syamsul, Hasnim, Din dan ramai lagi la. Hebak-hebak diorang ni. Trust them, they are enjinair.


Jadi, apa yang kita belajar dari statement diatas kawan-kawan? Anyone, Aiman? Farhe? atau Asle?

Begini kawan-kawan. Kita selalu berbicara tentang masalah dalam kalangan umat zaman ini. Hati-hati yang gelap, kehidupan femili yang suram, masyarakat yang kelam, seterusnya umat yang tenggelam. Why? Mana hilangnya energi kita? Oh, sebelum tu. Mana sumber energi kita? Untuk itu, mari kita tadabbur ayat di bawah.
"Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (al-Maidah :15-16)
So, nampak tak? al-Quran adalah sumber penjana energi yang dikurniakan Allah kepada umat islam. Namun, malangnya.. Kaum muslimin dan muslimat hari ini ada yang menolak sumber janakuasa yang agung ini. Akhirnya mereka hidup tanpa kuasa tenaga iman. Lemah dan longlai aqidahnya. Mudah sekali terperosok ke lembah kehinaan di lorong-lorong gelap di balik tembok rapuh. Huh!

Jadi, tugas kita yang ada power ni adalah, ya seperti para pegawai dan enjinair Tenaga Nasional Berhad, TNB atau Sabah Electricity Sendirian Berhad, SESB tu. Apa tugasnya? Alirkan energi-energi yang tersimpan di pusat janakuasa ke serata kota. Jangan biarkan ia terbiar disia-siakan. Alirkan energi iman dari pusat janakuasanya, al-Quran kepada mereka yang terlupa dimana mahu cucuk soket hidup untuk cas keimanan mereka. Supaya, setiap individu muslim kembali cergas bertenaga dan umat islam kembali ada 'kuasa'nya.

"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami
berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (Al-An'am: 122) 

Ha, begitulah ceritanya. Pehe dok? (o_O )

* petik dan olah daripada cebisan isi kitab At Thariq Ilal Quluub (Bagaimana Menyentuh Hati) tulisan Abbas as-Siisi. Semoga bermanfaat.


Monday, February 25, 2013

buku : Quiet.

the cover. memang stail!

For far too long, those who are naturally quiet, serious or sensitive have been overlooked.
The loudest have taken over - even they have nothing to say.

It's time for everyone to listen. It's time to harness the power of introverts.

It's time for Quiet.

...

Maklumat pembelian,
* Lokasi : MPH Jusco Taman U Skudai.
* Harga : RM 49.50 (diskaun Kad Siswa, 10 % = RM 44.55. Selebihnya beli penanda buku dan pen Stabilo warna biru). Beli guna bocer buku. 
* Masa : tadi.

Belum mula baca lagi. Ada benda lain belum habis baca. 
(-_-)


Friday, February 22, 2013

lamunan cinta.

[poto]

Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai.

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.

-Almarhum KH. Rahmat Abdullah

...

Ternyata diri yang ini sedang dilamun cinta. Kesekian kali. Oh? Tapi kali ini bukan lagi cinta picisan. Diri yang ini suka. Diri yang ini gembira. Diri yang ini teruja. Diri yang ini berguling-guling sambil tumbok-tumbok bantal. 

Yeah!



Thursday, February 21, 2013

selamat pagi.

Cerah sudah kembali. Itu dia matahari. Bulan yang telah pergi. Membawa gelap sekali. Episod hidup berlangsung lagi. Ini sudah kesekian kali.Namun, apakah plot untuk hari yang ini? Mungkinkah penuh lagak aksi? Ataukah cuma larutan narasi-narasi? Adakah akan muncul watak baru mengisi? Menjadi primadona atas permaidani warna warni. Dalam cerita ini yang tidak pasti bila akan berhenti. Aku harus terus positif tapi, teguh menafi negativiti. Kerana skrip ini telah diatur Ilahi. Yang Maha Mengetahui segala yang telah, sedang meski akan terjadi. Pasti ada hikmah tersembunyi, dalam setiap konflik yang terjadi. Solusi perlu dicari, bukan hamburan maki. Agar diri bisa berdikari, kerana dosa pahala nilaian nafsi-nafsi. Selamat berjuang wahai hati, duhai diri.

Selingan.

 [poto]
hadir matahari untuk selamat pagi.


Assalamualaikum semua. Sihat? Whoa! First time bagi salam. Apa-apa pun mari kita  buka majlis dengan membacakan ummul furqan, al-Fatihah. Seterusnya murid-murid, staf-staf dan cekgu-cekgu di minta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu sekolah dengan penuh semangat dan dedikasi. Sedia. Satu dua tiga, nyanyi.. Eh, ada perhimpunan ka?

Oke, mari lakukan regangan hati untuk jiwa yang sihat.

Terhapuslah
Sepi jiwa meruntun rindu
Pada hadir kerlipan cinta
 Kerana hari ini
Bersemai mekar haruman kasih
Taman indah berbunga sayang

Berterbangan riang rama-rama 
Ceria gembira ke sana ke mari
Lenyap alunan pilu
Pada irama riwayat syahdu 
Kerana jiwanya telah bertemu
Kuntuman-kuntuman kelopak kembang 
Menawar pahit berkongsi manis
Pada titisan madu 
Yang tersemat kemas
Di setiap debunga kasih
Pada kuntuman sayang.

Baiklah dengan berakhirnya ucapan Guru Besar sebentar tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Semua murid boleh bergerak ke kelas masing-masing. Sila bergerak dalam barisan. Jangan berterabur.

Sekian saja untuk repekan hari ini.


Saturday, February 16, 2013

nasi ayam penyet.

Restoran Bibik dengan tagline 'Nasi Ayam Penyet citarasa Original'. Alunan zikir terapi Hafiz Hamidun mengusai ruang bunyi dalam restoran. Di luar hujan turun dengan rapi membasahi bumi. Kucing-kucing gelandangan terperusuk kaku di antara tayar dibawah kereta-kereta yang berparkingan. Merenung sayu percikan-percikan air, mungkin terkenang peristiwa beberapa hari lepas. Ketika dia dihalau keluar rumah kerana mencuri ikan goreng untuk makan malam sekeluarga tuannya. "Kalaulah aku bersabar.." mungkin begitu getusnya. Ada cairan puteh bergenang di kelopak matanya.

Meja segiempat nombor 7 dikerumuni. Seorang brader dengan apron kaler hijau cap Petronas mara menuju mereka. Mereka bertiga.

"Minum bang?"

"Bagi Teh O limau panas." pesan Amir.

"Sama." follow Abdul.

"Erm, Teh tarik soda ada?" tanya Syed. Pelik la dia ni.

"Nggak ada."

"Bagi neslo suam la."

"Makan?" brader tukar topik pulak.

"Ayam penyet."

"Sama. Ayam penyet dua. Bagi nasi tambah satu, sambal lebih ya."

"Pecelele satu."

"Oke. Beres." ngomong brader sebelum berlalu pergi menghantar pesanan pelanggannya melalui chat facebook di kaunter kepada tukang masak di dapur. Berteknologi sungguh restoran ni.  Ah, lupakan.

Lepas 10 minit lebih kuranglah, makanan sampai. Lantas, jasad ayam yang telah penyek dihentam dan ikan keli pecelele yang lemah tidak berdaya dilapah  dan dicarik-carik semahu mereka. Dicurah pula dengan semangkuk cecair puteh keruh yang panas menggelegak berasap. Tidak cukup dengan itu, ianya ditenyeh-tenyah dalam adunan kemerahan yang pedas dan cukup memedihkan. Dan akhirnya diratah penuh megah dan bergaya. Sungguh tak berperikemanusiaan mereka itu. Oh, kerepek-kerepek.

Usai melampiaskan nafsu pada sepinggan nasi yang tak bersalah, perbualan mereka disambung semula, seperti tiada apa yang berlaku.

"Weh, ingat tak abang yang selalu bagi talk lepas maghrib kat Surau Kejayaan tu?"

"Ouh. Yang ada janggut, pakai minyak wangi Malaikat Subuh tu? Aku memang respect dia! Kalau dia cakap sikit, terpukau aku. Dalil keluar mencurah-curah macam tu je. Kalau subuh, dia lah yang azan sayup-sayup tu."

" Yup. Pointer pun bukan main. Kalau bukan 4 rata, dekan. Kalau tak pun, timbalan dekan. Eh. Ketua Persatuan Mahasiswa Soleh Solehah peringkat Universiti pulak tu."

"Wauw, bukan calang-calang."

"Tapi dia makan nasi jugak kan. Sama macam kita."

"Erm, a'ah."

...

* Kita semua ada potensi memasing. Tapi, mungkin masih tertanam. So, ambil cangkul. Gali.

* Tarbiyah. Untuk orang biasa. Jadi luar biasa.


s stand for super/saya/sahlan.


Wednesday, February 13, 2013

tentang bulan.

Malam. Tapi sekitar semua sangat terang benderang. Bukan mentol kuning spotlight, bukan lampu kalimantang dan bukan torchlight jenama Everyday. Ke Eveready? Pape je la. Bahkan, bulan yang mengambang penuh. Menemani dan menerangi mereka. Siapa mereka? Teruskan scrolling.

"Sam, kau tak penat? Rehat jap la." As menepuk bahu Sam yang mengepalai rombongan di hadapan.

"Sikit lagi ni. Alang-alang la." Sam penuh spirit. Ada teguk 100 plus barangkali.

"Weh, nat kaki aku dah longgar. Nak tercabut pun ada. Singgah la jap." Max yang berada paling belakang bersuara juga.

"Ok la. Stop kejap. Kita vote. Siapa nak terus, angkat kening. Siapa nak rehat jap, tutup mata."

Semua tutup mata kecuali Sam. Ya la, kalau dia tutup mata, siapa nak kira undi? Akhirnya mereka singgah. RnR mereka malam itu cuma berbumbung langit, beralas bumi. Kerana lelah, kerana penat, rehat mereka tidak berdiri, dan tidak duduk. Langsung baring. Di atas jalan tar. Peduli apa, bukan ada orang tengok pun.


"Weh korang. Ce tengok kat atas. Malam ni purnama la." Sam menunjuk langit.

"A'ah la. Ingat tak apa kata ustaz semalam?" Sampuk Ali. Jarang-jarang dia bersuara.

"Tang mana satu?" Bunyi loghat utara Jay.

"Tentang bulan."

"Ouh. Ingat-ingat."

"Bulan tidak selamanya terang. Ada putarannya. Ada juga masa dia kelam. Tapi, kelam dia bukan bererti hilang. Pasti akan muncul semula dengan sinaran cahaya yang lebih kemilau." As bermula.

"Betul."

"Lagi. Bulan, walau di langit mana dia berada, tetap akan konsisten bersinar. Dan semua yang memandangnya pasti bergumbira." Tambah As lagi. Sah, dia tak tidur masa kuliah.

"Yup."

"Dan juga, di belakang bulan yang bersinar gemilang ada matahari yang cemerlang. Itu sumber kekuatannya." As terus berkongsi. Teruja.

"Eh, itu ada jugak ke?"

"Tak, aku saja tambah."

"Maksudnya?"

"Sama macam 'for every successful man, there is a woman behind them'."

"Hmm. Pun boleh."

Akhirnya malam itu mereka terlena didodoi bulan sambil bebintang mengusap dan membelai lembut. Oh ya, mereka masa tu tengah cari jalan keluar dari hutan belantara. Bukan sesat. Mereka ada peta, ada kompas. Dan hutan belantara itu tidak dipenuhi flora dan fauna. Tapi, penuh dengan manusia aneka ragam dan segala apa perkara-perkara picisan yang dicipta mereka itu. Dahsyat kan. Eh salah, pelik kan. Eh, betul ka cerita ni? Entah. Saya pun tak faham.


Tuesday, February 12, 2013

kereta api.

[poto]
untung kita wahai kawan
anugerah tiket keimanan
dalam gerabak ukhuwah
di atas landasan dakwah
kuasa enjinnya tarbiyyah
menuju destinasi syurga

aku mahu aku
aku mahu kau
aku mahu kita

tidak endah hingga terlupa 
tidak lengah hingga tertinggal 
tidak lelap hingga terlepas 
tidak gopoh hingga terturun

karena
kereta api ini
adalah milikNya
Dia yang memilih 
siapa penumpangnya

oleh itu 
harus ada syukur
harus ada waspada
pada kita wahai kawan.



Sunday, February 03, 2013

missing you.


Bukan kaki yang kaku
Bukan harta yang tiada
Bukan kerabat yang menjerat
Tapi iman yang lemah
Tertahan gerak langkah
Retak ikatan ukhuwah.

Duhai sahabat pergi
Sayu kau dirindui
Kami disini mencari
Sudah ke mana pergi
Rintihan derita sepi
Andai saja kau mengerti
Betapa pilu perkumpulan ini
Tanpa kau ada di sisi.

Semoga berubah hati
Kami setia menanti
Sebuah perkhabaran kembali.

Sepenuh kaseh.
:)