Di setiap kota pasti ada pusat janakuasa elektrik. Di setiap penjuru kota, para pegawai atau enjinair-enjinair memasang instalasinya. Pasang tiang pencawang, yang kelihatan macam menara Effeil Tower tu, dengan kabel-kabel yang berjuntaian, yang selalu jadi port burung-burung kawasan berusrah. Melalui kabel-kabel itu lah, aluran elektrik masuk ke rumah-rumah, kedai-kedai, masjid-masjid, laptop-laptop anda dan ke tandas-tandas awam. Eh, tak pulak burung-burung yang bertenggek atas kabel elektrik tu terkena renjatan elektrik kan.
Kalaulah. Aliran elektrik tu kita matikan di pusat janakuasanya lagi, tidak di alirkan, habislah seluruh penjuru kota hitam gelap gelita. Padahal, ada jak tenaga elektrik tu tersimpan di pusat janakuasa, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan. Membazir jak. Kesian orang yang dalam emergency nak guna tandas malam-malam di RnR kalau lampunya tak bercahaya.
Eh, anda fahamkah statement di atas? Kalau faham, teruskan scrolling. Kalau tak, bagitau saya cepat. Nanti saya sampaikan kepada member-member saya, mereka sedia membantu. Ramai member-member saya adalah enjinair-enjanair elektrik tau. Si Syamsul, Hasnim, Din dan ramai lagi la. Hebak-hebak diorang ni. Trust them, they are enjinair.
Jadi, apa yang kita belajar dari statement diatas kawan-kawan? Anyone, Aiman? Farhe? atau Asle?
Begini kawan-kawan. Kita selalu berbicara tentang masalah dalam kalangan umat zaman ini. Hati-hati yang gelap, kehidupan femili yang suram, masyarakat yang kelam, seterusnya umat yang tenggelam. Why? Mana hilangnya energi kita? Oh, sebelum tu. Mana sumber energi kita? Untuk itu, mari kita tadabbur ayat di bawah.
"Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (al-Maidah :15-16)So, nampak tak? al-Quran adalah sumber penjana energi yang dikurniakan Allah kepada umat islam. Namun, malangnya.. Kaum muslimin dan muslimat hari ini ada yang menolak sumber janakuasa yang agung ini. Akhirnya mereka hidup tanpa kuasa tenaga iman. Lemah dan longlai aqidahnya. Mudah sekali terperosok ke lembah kehinaan di lorong-lorong gelap di balik tembok rapuh. Huh!
Jadi, tugas kita yang ada power ni adalah, ya seperti para pegawai dan enjinair Tenaga Nasional Berhad, TNB atau Sabah Electricity Sendirian Berhad, SESB tu. Apa tugasnya? Alirkan energi-energi yang tersimpan di pusat janakuasa ke serata kota. Jangan biarkan ia terbiar disia-siakan. Alirkan energi iman dari pusat janakuasanya, al-Quran kepada mereka yang terlupa dimana mahu cucuk soket hidup untuk cas keimanan mereka. Supaya, setiap individu muslim kembali cergas bertenaga dan umat islam kembali ada 'kuasa'nya.
"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kamiberikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (Al-An'am: 122)
Ha, begitulah ceritanya. Pehe dok? (o_O )
* petik dan olah daripada cebisan isi kitab At Thariq Ilal Quluub (Bagaimana Menyentuh Hati) tulisan Abbas as-Siisi. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment