Thursday, February 21, 2013

selamat pagi.

Cerah sudah kembali. Itu dia matahari. Bulan yang telah pergi. Membawa gelap sekali. Episod hidup berlangsung lagi. Ini sudah kesekian kali.Namun, apakah plot untuk hari yang ini? Mungkinkah penuh lagak aksi? Ataukah cuma larutan narasi-narasi? Adakah akan muncul watak baru mengisi? Menjadi primadona atas permaidani warna warni. Dalam cerita ini yang tidak pasti bila akan berhenti. Aku harus terus positif tapi, teguh menafi negativiti. Kerana skrip ini telah diatur Ilahi. Yang Maha Mengetahui segala yang telah, sedang meski akan terjadi. Pasti ada hikmah tersembunyi, dalam setiap konflik yang terjadi. Solusi perlu dicari, bukan hamburan maki. Agar diri bisa berdikari, kerana dosa pahala nilaian nafsi-nafsi. Selamat berjuang wahai hati, duhai diri.

Selingan.

 [poto]
hadir matahari untuk selamat pagi.


Assalamualaikum semua. Sihat? Whoa! First time bagi salam. Apa-apa pun mari kita  buka majlis dengan membacakan ummul furqan, al-Fatihah. Seterusnya murid-murid, staf-staf dan cekgu-cekgu di minta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu sekolah dengan penuh semangat dan dedikasi. Sedia. Satu dua tiga, nyanyi.. Eh, ada perhimpunan ka?

Oke, mari lakukan regangan hati untuk jiwa yang sihat.

Terhapuslah
Sepi jiwa meruntun rindu
Pada hadir kerlipan cinta
 Kerana hari ini
Bersemai mekar haruman kasih
Taman indah berbunga sayang

Berterbangan riang rama-rama 
Ceria gembira ke sana ke mari
Lenyap alunan pilu
Pada irama riwayat syahdu 
Kerana jiwanya telah bertemu
Kuntuman-kuntuman kelopak kembang 
Menawar pahit berkongsi manis
Pada titisan madu 
Yang tersemat kemas
Di setiap debunga kasih
Pada kuntuman sayang.

Baiklah dengan berakhirnya ucapan Guru Besar sebentar tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Semua murid boleh bergerak ke kelas masing-masing. Sila bergerak dalam barisan. Jangan berterabur.

Sekian saja untuk repekan hari ini.


No comments:

Post a Comment