Wednesday, February 13, 2013

tentang bulan.

Malam. Tapi sekitar semua sangat terang benderang. Bukan mentol kuning spotlight, bukan lampu kalimantang dan bukan torchlight jenama Everyday. Ke Eveready? Pape je la. Bahkan, bulan yang mengambang penuh. Menemani dan menerangi mereka. Siapa mereka? Teruskan scrolling.

"Sam, kau tak penat? Rehat jap la." As menepuk bahu Sam yang mengepalai rombongan di hadapan.

"Sikit lagi ni. Alang-alang la." Sam penuh spirit. Ada teguk 100 plus barangkali.

"Weh, nat kaki aku dah longgar. Nak tercabut pun ada. Singgah la jap." Max yang berada paling belakang bersuara juga.

"Ok la. Stop kejap. Kita vote. Siapa nak terus, angkat kening. Siapa nak rehat jap, tutup mata."

Semua tutup mata kecuali Sam. Ya la, kalau dia tutup mata, siapa nak kira undi? Akhirnya mereka singgah. RnR mereka malam itu cuma berbumbung langit, beralas bumi. Kerana lelah, kerana penat, rehat mereka tidak berdiri, dan tidak duduk. Langsung baring. Di atas jalan tar. Peduli apa, bukan ada orang tengok pun.


"Weh korang. Ce tengok kat atas. Malam ni purnama la." Sam menunjuk langit.

"A'ah la. Ingat tak apa kata ustaz semalam?" Sampuk Ali. Jarang-jarang dia bersuara.

"Tang mana satu?" Bunyi loghat utara Jay.

"Tentang bulan."

"Ouh. Ingat-ingat."

"Bulan tidak selamanya terang. Ada putarannya. Ada juga masa dia kelam. Tapi, kelam dia bukan bererti hilang. Pasti akan muncul semula dengan sinaran cahaya yang lebih kemilau." As bermula.

"Betul."

"Lagi. Bulan, walau di langit mana dia berada, tetap akan konsisten bersinar. Dan semua yang memandangnya pasti bergumbira." Tambah As lagi. Sah, dia tak tidur masa kuliah.

"Yup."

"Dan juga, di belakang bulan yang bersinar gemilang ada matahari yang cemerlang. Itu sumber kekuatannya." As terus berkongsi. Teruja.

"Eh, itu ada jugak ke?"

"Tak, aku saja tambah."

"Maksudnya?"

"Sama macam 'for every successful man, there is a woman behind them'."

"Hmm. Pun boleh."

Akhirnya malam itu mereka terlena didodoi bulan sambil bebintang mengusap dan membelai lembut. Oh ya, mereka masa tu tengah cari jalan keluar dari hutan belantara. Bukan sesat. Mereka ada peta, ada kompas. Dan hutan belantara itu tidak dipenuhi flora dan fauna. Tapi, penuh dengan manusia aneka ragam dan segala apa perkara-perkara picisan yang dicipta mereka itu. Dahsyat kan. Eh salah, pelik kan. Eh, betul ka cerita ni? Entah. Saya pun tak faham.


No comments:

Post a Comment