Tuesday, January 08, 2013

meredah hujan.

poto


Langit menangis. Airmatanya jatuh mencurah membasahi segala apa yang ada di bumi. Awan kelabu memenuhi angkasa, menutup ruang buat sinaran mentari.  Sekali-sekala laungan halilintar memekik memekak telinga. Di hadapan rumah sakit tua, dua beranak terpaku. "Mak, jom lari redah hujan." si anak berkata.

"Apa?" mak bertanya.

"Jom lah lari redah hujan." anaknya mengulang.

"Tak boleh nak. Kita tunggu sekejap lagi." mak menjawab. Si anak menunggu beberapa ketika sebelum mengulang kembali perkataannya. "Mak, jom lah redah hujan." kata anak sambil memegang dan menggoncang lengan maknya.

"Kita akan basah nanti nak. Kita tak bawa payung."

"Tak mak. Mustahil. Bukan itu yang mak kata pada saya pagi tadi."

"Pagi tadi? Ada mak kata kita tak basah kalau redah hujan?"

"Masa mak cerita pasal kanser ayah. Mak kata Allah sentiasa ada bersama, kita boleh melalui apa sahaja perkara."

Mak terdiam sebentar. Kata-kata anaknya membuatnya rasa terpukul. Akhirnya dia menjawab.

"Betul nak. Mari kita redah saja hujan ni. Kalau basah, kita mandi saja nanti di rumah."

Dan mereka berdua berlari dalam hujan. Beberapa orang dibelakang yang mendengar perbualan mereka ikut sama meredah hujan.

....

Semua orang sibuk menulis pasal hujan. Mungkin sebab sekarang musim hujan. So, saya pun mahu mengambil bahagian dalam acara gilang-gemilang ini. Hehe.

Allahumma soyyiban nafi'an.

I always like walking in the rain, so no one can see me crying.
- Charles Chaplin.


No comments:

Post a Comment