Monday, January 07, 2013

ketua.

"Shhh..diam! Cekgu mesyuarat tu. Jangan bising."

Shakir, ketua darjah 4 Cokelat bersuara. Senyap sebentar.
Cekgu Salmah tak masuk kelas hari itu. Ada mesyuarat  PIBG katanya.

Lapan minit kemudian..

Kelas kembali bingit. Hingar-bingar. Porak-peranda. Riuh-rendah. 

"Ini sudah melampau!"

Shakir tak puas hati. Segera dicabutnya sehelai kertas dari muka surat paling tengah buku latihan pemahaman Cekgu Salmah. Sebatang pensel dan pembaris dikeluarkan dari bekas pensel Stabil-O. Di atas kertas, dibuatnya pembahagi.

Nama-nama murid yang bising di 4 Cokelat.
Lelaki    |    Perempuan    

Shakir bangun.

"Ok. Siapa bising, aku tulis namanya dalam ni. Aku bagi Cekgu Fuad."

Cekgu Fuad ialah guru disiplin sekolah. Rotan tak pernah jatuh dari tangannya. Siapa tak takut.
Akhirnya, kelas betul-betul senyap. Sunyi sepi. Masing-masing menekap muka ke meja. Tidur.
Termasuk Shakir..

....

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin."
- Rasulullah s.a.w

"Pemimpin terbaik adalah pemimpin yang memimpin dengan pengaruh. Bukan dengan kuasa."
- Us Hasrizal Abd Jamil

"Jika hari ini seorang presiden sebuah negara.. Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa." 
- Usman Awang

Jawatan paling tinggi saya
- sekolah rendah : penolong ketua darjah 5 Gegak-gempita.
- sekolah menengah : pengerusi kelab kompang.
- matrikulasi : ajk keceriaan bilik.
- universiti : ketua biro kebajikan Kelab Motor kolej (BIKERS).



No comments:

Post a Comment