tinggi-tinggi gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru
puncak Kinabalu,
terkenang
dari jauh,
hati ini
rindu,
pada gemalai
lembut bayu,
yang
memupuk pipi gebu,
satu ketika
dulu.
dengar sini
aku mahu kasitahu,
pada hari
kemarin itu,
berarak
mendung awanan kelabu,
tiupan dari langit sulu.
membawa
halilintar guruh gemuruh,
turunlah
lebat hujan peluru,
melayang
jiwa menjadi debu,
jatuh titik
rintik tangisan kuyu,
hati kecil
hancur luluh,
bayu sudah
layu,
bertiup sayu,
oh, janganlah
terus lemah begitu.
harapanku,
atas ikatan saudara jitu,
atas ikatan saudara jitu,
diri aku,
diri kamu,
kita jangan
bisu,
kita jangan
lesu,
kita sama-sama
bersatu,
kita berganding
bahu,
kita ambil
tahu,
setiap
moment yang berlaku,
kita nyatakan
sokongan padu,
pada pejuang-pejuang
bayu,
kita panjat
doa restu,
pada tuhan
yang satu,
untuk tanah
lahad datu,
agar tidak
berganjak walau sepasang sepatu,
untuk
sentosa negeri bawah bayu,
agar
kembali seperti selalu,
untuk
perwira yang telah jatuh,
agar diberi
kekuatan kepada keluarga hingga anak cucu.
kerana bayu
ini tidak hanya disitu,
nanti akan
bertiup juga menujumu,
aman,
nyaman dan menyegarkan tubuh menikam kalbu.
-porenja
#pray4sabah |
:)
ReplyDelete