semalam aku melihat dua manusia,
saorang laki-laki,
saorang perempuan,
rancak bertepuk tampar,
riuh bercanda gurau,
sedang antara mereka,
aku tahu,
bukan ada ikatan,
yang mah ram,
atau dia su a mi,
dan dia is te ri.
semalam aku melihat sosok tubuh,
bin adalah sebahagian namanya,
sedang duduk di tepian tangga blok,
bersenang lenang,
asap berkepul-kepulan dari serobong mulutnya,
sambil azan maghrib bergema dari corong surau,
kemudian azan isya' pula dialun bilal,
aku masih melihat dia disitu,
talipon rapat ditelinga pipinya,
dan aku yakin,
dia tahu apa itu,
tu han,
is lam,
sem bah yang.
semalam aku melihat sosok tubuh,
binti adalah sebahagian namanya,
sedang rancak bermesraan dengan teman-teman,
penuh gembira dan seronok,
mukanya yang putih melepak ditampal bedak itu,
diusapnya sekali sekala,
rambutnya yang ikal mayang itu,
dibelainya dua tiga kala,
bajunya yang sendat itu,
ditariknya kadang-kadang,
ada mata-mata liar,
yang eksaited terus mengusha dia,
dan aku pasti,
dia pernah belajar,
tentang au rat,
ma lu,
do sa,
pa ha la.
semalam aku memerhati,
lewat kaca tibi,
berpencak hebat,
para pemimpin-pemimpinku,
memuntahkan kata,
menebarkan janji,
menyatakan propaganda,
katanya akan dibela nasib kaum ini,
katanya akan dipertahan hak bangsa ini,
katanya akan diperkukuh agama rabbani ini,
dan selepas selesai majlisnya,
dia yang laki-laki,
bersalaman dengan rakyatnya,
yang perempuan,
berperlukan dan bermesraan,
tapi dia itu pembela agama suci katanya tadi.
hari ini,
dalam renungan peristiwa semalam,
aku merintih,
aku menangis,
aku meratap.
bukan kerana keadaan mereka,
bukan kerana keberadaan mereka,
bukan kerana hanyut mereka,
bukan kerana dhaif mereka.
tapi kerana lemah dan hina diri ini,
yang hanya mampu melihat dari jaoh,
yang hanya mampu merintih dalam hati,
yang hanya mampu menulis di sini,
sedangkan sudah berbuih mulut,
berbicara soal dakwah,
ali imran 104 dan 110,
lentur gegendang telinga,
mendengar perintah nahi mungkar,
arbain nombor 34,
kering dakwat segala pena,
menulis perihal tarbiyah.
apakah akan ku jawab pada tuhan,
bila soal tentang amanah ini,
dipadang yang tiada perlindungan melainkan perlindunganNya,
semua anggota tubuh berbicara,
menyatakan apakah syurga indah,
atau neraka hina,
layak untuk diri ini.
oh mengapa?
rapuhnya iman!
:'(