" ..sesungguhnya menghuraikan ikatan agama dan menghapuskannya tidak akan berhasil dengan meruntuhkan masjid dan gereja kerana agama telah bertapak di dalam sanubari. Yang dikehendaki ialah menghancurkan agama. Menghancurkan agama di dalam sanubari umat islam tidaklah menjadi susah apabila telah berjaya menjadikan hukum dan ketuanan di tangan sosialisme dan setelah kita berjaya menyebarluaskan perkara-perkara yang meruntuhkan agama seperti novel, drama, filem, ceramah, akhbar dan tulisan2 yang memperdagangkan kemulhidan, memperolok-olokkan agama dan penganutnya dan menyeru kepada sains semata-mata serta menjadikannya sebagai tuhan yang berkuasa. "
*petikan daripada satu dokumen rahsia yg disiarkan oleh majalah "Kalimatul Hak" pda bulan Muharam 1387 Hijrah (April 1967) yang dibuat oleh golongan komunis di Moscow. [daripada buku 'Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi', Dr Abdullah Nasih Ulwan]
apa kita buat? |
No comments:
Post a Comment