tukang parkir itu tugasnya menjaga kenderaan2..
dititipkan pada mereka macam2 kenderaan..daripada yang biasa2 sahaja hingga yang hebat2..
namun,walauapapun kereta yang diberi pada mereka..sedikit pun tidak ada rasa bangga hatta yang diberi itu adalah kereta FERRARI atau MERCEDEZ atau BMW atau yang seangkatan dengannya..
juga,mereka tidak pernah merasa kehilangan apabila kereta2 itu diambil semula..bahkan mereka senang utk mengembalikannya..
kerana,mereka tahu itu adalah titipan semata...bukan milik mereka..tugas mereka hanyalah menjaga sementara..dan nanti mereka akan beroleh ganjaran untuk khidmat itu..
begitulah seharusnya hidup manusia di dunia.
jangan pernah merasa bangga apabila mendapat nikmat hebat..
kerana itu bukan milik kita,Allah sengaja menitipkannya pada kita utk menguji kita..
jangan pernah merasa sedih apabila nikmat itu Allah ambil kembali..
itulah konsep tauhid RUBBUBIYAH..
Allah itu al-Malik(yang memiliki)
semoga diakhirnya kita memperoleh ganjaran dengan sifat amanah kita menjaga nikmat titipan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment