Hidup ini bagai lampu dindingYang dinyalakan di malam hariApabila minyak sudah keringIa akan pasti akan padam sendiri..
Demikian petikan lirik daripada lagu kumpulan hijjaz yang
popular dan sering meniti di mulut2 para munsyid tanpa mengira usia satu ketika dulu walaupun
pitching seringkali lari dan melodi agak terbabas.lagu yang penuh deep maksudnya bagi mereka yang memahami
mesej yang ingin di sampaikan oleh penulis liriknya..
Jika diperhatikan dan
didalami akan perihal lampu dinding atau pelita yang menjadi subjek untuk
dijadikan ibrah dalam lagu ini,maka amatlah tepat perbandingan itu.
Lampu dinding atau pelita yang dinyalakan dengan
bersumberkan minyak tanah.ia tidak punya meter minyak seperti yang ada pada
kenderaan2 sprti motosikal atau kereta yang sentiasa mempamerkan kandungan
minyak yang berbaki.apabila sudah hampir habis akan amaran “wei,pegila isi
minya d shell..maw habis sudah minyak ne..” (ok,ini tipu.) maka akan
bergeraklah pemandunya ke stesen minyak berdekatan untuk mengisi semula
minyaknya walaupun harga minyak sentiasa naik dan naik.salah kerajaan??
Namun tidak begitu kisahnya dengan pelita.orang tidak akan
tahu bahwa minyaknya akan habis bila.hanyalah diketahui bahwa minyak telah
habis apabila pelita itu telah padam.apabila padam,tupp!(pelita padam ada bunyi
ka?),maka gelaplah keadaan sekeliling..
Bagaimana pula manusia??ketahuilah kita juga seperti
pelita.tidak ada siapa tahu bila “minyak” (baca=hayat) kita akan habis.kita
tidak punya “meter minyak” utk menjadi panduan tentang bila “minyak” kita akan
habis.dan semestinya,tiada stesen minyak yang boleh menopap semula “minyak”
yang kita ada apabila ia habis.apabila habis “minyak” maka menujulah kita ke
alam yang gelap iaitulah kubur.
…..
Semalam,23 April 2012,seorang sahabat yang agak ku kenali walaupun
x begitu rapat,kami sebaya,berada sekelas utk beberapa subjek yang kami
pelajari bersama di UTM ini,juga tinggal satu blok yang sama di kolej
kediaman.dia telah mendahului kita semua utk bertemu yang Esa.sempat juga menghadiri majlis pegebumian
allahyarham kerana kediaman beliau berada di Johor juga,tidaklah begitu jauh
daripada UTM ini.walaubagaimanapun,kami beberapa kali tersesat jalan dan
akhirnya tiba sangat lewat.(jenazah hampir selesai dikebumikan ketika sampai).
Sesuatu yang amat mengejutkan ramai org yang mengenali
beliau kerana pemergiannya sangat2 tidak disangka2.namun,aku tidak bercadang
utk bercerita panjang mengenai asbab kepada kematian beliau mahupun peribadi
beliau.cukuplah sekadar kita tahu bahawa beliau meninggal dunia akibat
jangkitan virus kencing tikus dan beliau seorang yang sangat baik orangnya.Semoga
roh beliau sentiasa dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t..amin..
Ada mesej yang penting daripada Allah yang ditujukan kepada
mereka yang merasakan atau mengetahui akan tragedy ini.antaranya ialah,seperti peringatan
yang disampaikan oleh imam sebelum membacakan talkin utk allahyarham, ”kematian
tidak mengenal usia..di usia semuda ini beliau telah pergi meninggalkan kita..”
Semasa bercerita-ceriti dengan sahabat2 lain setelah pulang
daripada majlis pengkebumian,banyak nasihat2 yang kami kongsikan,muhasabah
daripada tragedy ini.antara yang palin terkesan kepada aku ialah, Apabila tiba
masa kita,sudah cukup bersediakah kita?bagaimana amalan?bagaimana dosa &
pahala?bagaimana..
Ingat-ingatlah…semoga tidak menjadi orang yang muflis si
akhirat.
Muhasabah di malam hari sambil dihantui kerja yang berlambak
dan test2 yang just around the corner
kick..
No comments:
Post a Comment