i'm a working man now.
ramai orang tanya apa saya buat kat maahad. kau masuk pondok ke, tak keje? awak mengajar kat situ, jadi ustaz ea? enta jadi mudir maahad ke? hang jadi tukang masak dewan makan maahad? nope. nope. nope. yes, i'm living here in maahad, yang penuh dengan sosok-sosok suci berjubah dan berserban yang tekun menghafaz al-Quran dan belajar ilmu agama. tapi, apa yang kalian tanya tu semua salah la. i'm here to work, practicing my civil engineering knowledge which hardly earned from 4 years of bloody battle with books, assignments, sleepless nights, quizes, tests, exams etc.. and don't know how, i actually survived all of that.. *lappeluh.
jadi, anda sedang buat bangunan maahad ke? nope. maahad dah siap. ok, straight to the point. sekarang ni, saya sedang berkerja dengan sebuah syarikat construction atau biasanya disebut kontraktor. ia sebuah syarikat kecil yang sedang membangun. rata-rata projek yang dibuat adalah biasa-biasa saja. belum sampai puluhan juta, ratusan juta bahkan billion punya projek lagi. apa kaitannya dengan anda berada di maahad? maahad dan ofis syarikat ada dalam bangunan yang sama, itulah kaitannya. haha.
begini, pemilik syarikat tersebut, haji dan hajah telah mendirikan maahad ni. dan pengurusan maahad juga adalah di bawah jagaan mereka. awalnya saya masuk berkerja atas kapasiti syarikat, tapi haji dan hajah minta tolong sekali untuk bantu mereka menguruskan maahad yang baru dibuka sepenuhnya untuk pengajian pada pertengahan tahun lepas. dan awal tahun ini pula adalah pengambilan pelajar memenuhi kapasiti yang ada. jadi, agak banyak benda yang perlu diuruskan di peringkat permulaan ni. tambahan pula, ustaz sedia ada pun muda-muda belaka (umur kitorang lebih kurang jak), masing-masing masih kurang pengalaman. jadi, kongsi-kongsi pengalaman la kan.
so, basically i'm here to serve both; the company and the maahad.
as an engineer and as a warden.
bila direnung-renung balik, mungkin ini medan yang Allah bagi untuk aplikasi semula apa yang saya belajar dalam pelbagai kehidupan berasrama sepanjang 10 tahun lepas; 5 tahun di asrama smsld yang agak nerd dan penuh budak budak pandai (tak termasuk saya), 3 bulan di asrama plkn yang super strict yang ada macam-macam orang dari serata malaysia (macam-macam agama, bangsa, personaliti, ada tatoo, kaki pukul, etc..), 1 tahun di asrama matrikulasi (baru belajar hidup tanpa kawalan ketat, tapi belum sepenuhnya bebas. still ada pantaun dan denda-denda..) dan akhirnya 4 tahun di asrama utm yang agak independent (yup, utm memang special. tak banyak universiti yang sediakan asrama kepada pelajarnya untuk sepanjang tahun pengajian mereka, proud to be here..)
dan hari ini, saya masih lagi di asrama. tapi, dengan watak yang berbeza. bukan lagi 'orang yang dijaga' tapi sebagai 'orang yang menjaga'. ini adalah amanah yang luar biasa. tapi, saya suka dengan cabaran ini sebab ia datang dengan peluang. peluang untuk mendalami ilmu akhirat daripada para asatizah muda, peluang untuk belajar dan lebih menghayati seni mentarbiyah, peluang untuk berkhidmat pada agama dan masyarakat, serta peluang untuk berkongsi doa berkat anak-anak yang suci noda bahkan indah dengan ilmu agama.
alhamdulillah. i'm one super grateful man!
as an engineer and as a warden, superb.
ReplyDeletedapat dua dua, dunia dan akhirat. semoganya.
alhamdulillah. hadza min fadhli rabbi.
Deleteselamat 'menulis' manusia, tuan engineer.
ReplyDeletejazakillah bu dokter. semoga sukses juga ya.
Delete