Ehem. Ehem.
'Akur pada qada' dan qadar, takdir dan ketentuan ilahi'.
Senang nak susun perkataannya. Mudah nak tulis. Gampang disebutkan. Tapi, tatkala ujian datang, ramai yang fail dalam menghayati maksudnya. Kan?
Result ekzem teruk.
Masalah kewangan.
Keluarga porak peranda.
Putus cinta. Eh.
Hilang kucing kesayangan.
Kalah pilihanraya. Whoa!
Dan seterusnya.. Anda buatlah list sendiri.
Kita seringkali gagal menyingkap erti di sebalik apa yang berlaku. Meskipun kita tahu bahawa setiap yang terjadi adalah ketetapan Allah s.w.t. Dan ketetapan Allah swt adalah sentiasa yang terbaik. Begitu banyak ayat-ayat al-quran berkenaan perkara ini yang kita baca dan bahkan hafal. Namun, rasa gersang dalam hati masih lagi tak hilang hilang. Mungkin di bawah solusi di bawah ini boleh membantu. Mari kita saksikan sama sama.
Perkara pertama dalam langkah kita memujuk hati menerima qada' dan qadar adalah mengenepikan segala prasangka buruk kita terhadap Allah swt. Ini basic. Prasangka prasangka buruk ini hakikatnya adalah bisikan syaitonirojim semata mata. Selari dengan misi dan visinya untuk memisahkan kita daripada keyakinan total kepada Allah yang akhirnya menemaninya di neraka.
Maha suci Allah daripada tidak mengetahui betapa kuat kita berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang dalam exam. Maha suci Allah daripada tidak menyediakan rezeki bagi setiap hambanya. Maha suci Allah daripada tidak mengetahui bahawa hukum hukum islam sedang diperkotak katikkan oleh kerajaan yang memerintah. Maha suci Allah daripada tidak mendengar setiap doa-doa kita.
Hakikatnya, Allah swt sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu" (Surah al-Baqarah : 216)
Langkah kedua adalah menanamkan rasa bersyukur dalam diri kita. Prasangka buruk terhadap ketentuan takdir hakikatnya hadir daripada rasa tidak bersyukur. Teruskan baca perenggan seterusnya.
Merasakan result kita teruk adalah kerana kita tidak bersyukur adanya orang lain yang tidak mampu belajar selesa seperti kita. Merasakan kewangan kita tidak mencukupi adalah kerana tiada rasa syukur kita risau dengan harta yang masih ada walaupun sedikit berbanding orang yang risau dengan ketiadaan harta langsung. Kita runsing dengan ketewasan calon pemimpin sokongan kita pada pilihanraya adalah hasil daripada ketidaksyukuran kita masih mampu memilih pemimpin sendiri berbanding rakyat negara lain yang tiada ruang untuk memilih kerajaan mereka, tirani semata-mata.
Maka, hadirkanlah rasa bersyukur.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim: 7)
Dan akhirnya, andai kita berjaya melalui 2 peringkat ini, kita akan kembali menjadi merasakan diri kita ini hanya hamba yang tiada kudrat berbanding kekuasaan Allah swt yang maha bijaksana dalam perancangannya. Kita akan merasa bahawa ketetapan itu adalah terbaik untuk kita sesuai dengan keadaan kita semasa itu. Langkah terakhir, kembalilah kita membesarkan Allah. Menjadi hamba yang sempurna dalam pengabdian kita.
Kita merancang untuk menyesuaikan diri dengan perancangan Allah yang Maha Besar.
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang” (Surah Ali Imran: 54)
Akhir sekali. Kita rangkumkan semua langkah ini dalam sebuah zikir indah yang sentiasa menjadi ulangan kita, terutama setiap kali selepas solat.
Subhanallah.
Maha suci Allah.
Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Allahu Akbar.
Allah maha besar.
Hayatilah tiga kalimah agung ini. Dalami pengertiannya. Inilah zikir yang dihadiahkan oleh Rasulullah SAW kepada kaum Muhajirin yang cemburu kepada kaum Ansar dengan kelebihan kaum Ansar yang mampu melaksanakan amal kebajikan dengan harta-harta mereka. Juga hadiah Rasulullah SAW kepada Fatimah r.ha. dan suaminya Saidina Ali r.a. yang datang mengadu kepada baginda akan hidu mereka yang sukar. Lalu dengan zikir ini Fatimah r.ha. bersyukur, "Aku
berpuas hati dengan Allah dan rasulNya."
Semoga lebih kuat.
Perjalanan masih panjang..
No comments:
Post a Comment