Saturday, December 22, 2012

of Pingu and Penguin



ada sebuah kisah.saya mahu ceritakan kepada anda.mahu dengar atau tidak,terpulang anda.kerana saya hanya menulis,apa yang anda mahu dengarkan? saya belum belajar lagi sihir untuk jadikan tulisan yang boleh berkata-kata apabila dibaca.
hew hew hew.. 

skip.

cerita ini nenek saya sampaikan kepada saya.masa nenek kecil-kecil dulu,masa tu saya dah tua.eh.begini ceritanya. jauh di tanah kutub utara bumi, sebuah kerajaan memerintah.kenapa ya di sebut se'buah'? kerajaan ni boleh makan ka? buah durian sedap..

ok.sebuah kerajaan.nenek saya kata Kerajaan Pingu namanya.sebuah kerajaan.dan ya, seorang pemerintah agung. namanya, Tuan Presiden Sidik Sigaraga. telah lama memerintah dengan jayanya Kerajaan Pinggu sepanjang 25 tahun setengah plus plus. luar biasa bakat kepimpinannya.hampir 2/3 tanah kutub utara di bawah pemerintahan beliau.itu pun 1/3 tanah kutub utara tu lagi belum diterokai kerana suhu yang sejuk melampau-lampau.kalau tidak..

lepas 25 tahun setengah plus plus menjadi pemerintah,Tuan Presiden Sidik Sigaraga mangkat dijulang tinggi-tinggi. hasil bedah siasat mendapati bahawa beliau mangkat akibat di serang hendap sekumpulan Beruang Kutub yang melakukan serang hendap semasa beliau sedang bersiar-siar di sebuah Taman Rekreasi.dipercayai ia adalah perbuatan khianat kerana tidak puas hati dengan kadar kemunculan beliau yang malar di televisyen melalui rangcangan bual bicara 'Pinggu and Friends',nutt..nutt..

pemergiannya seorang pemimpin agung dan luar biasa ini sangat dirasai oleh seluruh warga Kerajaan Pingu,tua muda miskin kaya,laki-laki wanita. akhirnya,sebagai memperingati jasa beliau yang telah berjasa besar meluaskan jajahan Kerajaan Pingu, sebuah replika gergasi serupa beliau yang diukir daripada bongkahan ais oleh pengukir2 terkenal serata dunia.



ha,inila gambar yg nenek saya tunjukkan hari tu,ingat lagi.
menggerunkan kan?


setelah siap, semua yang memandangnya pasti terpegun dengan ke'gah'an replika tersebut. semua yang menyaksikannya pasti akan terbayang keunggulan sosok tubuh Tuan Presiden Sidik Sigaraga yang super duper dipest hebat. setiap kali orang melalui kawasan terletaknya replika gergasi itu,mereka akan berhenti sebentar dan memandang kearah replika sambil mengangkat kening tanda hormat.dengarnya kalau x buat, orang itu akan mati kepanasan di Kutub Utara tersebut, tapi mitos semata-mata barangkali.

dan sehinggalah suatu hari, seekor burung ostrich yang tersesat terbang (ostrich terbang,sila bayangkan..) sehingga ke kutub utara telah melewati kawasan tersebut.kerana terlalu penat terbang, ostrich itu mencari kawasan RnR untuk berehat dan buang air. akhirnya dia ternampak sebuah port yang sangat sesuai dan selesa untuk melabuhkan diri sebentar.dan itu adalah kawasan rata atas kepala replika gergasi Tuan Presiden Sidik Sigaraga,seorang pemimpin yang disegani dan dihormati seluruh penduduk kutub utara! 

tidak sekadar berhenti rehat, ostrich juga melaburkan najis yang ditahan2 pengeluarannya selama 1 minggu.di atas kepala replika seorang pemimpin agung kebanggaan penduduk,yang apabila di sebut sahaja namanya,Tuan Presiden Sidik Sigaraga, akan lemah lutut, gugur jantung dan tercabut telinga para musuh-musuhnya! tapi, dengan sempoi dan selambanya, seekor ostrich picisan lepak2 diatas kepala dan menajiskan tempat paling mulia beliau! ya,seekor ostrich..

selepas kira-kira selesai segala urusan, ostrich terbang kembali tanpa ada perasaan bersalah apatah lagi gerun kerana telah meremeh-temehkan seorang presiden tip top, Tuan Presiden Sidik Sigaraga! dan ironinya, tiada apa yang mampu dilakukan oleh replika Tuan Presiden Sidik Sigaraga mahupun semua menusia sekeliling yang mengagung-jagungkan beliau mahupun replika tersebut. mahu tangkap ostrich? sudah jauh terbang..

kerana apa? 

kerana itu hanya REPLIKA.
ya, itu hanya REPLIKA TUAN PRESIDEN SIDIK SIGARAGA.
bukan TUAN PRESIDEN SIDIK SIGARAGA yang REALITI.
hanya FANTASI semata-mata.
tiada bernyawa,tiada kuasa.
hatta burung ostrich pun tidak takut.

best kan cerita nenek saya.hew hew hew..
ok,ini bukan cerita nene saya.tipula kalau anda percaya.
oh ya,nenek saya comel.sekian.

...

eh,apa sebenarnya yang saya mahu sampaikan?
"Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam. Tetapi tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab itu, melainkan sesudah didatang kan kepada mereka ilmu, lantaran pelanggaran batas di antara mereka. Dan barangsiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah adalah amat cepat perhitunganNya" (ali Imran :19)
percayakah anda? islam yang ada pada kita adalah agama paling unggul? tiada yang unggul selain daripadanya.dan percayakah anda? orang islam, umat nabi Muhamad s.a.w (kita la tu,bangga..bangga..) adalah yang terbaik!
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (ali Imran : 110)
tapi,hakikatnya..apa realiti umat islam hari ini? agungkah islam? diseganikah umat Muhamad ini? tepuk bahu tanya akhbar, televisyen, internet. saksikan bagaimana hari ini umat islam dipandang dan dilayan oleh dunia? 

setiap hari berapa liter darah umat islam mengalir? berapa luas tanah umat islam dirampas? berapa ribu helaian risalah media cetak mengeji dan memperlekeh umat islam? bukan sahaja umat islam, bahkan Rasulullah s.a.w juga mendapat tempiasnya. nauzubillah.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

kenapa? bukankah islam agama paling agung? bukankah kita umat pilihan yang terbaik? mana pergi kisah keagungan  dan kegemilangan islam yang satu ketika dulu mengusai 2/3 dunia?  mana perginya zaman kegemilangan para sahabat, tokoh2 agung umat islam.Khalifah Umar Abd Aziz. Sultan al-Fateh. Hasan al-Banna dan sebagainya..

sedarlah, umat islam kini hanya REPLIKA semata-mata. umat islam yang REALITI  telah lama tiada. kita umat FANTASI. musuh-musuh islam tidak takut pada islam FANTASI tapi pada islam REALITI yang telah lama terkubur beberapa abad yang lepas.. 

jadi, marilah kita sedarkan kembali diri sendiri dan umat islam sekeliling yang sedang mabuk laut kerana dilambung ombak dunia yang mengumbang-ambingkan bahtera tarbiyah islam yang sedang dinaiki.bagaimana?saya copy pastekan ayat ini sekali lagi untuk kita..


“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (ali Imran : 110).

[pinjam gambar]

pingu : fantasi.
penguin : realiti.

No comments:

Post a Comment