Wednesday, February 02, 2011

rasa bersalah part 2

hari ini yang indah.saya ingin meneruskan bicara tentang rasa bersalah yang dipetik daripada buku tulisan Muhammad Muhyiddin,'Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?"..dalam post ini suka saya berkongsi cerita mengenai dua pemimpin besar yang terbabit dalam kisah pencerobohan negara Iraq,Colin Powel dan George Walter Bush.. 


sepertimana perkhabaran yang disebarkan oleh media-media dunia,mantan ketua pasukan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan memeriksa senjata pemusnah besar besaran negara Iraq,Hans Blix(gambar di sebelah),menyifatkan bahawa pencerobohan A.S. dan sekutunya ke atas Iraq sebagai satu tragedi."Tragedi bagi Iraq,Amerika Syarikat,PBB,kebenaran dan juga martabat kemanusiaan"kata Blix dalam tulisannya yang di terbitkan media Inggeris The Guardian bertarikh 28 Mac 2008.Tulisan beliau tersebut sengaja ditampilkan tepat pada ulangtahun peringatan ke-5 pencerobohan Iraq.





Blix pada awalnya merupakan pemimpin Suruhanjaya Pengawasan,Pengesahan dan Pemeriksaan PBB sebelum AS menceroboh Iraq.Beliau ditugaskan mencari bukti bahawa Iraq sedang mengembangkan senjata pemusnah besar-besaran(Weapon Of Mass Destruction/WMD).Namun,beliau gagal mendapatkan kesahihan akn perkara tersebut.Itulah yang dilaporkan beliau kepada PBB sebagai bukti untuk menghasilkan resolusi Iraq.

Namun AS tidak mahu menerima penemuan tersebut,dan seterusnya Bush yang kononnya merupakan Pemimpin paling berkuasa dunia berkeras menyerang Iraq.Namun setelah lima tahun bermaharajalela di Iraq,Bush gagal menemui senjata pemusnah yang dijadikan alasan menceroboAh Iraq.

Pada 20 Mac 2008,pencerobohan Iraq memasuki tahun kelima.Walaupun begitu lama kisah pencerobohan itu berlaku,tiada petanda bahawa kisah duka penduduk Negeri Seribu Satu Malam itu akan segera berhenti.Hatta,senjata pemusnah yang dicari-cari masih gagal di perolehi Bush.Hanyalah kejayaan menggulingkan rejim diktator Saddam Hussein menjadi kebanggaan Sang Penceroboh.Rakyat Iraq yang mulanya berterima kasih kepada A.S. kini lupa.Kekacauan yang melanda Iraq akibat konflik sekretarian dan suasana tegang setiap hari di bumi Iraq meletakkan Iraq dalam keadaan yang tidak menentu..

Cukup disini dahulu bicara mengenai 'rasa bersalah part 2'.Saya sudah penat menaip,,huhu=]  akan saya teruskan kisah ini dalam 'rasa bersalah part 3'..semoga sesiapa yang membaca sudi mengikuti kisah seterusnya.Jazakallah!

No comments:

Post a Comment