Friday, February 04, 2011

pildacil


Sedikit perkongsian video.Video ini merupakan rakaman program mencari pelapis-pelapis daei masa depan,Pemilihan Daei Cilik atau singkatannya Pildacil.Program yang begitu baik untuk meneruskan penyebaran syiar Islam di masa kini mahupun masa depan kelak.Program seindah ini dikendalikan oleh sebuah syarikat media tv Indonesia,Lativi.

Tidak seperti di Indonesia,kanak-kanak Malaysia kini lebih didedahkan dengan program-program realiti seperti Idola Kecil,Kamilah Bintang dan sebagainya.Walaupun terdapat juga program realiti bercorak keagamaan dan kerohanian seperti Adik-adikku,ianya tidak sebanyak dan sepopular program realiti berbentuk hiburan yang bakal artis-artis pujaan masa depan..

Hadis ada menyatakan,yang lebih kurang maksudnya "jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara,lihatlah pada generasi mudanya."..jadi apakah kita mahu negara kita dibanjiri artis ataupun alim ulama di masa depan?..renung-renungkan dan selamat beramal..huhu =)

No comments:

Post a Comment