sapa buang angin ne?!!
assalamualaikum..
Bertemu lagi dalam 'saya punya'..hari ini saya ingin meneruskan bicara berkisar rasa bersalah yang merupakan bahagian terakhir dalam siri rasa bersalah ini.Kisah yang saya perolehi dari buku tulisan Muhammad Muhyiddin.Suka saya untuk berkongsi cerita tentang dua individu yang saya nyatakan sebelum ini iaitu Colin Powel dan George Walter Bush.Mari berbicara..
Colin Powel(gambar disebelah) semasa menjadi Menteri Luar AS,sememangnya mengakui Iraq ada membangunkan senjata pemusnah besar-besaran.Pengakuan tersebut adalah berasaskan foto-foto yang diambil melalui satelit dan berdasarkan perbualan dengan pegawai-pegawai negara tersebut."Berdasarkan sumber-sumber yang ada,Iraq kini sudah mula bertindak.Mereka menyembunyikan dokumen-dokumen berkaitan WMD dari pemeriksaan PBB",beliau berkata pada awal tercetusnya perang.
Namun,setelah beberapa tempoh,Colin Powel mengeluarkan kenyataan bahawa bukan semua maklumat berkaitan WMD tersebut benar.Lalu beliau memilih untuk mengundur diri daripada jawatan yang di sandang beliau,Menteri Luar AS pada pertengahan 2004.Setahun kemudian beliau menyatakan kekesalan beliau atas sokongan terhadap pencerobohan Iraq.Beliau juga berkata bahawa langkahnya itu merupakan noda dalam hidupnya."Itu akan menjadi bahagian dari catatan(buruk) saya",sesal beliau..
Dalam pada itu,Bush masih berdalih dan yakin dengan 3 alasan untuk menyerang Iraq:memusnahkan WMD,menyekat Saddam Hussein dari terus menyokong pengganas dan membebaskan rakyat Iraq.Ketiga-tiga alasan ini adalah asas kepada perang anti-pengganas pasca tragedi 11 September.Bersama pembantunya,Donald Rumsfeld yang juga Menteri Pertahanan,Bush yakin dapat segera menyelesaikan konflik tersebut dan menamatkan perang.Kedua-duanya juga begitu pasti bahawa perang akan tamat dalam masa setengah tahun.
Selepas memasuki tahun ketiga,semakin ramai yang mula meragui kepimpinan Bush.Ramai yang menggambarkan bahawa perang Iraq tidak ubah seperti Perang Vietnam yang menconteng arang pada AS sekitar tahun 1970.Seterusnya,Bush menghantar pula pasukan tambahan seramai 20,000 askar ke Iraq.Beliau masih teguh dengan pendiriannya bahawa serangan terhadap Iraq adalah kepuutusan yang betul.Beliau berkata,"keputusan ini adalah tepat sejak pencalonan,seterusnya menjadi keputusan tepat ketika saya Presiden,dan akan menjadi keputusan yang tepat selama-lamanya".
Berdasarkan rentetan kisah ini,kita jelas bahawa Colin Powel mudah mengakui kesalahan beliau kerana sememangnya beliau merasakan dirinya bersalah.Akan tetapi,Bush yang nyata bersalah enggan mengakui kesalahannya..
Begitulah juga diri kita.Kita sememangnya kerap melakukan sama ada apa yang dilakukan Colin Powel ataupun Bush.Pada kesalahan yang benar kita lakukan,begitu mudah untuk mengakuinya.Namun kadangkala kita sukar mengakui kekhilafan itu.Meskipun adanya hujah tepat menyatakan kita bersalah,kita tetap berkeras tidak membenarkannya.Mengapa kita begitu?tepuk dada tanya selera.TAMMAT..