petang bakda asar dua hari lepas, maahad didatangi oleh seorang pak cik tua, rambutnya sudah ada yang putih, dengan motor kapcai yang agak lusuh. masa itu, aku dan ustaz hairi sedang reverse kereta mahu keluar. pak cik tua ini nampak sedang mencari cari seseorang, menjenguk jenguk di luar pagar. kami turun dari kereta dan bertemu dengan beliau. sambil menghulurkan salam, aku bertanya,
"ya pak cik, ada nak jumpa orang ke?"
"saya nak tanya la, kat sini ada kelas belajaq al-quran tak? untuk orang dewasa? err, saya la tu yang nak belajaq."
perbualan kami diteruskan oleh ustaz hairi. pak cik ini bercakap dengan loghat utara utagha. pekat sungguh. aku tak reti nak tulis dalam loghat utagha, so anda bayangkanlah dialog dia ni dalam loghat utagha ya.
"setakat ini belum ada lagi pak cik. ada kelas untuk budak budak pelajar je. tapi kalau ada permintaan, kami boleh aturkan."
"macamni, saya ni dah lama cari tempat nak belajaq al-quran. saya kerja bawa bas. dari pulau pinang ke larkin(johor bahru) ke singapore setiap hari. biasanya dua hari sekali saya sampai larkin saya akan rehat dari pukul 11 pagi sampai 8 malam. masa tu memang saya free. jadi, daripada tak buat apa-apa, baik saya cari tempat belajaq al-quran."
"oh.. dah berapa lama bawa bas pak cik? larkin tinggal kat mana?"
"dah 12 tahun. ulang alik pulau pinang ke larkin ke singapore. kalau kat larkin saya singgah je kat mana mana masjid. motor ada boleh pusing pusing. rumah saya kat pulau pinang. kalau balik pulau pinang takdak masa, ye la dengan family, kena pi pasaq, pi sana, pi sini. memang takdak masa. saya ni pun dah semakin tua, masih lagi tak reti baca al-quran. biasanya kalau kat masjid saya ambil muqaddam lepas tu cari mana mana tempat tersembunyi belajaq sendiri. malu kat orang. kadang kadang saya tulis sendiri alif ba ta dalam kertas. tapi bila fikir fikir balik, tak boleh macamni.. malu pun tak boleh pi mana.."
"betul pak cik.."
"sebenaqnya ada ramai ja orang yang masih tak reti baca al-quran. yang tua tua macam saya pun ramai. tapi semua malu nak belajaq. itulah, malu pun nak buat apa kan.. sampai bila nak malu, tak boleh pi mana lah.. malu dengan Tuhan tak pa, malu dengan manusia tak pi mana lah.. jadi, saya ingat nak datang belajaq waktu tengahari. boleh tak ustaz?"
"betul tu pak cik. boleh je. ok macam ni la, pak cik ambil nombor tepon saya. saya pun ambil nombor tepon pak cik. nanti, bila pak cik free boleh datang sini. esok atau lusa pun boleh."
lepas tu ustaz hairi dan pak cik tu bertukaq nombor telefon. aku memandang pak cik ini dengan penuh kekaguman. dia orang biasa biasa yang luar biasa dan pasti disayangi Tuhan. aku setuju dengan setiap kata katanya. banyak hal hal kebaikan yang kita tangguh hanya kerana malu dengan orang. tapi, akan ke mana kita dengan sikap malu itu? cukuplah malu dengan Tuhan dengan dosa dosa kita..
“Perhaps travel cannot prevent bigotry, but by demonstrating that all peoples cry, laugh, eat, worry, and die, it can introduce the idea that if we try and understand each other, we may even become friends.”
-Maya Angelou
insinyur pak priyanto yang sungguh lejen.
insinyur pak priyanto melakar petanya.
ya, kami sesat. dan cara terbaik untuk keluar dari kesesatan adalah dengan bertanya pada yang tahu jalan. siapa lagi yang lebih tahu jalan jalan di kampungnya kalau bukan orang kampung itu kan. jadi, kami memutuskan untuk mencari orang orang terdekat untuk bertanya arah. alangkah bertuah, kami ditemukan dengan orang yang paling tepat untuk mendapatkan arah, pak priyanto.
pertanyaan awal berkaitan arah yang kami cari membawa kepada cerita yang lebih panjang dan menarik. sebaik mengetahui kami sedang mencari arah, pak priyanto bertanya 'kalian ada peta?' dan ya, kami langsung tak ada. dengan tenang pak priyanto berkata 'nggak apa-apa.. saya lukis saja.'
pak priyanto sebenarnya sedang lumpuh, tubuh bahagian kanan. tangan kanannya tidak lagi mampu digerakkan, seperti dalam gambar ada tongkat di tepinya. dan saya kira pak priyanto adalah right-handed sebab pada pengamatan saya, beliau agak kekok menggunakan tangan kirinya. ini sebenarnya yang buat beliau lebih luar biasa pada pandangan kami.
di atas kertas putih (sebenarnya itu adalah salinan slip pendaftaran mata pelajaran anaknya yang sedang menuntut di universitas gadjah madah, ugm yogyakarta) beliau melakar peta. sambil melakar itu, beliau bertanya kepada kami, 'kalian dari mana?' malaysia pak, johor bahru. 'masih kuliah? liburan ya?' nggak pak, baru saja selesai. sudah kerja. 'ouh, kalian kuliahnya apa?' campur-campur pak, tapi semua engineering, err insinyur. 'oh.. sama kayak saya., insiyur apa?' err, kalau saya civil, yang lain ada mekanikal, ada elektrikal dan ada chemical. 'oh, kamu sivil? sama kayak saya, coba kalau mahu buat bangunan, apa yang pertama perlu ditahu?' err, maksud bapak apa? saya kurang pasti pak. saya lagi buat jalan. 'ya, sama juga. itukan ada namanya es dan el. position and elevation. setiap sesuatu mesti ada mulanya. naa, kalau construction itu mulanya es dan el.' oh, itu. iya pak, betul, malu saya pak. haha.
ternyata, pak priyanto adalah insinyur civil juga kayak saya. ah, macam berjumpa senior sendiri pulak. daripada ceritanya, pak priyanto sebelum ini mendapat pendidikan kejuruteraan di sebuah institusi-yang-saya-lupa-namanya di kota jakarta. beliau banyak mengendali projek projek pembinaan sewaktu sihatnya sebelum dia lumpuh. ternyata yang hilang dari pak priyanto cuma kemampuan fizikalnya, tapi tidak kegeniusannya.
yang paling mengagumkan kami adalah peta yang dilukis tangan pak priyanto adalah super duper tepat. 'jalan ini kalian terus saja, nanti ada simpang ke kiri. jangan belok. ambil yang di depannya. kemudian terus lagi 80 meter, nanti ada jumpa simpang tiga. belok kanan.' dengan keadaannya, saya kira pak priyanto itu cuma duduk duduk di rumahnya. entah sudah berapa lama beliau tidak keluar berjalan. tapi, masih mampu melakar sebuah peta yang sangat tepat pada posisi dan jaraknya.
ini peta yang dilukis dengan tangan kiri pak priyanto.
lagi mengagumkan, beliau ada bertanya ke mana saja destinasi kami. dan setiap tempat yang kami sebutkan, beliau dengan bersaja menyatakan berapa jauh jaraknya dari kawasan tempat menginap kami sekali dengan cara bagaimana mahu ke sana. 'borobudur? 27 kilometer, kalian bisa naik bis jogja-magelan. volcano merapi? ya, lebih kurang, 27 kilometer juga. itu di kaliurang. prambanan? 17 kilometer. bis transjogja, naiknya di sd pujo ke arah prambanan. nanti akan tukar bis di hartel sebelum tiba di prambanan.'
pak priyanto itu sangat detail bila bercakap soal kuantiti, jarak dan prosedur. ya, ini perkara paling basic untuk menjadi seorang jurutera yang bagus. dan saya masih jauh dari kelejenan pak priyanto. jadi, saya kira pak priyanto adalah inspirasi yang baik untuk saya. salute pak!
mbak ria yang ceria dan enak jagung bakarnya.
menikmati jagung bakar mbak ria di parangtritis
sore itu, usai daftar masuk di viavia guesthouse, kami langsung untuk ke destinasi yang sudah kami tetapkan dalam jadual. sebenarnya semua agak lari daripada plan asal. ada dua tiga tempat target untuk sore itu, tapi akibat ketirisan masa sepanjang proses mencari viavia guesthouse, kami hanya sempat berkunjung ke pantai parangtritis. ya, sore sore ke tepi pantai tidak lain adalah untuk menangkap sunset. tapi, matahari agak segan silu untuk bertemu kami. beliau hanya berselindung di kawanan awan awan senja.
berjalan jalan di sepanjang persisiran pantai menemukan kami dengan sebuah kenangan yang sangat indah, setidaknya bagi orang orang yang suka kepada nuansa melankolik (saya la tu). apa tidaknya, dengan langit warna jingga, belai bayu laut lembut, deruan ombak yang belari ke gigi air tepian pantai, dengan aroma jagung bakar, dan paling spesial ada persembahan akustik live daripada pengamen buat kami. saya yakin, inilah impian para manusia manusia puisi! ini video yang sempat kami rakam;
sempat juga bertukar tukar cerita dengan mbak ria, penjual jagung bakar tempat kami lepak lepak sore itu. sebaik saja tahu kami ini dari malaysia, mbak ria jadi semakin suka untuk berkongsi cerita. menurutnya, dia dahulu pernah berada di malaysia. dia pernah berkerja di sebuah kilang di melaka. mbak ria itu orangnya lucu dan periang. semasa di malaysia dia selalu dikatakan sombong oleh kawan kawannya. lho, kenapa mbak? 'diorang kata, saya ini ria' itukan nama mbak, kenapa pula? 'ya, itulah sebabnya.. ria itukan sombong.. kamu ini ria kata mereka.' ouh, 'riak'.. hahaha. ketawa kami bersatu dengan deru ombak.
perbualan itu jadi lebih lucu sebab di pihak kami cuba untuk berbahasa indonesia sedangkan mbak ria teruja untuk menunjukkan kemampuan bahasa malaysianya. ya, sudah terbalik. tapi, bagi saya ini sungguh menarik dan indah sebab masing-masing saling menghargai dan meraikan. senyum.
mbak ria ada dua orang anak. dia dan suaminya masing masing berkerja. rumahnya ada berdekatan kawasan parangtritis. setiap hari beginilah rutinnya, berniaga sehingga malam untuk menyara keluargnya. sungguh saya salute mbak ria!
keluarga nuha yang penuh wawasan dan cita-cita.
rumahnya ibu(paling kiri) dan bapa(paling kanan) nuha.
nuha adalah teman kak mar semasa di turki. macammana mereka boleh kenal, saya kurang tahu. tapi, nuha ada keluarga yang sangat bahagia. kalian boleh baca apa ceritanya di sini.
ibunya nuha, ibu ning berbesar hati menjemput kami untuk datang ke rumahnya setelah mengetahui kak mar akan berkunjung ke jogja. melalui wassap, kak mar dan ibu ning berhubung. sebetulnya kami hampir membatalkan rancangan ke rumah ibu nuha kerana sudah terlalu lewat daripada parangtritis. tapi, memikirkan ibu ning sudah membuat persediaan untuk menyambut kami dan kesungguhannya untuk tetap menerima kunjungan kami meski lewat, akhirnya, membawa kami untuk sampai ke rumahnya.
sampai di simpang masuk ke dalam perumahannya, anak bongsu ibu ning yang datang menjemput kami dengan basikal. sepanjang berjalan masuk ke dalam taman perumahan menuju rumah ibu ning, sangat terasa suasana tenang dan damai. terasa suasana desa walaupun itu sebenarnya kawasan kota.
di rumah nuha, kami bertemu ibu ning dan bapanya. disajikan dengan teh poci, buah rambutan dan kuih bakpia, kami berkongsi pelbagai cerita antara dua negara. bapa nuha banyak bercerita tentang beda kemajuan antara negaranya dan negara lain terutama malaysia. topik yang paling saya ingat adalah cerita beliau tentang industri pembinaan. di negara lain, dana dan kos akan dikeluarkan oleh kerajaan dan para kontraktor hanya perlu menyatakan berapa jumlah yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek. maksudnya konsultan dan kontraktor bebas menghasilkan rekaan dan kiraan kos optimum dengan kualiti terbaik tanpa perlu terikat dengan kos yang kecil. sedangkan di indonesia, kos dan dana telah ditetapkan oleh kerajaan kemudian konsultan dan kontraktor perlu menyiapkan projek mengikut kos tersebut meski ianya kecil atau sedikit. sebab itulah banyak infrastruktur awam di indonesia kurang berkualiti dan tidak maju berbanding negara lain. begitu menurut beliau.
semasa pulang sekali lagi anak bongsu ibu ning menghantar kami keluar ke simpang jalan untuk mengambil teksi pulang ke tempat penginapan. sepanjang perjalanan keluar kami berbual bual dengannya. katanya dia paling suka subjek matematika. dan impiannya mahu menjadi doktor atau insinyur. untuk melanjutkan pelajaran nanti, negara pilihannya adalah german. semoga sukses dik, amin.
...
dengan begitu, hari pertama kami di jogja berakhir. satu hari yang penuh dengan momen, cerita dan pengajaran. dan kami masih ada lagi tiga hari untuk dinikmati di kota jogja. mengembara itu memang penuh dengan kejutan yang mengujakan!
setiap pagi dari rumah ke tempat kerja, Ajam naik lrt pukul 7.30 pagi. sampai ofis pukul 7.55 pagi. sebelum sampai ofis, ada sebelas hentian lrt. Ajam perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang gadis naik. Ajam bukanlah pengusha liar manusia lawan jantinanya. tapi sebab gadis tu sentiasa naik lrt dengan buku. sepanjang perjalanan gadis itu akan tekun membaca bukunya. dan hampir setiap buku yang dibaca gadis itu ada juga di rak buku Ajam. Ajam suka melihat buku apa yang akan dibawa gadis itu setiap pagi dan dia akan cuba recall balik isi kandungan buku tu, kalau-kalau dia pernah membacanya. setiap kali gadis itu larut dalam bacaannya, semacam dia ada di dunia lain. tidak peduli apa yang berlaku di sekelilingnya. sebab tu dia tidak pernah perasan ada orang(Ajam) yang mengamati buku yang dibacanya.
di hentian ke-sebelas, Ajam akan turun dan gadis itu meneruskan perjalanan dengan bukunya.
....
"hari ni dia minum apa?"
"caramel latte."
"banyak tak orang pesan hari ni?"
"boleh la."
setiap petang dari tempat kerja pulang ke rumah, Lynn naik lrt pukul 5.10 petang. sampai rumah pukul 5.35 petang. sebelum sampai rumah, ada sebelas hentian lrt. Lynn perasan, pada dua hentian pertama akan ada seorang lelaki naik. Lynn bukanlah suka sangat tengok lelaki sembarangan dengan saja-saja. tapi sebab lelaki tu sentiasa naik lrt dengan setin air kopi. Lynn berkerja sambilan di sebuah kedai kopi, jadi dia sudah belajar hampir semua jenis bancuhan kopi yang popular. Lynn suka melihat kopi apa yang dibawa lelaki tersebut kemudian membayangkan bagaimana untuk membancuhnya dan berapa cawan bancuhan kopi itu dibuatnya untuk sepanjang hari itu. tetapi lelaki itu tidak segera minum tin kopi yang dibawanya. sebaik naik ke lrt, dia mesti akan terlelap. sama ada berdiri atau duduk. dia hanya akan tersedar bila tin kopi itu hampir terlepas dari tangannya setiap kali lrt berhenti.
di hentian ke-sebelas, Lynn akan turun dan lelaki itu akan tersedar lagi dari lenanya. kemudian dia akan membuka penutup tin kopi dan mula meneguknya. dan lrt pun meneruskan perjalanan.
_________________________________________ thanks for keep on reading my random stuff. i'll write more. :)