Friday, May 03, 2013

ini?

"Weh, nak tengok album gambar kau boleh?"
"Bole. Bole. Nah."
"Rare gila kau. Orang dah tak pakai album gambar la sekarang. Orang sekarang ambil gambar terus upload kat Facebook, Instagram, Tumblr atau Blog." 
"Itu gambar lama. Masa muda-muda dulu. Gambar kat sekolah. Masa tu mana ada lagi mende alah tu. Internet susah nak dapat. Kamera pun masih guna kodak."
   Fi pun selak satu persatu halaman dalam album gambar sekolah Zi. Sekali-sekala dia gelak. Haha. Macam tu la lebih kurang bunyinya.
"Comel jugak ko masa kecik-kecik ea."
"Aku pernah dinobatkan Raja Kiut kot masa kat sekolah."
"Ceh. Tapi, sekarang kau tak kiut pun. Betul ke kau dalam gambar ni? Musykil aku."
"Aku dah buat pembedahan plastik."
"Ceh."
   Fi teruskan menyelak halaman-halaman terakhir album. Tiba-tiba dia tertarik dengan satu gambar. Ada sesuatu yang diamatinya dalam gambar tu.
"Eh, ini siapa? Aku macam pernah nampak je." 
"Yang mana?"
"Paling hujung belah kanan tu. Yang tengah buat duck face." 
"Ouh.. Yang pakai tudung cokelat tu?"
"A'ah."
"Ini.. ini.."
"Kau kenal ke?"
"Ini.. ini..?"
"Siapa?"
"Ini.."
 ...
 "Kak ada menu tak?"
 "Ada. Ada. Kejap ea."
   Selang beberapa saat, kakak berapron kaler oren cap Shell datang semula ke meja mereka. Beberapa buah buku menu dijinjitnya.
 "Nah."
   Mereka pun membelek helaian-helaian menu. Seorang demi seorang menyatakan juadah pilihan masing-masing. Bandung Cincau+Milo, Fresh Oren dan air suam. Ayam Penyet Original Tanah Jawa, Kuey Tiauw Basah Special dan Nasi Goreng Tom Yam Gung. Tinggal An seorang tak order.
"An, kau nak makan apa? Cepatlah. Dah lama akak ni tunggu."
"Err, aku nak makan yang.. yang ini.. ini.."
"Apa tu?"
"Ini.. ini.."
"Tang mana satu?"
"Ini.." 
...
"Is, kau rasa baju Levi's kaler hijau tu oke tak?"
"Mana?"
"Tu, yang gantung kat atas tu?"
"Ouh. Hmm, not bad. Berapa harga?
"Eh, tak de pulak tag harga."
"Jap, aku gi tanya brader tu."
   Is pun pergi approach brader yang jaga bundle tu. Brader tu tengah syok main Pou kat henset Samsung Galaksi Bima Sakti beliau. Khusyuk.
"Bang. Ganggu kejap bole?"
"Ah? Ada apa tu?"
"Nak tanya harga baju."
"Yang mana?"
"Ada kat belakang. Meh, saya tunjukkan."
   Is dan brader bundle tu pun pergi ke arah belakang kedai. Mel tunggu kat belakang.
"Mel, mana baju tadi?"
"Yang tu."
   Mel halakan jari telunjuknya ke arah sehelai baju Levi's yang tergantung di atas.
"Ha bang. Yang tu. Berapa?"
"Hmm. Baju ni ea. 35 ringgit."
"Huish. Mahal." 
"Kalau yang ini?"
   Is tunjuk kat baju lain pulak. Baju Konves warna puteh. Ada gambar kasut kat tengah-tengah.
"Ini bang, berapa?"
"RM 30 "
"Ini?"
"RM 45"
"Tak boleh kurang? Ada diskaun?"
"Ada 50%."
"Ha. Is, okela tu."
   Muka Is bersinar. Bola matanya jadi besar dan bulat. Macam anime tu.
"Ha bang, saya nak yang ini.."
 "Yang mana?"
"Baju yang ini.."
"Baju mana satu?" 
"Ini.."
...
"Tajuk?"
"Ini.."
"Ini apa?"
"INI KALI LAH!" 
[tamat]


It's no longer 'May the best man win!' It's now 'May the al-Haq win!'
                                                                               -APG

Sunday, April 28, 2013

membaca itu pengalaman.

  Membaca itu, pada perkiraan saya ialah satu pengembaraan yang melangkaui masa dan tempat tanpa sempadan bersama catatan si penulis. Memang sesuatu yang luar biasa.

  Setiap orang mempunyai kisah hidup sendiri yang bersifat masing-masing. Mustahil ada dua orang yang melalui perjalanan hidup yang seratus peratus serupa dan sama setiap masa mulai dari hari kelahirannya. Latar masa, latar tempat, latar masyarakat itu yang jadikan ia berbeda.

  "Manusia itu belajar daripada pengalaman."

  Saya setuju handred persen dengan pernyataan ayat gabungan huruf-huruf mereng di atas. Anda?

  Orang yang tinggal di Kepulau Madagascar, mustahil sama pengalaman hidupnya dengan orang yang menetap di Pulau Nami. Orang yang hidup di tahun 2013 mustahil dapat merasai pengalaman hidup orang di zaman dinasour. Orang yang hidup dalam kalangan masyrakat muslim, pasti tidak tahu bagaimana rasanya pengalaman hidup dalam kelompok non-muslim. Mereka yang tidak pernah memasuki ladang tarbiyah, mustahil ada pengalaman merasai manisnya buah-buah sakinah, mawaddah dan rahmah dari pohon-pohon rendang iman dan taqwa. Cewah.

  Para penulis hakikatnya merakamkan kisah pengalaman hidup mereka dalam penulisan mereka. Tak kisah penulisan tentang apa pun. Para penulis novel, bercerita tentang pengalaman perasaan tentang hati dan jiwa mereka mendengar kisah-kisah daripada pelbagai manusia atau peristiwa-peristiwa mereka lalui sendiri. Para penulis buku-buku pemikiran, bercerita tentang pengalaman mereka melalui atau menyaksikan beberapa perkara dalam kehidupan sehingga membuat mereka berfikir tentang sesuatu. Para penulis bahan-bahan akademik, bercerita tentang ilmu-ilmu yang mereka perolehi hasil daripada pengalaman mereka belajar dan mengkaji tentangnya. Para penulis motivasi, bercerita pengalaman mereka menyaksikan pelbagai hidup manusia dan pengajaran-pengajaran yang mereka perolehi daripadanya. Dan begitulah di setiap aksara yang didakwatkan. Semua tentang pengalaman.

  Kita ini manusia biasa. Yang terbatas pergerakan dan masa. Kita tidak mampu pergi ke masa-masa yang lepas yang diluar jangka hayat kita, masa-masa sebelum kelahiran kita ke dunia. Dan kita tidak dapat menjejakkan kaki di setiap inci muka bumi ini.

  Oleh itu. Untuk mendapatkan pengalaman daripada masa-masa dan tempat-tempat yang tidak tercapai oleh kudrat kita, maka membacalah!

Mari mengembara ke serata dunia. Hanya dengan buku-buku.

Iqra'. Bismirabbika. 

Friday, April 19, 2013

gelap menuju terang.




ini pesan
dari diri
yang bukan malaikat
suci dosa noda.

   malam yang sepi
   berjalan sendiri
   entah kemana pergi
   menuju haluan tidak pasti
   tanpa mahu ada yang menemani
   konon mengejar mimpi

   malam yang silap
   coba mencerap
   di antara awan awan gelap
   dalam cahaya bulan malap
   hanya suram yang di garap
   memang tiada harap

   malam yang hilang
   baring lurus lentang
   jiwa jalang
   fikir compang
   hati kontang
   mata menerobos kencang
   mencari gugus bintang
   langit seluas ruang
   hanya bertemu malang

tapi
bumi itu berpusingan
mengelilingi matahari
dikelilingi bulan
malam akan berganti siang
itu  pasti

maka

   pagi hari nanti
   hadir cerah mentari
   pantaslah belari
   berpatah kembali
   hakikat dicari
   tentang ilusi ilusi
   fantamorgana duniawi
   sedikit sedikit pasti mengerti

   pagi hari cemerlang
   hadir cahaya gilang
   luas terpandang
   pada langit gemilang
   jiwa girang
   fikir matang
   hati terang
   tinggal segala berang

   pagi hari gemerlap
   cahaya didakap
   nikmat terasa sedap
   tidak mampu terucap
   silap dalam ungkap
   begitu dalam  menyerap
   mengikut setiap derap
   cuma jangan lelap

ini pesan
kepada diri
yang bukan syaitan
tidak terampun noda dosa.

...

Thursday, April 18 2013. 1 message received.
"Assalam. Tema sajak tu cancel urban/indie. Tema yang terkini; patriotik. Harap Maklum."
Reply.
"Wassalam. Oh ya ka, oke." 
Maka, terperahlah otak kering kontang untuk sebaldi yang kembali kosong. Aduyai.


Jumaat barakah!