ini pesan
dari diri
yang bukan malaikat
suci dosa noda.
malam yang sepi
berjalan sendiri
entah kemana pergi
menuju haluan tidak pasti
tanpa mahu ada yang menemani
konon mengejar mimpi
malam yang silap
coba mencerap
di antara awan awan gelap
dalam cahaya bulan malap
hanya suram yang di garap
memang tiada harap
malam yang hilang
baring lurus lentang
jiwa jalang
fikir compang
hati kontang
mata menerobos kencang
mencari gugus bintang
langit seluas ruang
hanya bertemu malang
tapi
bumi itu berpusingan
mengelilingi matahari
dikelilingi bulan
malam akan berganti siang
itu pasti
maka
pagi hari nanti
hadir cerah mentari
pantaslah belari
berpatah kembali
hakikat dicari
tentang ilusi ilusi
fantamorgana duniawi
sedikit sedikit pasti mengerti
pagi hari cemerlang
hadir cahaya gilang
luas terpandang
pada langit gemilang
jiwa girang
fikir matang
hati terang
tinggal segala berang
pagi hari gemerlap
cahaya didakap
nikmat terasa sedap
tidak mampu terucap
silap dalam ungkap
begitu dalam menyerap
mengikut setiap derap
cuma jangan lelap
ini pesan
kepada diri
yang bukan syaitan
tidak terampun noda dosa.
...
Thursday, April 18 2013. 1 message received.
"Assalam. Tema sajak tu cancel urban/indie. Tema yang terkini; patriotik. Harap Maklum."Reply.
"Wassalam. Oh ya ka, oke."Maka, terperahlah otak kering kontang untuk sebaldi yang kembali kosong. Aduyai.
Jumaat barakah!
No comments:
Post a Comment